Search This Blog

Loading...

Friday, July 23, 2010

Jika gagal mendapat tempat kat universiti, nak buat macam mana?

www.tips-fb.com

Entri ini ku buat khas untuk adik kita yang bernama Zqah Ali... Budak sama umur dengan adik aku.. ehehehe.. Muda lagi... peluang masih banyak di luar sana untuk dirinya...

*pic kredit to her blog.. ehehehe.. 

Dan aku nak berikan beberapa suggestion tentang cara mengatasi kegagalan masuk universiti tempatan. Pemilihan bergantung kepada cita-cita kamu dan kekangan yang mungkin dihadapi untuk mengejar cita-cita itu.. contohnya kekangan dari segi kewangan.. papepun, terletak pada diri anda and how much you want it. =)

Antara pilihan yang ada...

1. masuk politeknik - permohonan untuk kemasukan bulan Julai sudah ditutup.. tapi akan dibuka balik pada 5 Ogos untuk kemasukan bulan November plak.. Boleh la usha e-borang politeknik kat sini. Banyak bidang diploma yang ditawarkan kat politeknik... yang seterusnya boleh digunakan untuk memohon Ijazah kelak =)

2. masuk IPTS - mahal laa.. tapi ade gak yang bagus. Contohnya UniKL. Boleh dapat pinjaman MARA dan jika keputusan bagus.. pinjaman itu jadi biasiswa. Kalau tak silap laa.. kena tanya budak UniKL. Tapi sebelum masuk mana-mana IPTS, pastikan die diiktiraf JPA/Badan Professional dan mendapat Perakuan Akreditasi. Senarai IPTS yang diiktiraf boleh dilihat kat sini. 

IPTS di bawah Mara yang maybe mengenakan yuran yang agak murah.
 Kolej Poly-tech Mara ------- http://www.kptm.edu.my/
 Uni-KL --------- http://www.unikl.edu.my/

UNITEN pun ok gak....... kalau nak amik engineering. =)

3. amik STPM

4. cari kerja dan setelah beberapa tahun kerja........ opt for Pendidikan Jarak Jauh... Uitm tempat yang menjadi pilihan terbaik untuk PJJ dari segi yuran dan tempat. Pada pendapat aku la.. tapi terpulang pada anda sebenarnya.. heee


oklah.. 4 cara ku senaraikan kat sini.. hehe.. hope it helps! And good luck!

16 comments:

SyimaSyaz said... [Reply]

better masuk poli atau IKM...maybe pada org IKM tu tempat utk org2 yang result tak berapa elok tapi reality...diorang ni senang dpt kerja.kalau diploma atau sijil dpt result best...blh sambung uitm...amik engineering...

Jard The Great said... [Reply]

@syima.. yep.. sgt setuju.. dak poli mmg senang dpt kerja.. especially dlm kerajaan.. =)

Mr PenyuBiru said... [Reply]

masuk KLMU aa, aku tengok iklan dia kat TV3 macam best jer. :D

Jard The Great said... [Reply]

@penyuk.. ehehe.. thanks. baru nk google. tapi jgn mudah terpengaruh dgn iklan di tv.. keh keh keh

aZLiNa aZiZ said... [Reply]

From my experience, ambik STPM sebab kebiasaannya ada biasiswa untuk pelajar. Lepas STPM (result cemerlang), boleh terus ambik degree. Kamu untung di sini kerana tidak berhutang apa2 dengan PTPTN. Cuma baru hendak berhutang sebab nak ambik degree kan?

Tak pon, isi borang SPA, gov ada tawarkan latihan separa perubatan. Di sini pun untung sebab belajar dibawah tajaan kementerian (cth, Kementerian Kesihatan Malaysia) dan lepas abis belajar, terus diserap dalam sektor kerajaan seperti jururawat, juruteknologi makmal perubatan, jurupulih anggota perubatan dll. Kamu dapat kerja, kamu dapat gaji dan kamu bebas hutang apa2! ;p

Pendek kata, jangan berputus asa.Peluang ada di mana2. Percayalah. Itu janji ALLAH. Janji Dia pada manusia yang ingin berubah ;p

FarhanaDr said... [Reply]

Hai hai hai.. Saye budak UniKL RCMP.. Ekeke.. :p

Betul tu.. Kalau result bagus, pinjaman mara boleh ditukarkan jadi biasiswa.. Atau pun dia bagi bayar kurang dari amaun asal.. Heeee.. :)

durrah khairuddin said... [Reply]

better go to unikl.. sebab yuran unikl lebih murah dan konfirm dpaat mara.. fasiliti kat unikl lebih mencukupi berbanding u lain seperti utp dan uniten..
bercakap berdasarkan pengalaman

nisa lee said... [Reply]

ramai ingt uniten baik tuk engineering jer tp actually uniten nih popular gak dgn other courses esp. accounting and finance..
start dr foundation dulu..result spm saya pn bkn lawa sgt,and most of my frens pon cm 2 gak.. but we learned from the past.. :)

deus X machina said... [Reply]

masuk form 6 macam aku dulu la....kejap jek, setahun setengah, lepas STPM kalau result bagus leh sambung ke ijazah terus....subjek pun tak banyak, 4 je....campur MUET kira 5 lah...

Hazzy Ishak said... [Reply]

Kolej poytech mara, unikl & uniten semua kat tempat aku wey...

Masy said... [Reply]

akak dulu pun lmbt masuk IPT. tp akak tunggu utk second intake UiTM. 6 bulan la jugak tunggu. kirenye mber2 lain yg dah masuk IPT dah start blaja 6 bulan, baru laa akak dpt masuk.

tp dapat! klu sanggup, tunggu la 6 bulan utk second intake. ape nk buat 6 bulan tu? lu pikir la sendiri. hahaahahah~

Alimaz-Kembara Terasing said... [Reply]

saya setuju dgn jard... poli senang dapat masuk dan juga senang dapat kerja...macam saya dan hubby...heheheehh

makdara TERDIVA said... [Reply]

huwaaa! akak pun tak masuk U..tp sambung kat ITTAR (now Unitar)

tempat mane nak belajar x pnting..yg pnting ada kemahuan & usaha..

Peri PiA said... [Reply]

all the best utk dia ;)

Jard The Great said... [Reply]

nasihat-nasihat korang amat bermakna pada mereka yang rasa down disebabkan gagal mendapat tmpt di universiti awam..

terima kasih bebanyak.. =)

Zqah Ail said... [Reply]

terima kasih jard =)

bolehlah saya pikir2 cadangan dorang .. saya lepasan stpm tapi adelah 2/3 cadangan kat atas yg boleh saya pakai .. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...