Sepanjang aku menduduki bumia semenanjung ini, aku telah diajak dan dipujuk mengikuti bermacam-macam skim insurans. Antara yang berjaya pujuk aku untuk memohon ialah Takaful Maybank dan Prudential.
Tapi sayang.. tapi sampai setahun aku telah membatalkan keahlian kedua-dua jenis insurans ini. Tak tahulah.. mungkin sebab aku merasakan status aku sebagai penjawat awam membuat aku merasa lebih selamat? Minta pejabat keluarkan surat je.. dan bayaran untuk yuran hospital adalah percuma. Hurmmm..
tapi apa yang berlaku sekiranya aku ditimpa kemalangan? Kanser? Yang ini aku sukar nak jawab.. huhu..
Jadi... baru-baru ini (dalam tahun ini jugak) aku telah memohon dua jenis insurans.
1. Etiqa PA insurance
Memandangkan aku menggunakan simkad Tune Talk Mobile, maka selepas penggunaan simkad itu selama 61 hari dan mengisi kredit dalam purata RM30 sebulan.... telah melayakkan aku untuk mendapatkan Etiqa PA Insurance yang bermaksud jika aku maut atau ditimpa kemalangan yang boleh menyebabkan kecacatan kekal... RMXk akan diberikan kepada waris/aku. Tak perlu bayar apa-apa untuk bulanan. Reload simkad Tune Talk Mobile. Je. =)
2. Cuepacs Dana Restu
Bayar RM44 sebulan... dan aku dapat perlindungan daripada 36 jenis penyakit termasuk kanser. Sekiranya aku didiagnos dengan mana-mana jenis kanser.... aku layak menerima RMXk. Jika kanser sudah sampai tahap 2, aku akan dapat RMXk. Begitu jugak untuk jenis penyakit yang lain. RM44 yang dipotong secara bulanan dari slip gaji jugak akan dijadikan simpanan masa tua. Jika aku mempunyai kecemasan.. dalam 12 bulan duit yang ku bayar kepada Cuepacs Dana Restu diibolehkan keluar daripada akaun. Jika aku menyimpan sehingga umur 65 tahun tanpa sebarang tuntutan... aku akan mendapat kesemua simpanan aku termasuk dividen hasil daripada pelaburan yang pihak Cuepacs buat.
So... kira win-win situation la. Duit tak hangus. =)
Pewaris aku... (kot-kot berlaku apa-apa kepada aku).. ialah ibu aku. Sebab ku belum bersuami. Hee.
Aku rasa dua jenis insurans ini dah cukup untuk membuat hidup ku sedikit terjamin di Kuala Lumpur yang jauh daripada famili. Aku perlu siapkan satu wasiat bertulis kot... untuk simpanan ibu bapa kot-kot berlaku apa-apa pada aku. Senang diorg nak claim.
Sesungguhnya yang paling dekat dengan kita adalah AJAL Maut.
Korang amik skim insurans yang mana satu?
















6 comments:
aku pulak lain......pengalaman tgk org eksiden menyebabkan aku beli insurans.
sekelip mata kene keluarkan 20k, mana ada y mampu. kalau x mahu, mmg blh msk GH, tapi mcm kes adik kwn aku, jadual untuk operate ialah selepas sebulan eksiden, di hospital serdang. ke swasta, immediate operations. dah la budak tu nk amik SPM masa tu
dlm byk2 insurans, aku tgk y stabil dan servis ejen yang terbaik. then aku y contact dia untuk beli polisi. syukur, ejen y aku pilih mmg bagus servisnya.
@zonaku... kau amik insurans apa beb?
yang pasti bukan yang ko guna ni....
aku x amik y islamik punya, aku amik convensional
tahun lepas 3 kali masuk sepital. 2 kali gara-gara jangkitan kuman di paru-paru, 20 hari dalam hospital. pastu masuk lagi sekali sebab kene denggi. tutup mata je pakai medikal kad masuk kpj. lepas sebulan kuar sepital, dapat cek. maka, sengih la selama sebulan sebab duit cek tu membantu di kala di tengah bulan.
sama macam zonaku, plan saye amik bukan plan yang anda amik.
terbaru-->A FRIEND IN NEED let's.help -->WORDLESS WEDNESDAY #1 -->HAMBA ZAMAN SEKARANG: ulasan ringkas
Cik Jard..
lama tak mengomen kt sini.. =)
kita ambik insurans Takaful Ikhlas..khas wanita..cover semua penyakit2 termasuk penyakit2 yg biasa dijangkiti oleh kaum wanita..selain tu cover yuran/bill bersalin di hospital swasta.. =)
pengalaman kita keje dgn syarikat insurans, menyebabkan kita cepat2 ambik insurans..sebulan dkt RM200 jugak la bayarannya tp Takaful Ikhlas siap tolak zakat... senang x payah pikir2.. :)
Cik Jard..
insurans PA tu perlindungan je..takde simpanan..kalau accident boleh claim la..kalau tak accident,duit hangus mcm tu je.. tp memandangkan cik jard takde buat bayaran bulanan, kira ok la jgk tu..
please pilih insurans islam.. sebab ada fatwa mengatakan HARAM kita umat islam ambil insurans konvesional..sebab duit kita dilaburkn pd perkara2 yg haram (cth:perjudian)...kecuali yg memang ada panel syariah dan diakui oleh JAKIM...
lagipun di negara kita ada syarikat insurans Islamik, kenapa nk pilih yg konvesional jugak...? jangan dikaburi oleh pulangan yg besar sahaja..kita kena ambil kira halal haramnya..
kalau boleh pilih la yg ada simpanan skali..yg mcm cik jard kata CUEPACS tu..so, kalau tak claim apa2 pun duit kita tak hangus..
owhh..satu lagi, lain kali jgn sebut secara terbuka jumlah cover yg kita dapat..bahaya tu...!! kita tak tahu siapa yg tgh "intip" kita kan...dlm dunia zaman skrng ni, wujud sekumpulan manusia yg keje nya nk ambil kesempatan atas pemegang2 insurans tau..diaorg ada sindiket..so, hati2 ye cik jard..kalau boleh remove amount tu...
ini just pandangan peribadi..maaf kalau silap.. =)
@dramatic.. terima kasih atas ingatan. akan edit skang juga!
Post a Comment