Pagi-pagi buta aku pergi cari cara untuk pujuk orang yang merajuk. Hoh.. punyalah gigih gaban neh..
Aku kopipes je neh.. dari forum sepaku.net
*rasa nak gelak plak aku boleh cari info pasal benda neh.. ish.. ishhh.. ishhhhhhhhhh.........
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Saya percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun sedang berkapel. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang anda akan lakukan?
Kenapa merajuk?
Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.
1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.
~erk.... kami hubungan jarak jauh.. so ini tak menjadi masalah. Tang cemburu? erk.. ku rasa ku tak buat apa2 lagi yang boleh buat die cemburu. Ada ker? huhuhu
2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.
~hehehe.... ngada
3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.
~tiada sesiapa lagi hebat dari dia. konfem!
Bagaimana nak pujuk?
Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.
1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.
~baru semalam tahu die merajuk.. itu pun orang ketiga yang cakap die tengah merajuk. Aku tanya die kenapa.. die tak jawab plak..... uwek.
2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.
~keputusan ku... berdiam diri boleh? ha ha ha
3. Ucapkan kata-kata “manis”
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini.
~nak cakap die ngada boleh? ha ha ha *gelak lagi
4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.
~Dang! Lu gila ka?
Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.
~ ~ ~ ~ ~ ~
nampak gayanya aku GAGAL dalam hal pujuk-memujuk neh.. ade orang boleh tolong pujuk bagi pihak aku tak?

















35 comments:
den suka dipujuk tetapi malas memujuk
hahaha
hoh.. camna nk pujuk lelaki wei? ade cara lain tak? wakakaka
orang tersayang merajok ye.. lelaki kadang2 memang susah nak dipujuk :)
Kadang-kadang perlu dipujuk.. Kadang-kadang tak perlu pon.. Memang saja ngada-ngada.. Maka dalam keadaan seperti itu, kita pula buat2 merajuk.. Hohohohoho.. Boleh pakai ke? Kdang2 berkesan gak.. Ahaks.. ;p
eherrmmm2
hahahahaha! :) somel jaaa
jard , pujuk dgn nada lemah lembut ok kot , kekekekek .
lelaki kalau merajuk susah nak pujuk sbb ego mereka tinggi sggh..lagi dah berusia lagi kuat merajuk..
akak kalau merajuk..alamat dapur tak berasaplah..mogok siii
jard sila serahkan pada yg pakar.. =P
hehehhehehheheee........
biar sekejap..... lps sehari or sejam, br pujuk. time tu dah x panas hati...
ikut kesesuaian laaaaaaaa
kalau ku merajuk, dia pasti belanja makan
ba ha ha
bertambah tembam ku nanti
He...23x bab2 merajuk nie.. bro pun pernah jumpa sorang blogger tue masa bulan lepas kot..
die merajuk dgn bro....
sape la die kan.. Jard kenal x
BroFramestone Blog
rimas bila lelaki merajuk hahaha eh tapi perempuan merajuk comel
kalau kadang2 la kalau hari2 nak merajuk melampau gak. merajuk memain takpe hahaha
tips pujuk encik labu merajuk adalah dgn ajak dia pegi makan .. lepas tu mesti dia ok haha
kata2 manis tu watashi pandai weyhh
tapi kt phone je la..
kalo bersemuka mmh hancho..watashi lebih dulu malu
makan ice cream cornetto sama-sama..hehee
jangan lupa pakai topeng..
macam dalam iklan tu tau
akupon xpandai pujuk....
;)
aku bukan nak poyo tapi aku paling terer pujuk! hahaha
lelaki merajuk merimaskan.. perempuan merajuk comel pulak
pelik je., stamnet tu!
aku comel apa
Pekata u gi beli ice cream baskin robin ke kasik dia.. ahhaaa kira cam pujuk gak tu
elok ko nyanyikan lagu utk dia. Dia saja nak cari perhatian ko tu.
assalamualaikum salam diberi
sebab ini first time aku mari
kalau ini kedua @ ketiga kali
sudah pasti onar yang ku bagi..
sebagai pengenalan je ni..nanti aku dtg lagi..
benda ni pon nk gugel ka? HAHAHHAHAH adoihhhhh jard jard. jap akak nk pi gelak jauh2 ngahahahha
huhu..kalau merajuk cam dlm gambar tu comel la pulak..huhu..biar dia pujuk diri sendiri dah ah..bleh gtu?
jard... nko buat la apa pun jard janji dia tak majuk dah... nak nyanyi ke bersajak ke atau ako rasa nko jangan bersyair.. nanti dia lagik sedih jard..
saya pula tak tahu nak memujuk!
agagagagagaga...
thanx kak jard bg tips2 cintan cintun!!!
agagagaga
ehehe.... tgh usaha nk pujuk lah neh.. tp die tak bc lagi entri neh.. haishhhhh
sebab si dia merajuk, itu semua sebab my dear merajuk. nak pujuk, lagi ktorang gado. nak2 plak kalau tips memujuk yg suruh cerita perkara sebenar tu. memang x jalan. si dia tetap dengan kepala dia. buang air liur je bercerita .baik buat x tahu je. muehehehe ;p
sy x pndai memujuk..tpi bagus juga tips2 ni..:) akan try!!
Hi there..1st time see ur blog..nice entry and love ur pics too.visit me if free huh..;)
kna pndai la main tarik2 tali ni.
tpi 1st skali kena tau la knape dia merajuk.
selamat datng ke alam percintaan...tp aku nye awek2 dulu depan2 aku sound "kalau merajuk tolong bgtu sebab...sebabnya ko pn bukan leh tau aku merajuk kalu pasal apa"
and it worked!!
ermmm pUjuk???? susah nyer nk pujUk org merajUk...hik3...
tp klu cam pix tue ...snG skIt nk pujuk..beli gula2 or bg makaN ais krem..ahakkksss...just jokIng
ak pon x reti nk pujuk2 org ni..boifren ak tu ske merajuk jgk..tp skjp je ilang la tu merajuk dia..sabo je laaaa..adat r bercinta.gaduh2..bese r
aik..
entry pasal merajuk pulak dah..
ehem2..
kalau kekasih hati majuk
nyanyi lagu dangdut jer...
hehe.. die tak majuk da kot
Post a Comment