Search This Blog

Loading...

Monday, May 9, 2011

Kemalangan Kereta: Apa yang perlu dibayar.

www.tips-fb.com

5Akhirnya pihak Perodua Segambut memberi aku anggaran kos yang perlu dibayar.

Aku serius tak sangka begitu tinggi kosnya. Huhuhuhuhu....

Menyesal tak buat report polis dan claim insurance. Aku serius blur semasa kena langgar di bontot itu. Serius taktahu nak buat apa. Aku tahu hantar ke bengkel je dan bayar. Yang lain-lain langsung tak register dalam kepalah hotak aku.

Hari ini....... anggaran keseluruhan yang kena bayar guna duit poket sendiri ialah - RM2,700.00

Yang diorg nak buat ialah:

1. Tukar pintu belakang yang remuk dengan baru - Anggaran dalam RM453.00 + Cat RM350.00 + Apa benda ntah, RM330 = RM1,133.00

2. Tukar lampu kereta belah kiri yang pecah = RM250.00

3. Tukar bumper belakang sebab dah teruk sangat. Takleh main tampal je = RM722.50 (termasuk kos pemasangan - labor)

Ada kos lain yang aku tak ingat. Yang penting kena dalam RM2.7K jugaklah.

Setelah berbincang lebar dengan mereka......... aku akhirnya memutuskan untuk buat nombor 2 dan 3 je. Nombor 1 lain kali aja ler. Huhuhuhuhu.....

So aku pasrah je lah untuk membayar RM972.50
Kereta siap pada hari Khamis petang nanti.

Ohhhhhhhhhhh............ nanti yang lain aku dok kumpul duit nak perbaiki. huhu...

PENGAJARAN: Lepas kena... telefon ayah untuk minta nasihat walaupun rasa TAKUT sesangat kena marah. Mesti dia pesan pergi balai polis buat repot dan gi claim insurans. Jangan sekali-kali memandai ikut kepala hotak sendiri sebab sendiri bukannya tahu apa-apa.

Sekian laporan dari meja pengarang yang malang.

=(

16 comments:

Miss Izah Mohamed said... [Reply]

lorh jard... org langgar u ke? nape u xclaim insuran dia? if dia langgar u, u buat report utk claim atas insuran dia... xyah gune insuran u pun..

cam i hari tu motor yg laggar, so i nk claim insuran motor mmg xdpt la, dats y gune claim sendiri.. huhuh

Jard The Great said... [Reply]

@izah.. aku tatau menda. huhu. takpe... biar ini menjadi pengalaman berharga utk aku

Aku Ibu Muda said... [Reply]

Jard...AIM pon dah mengalaminya (tapi AIM yg langgar orang), gara2 senyap je tak bagitau sapa2.. padahal kalau wat report, org tu leh claim kita punya insurans..huhu :(

x pasal2 melayang RM 800 masa tu... dah la lagi brapa minggu nak nikah...800 tu sgt besar nilainya :((

Peri PiA said... [Reply]

sabar ye jard,pernah alami..mse kena langgar tu panik sgt

ade hikmah,insyAllah

ku call family ,nsb baik la..kalau x jd mcm jard

syukur la jard ok

date esok tu sorry sgt,mmg xdpt pg jard..thanks ya

saza said... [Reply]

lepas ni dah tau kan..buat kat perodua lgla kosnya mahal kot..aku rs kalo bengkel biasa xdela smpai gitu skali..

lenkali pkai je insurans yg kita bayor mahal2 tiap2 tahun tu..bila lg nak guna..

kwn aku kena langgar motor pon(dia yg langgar hehe) pi buat report bgtau dia park kete..tetiba nmpk kemek..tatau spe langgar..report cmtu pon dah leh guna utk claim insurans tau :)

takpela..anggap bukan rezeki ko kali ni..lenkali dah tau :)

saza said... [Reply]

tp aku heran asal perodua x ckp kt ko psl insurans..slalu bengkel nak claim insurans sbb durang leh claim lebih..

Jard The Great said... [Reply]

@saza... huhuhu.. sbb kereta aku hantar pagi smlm... dan hari ini baru diorg gi check. masalahnya.. da lebih 24 jam... nk claim dah terlewat

J.M.R said... [Reply]

mak ai...byk nyer kena..teruk sgt ke tu??

~mrs azmi~ said... [Reply]

kalau first timer memang akan jadi blur tatau nak buat apa lepas eksiden.. lagi2 kalau takde sape yang boleh ditanya masa tu

saya pun baru lepas kena rabu lepas, tapi sebab dah pernah kena before ni so taula nak buat apa. tapi still kene claim insurans sendiri sebab orang yang langgar tu lari

Yunus Badawi said... [Reply]

kalau org yg langgar kita maknanya dia yg bersalah. Eloklah pergi report supaya boleh claim insuran. Kita tak kena saman pun pasal org tu yg salah.

zonaku said... [Reply]

jard,
lain kali bukak mulut n bertanya pada orang. ko x bc ker kes aku kene langgar?

inilah akibat bak kata pepatah 'malu bertanya sesat jalan'

minta tolong x semestinya pada keluarga. blog ko ramai pembaca, pasti ada idea untuk bertindak.

x per la, ko dah belajar kan? sila amik iktibar!

Adziim said... [Reply]

Ada hikmah ni jard. Aku perasaan sejak akhir-akhir ni kau macam sangat mengejar duit. Aku baca blog dengan update status facebook kau pun banyak benar pasal topik cari duit.
Kejar dunia sangat agaknya,jadi Tuhan bagi pengajaran.

AiTotYati said... [Reply]

salam Jard,

klu u buat report police, for sure yg melanggar tu kena saman sbyk rm300. salah ooo langgar belakang.

takpelah, pengajaran.

sabar ye

❀aRaBeLLa❀ said... [Reply]

adehh jard,insuran tu ko nak simpan untuk ape kalo bukan digunakan bila kecemasan camnih??hmmm

Aimi dan Pakcik Hashim said... [Reply]

eksiden ja baik ko pg insuran
senang

Anonymous said... [Reply]

Kalau moto yang langgar kereta, bila nak claim insuran moto rupanya tak boleh padahal moto yg bersalah. Bila claim insuran kereta sendiri patutkah NCD kita jadi 0 semula padahal moto yang bersalah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...