Satu pertandingan menulis surat kepada PM telah dilancarkan pada 12hb Januari 2010 dan tarikh tutupnya dilanjutkan ke 19hb Mac 2010. Tapi malangnya penyertaan aku tak memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh penganjur.
Tahniah kepada pihak penganjur iaitu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pos Malaysia Berhad (PMB) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kerana berjaya mendapat sambutan yang hangat sampai terdapat lebih daripada 200,000 penyertaan dari seluruh negara.
Ah... apsal aku nyer penyertaan tak diterima? Malah ditolak bulat2?
Sebab pertandingan terbuka kepada pelajar2 sekolah rendah dan sekolah menengah ja. Mana aci! Hoh! Aku pun nak kongsikan aspirasi aku kepada PM!
Korang jadi penilai surat aku lah. Berapa korang bagi? Sila abaikan kesilapan tatabahasa. =p
--------------------------------------
Ke Hadapan YAB Perdana Menteri,
Aku tahu bukan kamu yang membaca surat ini. Mesti YAB minta orang bawahan untuk membacanya. Tapi tidak apalah. Yang penting mesej ini sampai.
Aku bersyukur dapat hidup aman dan sentosa di tanah Malaysia ini.
Setiap negara ada kepincangannya. Tiada satu negara yang sempurna. Aku terima hakikat itu.
Tapi YAB nak cadangan untuk mengekalkan keharmonian negara kan? 1Malaysia?
Mari aku kongsikan cadangan aku dalam bentuk point. Boleh kan?
1. Aku nak Malaysia adakan Summer Camp. Ok. Malaysia memang tiada musim lain. Asyik panas je sepanjang tahun. Tapi cuti budak-budak sekolah kan lama. Sebulan tu wahai YAB oiiii. Dari budak-budak belajar merempit dan jadi bohsia atau bohjan, baik mereka manfaatkan masa itu dengan menghadiri kem berbentuk kebudayaan. Silibus? hah! Carilah aku! Aku kan free! ha ha
2. Karnival sukan rakyat. Bola sepak? Jangan. Bola keranjang? No. No. Aku nak permainan tradisional sahaja. Silat, sepak takraw, apa-apa lah. Mesti YAB lebih tahu sebab YAB lagi lama hidup di bumi Malaysia berbanding aku. Ngee.
3. Pertandingan pakaian seragam tradisional. Berapa ramai yang tahu pasal pakaian tradisional yang wujud kat Malaysia neh? Setahu aku, baju ala 'tube' tahulah!
Tiga cukuplah. Kalau lebih-lebih takut YAB tak mampu nak buat plak sebab tiga cadangan ini sudah cukup baik untuk dilaksanakan. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nak rakyat yang berkualiti, sila terapkan nilai-nilai murni dari mereka kecil lagi. Moga-moga masalah sosial dan perkauman tidak berlaku selepas ini.
Sekian terima kasih YAB.
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Salam hormat dariku,
Cik Jard The Great.
-----------------------------------------------
PS: Buka pusat summer camp macam masyuk je. Belum ade lagi kat Malaysia. Hmmm... Nak namakan Pusat Kem Jardness boleh?
















