Thursday, September 30, 2010

Dear You,

Day 14 → A hero that has let you down. (letter) *an entry for 30 Days of Truth. (click here)

Intro: Someone crying doesnt mean weakness. Means they have been strong for too long.

Dear You,

I can't tell you what it really is
I can only tell you what it feels like
And right now there's a steel knife
In my windpipe
I can't breathe
But I still fight
While I can fight
As long as the wrong feels right
It's like I'm in flight
High of a love
Drunk from the hate
It's like I'm huffing paint
And I love it the more that I suffer
I sufficate
And right before im about to drown *from the song "I love the way you lie - Eminem & Rihanna"
You resuscitates me.

Yes you.

You ever love somebody so much?
You can barely breathe?
When you're with them
Got that warm fuzzy feeling?

Maybe I expect too much of you
And it hurts when you don't fullfill em
When I was drowning
You were my hero
Lending a hand
Gave me air to breath again

I thought you'd never let me drown again.
Hurt for the second time?
Painful to even to think about it.
Yet I have no right to keep you.

But.

I maybe wrong.

Yours truly,
Jardness.

Yang melemaskan aku dahulu kala ada dalam entri bawah ini.
Heart Ache
Dada Menyempit

Hari Pertama Diari IPPTAR - Membungkus Beras Nasi Himpit

PIhak jabatan kami diminta untuk menyediakan Juadah Lodeh untuk Majlis Hari Raya KPKK 2010. Semua jabatan (18 semuanya) akan menyediakan juadah masing-masing seperti yang ditetapkan kementerian.

Macam kena paksa rela je neh sebab takda bajet.

Cabarannya:
1. Kami dikehendaki menyediakan juadah untuk 2000 orang. T_T
2. Kalau memilih untuk menempah catering, memakan RM6000. MEMBAZIR!!! So kami peruntukkan RM1000 jer. Itupun ada orang yang sumbangkan. Hu hu.
3. Peruntukkan yang rendah perlukan kami untuk memasak lodeh sendiri!!!

Maka hasillah entri ini. hik hik hik

Diari penyediaan juadah Hari Raya Aidilfitri KPKK 2010 yakni Nasi Impit dan Lauk Lodeh dilakukan secara gotong-royong oleh staff opis aku dan telah mengambil masa selama 3 hari bermula pada 24 September 2010. Gotong-royong memasak ini bermula pada 3 petang hari Jumaat yang lepas. Syabas di atas usaha anda!

Dikepalai oleh Haji Syaaban.


*Haji Syaaban yang berkopiah putih itu. Jangan pula cakap die macam POPE sudah!!!

Bahan-bahan :-
-4 karung beras (10kg satu karung)
-plastik
-Mesin "Sealer"
-basin dan talam yang secukup-cukupnya ;p

Bukti kerajinan rakan-rakan sekerja aku demi penjimatan ini.


Beras dibersihkan dengan membuang sebarang batu dan benda asing. 

All smiles here. =)


Seletah dibersihkan perlu dibungkuskan pula.


Ikut sukatan satu cawan. 


Sealkan plastik. Biar ada ruang sikit untuk pengembangan beras yang sempurna. 


Lubangkan bungkusan beras yang telah disealkan

untuk tak stress...... kena bermesra dengan semua orang. ehem.

Inilah wajah-wajah mereka yang membantu pada hari pertama. Yang tak tersnap itu... ada kot dalam entri-entri akan datang. Setelah dibungkus, semuanya disimpan untuk proses perebusan pada hari Isnin minggu depannya.

Till then. Chow!

Wednesday, September 29, 2010

Kalau marah, biar kena pada caranya, nanti sendiri yang malu



Aku tak pasti kejadian ini berlaku di mana. tapi melihatkan ada pelbagai bangsa dalam tren itu, aku assume perkara ini terjadi di Malaysia.

Kredit to google.

Hati makcik itu baik. Nak bagi duduk orang-orang tua atau mengandung dalam tren itu. Tapi caranya tak berapa nak betul dan boleh memalukan diri sendiri. Kini ada orang post kat youtube mungkin dengan tujuan yang tak baik?

Namun begitu.

Cara makcik marah-marah itu agak BERKESAN.

=)

Sambutan Hari Raya Aidilfitri KPKK 2010 - Izwan Pilus

Antara artis jemputan untuk majlis Hari Raya Aidilfitri di Jalan Conlay, Pusat Kraftangan Malaysia semalam. Finalis BIntang RTM pada tahun 2004. =)


Penat sungguh semalam. Sesampai je kat rumah, aku terus terbongkang kat ruang tamu. Tidur sampai waktu nak terbangun pada pukul 4 pagi. Huhu. Nanti aku hapdet gambar lagi. Senang kerja nak hapdet blog kalau setakat hapdet gambar je memanjang. Hik hik hik

Tuesday, September 28, 2010

A picture says it all


kredit to Aimi Laili dan kebenaran dari Norule Eyenie. 

Sweet lak picture neh. hik hik hik.

Rindulah nak berYM dengan kamu.

Bunyik sms ku pada dia.


Tet. Tet.

"Hahaha.. aku nak kuar nih" balasnya. Aku reply, die terus senyap......





Mencik. Aku rasa diriku kekurangan kasih sayang la.

Monday, September 27, 2010

Perkenalan selama 6 tahun di MySpace, hari ini baru bertemu. Kuasa jodoh.

Eh, bukan kisah aku ler. Tapi kisah mereka bertiga.

Aimi Laili, Enie dan Boneka tak Sakit. Pertemuan kali pertama ini berlaku di ruang tamu rumah si Boneka di Senawang. Aku pun turut dijemput untuk beraya ke rumahnya. =)

Melihat kemesraan mereka bertiga, aku sangkakan mereka sudah lama berkawan. Rupa-rupanya ini adalah kali pertama mereka bertemu setelah 6 tahun berkawan secara maya. Hebat bukan kuasa jodoh neh? Bukan jodoh cinta je tahu.. jodoh persahabatan.


Turut dijemput ke Open House Boneka ialah encik Kapten yang dah lama tak aktif blog. Nampak gayanya, kapten sudah terpesona dengan salah seorang dari sahabat wanita si Boneka lah. Ehem. ;p


Tapi aku rasa peluang boneka untuk mendapatkannya lebih tinggi ar. *Fikirku penuh makna. =p

Aku bersama dua orang lagi housemate telah berada di rumah Boneka selama 2 jam. Sempat bersalaman dengan mak boneka dan melihat gambar-gambar arwah ayahnya dan adik-beradiknya. Rumah die besar woooo.... just lacking in interior design though. Perabot dalam rumah tuh nampak klasik sangat. Seb baik makanan SEDAP! Hari neh dapat makan nasi Arab, nasi dagang dan rasanya satu lagi tu nasi pulut kot. Lotong, laksa dan kuih-muih traditional pun ada. Fuhhh.. kekenyangan. ekekeke..


Boneka minta ku amik gambar dari sisi supaya nampak kurus. Cettt!!!!!!!

Anyways...... thanks to kapten sebab bayarkan toll dari KL-Seremban. And big thanks to Boneka sebab sudi menjemput kami dari kejauhan ini untuk menjamu selera di rumahnya. Bukan selalu berpeluang untuk bertandang ke rumah mewah macam neh kan? 

Sekian itu sahaja...... =).

Sunday, September 26, 2010

Lagu Drama Kemaafan yang Tertangguh

Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu - Uji Rashid

Ramai yang mencarik lagu ini kat Google semalam. Nah.. ku sertakan klip dan lirik lagi. Hope you like it.

Sedih lak lagu neh.



Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu

Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi

Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata

( korus )
Malangnya...
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali

Pada saat terakhir
Kumelihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku...

( ulang korus )

Kemaafan yang tertangguh TV3 - Kisah mak mertua yang kejam

TV3 sentiasa menayangkan muvi yang menginsafkan pada setiap malam Ahad. Bukan selalu jugak aku layan. Kebetulan terlayan dan setelah menontonnya, aku pun sibuk nak buat carian Google tentang cerita ini.

Terjumpa blog ini.

http://sitifathiyah.blogspot.com/

Siapakah blogger ini?

Aku cilok salah satu gambar dari blog dia.


Ha'ah.. wanita tua sebelah kiri adalah watak ibu kepada isteri malang dalam cerita TV3 itu (cam tak?) dan gadis sebelah kanan itu ialah anak saudaranya yang beraya dengannya sebab anak perempuan sendiri tak balik-balik selama 10 tahun. Wanita kat kanan itu adalah tuan punya blog kat atas. Trylah usha.... sekiranya ada sesiapa nak tahu kehidupan seorang model, pelakon dan host. Dia tak sepopular Hanis Zalikha tapi boleh jer nak popular kalau tahu "ramuan" yang tepat untuk mempopularkan diri di dunia blog. Kan?

Di saat mak dia meninggal pun.... tak jugak balik-balik jenguk maknya sebab mak mertua tak bagi.

Kejam kan?

Harap-harap bakal mak mertua aku tak jahat macam itu. Apabila dah berkahwin.... jangan lupa plak.. pihak pengantin datang sekali dengan "pakej" seumur hidup. Yakni ahli keluarganya. Kenalah jaga hati dua-dua pihak, baru leh hidup aman dan damai serta penuh keberkatan. =)

Kalau tak nak susah-susah... kahwin dengan anak yatim piatu sudah. Takpun muallaf. Heh.

Saturday, September 25, 2010

Fenomena bercinta di kalangan blogger

Bagus jugak.. apabila ada orang yang mengikuti kisah-kisah mereka dari bermulanya mereka berinteraksi secara lite-lite di forum dan seterusnya berkembang mekar menjadi a full-pledged romance.

And what's best, the readers get to witness this relationship blooming into something special. Itupun kalau dua merpati itu mengesahkan hubungan mereka. Kalau terus membiarkan para pembaca dalam tanda-tanya? Sampai bila-bila orang tak tahu kan? Dan kemungkinan besar, ada orang lain yang nak masuk line. 

Aku sebagai pemerhati sepanjang 3 tahun berblogging ini banyak menyaksikan hubungan cinta antara blogger. Ada yang menjadi sampai ke jinjang pelamin... dan ada yang terkubur begitu sahaja.

kenapa boleh terkubur? Ini berdasarkan pemerhatian aku semata-mata je... hal sebenar tak dapat dipastikan dan hanya mereka yang terlibat je yang tahu. 
1. sikap cemburu yang melampau
2. tak pernah berjumpa (in some cases lah.)
3. tak direstui keluarga. 
4. bercinta sakan secara maya tapi apabila bertemu, orangnya sangat lain dengan apa yang disangka
5. kelibat orang ketiga. 

Gambar sekadar hiasan. =p

Apapun, cinta ada di mana-mana yang penting kejujuran, commitment dan sanggup berkorban untuk mempertahankannya. Sila jangan emosi. *tiba-tiba lak.. ekekeke.. Wishing all the best to those who found love through blogs. Pasti lebih mencabar.. tinguklah nanti. Dan aku akan terus menjadi pemerhati senyap sambil mendoakan jodoh mereka berpanjangan. Adios. 

PS: aku pun menemui cinta melalui blog... lalalaaa..  shhhhhhhhhhh.......... ;p

Thursday, September 23, 2010

iPhone 4 dari Digi - RM58 sebulan?



Tunggu-tunggu......... dan terus menanti sehingga pukul 6 petang.

Takda pon!!!!!!

~emo lak.. ekekeke..

ermm.. bagi yang kurang faham.. ku sertakan gambar sekali. =)



nak tahu harga yang rasmi sebenarnya. =)

Day 13 - Lagu untuk menaikkan semangat.

Tajuk sebenar ialah -
"A band or artist that has gotten you through some tough ass days. (write a letter.)", lebih kurang je kan? Aku memilih watak yang dimainkan oleh Julia Andrews dan bukannya penyanyi. Boleh kan?


Aku nak tulis surat ini kepada seorang watak yang fictional. Wujud dalam anganan tapi lagu yang dinyanyikan wataknya benar-benar memberi kesan dalam cara ku berfikir. Suka semua lagu dan jalan cerita ini. Lirik lagu-lagu dalam cerita ini boleh diperolehi dari sini.  Contoh lagu feveret ialah "Spoon of Sugar".



Ke hadapan Puan Mary Poppins,

Kamu sangat cantik. Teringat watak Scarlett O'Hara dalam muvi "Gone with the Wind". Semasa aku kecik dulu, aku suka tinguk gaun-gaun labuh dan kembang yang dipakai oleh gadis-gadis terdahulu. Ala-ala macam puteri raja yang anggun.

Mary Poppins
vs
Scarlett O'Hara


Sekarang dah takda da fesen camtuh. Sekarang dah fesen tak cukup kain. Dunia semakin PANAS kot.

Kamu dibawa masuk ke hidup kanak-kanak itu oleh angin yang bertiup dari Timur. Membawa bersama lagu-lagu dan nyanyian untuk semua yang mengenalimu semasa persinggahan kamu yang singkat itu. Dan akhirnya setelah bergembira dan berduka bersama-sama, akan beredar jugak dengan ditiup angin.

Begitulah kehidupan kita di atas muka bumi ini. Akan tiba masanya kita juga akan meninggalkan tempat ini. Masa dan di mana hanya tuhan jer yang tahu. Tiada sesuatu perkara yang HIDUP akan kekal. Tapi lagu-lagu kamu akan kekal dalam ingatan bagi sesiapa yang pernah menonton cerita-cerita lama ler. Contohnya aku.

Apa-apapun, walaupun dilanda arus kemodenan, aku harap hidup ini takkan terlalu seram dan menakutkan untuk dilalui.  Biarlah ada ruang untuk berangan, bergembira walaupun hati tengah berduka.

Life will never be a bed full of roses. Period. But it is how we handle it that makes life worth living for.

Cehhh... oklah.. nak pergi meeting.

Chow Puan Mary Poppins. Kalau ada angin lagi... mai Kuala Lumpur plak ye. hehe..

Wednesday, September 22, 2010

Drama Korea yang ada dalam Hard Disk

Kini banyak laptop dan komputer mempunyai muatan hard disk yang agak besar kalau dibandingkan 5 tahun yang lepas. Paling common pun untuk laptop berharga RM1200, muatan hard disk adalah sebanyak 160GB atau 250GB...

Fuuhhh.. teringat suatu ketika dahulu aku terpaksa membeli external hard disk 40GB dengan harga RM300 untuk tujuan belajar dulu. Sekarang? 250GB dengan hanya perlu bayar RM180 ja. Beza banyak bukan?

Dunia sudah berubah. Technologi pun sudah berkembang dengan begitu pesat sekali. Harga pun runtuh.

So ku ambik kesempatan mempunyai hard disk yang luar biasa besar ini untuk menyimpan drama korea yang diambil dari rakan-rakan sekerja. Tak tahu nak buat apa lagi. Dulu, memiliki sebuah laptop yang mempunyai muatan 10GB pun sudah cukup memadai untuk melaksanakan tugas-tugas rasmi. Kan?

Kalau 250GB nak buat apa plak ye?

Untuk situasi aku... untuk drama Korea la beb. Lalalala...

Mari kita tinguk ada apa dalam koleksi ku sekarang.

1. My Fair Lady - dilakonkan oleh pelakon wanita dari Princess hours dan Coffee Prince.

My ratings - 6/10 *sebab tak habis tinguk lagi.. hehehehe.

tapi setakat ini (episod 6), aku lihat Yoon Eun-hye makin cun la. Dulu dia masih montel-montel gitew. Sekarang dah slim plak. Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis yang kaya dan jatuh cinta pada orang suruhannya. Lebih kurang cam cerita omputih "The Bodyguard" je.


Kalau Yoon Eun-hye dengan make-up yang sederhana sangat cun. =)

Yoon Eun-hye. Seorang pelakon korea yang sangat versatil. Dia pernah menjadi ahli kumpulan Baby V.O.X tapi kini menjadi pelakon sepenuh masa. 

2. Personal Taste - suka cerita ini mostly sebab ada Lee Min Ho, pelakon dari Boys Over Flowers.

Walaupun lelaki itu nampak "cantik" tapi die tetap macho di mata aku. he he.

Rating bagi dalam 7/10. *jugak belum tinguk sampai habis.


 Dalam drama ini, Lee Min Ho berpura-pura menjadi Gay supaya dapat tinggal serumah dengan seorang wanita yang agak gila-gila. Lucu gaklah drama ini. =)


Yang penting ada Lee Min Ho. WoW. ~drooling

3. You're Beautiful - Belum tinguk! Tapi dengar-dengar best jugak.




4. Cinderella's Sister

Aku dah buat satu entri khas berkenaan drama ini iaitu Moon Geon-Young, pelaris cerita Cinderella's Sister dan [DOWNLOAD] Cinderella's Sister. Drama ini adalah antara yang terbaik yang pernah ku tonton untuk tahun 2010. 

Ratings - 9.8/10 *suka sangat dengan cerita ini dan lagu OSTnya.


Oklah, itu sahaja perkongsian untuk hari ini. Kesemua drama ini memakan muatan hard disk sebanyak 60GB. Kalau berminat sila amik dari aku. Aku takda burner so bawalah hard disk.. ehehehe..  Sigh... 130GB++ nak simpan apa lagi ek?

kamsahamnida......

PS: all pictures credit to Google.

Tuesday, September 21, 2010

Day 12 - Something you never get compliments on

Aah.. setelah disedarkan kak masy, maka aku meneruskan cabaran 30 hari ini. Cettt.. baru buat sampai 12 hari. Nak buat 3 entri sehari aci tak?

Tajuk: Perkara yang takkan dipuji (lebih kurang lah maksudnya begini.. hehehe)

Mari ku senaraikan.

1. Aku takkan dipuji sebagai gadis yang cantik menawan memang da boom!



Sebab aku jenis yang nerd-nerd, gempal, tinggi dan gigi tak tersusun. Bukan jenis yang boleh jadi model. Among other things. =)

2. Will never be recognized for being a marvelous cook!

Oh yeahhhh....... teknik memasak aku memang teruk aahh... Sampai kawanku yang pernah berkahwin mempersoalkan kesediaanku untuk menjadi isteri kelak. Mampu ker masak untuk keluarga? Encik suami nak ker dengan aku yang tak pandai masak neh? Kalau nak pun... lepas kahwin, apa jaminan die tak carik lain sebab tak pandai masak?

oh gawd.. serius, kawanku itu suka menakutkan aku ler. huhuhuhu.... Yang paling menyakitkan hati apabila die cakap kat aku..... "Jard betul ke nak kahwin nie? Macam belum sesuai lagi"

Sabar-sabar. She maybe thinking for my own good, right?

3. Errrr... will never be the good friend you expect me to be.

heeeeeeee........ Commitment. I lack commitment in certain relationships. Ha'ah... that's not a good excuse for being a lousy friend. I try to but....... ermmm.... ntah ler. Being a loner has it charms, I guess. =p

Ok, cukup lah tiga...

Next! *dalam pukul 5 kot. hik hik

Monday, September 20, 2010

Buah Tarap di Sabah

Alhamdulillah, aku sampai rumah sewaku pada jam 7 pagi tadi.

Sampai kat LCCT pada jam 3 pagi... tunggu bas Airbus, naik bas dalam pukul 4:30pagi. Sampai KL Sentral dalam sejam kemudian.

Lepak-lepak situ sampai Subuh... baru naik komuter ke Bank Negara pada jam 6:15pagi.

Ehhhhhh... apsal cerita pasal pagi tadi? hehehe.. patutnya pasal buah tarap.

okok..

Buah tarap. Siapa pernah makan?


Rupa dia macam ini.... Gambar neh gambar tangan mak aku tengah nak buka buah tarap. Bukak pakai tangan je.. tak payah pakai pisau. Buah ini memang feveret aku ler. Setiap kali balik kampung mesti nak makan. Walaupun bukan musimnya sekarang.

Sekarang musim buah CEMPEDAK. Murah beb buah cempedak sekarang kalau dibandingkan dengan Tarap. Boleh beli tiga buah cempepak dengan harga RM2 ja.. fuhhhhhhhhh..... 

Tapi aku lebih prefer makan Tarap. 


Isinya berwarna putih. Kalau orang bukan dari Sabah akan cakap buah neh dimakan oleh monyet je. Ish.. ishh... ishhhhh...

Sodap tahu!

Ahhhhhhhh...... rindunya sama kampung aku daa........  ada dua buah lagi yang tertinggal kat rumah di sabah. Ingatkan nak makan sebelum bertolak balik KL tapi perut dah kenyang sangat, mak masak sedap sangat... huhuhu.....

Kat mana di KL boleh jumpa buah neh? Ngidam la... =p

PS: selamat kembali bekerja semua! Aku masih cuti.. esok baru start kerja . =)

Friday, September 10, 2010

Leaving KL on eidul fitri day...


It sucks being all alone in KL celebrating raya. I kinda shied away from friendly invites of several friends. Didn't want to intrude on their private family moments of this much celebrated day.

So I stayed at home instead.

Just went to the nearest mosque to do the morning prayers and right after 9:20am, I went straight home. Didn't have the stomach to eat the food that was provided. Heeeeee...

Now I'm ready to go home.

Packed my stuff.
Cleaned my room.
Washed the dishes.
Did the laundry.
Threw away the thrash.

And while feeling relieved that I'll be leaving a clean house behind, I played some new games on Facebook. Ekekeke..

Gosh...

my raya day SUCKS big time. Yeahhhhh!!!

PS: called my sister whose currently at Kota Bharu's airport. Will meet her up at LCCT this afternoon. Bye peeps!! See you after the raya holiday!

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. =)

PS again: I hate it when an unknown guy calls me in the morning and asking me to guess who he is. Sorry.. I was in a very foul mood... Again the wish above applies. hehehe..

Thursday, September 9, 2010

Jenis biskut raya untuk dibawa balik kampung tahun ini.

Banyak pulak nak bawa tahun ini. Ini gara-gara kanda lah neh. Hehehe.. Niat tak nak beli biskut raya lagi sebab muatan dah penuh untuk diangkut naik kapal terbang balik kampung.

tup-tup... ku dikejutkan dengan pemberian biskut raya dan kerepek dari kanda. Tiga bungkus kerepek terpaksa diagihkan kepada kawan-kawan satu rumah sebab dah banyak sangat dah neh.. jenuh nak angkut. Tak nak masukkan beg dalam kargo punya pasal lah neh. Semua nak bawa guna tangan. =)

Antara yang dibawa balik untuk esok.


Aneka kerepak *har3x.. tak tau nama.. tau makan je

RM15 untuk sekilo. Beli dari kawan. heee


Senarai harga : -
1 balang biskut Almond London - RM23 (dari rakan sekerja)
1 balang biskut Kelogg Crispy - RM20 (dari rakan sekerja)
3 balang biskut Chocolate Chip - RM25 x 3 = RM75 (dari rakan... sedap siot laa!!!)
2 balang biskut Dark Chocolate Bubble - RM10 sebab buat sendiri... ini kos bahan2 die.. ehehe.. 

dan akhir sekali


*saja nak bagi besar sikit gambar neh.. hak hak hak

Buah tangan dari kanda. Tiga kerepek lagi takda dalam gambar sebab bagi housemate. 

yang in FREE OF CHARGE. 

Tapi mahal jugakla sebab in return, die dapat hati aku. la la la laa.. 

PS: lepas zuhur nak lepak kat jalan TAR sampai Maghrib.. heeeee.. tata

Update from office, my last day in.....

.. before my leave for 5 days starting next Monday.

Warghhh...... the office is SOooo EMPTY!!!

Tapi kalau nak kirakan... berapa orang je yang tak menyambut aidil fitri kan? My boss Mr Jeewa, the photographer, Mr Rajen, Mr. Ram, Mrs Antonia, Ms Lina, Mrs Siew Moy, Mr Eng and Mrs Yam. I think I mentioned all the non celebrators out of 200++ staff from my office.

Sigh...

Semalam aku tak berapa sihat nak pergi opis. Sebab..... ntah ler. Mood takdak? Hari neh terpaksa plak mai opis sebab ada hal yang belum setel. Korang mesti tengah sibuk nak buat lemang dan ketupat kan? kan?

Hu hu........ sedihnyaa......

Lagi satu.... cuti tahunan aku banyak lagi.... 20++ lagi dan kita dah sampai bulan September dahpun. Baki cuti 20++ tuh dah tolak cuti raya taw! Errrrrr...... errrrrrr....... Balik rumah bakal mertua boleh tak dalam bulan 12 neh? keh keh keh. Atau haruskah aku simpan cuti untuk cuti kahwin nanti? *mode gatal di situu..

Nampak gayanya...... aku nak amik half-day je lah hari neh.... Nak ronda2 Kuala Lumpur... Dengar kata Kuala Lumpur takda orang.... nak jenguk lah.  Sogo especially.

 *pic credit to google. =p

PS: Sakit mata plak tinguk warna pink neh.. hehehe.. Aku lebih prefer hitam putih ohh....  tapi ramai lak sangkakan ku lelaki. Agak-agak warna template sekarang boleh ubah persepsi mereka tak?

Wednesday, September 8, 2010

Apabila dok seorang kat rumah...

*tembam.... goshhh...

Aku bukan bro laa!!! Aku sis! Sista!!! 

Wahahaha.. ade lagi org komen kat blog neh panggil aku bro.. wakakaka...

Hari ini aku cuba menyibukkan diri dengan kerja-kerja kat rumah. Al-maklumlah ditinggalkan keseorangan maka aku bermaharajalela ler gamaknya. Huk huk huk. Contohnya
1. Cuci baju
2. Bersihkan bilik basuh kain
3. Kumpul sampah.. nanti malam karang buang. Rumah masih bersepah lagi neh.
4. Main dress-up. Miahahaha.... macam-macam baju aku mix and match pastuh syok sendiri tangkap gambar. Adehh. buang tabiat ke hapa.
5. Layan porn   citer korea sorang-sorang.. pastuh nangis pon sorang-sorang.. Pathetic gila.. ahahahhaa
6. Dok rancang nak makan apa untuk berbuka malam karang... taktahu nak makan apa..... huuuuuu.....
7. Jap lagi nak packing....

ooooooo... sibuknya aku kan?

atau syok sendiri neh?

Harap korang semua sampai ke kampung halaman dengan selamat ye. heeee... Harap Hari Raya jatuh pada hari Sabtu... lalalaaaaaa..

Lagu bukan raya...



Semua orang dah balik. Tinggal aku seorang je kat rumah. Hurmmm...... nak buat house cleaning lah!!! hehehe

Duit raya aku yang pertama tapi tidak diterima oleh Bank Negara


Encik debik-debuk tag nama aku pada gambar ini kat facebook.

Rasa nak tergelak lah plak.. hahahahahaha..

Orang lain main tag kad-kad raya elektronik yang siap bubuh gambar sendiri atau famili...

yang ini sama jugak cuma gambarnya menjadi Gabenor pada duit kertas ini..



hahahahhahaha... terbaiklah..

Oh ya.. selamat hari raya semua.
Dan maaf zahir batin. =)

Tuesday, September 7, 2010

Berbuka dengan seorang blogger istimewa dan cek Nuffnang ke-8.

Wah. Istimewa gitu.. hehehe..

Istimewa sebab last minute planning, akhirnya kami dipertemukan lagi buat kali kedua di sebuah restoran di kawasan Sentul.


Puan Pia kita... ehemm.. dah kawen okeh. Ku sediakan buah tangan untuk dibawa pulang dan dikongsikan bersama suami tercinta yang segan nak menghadiri sesi berbuka puasa tadi. ishh.... takyah segan dengan aku wooo.. Aku tak gigit orang. Huhu..

Anyways... terima kasih diucapkan kat puan Pia kerana membelanjakan hidangan berbuka tadi. =)

Ada satu soalan dari Puan Pia yang buat aku kaget seketika.

"Blog mana yang Jard selalu baca setiap hari?"
Apa jawapanku?

"hehehehehe..... aku dah tak blogwalking dah. Mana yang tajuk menarik je aku akan baca. Tiada blog yang khas atau spesel. Heeeee.."

"Jard memang tak blogwalking." katanya marah. hehe. 

Perasan gak kalau ku tak tinggalkan komen sekerap dulu ek? Sori-sori... nanti ku usahakan ye.. lepas raya ke? Masa bulan puasa neh sibuk aar... terutamanya waktu malam.. lagi-lagi 10 malam terakhir. kan?


Walaupun sedemikian....... terima kasih Nuffnang..

Alhamdulillah. Cek ke-8 sudah selamat sampai ke rumah sewa gua.




A'ah.. simpan-simpan. Nak kahwin neh....... kalau tak jadi kahwin.. tabung berubah terus menjadi tabung pakai pagar gigi boleh? Hehehe..


Monday, September 6, 2010

Orang lihat apa yang mereka nak lihat

They see what they want to see.


Korang nampak apa?



Yang ini plak? Aku nampak kepala kuda. Kamu plak?


Then it hit me........ ada pelbagai ragam manusia kat bumi ini. Dan memang sukar nak persatukan kepala mereka yang asyik nak ikut kepala otak mereka masing-masing je.

Aku tertarik pada dua versi iklan raya TV3 dalam beberapa blog. Ada yang menentang (obvious lah) dan ada yang rasa benda itu tak seserius yang disangka.

Over exaggerated? Overated? Terpulanglah pada korang lah. Kita kena versatile dan kena terima.. bahawa bukan semua orang sependapat dengan kita. Kalau ia pon tak sependapat, kenapa harus nak mengutuk kan? Adakah kamu termasuk golongan yang cepat sangat menghukum seseorang hanya kerana mengganggap diri sudah cukup bagus? Jangan bongkak la beb. Kalau ia pon nak tegur.. biar secara fathonah.

Jadi kat sini aku nak kongsi dua versi itu.

Versi positif iklan itu boleh dibaca di sini. Sila jangan pandang serius lak.
Iklan Raya TV3 2010 Sebuah Propaganda Pro-Islam

dan versi negatif yang pada aku agak keterlaluan.
Kebenaran di sebalik penipuan dan kebetulan


Sekian itu sahaja.. *komen-komen dalam entri berikut bagus jugak untuk kita sentiasa beringat.

Semangat ke opis kamu macam mana?

Waktu sahur - Semangat yang tinggi, tak sabar nak sampai pejabat.

Waktu Subuh - Semangat masih tinggi

Waktu menelusuri lebuh raya yang tak jem ke pejabat - Semangat mencanang naik sebab tak jem!

Waktu nak masuk pintu utama utama bangunan - Semangat merundum sedikit apabila melihat tak ramai orang yang swipe card pagi ini.

Waktu nak sampai ke pintu bilik sendiri - Semangat nak bekerja terus lesap.

Macam telah melalui satu proses penapisan.. sedikit demi sedikit "lapisan semangat" dikikis.... sampai licin.. hohoho..

Kenapa?

Sebab ramai dah mula cuti raya pada hari ini atau esok.

Aku?

Jumaat baru dapat balik.

Uwaaaaaaaaaaa......................

Tiba-tiba rasa kesunyian...

PS: mungkin aku akan meroyan dengan perbanyakkan entri2 mengarut dalam beberapa hari ini...... huk huk.. layan kesunyian..

Supernatural Season 5

Aku baru tahu pasal iklan raya oleh TV3 itu dan tahu betapa ia mencetuskan kemarahan di kalangan orang Islam sehinggakan TV3 tarik balik iklan itu dan meminta maaf dalam Buletin TV3 pukul 8 tadi.

A'ahh... macam-macam. Persoalan aku pada korang yang "terasa" dengan iklan itu.....

Apakah iklan itu berjaya memesongkan akidah korang sehinggakan beria-ia nak membantah dan kutuk iklan itu?
Apakah iklan itu berjaya menjauhkan anda dari melakukan tugas-tugas anda sebagai muslim?

Jawab-jawab. Korang layan PORN lagi merosakkan akidah. Betul tak? Tak pula korang sibuk nak membantah. Heh.

Okok.. baik aku layan Supernatural Season 5... Tiba-tiba muncul malaikat dalam cerita ini kononnya dihantar oleh Tuhan. Siap segala jenis syaitan nak muncul lah. Waahhh.. ku rasa dalam cerita ini banyak bentuk Blasphemy terhadap agama dan macam-macam lagi lah. Kenapa tiada orang nak BAN plak ye dari terus ditayangkan di TV Malaysia?


*hensemnya depa neh.. hehehehe..

Apapun, aku yakin masyarakat kita BIJAK menilai bahan media yang kita sendiri tonton. 

Sunday, September 5, 2010

Semalam, berbuka dengan kanda di........

Masjid Wilayah.

=)

Tempoh perjalanan die dari tempatnya dengan menaiki tren komuter lebih kurang 2 jam lebih kot. Sian jugak kat die. Jauh die nak mai.. hehehe...Kalau aku nak mai tempat die... tak leh sebab die ada motor je. Kang berdua naik motor tak sopan lak. Kan? kan?

Aku memilih Masjid Wilayah untuk berbuka sebab nak elak fitnah. Lagipun kat sana senang nak berbuka duduk berdua dengan dikelilingi keluarga-keluarga lain yang membawa anak-anak kecil mereka. Sambil-sambil itu ambik berkat kekeluargaan.. keh keh keh...

Kalau masjid lain....... tempat makan lelaki diasingkan dari tempat makan perempuan. Tak besh.

Lagipun nak bagi kanda merasa jugak solat berjemaah kat Masjid yang tersergam indah tuh. =)



Menu berbuka kami:-*makan selepas solat maghrib
- Ayam masak madu..*hitam kerana madunya.. lalalaa... 
-Telur dadar
Sayur tumis (kobis bunga) - *dia banyak makan sayur!

Ini adalah kali pertama dalam hidup yang aku masakkan untuk seorang lelaki. Keluarga aku sendiri pon belum pernah merasai masakan aku sebab aku tak pandai oooo.. hehehe.. dan errr.... malas kot nak masuk dapur. 

Berkat tunjuk ajar housemate aku yang terror-merror... menu ini berjaya ku buat. Walaupun mengambil masa 3 jam untuk menyiapkannya. Aku tak bajet sedap.. huhu.. almaklumlah... first time masak. Kena perbaiki diri lagi.... thanks to him... aku da rajin masuk dapur. =p

Tapi yang paling bermakna pada malam itu apabila kanda tanya aku...

"Dah berapa kali aku tambah nasi?"
Aku tersenyum, "tiga kali"
"itulah tandanya sedap"

hehehehe..  kembang aku weii...... susah nak main kaver bila hati tengah berbunga-bunga neh. Rasa nak tolong suapkan jeee... eiii.. gatalnyaaaa.. Seb baik keadaan terkawal. 

Sayangnya.. selepas makan malam, aku kena hantarkan die balik ke stesen komuter terdekat. Tak nak die pulang lewat sangat nanti kena bayar teksi tengah-tengah malam mahal. Jadi.. tak dapat nak merasa solat terawih bersama.. huk huk..

Lain kali naaa... *amin...

Sekian itu sahaja. Pengalaman dating yang kedua dalam tahun ini. Fuhh,... baru dua kali dating??? 

PS:Selepas raya..... aku nak kanda lak masakkan untuk aku. heeeee... 

Saturday, September 4, 2010

Menu berbuka hari ini dan tempat dating.

Sejak akhir-akhir ini tidur macam tak cukup je....... tapi lena lah. Hehehe..

Hari tuh sibuk buat biskut raya sampai pukul 2 pagi tak tidur-tidur...  penuh 5 bekas. Boleh buat lagi 2-3 bekas lagi kot. Kongsi 4 orang.

Semalam plak test power untuk menu berbuka pada esok petang bersama kekanda. Ehemmm...


Bahan yang perlu disediakan pada petang ini adalah seperti di atas.. hu hu. Bawang sangat penting!


Dan daging ayam menjadi piilihan. Aku ingatkan nak beli ikan segar tapi susahlah nak carik kat sini. Tak macam di Sabah......... hu hu hu...

Apa yang bakal menjadi hidangan kami untuk berbuka hari ini?

Petang karang jelah ku kasi tahu. hehehehe... Kanda kena telan dulu lah...

Setelah merancangkan menu berbuka..... sekarang aku kena carik tempat berbuka yang sesuai untuk kami berdua. Ciri-ciri tempat berbuka ialah......

1. Tempat yang terang!
2. Ramai orang!
3. Berhampiran dengan tempat solat
4. Senang parking
5. Senang nak makan bekalan yang dibawa.. ala2 piknek gitew...

Antara tempat-tempat yang pernah difikirkan sesuai ialah....
-Taman tasik titiwangsa
1. Gelap ooo
2. Ada orang tapi mesti tengah wat projek tuu.. huhuhu
3. Ada surau tak kat situ?
4. Parking memang senang.. ehehe
5. Memang sesuai untuk berpiknik...

tapi aku rijek lah tempat tuuu.. hoho...

-Taman KLCC - mahal nak parking.. ku awal2 dah rijek!

okok......

ade satu tempat yang sangat sesuai.... teruja plak bila memikirkan tempat itu.. hik hik hik..

nak tahu apa tempatnya?

meh ku tunjuk gambar sikit. Sikit jer.. takleh tunjuk banyak.


err......errr......   berangan lak nak kahwin kat sini...... lalalaaa........

Tak sabar nak jumpa kanda petang ini. =)

PS: makin malas nak hapdet blog oooo.......

Tabung lagik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...