Search This Blog

Loading...

Saturday, August 21, 2010

Filem Emily lakonan Ady Putra dan Nabila Huda boleh tahan jugalah

www.tips-fb.com

Ehhh...... Aku baru tahu Ady Putra ini HOT jugak rupanya.


Gambar diambil dari TV. Suka tinguk lelaki berjambang macam neh.. tak suka misai tapi kalau Ady Putra, ku terima saja... keh keh keh.

Satu cerekarama bertajuk Emily sedang bermain di TV3 bermula pukul 10 malam tadi. Sejurus selepas balik dari pasar, kami terus melekat kat TV sebab cerita ini menarik semacam je. He he he.

Rupa-rupanya cerita ini tentang kahwin kontrak antara Uria (lakonan Ady Putra) dan Emily (Nabila Huda). Bab-bab bercinta selepas kahwin memang menariklah terutamanya kepada anak-anak dara macam kami ini. 

Sedikit sinopsis tentang cerita ini:

Pelakon: Ady putra, Nabila Huda, Natasha Hudson, Tony Eusoff
Pengarah: Erma Fatima


Uria Hannan (Uria dinamakan sempena nama Uria Hannan, nama panglima tentera Nabi Daud A.S) dan Reza berkawan baik sejak mereka sama-sama menuntut di Amerika. Mereka masih berkawan baik setelah pulang ke tanah air.

Uria seorang pelukis dan Reza seorng pensyarah. Satu hari, Reza membuat satu permintaan aneh pada Uria agar mengahwini adiknya Emily jika dia tiba-tiba meninggal dunia. Uria menganggap permintaan Reza itu tidak masuk akal.

Dua hari selepas itu, Reza meninggal dunia kerana barah otak yang dirahsiakannya. Uria dan Emily menghadapi kesukaran berdepan dengan wasiat Reza. Atas kejahilan dan ego masing-masing, mereka lalu membuat perjanjian untuk berkahwin sebagai menunaikan wasiat Reza dengan beberapa syarat dan perjanjian.

Iaitu, mereka tidak akan menyintai satu sama lain, tidak akan mengadakan sebarang hubungan sebagai suami isteri walaupun tinggal dibawah satu bumbung dan akan bercerai selepas enam bulan usia perkahwinan mereka. Emily yang bercita-cita mahu menjadi model dan gitaris seperti Joan Jett sebenarnya adalah seorang gadis yang pemalas dan anti dapur.

Dia tidak tahu memasak, kaki sepah dan mementingkan diri sendiri dan sukar dijangka. Uria terpaksa bersabar berdepan dengan kerenah dan gelagat Emily. Dalam perbalahan dan hubungannya yang sering berantakan itu, mereka dalam diam rupanya telah jatuh cinta. Sikap Emily mula berubah. Dia mula belajar mengemas rumah, memasak dan menjahit baju Uria yang koyak.

Walaupun masakan Emily teruk dan jahitannya bengkang-bengkok tapi perubahan Emily itu amat menyentuh hati Uria. Uria mempunyai sebuah galeri yang dikongsinya berama rakannya Amri. Bila Mengetahui Uria tidak pernah meniduri Emily, Amri cuba mengambil kesempatan ke atas Emily. Mampukah Uria dan Emily melawan ego masing-masing untuk berjanji sehidup dan semati? (Sumber)

Ok, sudah tamat cerita ini tatkala aku tekan PUBLISH.

Ending dia tak berapa sedap la plakkkkkkkk............. takpe, takpe.. janji Ady Putra sedap dipandang. =p

25 comments:

.alie. said... [Reply]

sob3~dah lamaa xda masa nk tgk tb..

Amieynna Amin said... [Reply]

gantang sungguh adi dalam ini cerita..
mula nmpak cam serabai skit..
tp lama2 tgk, leh jatuh hati taw..

ending die agak klisye..
tp ok laa..
happy ending..

zyezah said... [Reply]

mcm ala2 johnny depp kan adi putra. apa2 pun suka nabila jugak so schweet. heh :D

Jard The Great said... [Reply]

.alie.... hihi.. napa beb? sibuk sgt ka?

Amieynna Amin ... hehe.. da jatuh hati ponnn..

zyezah ... nabila sweet montok2.. ehehe

Nudi said... [Reply]

Macam best je cerita ni ~

menyesal tak tengok !

♥CIK SHA♥ said... [Reply]

macam m.nasir je kan muke adi sekali tengok dalam drama tu td??hehehe...

Jard The Great said... [Reply]

Nudi ... gi mana tadi? ehehe.. rugi2.. =p

♥CIK SHA♥ ... hehehe... aar la.. tapi adi lagi ensem kan? kan? =p

Syima Syaz said... [Reply]

ape ending nye?

FarhanaDr said... [Reply]

Adi putra memang sangat hottttt.. Dialog dia sangat sweet.. I like.. :)

Ery Farieha said... [Reply]

tengok separuh je

tu pon sebab ADI putra!
hahahaha

CAHAYA said... [Reply]

Aku tak sempat tgk ending. Kena gi keje plak. Huhu.

Faizal@PeJAY said... [Reply]

alo tak tgk plak

seimura said... [Reply]

ala... apa ending dia jard? bagitau la huhu.

Mohd Adziim said... [Reply]

Hehe~ kekanda kau mesti lagi sedap dipandang kan?

mas said... [Reply]

tak rugi tunnggu sampai pukul 12 mlm...cerita ni memang best, kelakar gila...jalan cerita pun menarik,, rasa macam nak tengok lagi jer...

fndrocka said... [Reply]

ini bukan FILEM lah...ni CEREKARAMA..

Adi putra memg ada aura sebagai pelakon la..selalu bw watak berbeza..mlm td dia kelakar!

eiffel said... [Reply]

citer tuh agak sengal...hahahaa...besh gk..ngeee =P

zonaku said... [Reply]

aku x tgk.. aku tdo sebelum jadi jaga y tido.....

anis je citer famili aku g makan nasi kandar... aku tgu faris kat rmh sambil tdo... hehehehhehee...


sesiapa pun... tetap bersepah bila berjambang n bermisai... rambut dia jer aku leh terima.... smart

piNky LuCiA said... [Reply]

adaptasi novel ke ni?> hehe

a n o n said... [Reply]

lamanya tak tengok tv.. hmm

~ ReD ~ said... [Reply]

suka jugak tgok crita pasal kisah kawen kntrak. yang baru nk start bunga2 cinta pas kawen.hehe

Berbuka Puasa Bersama Bloggers Di Setiawangsa

Jard The Great said... [Reply]

Syima Syaz ... endingnya tak berapa kreatif.. just say I love you pastuh lelaki angkat pompuan masuk rumah.. hu hu

FarhanaDr ... hehehe. ku suka part diorg gaduh2

Ery Farieha ... hahaha.. sama la

CAHAYA ... owh.. keje malam.. hehehe..

Faizal@PeJAY ... download.. kalau ade.. ehehe

seimura ... tuh kat atas.. ku reply komen cik syima.. hehe

Mohd Adziim ... aah.. mestilah! ;p

mas ... hahaha... kalau dpt tinguk lagi.. kasi tahu cmna k..

fndrocka ... ah.. ah.. cerekarama.. ehehe...

eiffel ... tuh ar.. senyum2 je aku menontonnya.. =p

zonaku ... hehehe.. rambut die mmg smart...

piNky LuCiA ... tak pasti.. ku tahu tinguk je. wakaka

a n o n ... hehe.. rajin baca buku ek? =p

~ ReD ~ ... bercinta lepas kahwin cam besh je kan? ekeke

noor afzan said... [Reply]

best eh?
alaa..
ending tak best ke..
err..
apa yang tak best nye..?

piNky LuCiA said... [Reply]

tapi kalau best2 biasanya adaptasi novel.. hehehe

Liza said... [Reply]

best the drama, and nama2 karakter nyer sgt unik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...