Menarik jugak taklimat tentang perkara di atas. Aku sedar bahawa perkhidmatan penjawat awam tidak begitu memuaskan di beberapa Jabatan. Antara yang dikesan oleh pihak Sumber Manusia ialah
- Keluar makan pada waktu yang tidak dibenarkan contohnya pergi swipe kad masuk kerja tapi selepas itu akan pergi minum pagi di luar sebelum memulakan tugas
- Sempat berniaga semasa bekerja (MLM, jual insurans, kuih raya)
- Asyik main internet pada masa bekerja.
- Boleh pula senang-senang keluar pejabat semata-mata mahu hantar anak ke sekolah
- Ada Jabatan yang over-staffed
- Adanya pertindihan fungsi antara jabatan/agensi. Sebagai contohnya... untuk handle student je dah ada MARA, JPA, Jabatan Pendidikan, PTPTN dan macam-macam lagi. Kerajaan mungkin nak memusatkan semua di bawah satu atap.
- Ada skim jawatan yang terhad kepada satu jabatan je contohnya Pegawai Makmal yang hanya ada 40 jawatan je di seluruh Malaysia. Susah untuk naik pangkat dan bertukar ke tempat lain. Jawatan seperti ini akan dimasukkan dalam skim lain.
- Dalam masa empat bulan sahaja, perjawatan kerajaan telah bertambah daripada 1.42 juta kepada 1.65 juta jawatan. Hal ini sangat mengejutkan kerana begitu cepat dah ada 200,000 pegawai kerajaan baru dalam masa empat bulan sahaja.
- Jabatan asyik nak tambahkan jawatan baru je... tapi kualiti perkhidmatan jabatan tak naik-naik pula. Masalah gak neh.
Oleh itu, pihak kerajaan telah memutuskan untuk membuat sedikit penjimatan dari segi perbelanjaan mengurus antaranya ialah mengawal saiz perkhidmatan awam melalui berikut
- memastikan perjawatan sedia ada diguna pakai secara OPTIMUM dan memansuhkan jawatan yang kurang keutamaan. (mengurangkan skim jawatan sebab dah terlalu banyak oohhh...)
- Menggalakkan multitasking dan multiskilling dalam perlaksanaan tugas
- Memastikan peruntukan emolumen (gaji ler) terkawal (tidak bertambah)
- outsource untuk certain services untuk mengurangkan beban membayar cukai dan pencen penjawat.
- Memansuhkan jawatan kosong di gred lantikan
- Membekukan pengisian jawatan sehingga 31 Ogos 2011 - kecuali jawatan yang telah dipanggil temuduga atau surat panggilan temuduga telah dikeluarkan
- Melaksanakan audit perjawatan komprehensif.
Oh ya... pegawai kontrak, SPS dan sebagainya tidak berkaitan ye. So korang selamat la.
Itu sahaja yang boleh dikongsi di sini...... hal Jabatan Kerajaan yang hendak diswastkan lagi belum lagi disentuh... lain kali sajalah..
Selamat berhujung minggu! Dan selamat malam!
















8 comments:
perhh.. nasib baik xtermasuk dgn yg dah interview..
bagus jgk buat cam nie... mcm ofis aku ade ramai kerani padahal hanya buat satu kerja jer...
@hasyikin ismail.. hehehe.. seb baik la..
@cayrol.. mmg ada gak berita pasal ramai sgt kerani neh.. tp keja tak buat. haha
makin susahlah nak apply govt ek
org kata transformasi pentadbiran...
=)
ehem, xsmua kakitangan awam mcm tue..cam sy nie, nak on9 fb,blog bler balik kerja jer.Mase kerja mmg xdpt nk on9,tenet block.Lg pulak keja btimbun2,klu lmbt mesti ramai yg marah sbb jge elaun n payment org..keja unit kewangan mmg kne multitasking..
kerani ramai,ehehe
Dah ramai sangat yang nak jadi PeeTeeDee ;p
Post a Comment