Tuesday, November 30, 2010

Arkib SMS cinta

Aku nak kongsikan himpunan SMS cinta dari fasa perkenalan sehingga berputiknya perasaan CINTA.

CINTA yang macam mana?

Sila baca untuk mendapat feelnya bercinta dengan hanya bersms.

1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…


Gambar sekadar Hiasan.


2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…


3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..


4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..


5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?


6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..


7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..


8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!


9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..


10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..


11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..


12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..


13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..


14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..


15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…


16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..


17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...



18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .


19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?




SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...


****************************************************************

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..


21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..


22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!


23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..


24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..


25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!


26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...


27.(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..


ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...



Ini bukan simpanan SMS cinta aku bersama kanda sebab kami memang tak pernah sms manja2 macam ini. Hahahaha. Tapi inilah hasil kopipes aku dari blog http://tintanuraniku.blogspot.com/2010/11/couple-sms-seram-ini-daripada-agen.html dan ku dapat tahu dari blog arabella. Entri macam ini patut dikongsikan bersama adik-adik sekalian yang sedang hangat bercinta.

Berwaspadalah pada kata-kata manis lelaki. Selagi takda ikatan yang sah... jangan sekali-sekali ternoda atau dinodai.

Bagi aku bercinta tak salah........ tapi batas-batas pergaulan kenalah patuhi. Barulah BERKAT dan insyaALLAH berjodoh panjang. Doa-doakanlah semoga tak terputus dari RahmatNya. =)

Monday, November 29, 2010

Pernah teringin nak mencantikkan diri untuk pasangan anda tak?

Aku jenis selekeh. Pakai apapun tak kisah yang penting aku selesa dan aurat dijaga. DAN.... lemak-lemak berlebihan tidak menonjol. Ha ha ha. tapi kekadang muncul jugak di lubuk hati ingin bergaya untuk kanda. Erk! Adakah ini normal?

Sekali-sekala pakai cantik apa salahnya kan? Tapi dibolehkan ker? Masalahnya aku tak pandai bergaya pun! Ha ha ha. Moga ku diterima seadanya. ;p

Aku melihat ramai kekawan wanita aku kan.... bila keluar dengan pasangan masing-masing mesti nak nampak cantik. Pakai mekap... pakai baju yang comel-comel. Tudung pun yang jenis stylo. Belit sini.. belit sana. Kasut pula jenis yang high heels yang kekadang pakai untuk ke majlis je.. tapi kahsnya untuk pergi dating. Fuhhh.. cantik jugaklah diorang setiap kali keluar dating. Badan pun wangi semerbak jee....

Aku?

Dari sessi jogging pagi ahad... sampai ke Maha dan akhirnya bertemu kanda pada waktu petang, aku pakai baju yang sama je! Wakakaka... adakah ini wajar? Bau badan mungkin dah masam kot mase tuh. Errrr.. ntah. Aku rasa aku tak berbau pun. Hahaha. Adakah dalam hati die akan komplen aku tak pandai bergaya walaupun tak pernah menzahirkan pendapatnya itu melalui tutur kata?

Apa agaknya perasaan aku kalau dia betul-betul komplen nanti ek?

Kalau pakai camneh pergi dating melampau tak?

Rasanya aku perlu berubah tak? Pakai mascara sekali-sekala ke.. baju yang ayu-ayu sikit. Hurmmmm... Korang pakai apa bila berdating ek? Kongsi-kongsi lah dengan aku.......... mana tahu dapat idea.

PS: aku ada satu sifat tuu.. bila pakai cantik-cantik dan orang puji cantik.. selepas tuh aku takkan pakai lagi baju tuh. Apakah? =p

Kisah Shhhhhhhhh aku

Sebuah kisah riadah jogging yang tak berapa nak jogging.


Awal-awal lagi aku bersama housemate bersemangat nak pergi jogging. Seawal 7:30 pagi kami berada di Tasik Titiawangsa.

Siap pakai JEANS sebab selepas jogging nak terus ke MAHA di serdang.

Tapi persoalannya......... Apakah kisah SHHHHHHHH aku?

Adakah seperti kisah shhhhhhhhh uncle seekers bersama Datin Aishah?

Adakah kisah shhhhhhhhhhh aku bersama Bro Framestone?


Atau kisah Shhhhhhhh bersama Noorafzan?

Hubungan sejenis?


Atau.....

lagi dasyat...

2 orang sekaligus?


Tambah Khaizairen Comey pula..... bertiga lagi baik?

Semua pakat nak tutup mulut aku tentang kisah SHHHHHHHHHH aku....

Kenapa ye?

Cuba teka. =)


Sunday, November 28, 2010

Suka template wordpressku yang baru


Setelah penat mencari template yang sesuai dari internet, akhirnya aku berkenan kat template ini.

Usha-usha la ye.

Pagi ini insyaAllah nak pergi Jogging pastuh nak pergi MAHA di Serdang. =)

MAHA

aku mencari gambar berkenaan pameran antarabangsa MAHA yang diadakan di MAEPS Serdang.

terjumpa ini.

Nama dia MAHA kot?

Seorang mangsa kebakaran. Hu hu. Boleh lak jadi seni. 

Sekali ku siasat website yang memaparkan gambar ini.. di http://www.dougauld.com/thumbs.htm.

Jumpa banyak gambar-gambar mangsa kebakaran, kecacatan, atau kemalangan. Macam-macam lah. 

MAHA dasyat!!!!

Setiap gambar ada kisah tragiknya yang tersendiri. Sila-silalah jenguk dan syukuri nikmat kesihatan yang kita ada sekarang.

=)

Saturday, November 27, 2010

Perniagaan online perlu berdaftar, nanti didenda RM50,000 atau penjara 2 tahun

Ha'ah..... seramai 400 usahawan menerusi talian dikenakan tindakan tidak daftar perniagaan.

Oklah.. mesti ramai yang kata walaupun menjual secara part-time tak perlulah mendaftar tapi kan... tapi mengiikut link itu perlu mendaftar jugak. Aiyooo....... =p

Langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.


Bagaimana nak tahu sesuatu perniagaan itu berdaftar atau tak? Kalau lihat pada gambar di atas yang diambil dari salah satu perniagaan coklat online... Nama syarikat itu ada nombor pendafataran. 

Macam neh hah. 

So lain kali... kalau nak elak ditipu, sila pastikan si penjual ada nombor pendaftaran seperti di atas.

Dengan ini aku lebih mempercayai untuk membeli dari orang ini.

Sekian.


Friday, November 26, 2010

Doorgift mahal gila-gila. Heh!

Gambar dari akaun facebook seseorang yang menjual secara atas talian.

harga sekotak RM4.50. 
Kalau ikut harga kotak plastik berapa sen je kan kalau beli bundle. Dan nak buat coklat, apabila aku dah pandai buat sendiri ler, mesti murah je. Belum kira lagi kandungan kalori dan lemak dalam coklat buatan sendiri ini. Bukan makanan buatan sendiri kena lalui prosedur ramuan ke dari kementerian kesihatan? Kot-kot terkena keracunan makanan? Manalah tahu kan?

Aku tinguk ramai berniaga melalui Facebook. Ntah-ntah ada lesen berniaga ke tak tuh. Musykil gak.

Kira duit yang dia dapat HARAM kan? Kan? =p

Aku part-time je. Takpa kot ... (eiseh.. pandai2. haha)

Untuk doorgift yang mahal-mahal macam kat atas... lebih baik aku beli coklat cadbury secara bundle. Bubuh riben........ dan WALLA!!!!!!!!

Doorgift berkualiti, murah lagi menawan! Haha
Oklah... dok berangan pasal doorgift neh plak da. Ish3x..

Thursday, November 25, 2010

Kutipan Filem 2 Alam hanya RM230,000 sahaja.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2jutaatau2ratusribu_/Article/index_html

Apsal DRR cakap berjaya kutip RM2juta ek???? Rabun kot. Tak dapat nak bezakan RM230k dengan RM2juta. Hehehehehehe...


Apapun.. kepada penerbit baru ini, gagal sekali tak bererti gagal selamanya. Kalau mampu bangkit dari "kemaluan" ini, tahniah AKAN ku ucapkan.

=)

Mimpi semalam

Pelik jugak mimpi semalam. Aku persis seorang model dan dalam satu photoshoot tuh aku dikenakan memakai bikini. Ada macam-macam jenis bikini tapi memilih untuk memakai yang labuh-labuh punya. Erkk??

Tahu-tahu bila pakai bikini yang berlengan panjang tuh (ada pula!! huahuahua!), tiba-tiba rasa kat bawah pendek pulak. Tahu-tahu pakai spender bikini yang berompol-rompol. errr.. motif?

Pelik betul baju bikini untuk photoshoot itu. Last-last sekali aku tak keluar pun dari bilik persalinan baju tuh sampailah habis photoshoot. Ehh.. takda orang carik pulak.

Kepelikan bertambah apabila ku perasan diri macam Jeniffer Lopez. Cutting semua sama!

Susah jugak nak cari gambar Jeniffer Lopez yang sopan. Huuuu.. 


Aku terbangun pagi tadi dengan beberapa andaian.
1. Mungkin aku akan mendapat badan vogue macam dia? wakakaka.
2. Rambut aku nak style macam neh lah kot. Macam besh pula rambut panjang-panjang pastuh dye coklat. erk!
3. Apakah akan seksi? Ohhh... susah nak jawab. Takmolah seksi-meksi. Seksa wooo..

Pelik betul mimpi semalam. Kalau mimpi kahwin-kahwin lagi besh rasanya. Neh mimpi jadi model. hahaha.

Wednesday, November 24, 2010

Peluang memenangi trip melancong ke Australia oleh SOGO

http://www.klsogo.com.my/malaysia-year-end-sale/my-dream-vacation-contest

Waaa... kena belanja RM300 je. Hurmmmmmmmm... Sogo bukannya jauh sangat pun. hehe.

Say frog!!! ~ and the girl shouts FCUK!



Aku terjumpa klip ini di facebook lalu mencarinya pula di youtube. Rupa-rupanya ada satu saluran khas yang dibuat oleh seorang ibu untuk menyimpan semua video kenangan tentang dua anak perempuannya. Budak kat atas ini bernama Sam dan mula dirakam perkembangannya sejak dua tahun yang lepas.

Sam kalau tak silap ada adik perempuan yang bernama joaguin. Saluran youtube itu dikendalikan oleh arabellelou . Aku rasa Sam lagi kiut dari adiknya la. hehehehe...

Mari kita ikut pembesaran baby Sam dari youtube.

gambar dua tahun lepas
alolloooooooooo....... comelnya

Dan rupa dia sekarang. Dalam youtube dah siap nyanyi-nyanyi lagi. Dah pandai bercakap lak tuh. hehe.
Dah ada gigi!!! hehe.

Oklah.. semalam aku dok buang masa layan semua klip youtube budak neh. Adehhhh.... mesti bila dah besar dia terharu mak dia buat saluran khas youtube untuknya. Kan? Kan?

kalau nak tinguk klip-klip lain, bolehlah ke pautan di bawah. 

Tuesday, November 23, 2010

Cikgu shida itu lelaki?



Aku tak tinguk klip-klip dia yang lepas yang telah membuatkan orang ramai menyampah dengan dia. Manakala, kat akaun youtube cikgu shida takleh nak tinggalkan komen sebab dia disable. Hehe.

Walaupun begitu, aku rasa dia patut menjadi pengarah video muzik lah. Dari segi kreativiti dan teknik menerbitkan klip memang ok lah. Boleh digarap lagi untuk menjadi "terbaik". Jadi pelakon pun ok gak neh. Kan?

Melihatkan dia sungguh-sungguh nak buat klip ini walaupun tahu pasti ada yang kritik, memang ku salute lah. Tak dinafikan dia berbakat. =)

gembiranya rasa hati, apabila ada orang ajak tinguk wayang free esok

Cik Hel meninggalkan jejak di wall Facebook aku, bertanyakan samada aku free malam esok. Tanpa fikir panjang, aku terus menyatakan aku semestinya free.! Rasa gembira, teruja.... ada makan-makan lagi. Fuhhh.. sukanya..

Ajakannya yang berbunyik ".nak ajak join buat review filem under media prima..macam screening jugak lah kat e@curve cite "aku tak bodoh" mau tak?", siapa yang tak nak kan?

Setelah bertukar-tukar nombor telefon dan janjikan sebuah kehadiran pada malam esok tiba-tiba henfon aku berbunyik tengah hari tadi.

Dari skrin kecil henfon aku, nama Klinik Pergigian Rohaya terpampang sebagai pemanggil. Aku menjadi terkejut. Ada apa pula ye?

Aku angkat lalu menjawab salamnya.

"Cik Jard, esok appointment dengan doktor pada pukul 6 petang. Kami telefon nak mengesahkan kehadiran" Si pemanggil berkata.

OMG! Dalam hati aku menjerti. Aku hampir terlupa. Sepatutnya appointment aku pada hari Ahad yang lepas tapi disebabkan ingin pergi mengedate dengan kanda, aku minta appointment itu ditangguhkan pada petang Selasa. Tiba-tiba hati menjadi hiba.

"Ye.. ye.. Esok saya akan datang" jawabku lemah.

Arghhhhhhhh... aku terpaksa kansel hasrat aku untuk bersama cik Hel dan 18 blogger yang lain untuk menonton "Aku TAK Bodoh" esok malam.


tension.....

=(

Monday, November 22, 2010

Kalau berpacaran [Lirik dan Video]

(lagu oleh Suhaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Atimet)

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya

ulang chorus

Yeah

Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

ulang chorus 2 kali
 (dinyanyikan oleh Suhaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Atimet)


Comel plak klip ini. hehehe...

Harry Potter and the Deathly Hallows dan perihal dating

Aku takkan masuk pawagam dengan lelaki kalau cerita itu ada unsur-unsur SX atau PL. Dengan kawan perempuan boleh. Lelaki tak leh. Inilah peraturan yang aku set untuk diri sendiri. Kalau setakat tinguk cerita kanak-kanak dan kartun boleh lagi diterima. Hehe.

Kanda ajak tinguk wayang Harry Potter and the Deathly Hallows. Ini pengalaman pertama kali kami pergi dating kat pawagam. Kali terakhir..... hurmm.. tak ingat bila. hahaha. Lama sangat tak jumpa! Mase bulan puasa kot kali terakhir dating. Kui3x.

Boleh pandang2, jangan pegang2, duduk renggang2 bertambah sayang..:)

Tak nak ulas bab kami dating. Nak ulas lebih-lebih pasal movie ini.

Aku di antara mereka yang:
1. Tonton series Harry Potter dalam 2-3 movie je kot. Wow. Dah 7 movie semuanya! Baru tahu hari ini. Kira aku bukan yang selalu ambil kisah pasal Harry Potter sebab aku merasakan movie ini childish sangat. Cehhh.
2. Aku bukan PEMBACA buku Harry Potter. Aku suka baca buku macam Twillight Series ja. Lebih matang bagi aku ler.
3. Adik aku pengumpul setia CD/DVD original Harry Potter ini. Semua sampai part 6 dia ada. Ada aku kisah? Aku langsung tak berminat nak tinguk. Haha.
4. Pergi tinguk bila ada orang ajak. Point paling penting. Especially kalau kanda yang ajak ar.. =p


Ingatkan cerita ini tiada adegan cium-cium. Rupanya ADA! Dang!!! Malu aku! Kanda dok sebelah rilek ja. Aku lak dok sibuk tutup mata. LOL!!! Apa neh.. budak remaja dah pandai main cium2. Aku tak puas hati betul la.. hhahaha..

Ok... into more serious matter.

Movie Harry Potter matang! Pelakon-pelakon dia pon semua dah baligh semacam je. He he he. Mereka makin menampakkan kebolehan berlakon dengan begitu berkesan sekali. Macam-macam emosi yang dapat diperlihatkan dalam filem ini.

Hermoine yang semakin matang dalam menangani masalah.
Ron yang terpaksa bergelut dengan perasaan cemburu dan berburuk sangka terhadap kekawannya.
Harry yang susah nak percaya sesiapa untuk meneruskan perjuangannya.

Kudos to their acting skills!!! I loike!!!

Overall aku suka bangat lah dengan wayang ini. Terbaik berbanding kesemua 6 filem Harry Potter sebelum ini.
10/10



Akhir kata..... watak yang aku paling suka dalam movie ini ialah Dobby the House Elf. Aku emo apabila terkenangkan kematiannya.

Sekian.

Sunday, November 21, 2010

hari ini pergi DATING

=)

awal2 pagi lagi keluar. so takkan depan PC sampai petang kot.

OMG! 1000 janin ditemui???

Nasib baik kat Thailand dan bukannya di Malaysia.

gambar dan info pembuangan janin boleh diperolehi dari Utusan

Tiba-tiba aku teringat bahawa ayah bersama ibuku pernah pergi ke Thailand dalam 10 tahun dahulu.. Semua gambar diorg amik mesti bersama gadis-gadis yang tinggi dan berpakaian macam gadis kabaret yang giler seksi. Macam di bawah. 

 *gambar dari google. Aku yakin mereka bukan wanita tulen!!

Aku pernah dengar seseorang berkata, Asia terkenal dengan pembedahan tukar jantina dan juga pembedahan plastik. Lihat saja kat bawah. Secara statistiks. cari sendiri k. hehehe

Thailand - ramai lelaki menjadi wanita
Korea, Hong Kong - ramai wanita yang cenderung untuk buat pembedahan plastik untuk lebih cantik

Sekarang amat sedikit yang tulen. Heh.

Ehhh..... apsal lari dari topik 1000 janin neh? Ahahahahaha...  Poin aku nak sampaikan....... manusia semakin MELAMPAUI BATAS.

What's next?


......................................................

Saturday, November 20, 2010

Fenugreek boleh kalahkan Herbalife dan JusMate5

Gempak tak tajuk entri blog aku. Harap orang kuat Herbalife tak marah dengan aku. hehehe.

*dari Google.

Aku bukan bercakap kosong yer. Aku baru tahu pasal manfaatnya memakan Fenugreek setelah merasa sangat kekenyangan walaupun baru minun satu cawan pada suatu pagi.

Dan aku berjaya merasa kenyang sampai malam. Aku naik hairan jugaklah. Apsal benda neh mengenyangkan? Kat kotak dia tak tulis pun benda ini untuk menguruskan badan? Tak macam produk-produk pelangsingan yang lain. Haippp...

Hairan. And curiosity did not killed the cat.

Aku pergi la buat sedikit research tentang FENUGREEK neh. Pertama kali aku dengar beb. Excited pun ada sebab dah jumpa benda yang mengenyangkan dan sangat-sangat MURAH berbanding Herbalife dan JusMate5. Aku mengkaji jugak kerana takut ada kesan sampingan kalau hari-hari makan. Takut gak kesihatan terjejas ke hapa.

Dan inilah hasil kajian aku.

FENUGREEK: (source: kat sini)

Fenugreek (also known as Greek Hay and Fenigreek), is an herb that is commonly found growing in the Mediterranean region of the world. While the seeds and leaves are primarily used as a culinary spice, it is also used to treat a variety of health problems in Egypt, Greece, Italy, and South Asia.
-sebuah herba.

Fenugreek seeds have been found to contain protein, vitamin C, niacin, potassium, and diosgenin (which is a compound that has properties similar to estrogen). Other active constituents in fenugreek are alkaloids, lysine and L-tryptophan, as well as steroidal saponins (diosgenin, yamogenin, tigogenin, and neotigogenin).
-banyak nutrien......... =)

Manfaat dan kegunaan FENUGREEK adalah seperti berikut:-
- Untuk menyeimbangkan kandungan kolesterol (Home Remedy for Balancing Cholesterol)
- Merawat penyakit diabetis dan menurunkan kandungan gula dalam darah (Treating Diabetes and Lowering Blood Sugar Levels)
-Merawat kulit yang melecur (Herbal Cure for Skin Inflammation)
-Merawat sakit dada akibat asid (Natural Cure for Heartburn and Acid Reflux)
-Merawat demam. (Home Remedy for Fever)
-Membesarkan payudara. (Breast Enlargement)
-Memudahkan kelahiran. (Remedy to Ease Child Birth for Pregnant Women)
-Membantu ibu2 susuan. (Remedy to Aid Milk Production in Lactating Women)

Okeh.. mungkin ada yang tak berapa tepat translation aku. Ha ha. Tapi aku saje nak highlight satu perkara tuh..

Membesarkan payudara!!!!!!! Waaaaaaaaaaaa!!!

Setakat ini aku baru minum satu paket dari 8 paket kesemuanya. Satu kotak Fenugreek neh berharga dalam RM12 je dan boleh diperolehi dengan mudah di mana-mana kedai JUSCO Wangsa Maju.. (*Carrefour takda.. aku carik tadi). Carilah di bahagian Maggi atau bahagian yang ada Milo 3-in-1. Pasti jumpa. Rupa kotak tuh macam kat bawah. Dijamin HALAL okeh.
*dari google

Hairan jugak kenapa tak jual di farmasi. Atau mungkin dah ada?

Selepas neh nak makan hari-hari lah. Mana tahu ada "pembesaran" yang sihat. Lalala...

Oh ya.. kenapa boleh kalahkan Herbalife dan JusMate5? Sebab dalam 5 hari aku dah kurang 3 kilogram. =)

=)

Friday, November 19, 2010

Filem 2 ALAM.. indah khabar dari rupa?

Setelah setiap pagi sehingga semalam iklan tentang filem ini akan dipaparkan di surat khabar. Nak tahu jugak betul ke dapat kutipan yang diramalkan.

So pagi ini aku buat rondaan blog setelah lama tak buat. Banyak giler dah blog-blog baru naik... aku terasa diri ini dah old school dah. hehehe.


Antara entri yang paling syok dibaca tentang filem 2 ALAM ini ialah...
http://hepygurl.blogspot.com/2010/11/2-alamterbaik.html
Nak gelak pun ada.

Wahh.. banyak betul blog-blog yang kreatif ek.. ehehee.. Nampak gayanya blog aku makin tenggelam dek saingan sengit dari blog-blog lain. Kui3x.

Anyways........

kansel lah nak tinguk filem ini..
titik.

........

Karbohidrat menggemukkan?

Ini adalah separa MITOS.

Sebelum fakta sebenar diterangkan, mari kita mengetahui apa itu Karbohidrat. Sejak takleh nak makan benda-benda keras, aku banyak belajar pasal makanan dan kalori neh. Hehehee.

Apa itu karbohidrat?

Karbohidrat adalah zat makanan yang terbina strukturnya dari GULA. Ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu Karbohidrat Ringkas dan Karbohidrat Kompleks.

Karbohidrat Ringkas -
Sumber Karbohidrat Ringkas ialah beras putih, roti putih, coklat, gula, susu, jus buah-buahan, soda serta kebanyakkan makanan pencuci mulut. Dan semua jenis bun, donut, biskut dan kek.. haiyaa.. semua aku suka makan. he he


Karbohidrat Kompleks -
Sumber Karbohidrat Kompleks ialah roti bijirin tulen, bijirin dan beras, kacang pis, kekacang yang dikeringkan, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kita kena kurangkan karbohidrat ringkas kerana jika berlebihan, karbohidrat jenis ini amat mudah dihadam dan diserap badan. Ini dengan mudahnya akan meningkatkan paras gula dalam darah dan tubuh akan merembeskan Insulin dengan banyak. Ia juga akan menurunkan paras Kolestrol Baik iaitu HDL yang berfungsi untuk mengelakkan serangan sakit jantung.

Antara punca obesiti yang dikenalpasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ialah tabiat rakyat Malaysia yang kerap makan di restoran-restoran pada lewat malam dan awal pagi. Di bandar-bandar, kedai-kedai mamak nasi kandar menjadi pilihan. Di kampung-kampung, gerai-gerai kecil terutamanya yang menawarkan hiburan karaoke dipenuhi pengunjung. Tabiat tak sihat oiiiiii!! Tabiat ini akan menyebabkan penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi atau serangan sakit jantung.

Mahu penyakit tak?

So...... seperti makanan lain, karbohidrat memang akan menambah berat badan bila diambil secara berlebihan. Begitu juga bila kalori yang masuk ke tubuh melebihi jumlah yang diperlukan. Wanita berusia 20 - 45 tahun mengambil sekitar 1320 kalori karbohidrat dalam sehari. Korang boleh memperolehnya melalui nasi 3/4 gelas, mi basah 1/2 gelas, roti putih 2-3 iris, kentang 2 buah sedang, atau havermut 6 sendok makan.

Sila jangan berlebihan okeh? Karbohidrat tak menggemukkan. Hanya menggemukkan bila berlebihan je.

Jom amalkan pemakanan yang sihat. =)

*berat aku turun lagi hari ini.. hik hik hik

Thursday, November 18, 2010

Ah sudah... Profail Facebook aku terus lenyap.

Aku cuba login banyak kali dari tadi... tapi tak dapat-dapat.

Yang keluar adalah paparan yang menyatakan seperti berikut.

Account Temporarily Unavailable.
Your account is currently unavailable due to a site issue. We expect this to be resolved shortly. Please try again in a few minutes.

Apa kes ntah.. terus lenyap akaun aku. Aku cuba login guna id adik aku untuk tahu status akaun asal aku. Aku dapati macam ini pula terhadap akaun aku. Akaun adik aku ok plak.

Profile Unavailable
Sorry, this profile is not available at the moment. Please try again shortly.


Aku dah tak wujud kat FACEBOOK ke? waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa................. sedihnyaaaaaaaaaaaa..........

Kenal tak si Samad neh?

Ayah menelefon aku tempoh hari untuk bertanyakan satu sms yang diterimanya. Dia kata dari seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya.

Yang lucunya.. dia ingat sms itu dikirim oleh bapa kepada calon suami aku.  Siap ada ucapan raya lagi dengan diakhiri dengan "daripada Samad dan keluarga".

Samad? Siapakah kamu?
*dari google

Aku pun tak kenal. Ha ha ha.

Nak tanya sikit, Encik Samad ada anak lelaki tak, yang hendak dipasang dengan aku? Pasal tu nak amik hati ayah aku ye.
*gambar dari google

he he he

Wednesday, November 17, 2010

Tentang JARDNESS.

Aku pernah membuka beberapa blog sebelum ini dengan menggunakan pelbagai hosting percuma di internet. Antara nama-nama blog bengong-bengong yang pernah dibuat ialah ignorantidiocy.blogspot.com, justme, stupidity dan sebagainya yang tak dapat diingat lagi. Ha ha.

Kalau tak silap aku pernah buka blog dengan Blogdrive dan friendster. Tapi dah lama tak aktif. Password pun dah lupa kot. Memang dari dulu aku suka menulis dalam blog kot. Tapi aku mula nak blogwalking pada akhir tahun 2008.. Baru leh kenal macam-macam blogger. =)

Aku gunakan gambar ini sebagai profile picture dan mula dikenali sebagai si gadis berbaju pink yang misteri. Kini tak misteri lagi, ye dak?

Cerita selanjutnya di sini

DI hari raya hanya bertemankan SMS

Sementara semua orang sedang bergerak pulang ke rumah halaman masing-masing untuk meraikan Hari Raya Aidil Adha bersama keluarga, aku pula tengah menghadap PC aku di ruang tamu sambil menaip entri ini. Aku masih di KL.

Beep. Beep.
Bunyi henfon nokia berbunyi memecahkan kesunyian malam. *ecececehhh.


wwahhh..... ayah bagi sms tuuu..


Warghh..


Sebak.

Selamat hari raya aidil adha semua. 
Moga bergembira bersama ketupat dan daging.

=)

Tuesday, November 16, 2010

Aku perlukan penyedut untuk makan

Pertama kali aku cuba makan bubur nasi semalam tanpa daging. Masak pakai periuk nasi dan bubuh pati ayam je. Dan aku hancurkan ikan bilis sikit untuk menambah perisa masin dan bubuh sos hitam.

Makan guna sudu payah, jadi aku gunakan penyedut baru boleh masuk mulut.


Kini, apa-apa sahaja makanan tak kira cecair atau bubur.. aku akan gunakan penyedut ini. 

Hu Hu Hu. Kalau tak turun berat tak tahulah. 

Kekanda Adinda - Monoloque dan Atilia [Lirik dan Video]

Gambar Monoloque dan Atilia - pertama kali aku dengar pasal mereka ini. He he.

Terpikat dengan lagu ini semasa mendengarnya di radio jumaat lepas. Baru pagi tadi aku pergi carik lirik dan videonya untuk dijadikan entri hari ini. 

Dari video lagu di bawah, terselit babak-babak dari 8 Bulan. Errr.. filem ke tuh? Drama? Maaf, ku tak tahu.



Apapun, biar kita layan lirik dia dulu. He he. *dedicate this song to my kanda. Ha ha

Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini


Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata
Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi
Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya
Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?
Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi
Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

Sweet la lagu ini. kan? kan?

Monday, November 15, 2010

Untuk berjaya menjual barang di Facebook,

aku sebagai pembeli akan memerhatikan beberapa perkara...

1. kualiti gambar. Barang mungkin berkualiti tapi kalau gambar guna 2MP ke bawah, konfem aku tak berminat nak beli.
2. bilangan FANS ataus FRIENDS dalam list dia. Kalau ramai sampai cecah beribu-ribu dan sampai nak add friends baru pun takleh. Konfem si penjual ini ada reputasi yang baik dalam urusan berjual-beli melalui Facebook. Kepercayaan boleh didasarkan pada itu.
3. si penjual tak menganggu. Kalau setiap hari nak tag barang kat orang sampai berkali-kali, boleh menimbulkan rasa jengkel. Tahu dak? Dan yang paling menjengkelkan bila kita da remove tag nama kita... si penjual akan tag nama kita balik pada gambar yang sama!!! Apa neh? Cukuplah tag satu kali. Kalau dah kami remove, kenapa nak tag balik? Tak faham lagi ker??

Oh ya, kalau aku tak remove tag, mungkin aku berminat tapi bukan nak beli sekarang. He he he.

Setakat ini aku belum lagi beli apa-apa barang dari facebook. Keadaan kewangan tidak mengizinkan. Harap maaf ye...


Ini adalah antara barang yang ditag pada nama aku di Facebook. Haihhhhh.......... menggoda tapi maaf, duit takda. Tapi silalah tag lagi. Nanti kalau tiba-tiba aku berkenan, memang belilah. =p

Bila tak boleh bercakap dengan banyak dan cerita Inception

Main sms je lah.

SMS dari adik:

"Inception best giler"
"Bah, mau pinjam" aku balas,
"Bah, bila?"
"Bah, hari ini boleh?"
"Bah, suka hati"
"Bah, odw"
"Bah."
"Bah!"

Hahahahahaha.... banyak pulak sebut "bah" ekk?

*dari google

Seksa jugak nak bersuara sejak pakai pendakap gigi neh.

Bila senyum pun rasa mulut senget. Haippp........

Makanan untuk si gadis pemakai pendakap gigi

Aku cuba makan mee goreng siang tadi.

Sakit yang teramat!

Aku cuba makan roti Gardenia berperisa Butterscotch.

Sakit yang teramat!

Aku buntu. Semua benda yang keras takleh nak dikunyah sebab akan rasa sakit dan kurang selesa pada gigi.
Hu hu hu.

So malam tadi, aku bawa roommate untuk menemankan aku pergi membeli bekalan makanan yang sesuai untuk kondisi aku.Aku ke Carrefour Jalan Peel tanpa pengetahuan adik aku yang tinggal di kawasan situ.

Jeling-jeling pada kedai mamak kegemaran aku di mana aku selalu bertandang untuk minum Milo Ais kesayangan dan Nasi Goreng Ayam kegemaran. Kini aku kena menahan diri. Tak boleh nak makan benda itu sekarang.

Sampai bila? Aku pun tak tahu.............



Setelah sejam jugaklah berpusu-pusu mencari makanan yang mengenyangkan, cukup nutrien dan berbentuk cecair, kami berjaya kumpulkan makanan berikut:
1. Sup Campbell dalam 3 perisa
2. Bubur Nasi dalam cawan untuk makan kat opis nanti
3. Horlicks 3-in-1 Lite - ada fibre yang baik untuk proses pencernaan dalam perut menggantikan sayur.
4. NesVita - untuk tulang yang kuat? hehehe *beli sebab dapat beg pink percuma. =p
5. Quaker Oats - banyak khasiat dan bagus untuk buang kolesterol dalam badan.

Haihhhhhhhh... macam makanan orang berdiet je. Tapi kalau aku tak memakai pendakap gigi yang agak menyeksakan ini, dah lama aku melantak 2-3 ekor ayam. sekaligus Heh.


Sabar-sabar... 2-3 bulan je neh.

Manalah tahu hikmahnya hilang 10 kilogram. Lalalala.........

(^.^)v

sumber ilmu: http://www.wikihow.com/Eat-Food-With-New-or-Tightened-Braces

Sunday, November 14, 2010

Pemasangan pendakap gigi di klinik Pergigian Rohaya

Mahu 2-3 kali jugak klinik itu menelefon aku untuk appointment pasang pendakap neh. Hehehe. Terlewat sedikit pagi tadi sebab bangun lewat. Maunya tak sebab aku tak tidur semalaman mengenangkan nasib gigi aku nanti.

Kini aku tak perlu rasa takut-takut dah.

Pendakap gigi dah selamat dipasang setelah tiga gigi dicabut. Dua kat atas, satu kat bawah.

Inilah keadaan gigi aku sekarang. Cantik kan? Lalala....

Orang pertama aku sms setelah memasang pendakap ini ialah kanda. Pastuh baru adik aku. Hehehe. Aku takleh nak makan benda-benda keras selepas ini tapi seyes, aku dah hilang selera nak makan apa-apa. Apakah aku akan berjaya menurunkan berat badan selepas ini?

Part paling sakit mase doktor bagi suntikan bius. Masa cabut okeh je. Tapi sekarang aku rasa berdenyut-denyut lak di bahagian gigi yang kena cabut. Jap lagi kena makan painkillers la gamaknya.

Pendakap bahagian atas akan dipasang pada 5hb Disember nanti. Dua lagi gigi akan dicabut pada 21hb November.

Harga kos rawatan untuk pemasangan pada hari ini ialah.

= RM1105 (pencabutan = RM100 + ubatan = RM5 + pendakap gigi = RM1000)

Aku kena setel RM500 lagi dan untuk cabutan mungkin dalam RM80.

Huuuuu....... takpe. Setakat ini aku berpuas hati. =)

X-ray bersejarah. Oh gigiku!!!


Ngeri lak tinguk gigi taring kat tengah-tengah tuh. Ape kes? wakakakaka...

Siang tadi aku menjalani X-ray untuk bahagian mulut di tempat tersebut di bawah:

Daya X-ray Centre Sdn Bhd
Bangunan DBKL (Ground Floor)
Jalan Raja Laut,
Kuala Lumpur

Aku terkejut apabila si tukang X-ray meminta aku untuk membuka tudung semasa nak buat X-ray. Lelaki itu sumbing, berkaca mata dan aku agak konfius die tuh muslim atau tak. Memang kena buka tudung ke? Huhuhu. Abes aurat aku dipandang lelaki bukan mahram. Rasa SANGAT tak selesa!!!

*dahler pakai baju yang jenis lebar di bahagian leher. Huhuhuhuhuhuhu... 

Aku boleh buat aduan tentang hal ini tak? Seyes tak suka.

Bayaran yang dikenakan untuk sehelai X-ray kat atas ialah RM60. Hurmm.. standard kot. Ntah ler. Nak kena tanya adziim lah lepas neh. 

Walaubagaimanapun, aku berdebar-debar menanti 10:15 pagi ini. Pihak klinik dah kol aku sampai 3 kali hari ini untuk mengesahkan kehadiran aku.

Takutttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, November 13, 2010

Pameran Telefon Bimbit - GoMobile EXPO @KLCC 12-14 November 2010


Aku akan ke sini pada esok hari iaitu hari terakhir untuk EXPO ini. Mana tahu ada peluang untuk memenangi Blackberry Smartphones? Hehehe.

info boleh didapati dari

Barang hantaran untuk wanita - low budget style!

Untuk Wanita dari pihak lelaki

1. Tepak sirih - pinjam je dari jiran sebelah!
2. Mas kahwin - ikut negeri
3. Pulut kuning - buat sendiri
4. Cincin/Gelang/Rantai (atau barang kemas yang lain) - tak payah yang tulen! RM88 

Bentuk Cincin dari Zhulian dah kira okeh da.. bukan orang tahu original ke tak. Kan?

5. Sepersalinan kain (atau baju kurung) - Baju kurung harga RM40 dah ler. Sebab baju nikah dah ler mahal weii..
6. Al-Quran (atau tafsir) - RM20 beli yang biasa-biasa sudah. Al-quran untuk dibaca bukan untuk hiasan.
7. Sejadah - recycle yang dah ada. Buat apa beli benda yang sudah ada?
8. Kek - RM15 untuk kek Coklat yang biasa-biasa sudah. ehehe. tak pun minta saudara-mara buatkan free of charge
9. Potpouri - Beli dari kedai RM2 dah ler. Banyak potpouri.
10. Jam tangan - RM6.80 dari Carrefour. Banyak gak yang cun. Atau Jam Tangan GUESS RM25 dari Facebook.


11. Kasut - Cari semasa SALE SOGO, leh dapat dalam rege RM20. kih kih kih
12. Handbag - Banyak yang dijual kat Facebook, tapi aku prefer cari kat UO Superstore. Sogo pon ok.  Paling murah kat pasar Chowkit atau Uptown. Haha. Bajet la dalam RM30.



13. Perfume - tak pakai.. pakai One Drop Perfume sudah. RM15 je rasanya..
14. Buah-buahan - kat pasar banyak.. lalala. 10 biji epal RM5
15. Set alat solek - tak perlu...  set pencuci muka lagi elok. Bajet RM50 sebab nak jaga kulit mahal beb. =p
16. Telekung sembahyang - RM18
17. Muffin atau biskut - buatlah sendiri! hehe
18. Towel - errr.. yang murah-murah cukup. Ada yang berharga RM10 je untuk tuala besar
19. Gula-gula (atau manisan lain) - Gula-gula yang biasa-biasa.

Jadi... harga keseluruhan untuk barang hantaran wanita ialahhhhhhhh...

= RM348 (tidak termasuk mas kahwin)


Part yang paling besh setelah semuanya ini telah dibeli ialah menghiasinya dalam bentuk dulang supaya nampak MAHAL.

Korang pula bagaimana? Ada idea, sila lontarkan kat ruangan komen.

=p

Tabung lagik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...