Aku pernah tinguk sau filem mat salleh di mana seorang ibu muda beranak dalam sungai supaya tak sakit. Cara-cara lain yang pernah dikenalpasti melalui kajian sejarah ialah beranak dalam tub mandi dengan dijaga oleh seorang bidan. Mase tuh manada benda-benda macam ubat antibiotik dan hospital seme.
Ibu-ibu muda pada zaman dahulu kala bergantung pada bidan semata-mata.
Tetapi sekarang trend ini plak menjadi-jadi di kalangan si pelaku maksiat yang ingin menyembunyikan keadaan dirinya telahpun berbadan dua.
Iaitu.... trend beranak dalam tandas.
Berikut menggambarkan betapa kejamnya si pelaku yang beranak dalam tandas.
Bila tiba masenya.. die main 'tolak' je. Tolak.. tolakk... tolakkkkk.......... Semua rasa sakit itu tak tahu gi mana. Mungkin takutnya benda ini sampai ke pengetahuan ibu bapa dan masyarakat lagi besar dari takutnya kepada Allah? Astaghfirullah..
Die mengerang kesakitan tapi bayi die belum keluar lagi. Die tukar cara...... die main tarik kepala bayi plak...... tarik.. hoooohhhhhhhhh.. tarikkkkkkkkkkkk.......... grrrrrrrrr!
Bajunya kini berlumuran dengan darah tapi die berusaha jugak untuk menarik kepala bayi itu.
Suara tangisan tidak kedengaran biarpun perkara pertama yang dilihat si bayi ketika keluar dari rahim ibunya ialah muka ibunya sendiri.

Setelah menyalin pakaian dan bersih dari sebarang darah. Si ibu 'touch-up' mukanya yang tadinya comot... bayi?
Dalam tong sampah la jawabnya. Kan trend?
Agak2.. siapakah dalang untuk kandungan haram yang seterusnya?
~ ~ ~ ~ ~ ~
Benarlah kata orang.... orang yang buat jahat senang je rasanya die nak beranak.. dan orang yang baik pula sangat susah nak beranak. Mungkinkah kerana balasan di akhirat lain-lain?
Ooohhh.. ku rasa ini cuma gambar-gambar gimik bukan gambar sebenar jika dilihat pada sudut gambar ini diambil. Begitu kemas dan terancang. Jika memang gambar yang benar... takkan begitu kemas sudut penggambarannya. Betul tak? Aku pun tak tahu dari mana asalnya gambar-gambar ini cuma ku cilok dari
blog ini.
Oleh itu.. kepada pasangan-pasangan 'bahagia' di luar sana.. berfikirlah sebelum bertindak. Daripada membuat perkara terkutuk contohnya seks sebelum kahwin, apa salahnya kahwin je terus? Lebih mulia suci dan penuh berkat.
Status pelajar? Tiada duit?
Ha'ah! Duit belanja untuk pergi dating ada plak. Bukan main lagi mahal hadiah-hadiah yang korang curahkan untuk pasangan. Meh kita hidup berjimat untuk mendapatkan sesuatu yang mendapat rahmat. Jangan pula termengandung baru dapat tiket ekspres untuk kahwin dari ibu bapa.
Hidup biar berkat. Selamat dunia dan akhirat. InsyaAllah. Simple bukan? =)
PS: ku teremo lak apabila tinguk betapa kejamnya hati perempuan dalam gambar ini.. huhuhu..
Related Posts : masalah sosial
33 comments:
entahlah nak cakap apa.. ada orang yang nak sangat ada bayi tapi tak ada.. yang ada bayi pulak tak nak bayi...
kalau tak nak pun janganlah sampai buang dalam tong sampah.. bagi lah untuk adoption....
a'a betul tu jard.
takde duit bukan alasan untuk tangguhkan perkahwinan.
fikir2kanlah.
kalau dah asyik berkepit je, jatuh hukum WAJIB kahwin.
ngeri tengok pic tu & ngeri ngan sikap orang sekarang
hahaha. beria-ria penuh semangat sambil menonggeng-nonggeng sy tgk pic tu. tetbe kak jard kata gimik. aduh. kuciwa. wakakaka.
Beranak memang perit tapi nikmat.. Orang-orang macam ni memang rugi sebab tak dapat merasa nikmat bersalin dalam erti kata yang sebenar..
The pics are really FAKE. where got newborn head so big. and where got baby born with eyes open??
Use some common sense before post.
btul lah..org yg wat kes2 gini lagi sng beranak..tgk lh ade kes..pas bersalin..bleh selambe badak g kelas mcm biase
comel baby tu...
kalau bagi kat aku, aku bela...
erk.sangat kejam si ibu.sangat sdih melihat gambar si bayi yang melihat muka ibunya.
kisah buang bayi ni dah semakin menjadi2.. keadaan semakin parah..
hidup biar berkat
suka ayat tu
hehe
ngeri tengok
tp xboleh balah last siap make up2 lagi
haiyaaaa
might be those pic hanya utk memerli segolongan orang kan?
tapi memang tak patut letak dalam tong sampah
berapa kali cakap kalau nak buang, buang depan rumah wanii
uwaaaaa
ehh apsal emo kat sini, baik kak jard, saya balik blog sya skrg
mulanya takut nak tgk
nasib bek kut ak pingsan
haha
babe, semalam ada baca buku aku terima nikahnya
pasal sakit bersalin tu lah...
sapa senang bersalin, mati susah
hmmm
skng ni entah bape bnyk kes buang bayi. sian. manusia di cipta ada akal utk berfikir. tp, mereka tak menggunakannya dengan betul. teramat sengal dan bodoh bagi sesiapa yang buang bayi tu. iskk.. tak nak baby tu sekali pun jgn la buat mcm plastik cuwinggam! T___T
*tahu buat, tapi tak nak tanggungjawab. x(
tu la,ku ingin hidup berkat
selesa sgt rasenya dpt begitu
gambar tu pernah tgk ,menganggu emosi btl
jimat duit jard...kawen cecepat...
heheh
sama-sama kita jauhi maksiat
terima kasih di atas tazkirah ustazah Jard di pagi Jumaat ni ngeeee
uiyooooo!!! ???
f*** hard hard orang yang tidak menghargai nyawa, dorang adalah ________
org zmn skarang lebih pentingkan grand dr berkat. nk kawen biar ada smua2 dulu...kalo bole kawal nafsu xpela kan. ni dr buat bnda yg xsnonoh baik kawen je. insyaallah ada rezeki lps kawen sbb niat kawen pun sbb nk elak maksiat
rasanye blakon je kot.. sbb cer tgk baju dia masa dia dok tacap tu, elok je takde pon darah2. ni gaknye ala2 america's next top model punye theme kot..
kot laa..
ish!!!
seram weyh!!!
gambar ni cam perli ke apa ntah, haha. sipa bersolek paling tak tahan.
jurugambar tu terbaik ah.:p
gambar ni fake aje kan. tp dh nmpk wajah budak tu tatahn. adui..
OMFG are u kidding? @_@ punya kick tu gambar.
tak mahu kapel lama-lama.
nak nikah muda ( pakwe kata pengaruh adamaya )
damn.
aar.. ini gmbr2 GIMIK.. bukan gmbr betul2.. =)
Pada sumer...meh la sokong Kempen Kami Prihatin. Aku ade wat entry pasal tu.
Alaaa Jard tumpang ek. Aku rasa ade kaitan plak entry ko ngan aku.
sis
mengikut apa den belajar
maybe pic ini untuk iklan PSA
betul atau tidak x kisahla...tp bnde2 dlm pic ni tak mustahil ada belaku...kan? manusia dh jemu asek jadi manusia je kut...-_-'
uwaaaaaa....
xbole nengok..
kesian bayi tu..
da jadik trend da sekaarang ni mengandung buang2. yang terberanak pon ramai jugak. huhu T_T
bungul betul la pompuan tu....di buang baby tu....eemeee..
Post a Comment