
Ahad lepas..
Aku dah plan nak jenguk gerai
kasut-gombak kat Amcorp Mall.. tp tibe2 ade hal lain… rumet aku lebih memerlukan perkhidmatan aku pada hari itu..
Kakak die baru melahirkan anak ke-2 dan die minta kami dtg ke umahnye kat PJ utk menjaga anak perempuan sulung die.. umur setahun 2 bulan.. waaah!!! Aktif gak diorg ek? Hehehe.. gelak nakal..
Pertama kali aku jejak kaki dlm umah kakak rumet aku tu.. rumah flat.. 2 bilik… kecik je tptnye… kami dtg pon pada waktu pagi.. mase tu aku tak sempat nak makan pape lagi.. huhu..
Lapar...
Giler pny lapar... org pon takde kat umah.. tinggal aku, rumet dan baby.. Kami yg bgaikan dirasuk kelaparan itu tnpa segan.. tanpa rase bersalah….tlh menyelongkar peti sejuk diorg..
Kami hampa... ikan takde... ayam pon takde.. yg ade... kepak ayam AYAMAS.. adusss… roti pon takde!! Aish.. miskin gak diorg nih.. dengus hatiku…
Jumpa telur.. jumpa ikan masin... ade beras..
Pe lagi.. kami gi la hentam ape yg ade..
hahaha.. kekok plak rasenye bile pakai dapur org.. tp sbb tak tahan lapar.. perut aku dh mule berbunyik pon..
Baik dilayan nafsu lapar kami dulu.. kan? Kan?
Kang termakan lak anak org..aku tak jamin... hahaha.. gler buas..
Lepak2…tukar lampin.. bagi minum susu dlm botol… layan astro.. baby bangun.. kami layan wonderpets plak…
lagu tu masih terngiang-ngiang kat telinga…”Telefon…. Telefon… berbunyi… ada haiwan dlm bahaya… Wonderpets! Wonderpets! Kami dtg! Kami tak besar dan Kami tak kuat” Cettttt!!!
Pukul 5ptg.. kami dibenarkan lawat kakak die kat hospital…
Pergghh………. Udah lama sgt aku tak tinguk baby yg baru lahir… huhuhu.. hati ku terpaut skali pandang je… pastuh teringat satu entri blog ini…
*************
To cut the story short… penulis telah bertemu dgn kawan yg mengadu ade masalah peribadi….
Bermula dengan isu bapa mertua, isu keinginan mak, isu bakal isteri, isu kepingin, tidak tahan dan bermacam-macam lagi.
Akhirnya, penulis tanyakan kepada kawan dia betul2, ‘ko ni nak kahwin sebab tak tahan ke? Ko kahwin sebab seks ke?’
Lalu, dirumuskan bahawa dia berkahwin kerana mahukan seks. Dot.. dot.. dot.. (
full story here)
Semasa die berym dgn member lain mlm tu, die terus luahkan peristiwa tentang kisah kawannya hari itu kepada member ym itu… berikut adalah hasil kopipes aku tentang kandungan chat mereka berdua.... sentap jiwa aku membacenya.. hehe..
******************start copy-paste*******************
Aku: Betul ke? Kita kahwin sebab kita nak seks aje? Bagi aku, it’s about sharing.
Encik x: Depends. Kalau orang kawin sebab tu je, itu je la dia dapat. Kalau dia kawin kerana harta, harta je la dia dapat. Kalau kerana cantik, cantik je la dia dapat. Kalau dia kawin kerana nak sharing, sharing je la dia dapat
Aku: So, how about u?
Encik x: Rahmat
Aku: (Terkedu seketika) Hmm. Yeah, itu yg lebih baik kan?
Encik x: If u want to find rahmat, then the rahmat will guide u to all those things. Your sex - sampai bila? Sampai masa dua-dua expired. Beauty pun. Harta? Akan habis. Anak? Sampai masa anak-anak ni kurang ajar kat kita. Pangkat? Ramai lagi lebih dari kita. Dengan rahmat dari Allah, nikmat sex yang kita dapat akan jadikan kita lagi sayang antara satu sama lain. Dan nikmat tu akan kita ingat walaupun dah expired. Harta yang kita dapat akan sentiasa cukup walaupun sikit.
Aku: Isk, sebaknya aku rasa (insaf)
Encik x: Anak yang kita dapat akan sentiasa jadi lambang hidup kita kat dunia dan Insya Allah tolong kita kat akhirat. Pangkat yang kita dapat, rahmat yang kita dapat dah jadi satu pangkat untuk kita depan Allah. Lagi satu, sex, pangkat, harta, anak - semua tu orang lain ramai yang cari, even yang kafirun pun cari. So, they might take yours. Tapi rahmat Allah tu luas, terlalu banyak. Terlalu banyak hinggakan seorang itu takkan ambil rahmat yang dipunyai oleh orang lain. So bila nabi kata, kahwin adalah sunnahku, nabi tak cakap kosong.
Aku: Akhirnya, baru aku dapat jawapan yang betul-betul baik. Now, baru aku betul-betul faham tentang konsep kawin nih. Kalaulah semua orang kawin sebab ni, tentu takde masalah kan?
Encik x: Sebab tu bila orang kata duit tak cukup, mental tak ready, masa takde… aku just geleng dalam hati je.
Aku: *alamak, cam kenakan aku jek… hahaha*
Encik x: No. Ramai yang camtu. Kau ni, aku rasa takde yang berkenan tu jek. Ramai yang dah ada pilihan, dah ada awek, berkepit sana sini, tapi tak kawin-kawin. Dengan alasan-alasan camtu la. Padahal kalau nak, korban la sket, buat loan ke. Bila dah kawin nanti, kalau dia betul-betul bersyukur, Allah ganti balik duit yang dia keluarkan dgn rezeki lain. Percaya la
Aku: Insya Allah, kalau dah jumpa jodoh aku, aku akan kawin cepat-cepat!
Encik x: Yeah, go for it!
Akhirnya, baru aku dapat antara jawapan yang baik tentang erti sebuah perkahwinan. Kahwin juga merupakan satu matlamat dalam hidup. Ikatan yang baik dan semestinya mendapat rahmat dan keredhaan dari-Nya.
*****************end of copy-paste*****************
Wahh.. nmpknye aku kena kawen nih.. hahaha…… tp lepas aku transform laaa….. lalalalalaaaa….
Kesimpulan dari entri beliau: Apabila kita mengharapkan rahmat dari Allah, maka segala apa yang kita lalui Insya Allah akan menjadi berkat