Saturday, July 31, 2010

Rentetan peristiwa ke Jerantut, Pahang

Bertolak dalam pukul 10 pagi...

Hadiah ku beli last minit..... operasi membungkusnya berlaku malam sebelumnya dengan susah payahnya.

Susah woooo.. nak bungkus sesuatu yang tiada bucu.. ehehe



Seb baik hadiah tuh nampak menawan.. Siap ade riben tuu... *abaikan muka penat aku tika mengangkat hadiah itu.


Sesampainya di rumah pengantin di Kampung Embun tu... kami terpegun dengan kebesaran rumahnya.

Dalam kepala terbayang makanan yang lazat-lazat. Kui kui.

Tapi konfem diorg amik catering kan?

Kami disajikan dengan ikan patin (baru ku tahu Jerantut popular dengan ikan patin.. mungkin dari Sungai Pahang kot), durian, sate, ayam, nasi minyak... laksa penang, cendol..

fuhhhhhhhhhhh... kekenyangan sampai esok pagi la gamaknya. 

Anyways..... terima kasih kepada pasangan pengantin di bawah. Heee


Ha'ah.... inilah rupa pasangan pengantin itu... Moga jodoh korang panjang sampai ke akhir hayat. =)

Aku sampai Kuala Lumpur dalam pukul 8 malam tadi. Sempat melencong ke rumah kawan somewhere in Pahang.. la la laaa...

Akak die masakkan cekodok lagi..... 

Kenyang lagi.. alhamdulillah.. murah rezeki. hik hik hik

Sekian coretan aku pada hari Sabtu... menanti hari esok plak. Makan di mana ya?


Dua kisah blogger yang hampir sama.

Lumut dan Cahaya Mata.

Aku pernah perkenalkan Lumut pada blogger itu. Tak lama dulu. Sebab dua-dua mempunyai kisah yang hampir sama. Cuma beza umur mereka adalah sebanyak 7 tahun.

Cik Cahaya Mata banyak mengisahkan kisah suka dukanya kat blog. Aku mengiikuti perkembangannya dari saat dia sedih mengenang cinta lama yang terkubur selepas 7 tahun bercinta... kerana lelaki itu kahwini orang lain.

Setelah lama berduka... dan entri-entri die semuanya sedih-sedih, dia akhirnya menemui jodoh bersama seorang duda. Itupun setelah mengharungi banyak cabaran.. Ditentang bapanya sendiri...... tapi kalau dah jodoh... kuasa cinta tetap menang. =)

Lumut.........  there is some one out there for you too. Just he hasn't shown up yet. 


Kenapa aku tiba-tiba nak ceritakan pasal kisah cik Cahaya Mata neh?


Sebab hari ini akan berlangsungnya majlis perkahwinannya bersama jejaka  itu di Batu Pahat, Johor.


Tahniah beb! Tapi ku kena ke Pahang ler hari ini. Huhuhu...  ade orang lain yang kahwin pada hari ini dan kawan-kawan aku nak berkonvoi ke sana. Have to follow the crowd.

PS: nanti aku letak link *puan cahaya mata kalau die izinkan.

Imam Muda Asyraf - Tahniah menjadi juara Imam Muda 2010!


*Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26 tahun (Pulau Pinang)

Heeeeeeeee.. takde astro.. so tak tonton punn.. But the show made a buzz in the western countries.

Hope more shows like this in the future.

PS: hensem.. agagagaa!!

Friday, July 30, 2010

Antara blogger paling lawak aku pernah kenal

Mase awal pembabitan aku dalam blog.. aku lebih tertarik pada blog-blog yang berunsur lawak comel. Dan pendek. Tak larat nak baca entri yang panjang-panjang.. hehe.. Skang banyak blog yang lawak lucah. Hehehe... tapi layan jugak

Susah wooo.. nak jumpa blog yang lawak comel tu. Antara contoh blog lawak chumel si nizamsani la......... dan ade seorang lagi. Debik debuk.


Mari aku perkenalkan blogger ini......... gambar facebook adalah seperti di atas. Ye.. die lelaki tapi gemar pakai tudung. wakaka...

Tak pernah jumpa orang neh.. tapi blog die antara blog yang wajib aku baca dua tahun lepas.. errkk.. Skang jarang sangat die hapdet. Ingatkan tak hapdet daa.. rupanya ada entri baru *ishh..ishh.. baru nak blogwalking.. huhu

Komen-komen die pun lawak.... Asalkan die komen blog aku dulu.. mesti aku sakit perut sebab gelak.

Antara entri die yang buat aku senak perut..

entri neh

http://debikdebuk.blogspot.com/2009/01/transformasi.html

yang ini.. bila aku baca balik.. gelak lagi.. aduss.. ha ha ha

http://debikdebuk.blogspot.com/2008/12/yang-patut-dan-tak-patut.html
http://debikdebuk.blogspot.com/2009/01/yang-patut-dan-tak-patut2.html

yang neh.. tajuk je gempak.. sekali buka...... hahahaha... gelak lagi

http://debikdebuk.blogspot.com/2009/01/nafsu-binatang.html

yang neh.. tak sangka plak
http://debikdebuk.blogspot.com/2009/01/macam2-la.html
http://debikdebuk.blogspot.com/2009/01/iklan.html

ok ler... cukup setakat neh.... Harap die rajin hapdet blog la.. heee..

Oh ya.... gambar kat fesbuk die pun lawak dowh.. contohnya kat bawah


Caption: Terbuktilah sudah bahawa Messi sebenarnya beragama Islam... Bukti telah aku dapati di sini.. Siap bersolat bersama dengan Ibrahimovic lagi..

PS: hehehe.. ku blogwalking tadi.. bnyk baca balik entri2 lama yang aku suka baca satu/dua tahun lepas.. haippp...

Akhirnya sampai 4 angka dari Nuffnang.

Satu lagi pencapaian berperingkat bagi aku dalam dunia blog.

Pelbagai cabaran yang ditimpa.. pelbagai perkara yang pernah ku buat.. pernah dicaci... hampir disaman (*erk!)..... pernah dilanda badai....

tutup blog pun pernah......

papepun.. terima kasih kepada pembaca dan followers blog ini. =)


Mula cash-out bulan Februari 2010....

AKhir sekali untuk cash out......... hari ini.. =)

Thanks NUFFNANG!!! Tak kisah lah kalau kamu bias ke... tak bias ke... janji duit masuk akaun aku.. kui kui kui...

Mutiara Sabah - back in popular demand


Sold out..... barang baru sampai hari ini dari sabah.. Brooch jenis ini dah sold out da.

He he hee...


Jugak SOLD-OUT!!!!

Ade lagi beb.. tungguuu.......... belum tangkap gambar lagii..

Aku variasikan lagi stok...  dari jenis brooch.. ku cuba jual gelang tangan dengan jam tangan pulak.

Cantik tak?

Jam Tangan Design 01



Sisi depan...



Kacip kat belakang..... 



Dari sisi plak............ =)

Jam Tangan Design 02


Dari depan



memanjang.. errrrrr. =p

Jam Tangan Design 03


Elastik gituuuuu

Dan akhir sekali gelang mutiara...


ade dua bentuk.. satu butterfly seperti dalam gambar.. satu lagi jenis bunga..... =)

Untuk harga dan design yang lain.. boleh lah emel kat aku di

jardness [at] gmail.com



Thursday, July 29, 2010

Ramai orang kat Sabah tiada kad pengenalan

Aku rasa mesti ramai antara korang tak tahu pasal benda ini.

Aku pun kekadang malas gak nak turun Bandar Raya Kota Kinabalu tuuu.. suka dok rumah kat kampung je. Sebab.... kat ibu kota yang maju tuh....... jangan tak tahu.. ramai sangat yang tak memiliki kad pengenalan.

So.. jangan hairan lah kalau ade yang bertanyakan kepada pengunjung... "awak dari mana?". Sebab silap-silap orang yang bertanya itu dari Filipina........ dan paling common lahh...... dari Indonesia.

*pic credit to Google.

Aku tak suka part tuh je la pasal Sabah. Integrasi kaum betul sampai ramai sangat pendatang asing yang datang secara HARAM (*melalui bot.. okeh....) dan dok mencarik kerja kat Sabah. Mengahwini orang tempatan pun banyak berlaku...... secara haram jugak kottt .. Wallahu'alam...  huuuuuu.....

Entah-entah orang yang dok bekerja kat kebanyakan kedai makan di sana adalah warganegara asing. tapi sebab slang lebih kurang sama.. dan sesiapa yang pernah dok Sabah memang cepat je tangkap bahasa baku.. Senang je mengaku menjadi orang Sabah.. padahal tiada IC punnn..

Carik kerja kat Sabah senang....... tak payah tunjuk IC.... Lagipun majikan tak kisah background kamu macam mana, yang penting boleh buat kerja.

Pernahkah kamu terfikir kenapa pasar yang menjual mutiara kat KK itu dinamakan Pasar Filipina????


=)


Apapun....... aku suka duduk Kuala Lumpur...  heeeeeee

Anda Rasis tak?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A few things I'd like to say out loud here..

WHY?
Do we have to be separated based on our race? Malay? Indian? Chinese?

WHY?
Is there no "LAIN-LAIN" group in the race section?

WHY?
Do people think that SABAHANS live on trees and water??

WHY?
Do people think that just because I'm wearing Hijjab, I'm MALAY??

WHY?
When I'm always stay close to my sabahans friends, people say I'm racist?

WHY?
Do some people don't want to be in the same room as SABAHANS and SARAWAKIANS?

WHY?
When people hear I'm from Kota Belud, they'd ask "Byk belut x tmpt kmu??"

WHY?
Can't I understand the way things go around here? I mean, back at Sabah, all race mixes together well. U won't even recognize the Chinese from the "LAIN-LAIN", and from Indians. Well, uhm... we can recognize the Indians well. What I'm trying to say is, we speak 1 language, and everyone understands! Here?

WHY?
Do people think that we can't understand what they are talking about?
Yea people, some of us Sabahans and Sarawakians can speak Chinese and perhaps even some, Urdu, Tamil or such. Don't talk bad about us behind our backs...We know..........

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

My sister wrote this in her blog. Aku dah lama dok merantau.. benda neh memang dah lama aku perasan tapi aku diam je.

Something is wrong with peninsular Malaysia....... very wrong....... can't quite put my finger on it. Yet. Or maybe just not strong enough to say it aloud because deep down I know the answer already.

Tapi........

Dengan kepekatan slang sabahan aku......... kekadang MENYAMPAH apabila orang lain akan bercakap dalam slang INDON dengan aku. Ingat aku suka ke? Ingat lucu? But as always... aku diam je la.. dan senyum.


All I know....

Rasis adalah penyakit sosial........... and I hate it.

Sekian.

PS: banyak entri2 berbaur rasis malam neh...

Wednesday, July 28, 2010

Ariel, Luna dilarang nikah

Tajuk yang terpampang di muka depan akhbar Harian Metro menyebabkan aku terus mencapai satu dan membayarnya kat kaunter pagi tadi.


Terkejut dengan tajuk tuh sebab takkan orang yang buat video seks tidak dibenarkan menikah? Apa punya cerita ini!

Belek-belek punya belek.. tertumpu pada muka surat 36..........







Cissssssssssssssssssss.........

Rupanya ariel dilarang nikah dalam tahanan.



Rugi RM1.50 membeli surat khabar neh.. padahal aku biasanya baca online je.


cisss.. cissssss. cisssssssssssssssss...............

PS: kami di opis diberikan surat khabar percuma UTUSAN Malaysia sahaja.......

Tuesday, July 27, 2010

Bila saya nak kawin?

"Pada yang asyik bertanya...Usah dirisaukan jodoh orang...Jaga masjid sendiri agar tidak goyang..Lain orang lain rezekinya..Syukurlah dengan apa yang kita ada...." ~yanie gebu dari facebook

huuuuu... ramai sungguh yang bertanya pada aku tentang hal ini. Adakalanya aku jawab jujur.. adakalanya aku malas nak jawab...... dan jawapanku macam ini....... *@$@*^#^@^%^%!*;@2011^*%@*#%@*^*&;*@*#. *kod rahsia.. orang tertentu ja boleh faham.

Kui kui kui..

tapi jawapan paling tepat pada persoalan ini adalah sepertimana cik yanie gebu jawab. Heeee.. Status Joe kat fesbuk pun mengena jugak "Kalau awak dah tercipta untuk saya, awak tetap akan menjadi milik saya suatu hari nanti." ~harap kanda baca.. =p

Kalau ade jodohku.. adalah.. dan kamu, kamu dan kamu.. insyaAllah semuanya akan ku jemput. =)


Kempen Anti RM100 Login Facebook


OK.. bukan niatku nak membuat orang itu diactivate akaun facebooknya. Sungguh tak sangka.. selepas aku tag namanya pada gambar ini......... akaun die terus lesap dari facebook.

Apakah?

Minta maaflah pada sesiapa yang terasa dengan gambar ini.

Tapi terima lah kenyataan. heee =p

PS: gambar dapat dari nizamsani.

[Menyampah] - Buat RM100 hari-hari dengan hanya login Facebook.


Penyakit tayang duit bak kata encik Faizal the Newscaster.

Penyakit tayang duit. Siapalah pelopornya? Makin banyak pula kemunculan gambar-gambar duit di Facebook. Ada banyak lagi gambar, tapi tak mahulah aibkan wajah orang. Jadi kita tunjuk yang tak nampak muka. Rasanya semua dah tau, ini adalah "marketing strategy" oleh mereka yang mempromosi MLM syarikat mereka. Pada aku ini semua menipu orang ramai. Henti-hentikanlah buat gambar sebegini. Sudahlah tag orang sesuka hati di Facebook, dapat sumpah seranah je. Ingatlah, tiada yang mudah di dunia ni. Dah ramai kena tipu weh!

Yep.. hadirnya segolongan manusia kat facebook yang kerjanya hanya mengetag nama kita pada gambar dirinya yang memegang duit yang banyak. Untuk contoh... sila lihat gambar poyo aku kat atas. Nak amik gambar orang lain.. takut kena saman plak. So baik letak gambar sendiri. *belajar dari pengalaman yang lepas.

Oh ya.. ini duit HALAL ye.. dari gaji aku sendiri. Aku cukup menyampah lah dengan orang Meleis yang asyik kejar duit dengan cara yang mudah.

Ingat begitu senang ke nak cari rezeki yang halal?

Contoh iklan yang penuh tipu daya... kalau korang tertipu tatau laaa..

Program TERMURAH, TERMUDAH & TERPANTAS. Jangan tunggu tp BUAT.. BUAT skrg, dpt RM100 terus boleh guna CASH!! Anda join byr RM100 pd intoducer@upline anda. Anda citer pd kwn & dia pun minat nak join byr RM100. Duit dibyr terus ke akaun anda @ diberi tunai di kedai kopi katakan...Duit anda dh dpt… tunai… dah boleh belanja kawan anda semula. Anda s'diri dgn potensi min. income RM100 setiap hari, TANPA RISIKO!! Fikir2kanlah.. kalau anda tak ambil peluang ini orang lain akan ambil. Peluang tak selalu ada...jd, jgn lepaskan.

Ha'ah........... mengaruttttttttttttt!!!

So.. sila jangan tag nama aku di facebook lagi untuk benda2 mengarut camneh okeh? Dan akhir sekali jangan mudah terpedaya dengan benda-benda yang meragukan tentang halal-haramnya. MLM is not for everyone. =)

Monday, July 26, 2010

terkejut, INNIT Nuffnang berwajah baru


Suka tak?

Ermmmmmm....... tak berapa berkenan dengan warna ini.. sebab dah terbiasa dengan warna BIRU *my fav colour. Uhukzzzz..

Tapi ade satu function baru yang macam menarik je. Function "Add as Friend". Whoaaa.. sejak bila? Macam facebook plak daa... ehehehe.

Nways.... ARghhhhhhhhh!!! Aku tak suka "word verification" die!


sekian...

pelanduk dua serupa

Aku tengah mengikuti kursus tentang satelit. Topik yg sangat menarik sebab pengajarnya dari telekom. Sempat gak ku tanyakan tentang kelembapan internet di malaysia berbanding negara2 lain. Ada jawapannya. Will tell later.

Yang menarik pasal kursus neh, ialah rupa pengajarnya. Dari perak, umur dalam 38 dan mukanya macam...


kanda!


=p

Kisah adik aku di USM Kubang Kerian


Cuba teka adik aku yang mana satu. Boleh usha entri terbaru die kat sini, tentang pengalamannya mengharungi minggu orientasi dan kelas medik. Hehehe.. suka baca penulisan die.

Aduhhh.... die dah hapdet 12 Julai lagi tapi aku baru nak usha blog die tadi.

Aku berjaya dapat tahu adik aku:
1. suka kampus Usm
2. tak suka hostel die.. ekeke..
3. boleh tertidur dalam kelas.
4. tak banyak pelajar lelaki dari golongan malay dan india.. gi mana depa wei? =p

Best kan apabila adik-beradik kita ade blog? Boleh jenguk-jenguk keadaan hidup mereka pada masa kini..

Giler lama tak jenguk blog die... huuuu..... apalagi blog-blog korang kan? Nanti ku usahakan untuk lebih banyak blogwalking.

Soriii... huhu..

PS: tenang hati tinguk adik aku berjaya membiasakan diri kat Kelantan. =)

Sana-sini di Promosi Kerja Kahwin 2010 @Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Nak tunjuk gambar je la.... ehehehe.. kalau nak tahu pasal benda neh.. boleh usha link ini

http://ignorantbrat.blogspot.com/2010/07/promosi-kerja-kahwin-2010-di-kompleks.html


the view that met us



pintu masuk, tapi banyak pintu masuk yang lain



Satu kad ukiran kayu neh dalam RM5 -6 dengan order minimum 100 kad. 

Berkenan la plak......  ehem...



Kalau nak patung kek neh sahaja.. dalam RM500. Ade kedai porcelin kat OU dan boleh minta diorg ukirkan muka sendiri. Wawawawa.. *tengah membayangkan... wakaka..

Kek ini sahaja dah RM3,900 kot... 



Ade satu khemah tu.. dalamnya penuh dengan perhiasan dalaman untuk suatu majlis perkahwinan. Siap ade patung-patung lagi yang menggayakan busana pengantin.. heeee



cantik wooooooo susunannya....



Sempat bergambar depan pelamin........ kui kui kui...


Ade persembahan baba nyonya.... fuhhhhh..... 



Dan ade demonstrasi perkahwinan baba nyonya........ =)

Tamat di sini sahaja. 

Sunday, July 25, 2010

Lasagna Cafe Milano KLCC paling sedap pernah ku rasai.


Keluar rumah pada hari Sabtu bukan sia-sia.

Oleh kerana teringin nak makan lasagna, aku usha la google nak carik lasagna yang paling sedap di Malaysia. Usha laman web Dominoes.... tapi review orang awam tentang lasagnanya kurang mengalakkan.

Aku cuba usha Pizza hut.. tapi mengikut pengalaman lepas...... lasagna pizza hut kurang sedap pada rasa lidah ku lah. Korang plak bagaimana?

Cuba Secret recipe........ macam mahal jeeeeeeeee........

Akhir sekali aku usha Cafe Milano kat KLCC. Pernah rasa sekali bersama Wafa semasa gathering geng memuah baru-baru neh.

Memang SEDAP!!!

Harga dalam RM7.99 jaa...... sangat murah dan berbaloi, jika dibandingkan tempat-tempat lain. Dominoes - RM10.99... Secret Recipe mungkin dalam RM15++... Ha'ah......... Kan Milano's punya lasagna lagi murah.
pro
Tapi yang lecehnya pasal KLCC neh... nak parking mahal.

Seb baik kena RM4 ja sebab aku singgah dalam sejam setengah je untuk makan semata-mata.. Wakakakaka..

Berminat nak cuba?
Sila ke

Cafe Milano and Just Desserts
Signatures Food Court
Level 2, Suria KLCC

Hoyeahhhhhh.......... aku kekenyangan sampai esok pagi kot. Alhamdulillah. =)

Saturday, July 24, 2010

Baru ada kekuatan nak keluar makan.

Boleh eh camtuh?

Aku ikut nasihat korang dalam entri yang lepas.. Kalau rindu aku cuba dok berguling-guling di rumah. Cuba tidur kalau rindu..... sembunyikan henfon.. tanda rajuk. Kah kah kah. Takleh blah.

Akhir sekali......

jeng jeng jeng....... die carik aku kat ym. 4 jam kemudian. SHOCK! Boleh gitu?

Huuuuuuuuu...

ok jom makan!!!

PS: kepada farid..... have fun meeting sigg dan deux.. rasa nak join tapi segan laa.. ehehehe
      kepada boneka tak sakit....... amboiiiiii.. tak abes2 dgn syima.. da solat blom?  =p

apa yang wanita buat jika dilanda rindu?

SMS?

kekadang lagi sakit hati bila sms yang dihantar tak dibalas..... kan?

Siapakah Raul Lemos?

Raul Lemos adalah kekasih Kris Dayanti.. seorang usahawan dari Timor Leste. Aku baru tahu yang Kris dikatakan merampas Raul Lemos dari Ata.. dari JakartaPost - Singer Krisdayanti admits affair with Raul Lemos, yang menyatakan KD meminta maaf kepada isteri Raul.


VS


untuk lelaki ini?


Macam rupa Mike Tyson pun ade.. keh keh keh.. 

PS: menyibukkan diri di malam hari membaca gosip2 terkini dunia hiburan. Mood tgh rajin hapdet =)

Friday, July 23, 2010

Website fesyen bertudung atau berhijab


Sila klik gambar untuk ke blog Nur Atiqah dari Singapura. =)

Kalau tak silap.. baju-baju yang die pamerkan dalam blog die dari sini....  Die da lama tak hapdet blog.. ishhh...

Tapi kalau korang berminat nak beli.... kena gi sini.......

Last but not least.. setelah usha-usha blog die itu.. nak cakap... siapa kata gadis bertubuh gempal tak boleh berfesyen? =p

Baju kurung moden tunjuk bra?


Entri ini dicurik dari en ber_uwang......

Mungkin die tak perasan kot...  baju tuh kan berwarna hitam.. dan die tak sempat nak tinguk cermin sebelum keluar rumah.. keh keh keh... Tapi aku memang anti la baju kurung yang takda lining neh. Ntah pape laa..


Kalau terjumpa baju neh kat kedai.. aku memanggilnya.. kurung SEKSI. Kalau ade lining sekali.. baru aku berminat nak beli. Cantek memang cantek la.. tapi agak-agaklah wei.. takkan beli camtuh terus tak pakai baju dalam?

Okok...... kepada sesiapa yang menjadi mangsa fesyen macam wanita kat atas...

Aku nak cadangkan satu website yang memberi contoh fesyen yang sesuai untuk muslimah. Sesuai untuk aku yang tak ade fashion sense langsung. Hehehehehe! Tinguk sampel dulu lah. Nanti aku bagi link dalam entri yang lain.. .. la laaa... *strategi nak tarik trafik.. =p


Contoh set pakaian muslimah yang ranggiii..........


Tengah carik baju raya ke? Ha'ah... contoh baju kurung moden siap dengan eksesori yang sesuai pun ade...



Tema Pink cantek gakkk....



Takpun pakai kasual macam neh........ heehehehe...

ehhh.. da maghrib..... malam karang aku bagitahu link k...

tata...

Jenis lelaki yang ku suka

Biasanya kalau soalan pesen begini ditujukan kepada aku oleh seorang lelaki, tandanya die tengah usha la tuh. Kan? Kan? *perasan =p

Takpun soalan tidak direct yang bertanyakan status contohnya yang berlaku semalam.

Kejadian berlaku di sebuah kantin kat tempat kerja.
"Eh cik jard ade rupaynya!" Seorang lelaki menyapa ku..
"aah.. sayalah cik jard" berkerut-kerut hening sebab tak ingat nama.. ha ha ha

Aku pergi ambil makanan.. nak cakap ape lagi kan.. aku tak ingat nama.. kang terkantoi lak.

"ermm.... cik atau puan? Masih cik kan?" Die tanya lagi..
Aku senyum ja..... sambil tunjukkan jari manis. Kosong. Faham-faham je la.. aku malas nak cakap banyak.

Ahh.. malas betul pergi kantin kat sini.. kekadang aku tak keluar makan langsung sebab nak layan blog. ehehe..

Tengah dingorat atau saja berkenalan... aku layan je macam biasa. Berkawan biar ramai kan.. setianya tetap pada yang satu. Kekadang terkeluar jugak pertanyaan dari mereka-mereka itu tentang kenapa boleh yakin orang itu adalah 'the one'?

Nak jawab soalan itu paling payah bagi aku.

How do we know if that person is the one?

So.. aku berbalik kepada tajuk entri ini.. jenis lelaki yang aku suka... Secara fizikalnya.. aku suka lelaki yang pandai jaga diri.. penampilan kemas, tak berbulu, nak sedikit janggut kalau boleh (*keh keh keh), muka licin (*ehem) dan tinggi dari aku. Dan die nampak baik sangat..... heeeee.. besar atau kecil badan... sebenarnya aku suka orang yang chubby sikit.. oppsss.. terlebih explain plak da. =p.

Dari segi emosi.... kalau nampak baik.. die kena ade perangai yang baik laa yang boleh dilihat dan dinilai. Mungkin dari cara die memandang pada suatu masalah atau mungkin dari amalan ibadahnya? Ikut pada kita laaa...

dan untuk betul-betul serius nak commit pada orang yang kita suka...... kena tinguk pada usahanya plak nak pikat kita. Heee... tertawannya hati kita bergantung pada percaturan Allah.. Mungkin hari ini kita benci sangat dengan orang itu.. esok lusa.. kebencian itu berubah menjadi cinta. mana tahu lah kan?

So all I can say...... kekadang pasangan kita tuu.. bukan sebab kita yang pilih tapi "it just happens"

Naturally....

kan?

Jika gagal mendapat tempat kat universiti, nak buat macam mana?

Entri ini ku buat khas untuk adik kita yang bernama Zqah Ali... Budak sama umur dengan adik aku.. ehehehe.. Muda lagi... peluang masih banyak di luar sana untuk dirinya...
*pic kredit to her blog.. ehehehe.. 

Dan aku nak berikan beberapa suggestion tentang cara mengatasi kegagalan masuk universiti tempatan. Pemilihan bergantung kepada cita-cita kamu dan kekangan yang mungkin dihadapi untuk mengejar cita-cita itu.. contohnya kekangan dari segi kewangan.. papepun, terletak pada diri anda and how much you want it. =)

Antara pilihan yang ada...

1. masuk politeknik - permohonan untuk kemasukan bulan Julai sudah ditutup.. tapi akan dibuka balik pada 5 Ogos untuk kemasukan bulan November plak.. Boleh la usha e-borang politeknik kat sini. Banyak bidang diploma yang ditawarkan kat politeknik... yang seterusnya boleh digunakan untuk memohon Ijazah kelak =)

2. masuk IPTS - mahal laa.. tapi ade gak yang bagus. Contohnya UniKL. Boleh dapat pinjaman MARA dan jika keputusan bagus.. pinjaman itu jadi biasiswa. Kalau tak silap laa.. kena tanya budak UniKL. Tapi sebelum masuk mana-mana IPTS, pastikan die diiktiraf JPA/Badan Professional dan mendapat Perakuan Akreditasi. Senarai IPTS yang diiktiraf boleh dilihat kat sini. 

IPTS di bawah Mara yang maybe mengenakan yuran yang agak murah.
 Kolej Poly-tech Mara ------- http://www.kptm.edu.my/
 Uni-KL --------- http://www.unikl.edu.my/

UNITEN pun ok gak....... kalau nak amik engineering. =)

3. amik STPM

4. cari kerja dan setelah beberapa tahun kerja........ opt for Pendidikan Jarak Jauh... Uitm tempat yang menjadi pilihan terbaik untuk PJJ dari segi yuran dan tempat. Pada pendapat aku la.. tapi terpulang pada anda sebenarnya.. heee


oklah.. 4 cara ku senaraikan kat sini.. hehe.. hope it helps! And good luck!

Thursday, July 22, 2010

Telah habiskan duit sebanyak RM1500 dalam 20 minit

Beli tiket untuk adikku si Jas.. pergi-balik dari Kuala Lumpur ke Sabah (amik 30 Ogos - 21 Sept) ----- RM300
Beli tiket untuk aku.. pergi -balik (amik 10 - 20 Sept) ----- RM500
Beli tiket untuk adikku si Hen kat Kubang Kerian ke Sabah (amik 10 - 17 Sept) ---- RM700

makanyaaaaa............. aku isytiharkan diri aku pokai sebelum masuk bulan Ogos.... uwaaaaaaaaaa!!!

*boleh lah kurus mase bulan puasa sebab bajet untuk beli makanan dah kena potong banyak. hi hi hi hi

Alhamdulillah.. nak ucapkan............


Terima kasih Airasia kerana menawarkan tiket-tiket balik kampung yang MURAH.


Terima kasih Maybank2u.com sebab memudahkan aku membuat pembayaran dengan PANTAS dan tak payah pergi jauh-jauh. Bayar dari rumah ja. Heee..

Dan....... akhir sekali....

terima kasih rakyat Malaysia... dan kerajaan kerana korang membayarkan gaji aku...... la la laaa...

Tabung lagik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...