TAWARAN BIASISWA SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
TAHUN 2010
Permohonan adalah dipelawa daripada bumiputera warganegara Malaysia yang dinamis dan ingin membina kerjaya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan, serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda Universiti Teknologi MARA 2010 bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran/ Profesional/ Sarjana dalam bidang-bidang berikut:
KELAYAKAN MEMOHON
1. Calon-calon mestilah mempunyai
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan peringkat Ph.D).
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari universiti yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).
2. Calon-calon lulusan Sarjana Muda (Kepujian) mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Kelas Dua Atas atau CGPA 3.0 ke atas.
3. Bagi kursus-kursus Pergigian, calon-calon mestilah mempunyai kelulusan Ijazah Pergigian dari universiti yang diiktiraf.
4. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM.
5. Bebas dari ikatan kontrak sama ada dari Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Firma atau badan-badan lain.
6. Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.
7. Berumur tidak lebih daripada 35 tahun pada 31 Disember 2010 bagi pengajian peringkat Ph.D. Berumur tidak lebih daripada 30 tahun pada 31 Disember 2010 bagi pengajian peringkat Sarjana. Bagi kursus Pergigian calon-calon hendaklah berumur tidak lebih daripada 35 tahun pada 31 Disember 2010.
CARA-CARA MEMOHON
Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) yang boleh dimuat turun (down load) melalui laman web rasmi UiTM http://www.uitm.edu.my mulai 13 Disember 2009 dan dikemukakan dalam dua (2) salinan, setiap salinan dihantar kepada:
1. Dekan Fakulti
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN
2. Ketua Timbalan Pendaftar
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN
Sila tandakan ‘TPM/UiTM tahun 2010’ dan nyatakan bidang pengkhususan serta Fakulti di sudut kiri sampul surat permohonan semasa mengembalikan borang tersebut.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 28 DISEMBER 2009
** Semua permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar terus ke alamat di atas. Permohonan yang diterima selepas tarikh ini tidak akan dipertimbangkan.
PEMAKLUMAN
Berikut adalah pemakluman kepada calon-calon yang memohon Skim Tenaga Pengajar Muda, UiTM:
1. Calon-calon berjaya mesti menduduki peperiksaan IELTS/TOEFL/GMAT/GRE (yang mana berkenaan) dengan memperolehi skor minima:-
i. Pengajian DALAM Negara:-IELTS 5.0 / TOEFL 460 (Paper Based) / TOEFL 140 (Computer Based) / TOEFL 79 (Internet Based)
ii. Pengajian LUAR Negara:-IELTS 6.5 / TOEFL 600 (Paper Based) / TOEFL 240 (Computer Based) / TOEFL 79 (Internet Based)
2. Permohonan digalakkan membuat persediaan awal dengan berusaha untuk mendapatkan tempat pengajian sendiri di universiti-universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan.
3. Borang-borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
4. Hanya calon-calon yang telah disenarai tapis sahaja akan dipanggil temuduga.
5. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan ini adalah dianggap tidak berjaya.
6. Sila berhubung dengan Fakulti berkenaan untuk maklumat lanjut berhubung bidang yang dipohon
Maklumat lebih lanjut kat sini......
- advertisement
-Scholarship terms and conditions
-Application form
-------->>>>>> Source

















15 comments:
aku penah mntk tapi x jadi :(
dh nk tutup gak ni ek
tengah duk isi borang. tapi tak tahu lah sempat ke tak nak hantar. sijil2 tak berchop lagi. sob-sob..
lifesaver... insyaAllah ade peluang selepas baby tu lahir.. ehehe
hemy.... masih sempat lagi.. ku pon baru tau baru2 neh.. huhuhuhu.... nk minta luar negara besh gak neh..
missAmy... leh sambung master kat oberseas neh....... gi ar cuba nasib.. ehehe.. blom terlambat!
gigih je aku smbung kt UTM ni..
bru skrg nk kuar borang..
tlmbt sudahh
thanks jard info ni..aku mmg akan mintak...cpt doakan aku dpt terbang jauh dr Malaysia ni..hehe.. :p
kalo nk smbung sarjana muda
xde ke
hahaha
oh..da sambung tmpat lain.
aku xlayak la jard...sebab aku xnak sambung lg
aku.. nanti dulu kot.. hehehehehehe
ala.. dh nak tutupppppp... waaa, xtaw smpt tak..
komen ini utk entry heart ache. ehem hahaha.
takdelah jard, bagus la tawaran ni tp rasa malas aje nak apply. betul2 bagus sebenarnya ni.
Jard, ada 4 step nak deal ngn problem (termasuk heart ache), sile pilih hahahaha.
argh...baru degree pon aku dh x sanggup..hehe
uitm bila kuar iklan master dia...aku nak sambung amik master la...
aloh... terlambat lak nmpak iklan nih... baru nak apply dah tutup daa... sobbbb sobbbbbb...
Post a Comment