Search This Blog

Loading...

Friday, January 29, 2010

Aura Yg Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad di Perpustakaan Negara Malaysia

Intro......


Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menerusi Perpustakaan Negara dan Malaysia dengan kerjasama yayasan kepimpinan Perdana akan mengadakan program Bicara Perdana Bersama YBHG Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 28 Januari 2010 , 2.00 petang di Auditorium PNM Aras 2, Perpustakaan Negara Malaysia, jalan Tun Razak KL. [sumber]

Aku dimaklumkan tentang program ini melalui Jabatan aku..... dan enam orang telah dihantar untuk menghadirinya petang tadi kat Perpustakaan Negara Malaysia... ermm.. semua dari pihak pengurusan ar.. hik hik hik..

Keadaan jalan raya ke sana agak jem jugak laa.. ehehe.. tapi seb baik pemandu kami tak perlu parking kat situ.. Die akan menghantar kami lepas tuh datang balik dalam pukul lima untuk mengambil kami balik...=)

Aku tinguk.. ramai lak orang berpakaian batik (menunjukkan depa pekerja kerajaan), berpakaian seragam (pak guard, polis, budak sekolah pon ade! ehehehe) dan pihak media.... Mase TUN datang.... masuk auditorium.... semua orang bersorak dan bertepuk tangan.... Dan bila tiba masanya die nak berucap..... yang lebih berkisar kepada sejarah zaman raja-raja Melayu..... sampai ke pembentukan UMNO dan saat kita mencapai kemerdekaan... die telah berdiri statik selama SATU JAM.

Pehh.. kagum seh... kalo aku mesti da sakit kaki da... huhu...

Sessi yang paling dinantikan ialah sesi dialog bersama TUN. Sidang hadirin boleh ajukan ape-ape jer soalan.. Mase neh la PANAS....... ehehee.........

Antara soalan PANAS yang ditanya oleh sidang hadirin:

1. berkenaan isu satu sekolah... kenapa tak berjaya?
2. PSMI... bahasa inggeris...
3. korupsi di kalangan ahli politik..
4. peranan Islam dalam Malaysia dan secara global..

dan soalan yang agak kelakar dari wakil UIA... (macam student kot.. ensem semacam jer.. hihihihi..)
1. Hang Tuah tuh wujud ke? 


Aku rakam part neh dengan henfon..... siap ade visual dan audio lagi.. tapi kualiti gambar agak hampehss jugak laa...... sampai abes bateri beb. Dem.

Tak dapat nak siarkan gambar aku bersalaman dengan die tak lama lepas tuh.. hik hik hik hik ...

Tak nak cuci tangan kanan ku lepas neh........ =p

So dapat ku simpulkan kat sini........... event neh memang happening giler wei!!! Hangat sampai auditorium tuh FULL HOUSE sampai orang lain yang datang lambat kena duduk kat luar... seb baik pihak penganjur ade sediakan skrin besar kat sana..

Aku dok dalam okeh.. syukur.. dapatla ku tinguk cara TUN jawab semua soalan yang PANAS tuh dengan begitu macho dan COOL skali secara LIVE...... terjatuh chenta laks..  Soalan dalam bahasa inggeris pon.. die jawab dengan bahasa inggeris yang lancar........tak macam pemimpin 'tut'...  =)

Waa.. panjang lak entri aku...... aku rasa tuh ja kot.... Jabatan aku ade rancangan nak buat program pada mase hadapan.. dan nak try jemput TUN nanti.. eehehe.. beshnya.......



PS: Kan bagus kalau rakyat Malaysia lebih teruja menghadiri majlis-majlis ilmu macam neh bersama pemimpin daripada teruja nak gi konsert bagai sampai ade yang sanggup nak turun Singapura? kan? kan?