Aku pernah menemui dua perunding pinjaman daripada dua bank iaitu RHB dan CIMB bank. Dan di sini aku nak menjawab satu persoalan dari salah seorang pengomen iaitu "Kenapa tidak memohon Skim Rumah Pertamaku? Boleh dapat pinjaman 100%".
Ok, untuk menjawab pertanyaan ini, aku ada jugak tanya kepada pihak bank. Satu lagi bank yang cuba tanya ialah Kuwait Finance House melalui telefon. Meh sini aku cerita sikit...
Skim Rumah Pertamaku setahu saya (tanpa merujuk pada sumber lain di internet sebab malas nak carik dan bergantung pada penerangan pihak bank) hanya boleh dimohon untuk pembelian rumah di antara RM100,000 hingga RM220,000. Maka kena beli rumah di antara harga yang aku nyatakan itu.
Skim ini boleh bagi pinjaman sebanyak 100% tapi nilai yang diberikan tidak termasuk
- Legal Fees. dalam RM2000 kot
- Insurance (ikut umur si pemohon dan berapa tahun. Agak-agak dalam RM2000-RM4000)
- Property Evaluation (dalam RM400 kot... )
Maka memang benar kata para pengomen di entri yang lepas.. untuk membeli rumah kenalah ada duit dalam tangan yang secukupnya untuk membayar benda-benda lain yang tidak disertakan bersama nilai pinjaman.
Apakah masalah aku dengan skim ini?
Aku nak rumah low-cost je di bawah RM100,000 sebab hasrat aku untuk memiliki rumah di atas nilai itu adalah setelah aku bergelar isteri orang. Hee heee.
Aku target rumah-rumah atau flat/apartment yang dibina oleh pihak DBKL, PKNS dan seangkatan dengannya khas untuk bumiputra.
Ehh.. kenapa begitu murah? Sebab memang rumah mereka low-cost untuk membantu orang kurang berkemampuan macam aku. Ehemm..
Kurang berkemampuan? Can you pleas define that. (tanya sahabat aku di sebelah)
Okok...
Untuk memohon perumahan DBKL, dapatkan borang dari pejabat berhampiran untuk permohonan perumahan DBKL. Dan korang kenalah mematuhi syarat-syarat di bawah. (Aku pun tak berapa ingat.. nanti aku check balik dan betulkan mana yang patut)
- Warganegara Malaysia
- Bumiputra
- Telah berkahwin atau bujang
- Pertama kali membeli rumah.
- Bekerja dalam radius 45 km daripada perumahan DBKL yang ada
- Jumlah pendapatan seisi keluarga (pemohon atau pemohon + suami/isteri) hendaklah tidak melebihi RM4000.
Dan sekiranya korang berjaya mendapat rumah low cost ini.... tiada bank yang sudi memberi loan sebanyak 100%. Cuma bagi 90% je.
=)
Maka itulah masalah aku dengan Skim Rumah Pertamaku.
Ada sebarang pertanyaan lagi?
Related Posts : pembelian rumah,
pinjaman rumah
6 comments:
so,xdpt 100% tu la problem nya
Ye ke. Ingatkan 100% diberikan pinjaman termasuk fee dan sebagainya. Susah la macam tu bagi golongan yang berpendapatan rendah.
anastasyea's latest post .. #Maxis10 - Update Blog Menggunakan HTC Desire S
takpe jard, at least ko tahu mana yang kurang.
prepare on saving and dapatkan rumah pertama ko.
murah atau mahal, bukan persoalan.
tips dari buku perumahan, please consider location, location and location as your asset (rumah).
better tak amik SRP tu... AIM beli rumah within the range, tp x ambil SRP...sb fikir2 balik, bebanan hutang kita bertambah sebenarnya, maka baiklah kita gunakan je 10 % yg ada dalam EPF tu sebagai downpayment.
pinjam 100% sampai mati x habis bayar weh
saya pernah pohon skim ni dengan spnb, bank kat alliance tp x approve. memandangkan saya ada ccm kereta so mereka tak beri
nasib baik belom bayar guaman rm2000.
hampeh
Post a Comment