Saturday, February 5, 2011

Kedai Muaz Textiles: Tumpuan Penggemar Tudung dan Selendang Pelbagai Fesyen

Aku diperkenalkan kepada kedai ini oleh opismate aku pada akhir tahun lepas. Ada satu lagi kedai seumpamanya di Jalan Raja Laut yang bernama Sahara. Kedua-dua kedai ini menjual tudung dan selendang secara kodi (borong). Satu kodi ada dalam 20 helai... dan berharga di antara RM60 sehingga ratusan ringgit mengikut jenis tudung/selendang.

Aku biasanya beli satu-satu je. Nak beli secara kodi tak reti nak jual. HAHAHAHA.

Bagaimana hendak ke sini?

OK. Kalau korang tahu di mana terletaknya Semua House.. hah... Muaz Textiles terletak di lorong sebelahnya. Korang jalan sikit kat depan dan kalau terjumpa banner sebesar alam seperti di bawah ini.. maka korang berada di tempat yang betul!

Juga menjadi tumpuan penjual tudung di FB atau Blogshop.

Kenapa ramai orang berpusu-pusu hendak ke sini? Sebab murah beb dan macam-macam ada! 
Contohnya kat bawah...
Pekedai lain akan menjual selendang jenis ini dalam harga Rm18 ke atas... tapi kat Muaz Textiles... RM10 sahaja!!!

Tersangat murah!
Tudung macam e-kin berharga RM4.50 ke atas sehelai.
Kalau sehelai dah murah.. apatah lagi pembelian secara borong (kodi) kan? Orang yang jual  benda ini konfem untung ohhh.... Beli RM4.50 sehelai.. tapi jual kat tempat sendiri RM10.. fuhhh... 

Yang berjuntai di selendang RM10

Oklah.. gambar ini dah lama amik.. Sekarang, kedai MUAZ menjual jenis dan pesen tudung/selendang yang berbeza dengan di atas. Asyik berubah mengikut trend semasa. Hehehe. Aku dok carik selendang yang serupa dengan selendang aku beli bulan lepas.. dah takda dah. Habis stok kot. Kan tersangat laris masa tuh. Huhuhu... menyesal tak beli banyak-banyak hari tuh. Sekarang dah pesen lain. 

Papepun... parking memang susah nak carik kat kawasan TAR ini. Ramai yang parking kat depan balai polis. Tapi bayar sekali masuk dalam RM8 atau RM7. Mengikut jaraknya dari jalan TAR. Lagi jauh lagi murah kot. hehehe..

Tapi aku.....

dapat FREE je.

Parking pun spacious... tiada gangguan... konfem tiada saman... dan sangat dekat dengan jalan TAR!!! Nak parking seharian pun tak menjadi masalah. Ntah kenapa ramai tak tahu tempat neh.. aku pun tak tahu.

Nak tahu kat mana???
Biarlah rahsia. Kang korang curi tempat aku!
=)

19 comments:

Ery Farieha said... [Reply]

hahaha
penah borong kat sini gak
memang murah dan buat rambang mata
o.O

Ery Farieha said... [Reply]

hahaha
penah borong kat sini gak
memang murah dan buat rambang mata
o.O

Liza said... [Reply]

selendang tu cantik, tapi tak reti pakai ler....

Nadya said... [Reply]

Muaz Textiles tu hari² pun jualan hebat..HAHAHAHA
Tau yang dekat jalan TAR tu je..
Yang lain tatau pulak T_____T

umie said... [Reply]

pernah borong pertama kali dan terakhir...kualiti kain x brapa sgt tp memang murah...customer sy memilih sikit...

Cik NurulZaty said... [Reply]

saya pon suka beli sini..
murah gileee~~

tapi dah lama x gi
sejak2 dh pndah blaja kuantan ni..huu

Syima Syaz said... [Reply]

biasa parking kat MARA... tak mahal sgt...atau kalau nak murah gi kat cap square...

Eri-chan said... [Reply]

ni capsquare punya area nih...

tak suka beli online sebab diorang jual lagi mahal sebenarnya. tah ape2 dahle takde sewa kedai, still jual mahal2...mahu untung lebih2..
yang pastu tudung ni bermusim jadi kena selalu update je..kalau takde pelanggan tetap memang bungkus!

FaraCuna said... [Reply]

wah..murah ke? nnt bleh usha..

skang dah senang nk p jln TAR..skali jalan je :P

zino said... [Reply]

capsquare.. hehe

me | is | aku said... [Reply]

hoyeah. suke muaz jugak!
tp kadang2 dpt yg kain x best~ :(

Adziim said... [Reply]

jard kupit....x nk share tmpat parking kt ne.

Mak Su said... [Reply]

wow! pembelian yg berbaloi, tp maksu tak reti2 gaks nak pakai shawl, rasa mcm nak tertanggal jer

Puan Capa said... [Reply]

byk sgt tudung,sampai tak lalu nak tgk

Ainoura Collections said... [Reply]

Salam
Tmpg iklan tuan blog
Xsmstinya xbkualiti kl beli online tau :) jom layari blogspot sy, tudung murah2 n kualiti berbaloi
http://ainouracollections.blogspot.com
TQ

Ida Yussop said... [Reply]

Tudung Muaz ni tau dah kat mana... nak cari yang pemborong laris manis... mula2 dulu ternampak.. tapi bila cari balik tak jumpa la pulak. Tau tak kat mana kat Jalan TAR tu?

Jard The Great said... [Reply]

pemborong laris manis? errr.. tak tahula plak. fes time dgr. ^^

zara alif said... [Reply]

Cmna nak borong ya...

Lela Merveilluex said... [Reply]

seronok sgt shopping kat sini