Search This Blog

Loading...

Friday, September 9, 2011

Bagaimana nak keluarkan duit KWSP bagi pekerja berpencen

www.tips-fb.com

Pengeluaran ini membolehkan ahli KWSP yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dan telah diberikan taraf pekerja berpencen mengeluarkan simpanan bahagian pekerja berserta dividen sekiranya masih mempunyai baki simpanan di KWSP setelah pengembalian caruman syer kerajaan kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP. (sumber: http://www.kwsp.gov.my/index.php?hdl=bin&rp=1275)


Aku sedang mempertimbangkan untuk menutup akaun KWSP aku. Dan berikut adalah langkah-langkahnya:
  1. Muat-turun dan isi Borang Pengeluaran KWSP 9J (AHLI)
  2. Salinan Kad Pengenalan Diri (MyKad, IC)
  3. Buku Bank / Penyata Akaun Simpanan ATAU Penyata Akaun Semasa ATAU Surat Pengesahan Bank Mengenai Butiran Pemegang Akaun ATAU Cetakan Butiran Pemegang Akaun Melalui Laman Web ATAU Kad Pemegang Akaun Bank
  4. Muat turun dan isi borang bertajuk Lampiran A - Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan Berhubung Dengan Pengeluaran Pekerja Berpencen
  5. Bukti Pengesahan Taraf Pesara
    Surat Pengesahan Taraf Pesara yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);
    ATAU
    Surat Kelulusan Pencen yang dikeluarkan oleh Bahagian Pencen, JP
Setelah kesemua dokumen ini telah disediakan maka bolehlah berurusan di mana-mana cawangan KWSP sama ada melalui serahan di kaunter.

Kat mana ehhh?
  1. Pejabat KWSP KL Utama, Tingkat Bawah Bangunan KWSP,
    Jalan Raja Laut
    50350 Kuala Lumpur
  2. Pejabat KWSP Setapak, No. 66 (K33), Jln 8/23E
    Taman Danau Kota, Off Jln Genting Klang
    53300 Setapak,
    Kuala Lumpur
  3. Pejabat KWSP Pudu, Tkt Bawah, Mezzanine & 1
    Bangunan KWSP, Changkat Raja Chulan
    Off Jalan Raja Chulan
    50200 Kuala Lumpur
  4. Pejabat KWSP Petaling Jaya, Bangunan KWSP, Jalan Gasing
    46598 Petaling Jaya
    Selangor Darul Ehsan
(rujukan untuk diri sendiri tapi kalau korang nak tahu kedudukan pejabat2 lain di Malaysia bolehlah rujuk http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2corporateinfo&pg=bm_p2corporateinfo_epfoffice)

Kawan kata duit yang dikeluarkan akan terus masuk ke dalam akaun dalam masa tiga hari sahaja.
Wow! Cepatnya!

=)
.

5 comments:

ARC™ said... [Reply]

saya masih belajar, boehkah saya mengeluarkan duit KWSP?

abadi romeo said... [Reply]

sayang..dah lama tak menabung sebab kerja sendiri...huhuhuhu...!

Jard The Great said... [Reply]

@arx..hahahaha... pelajar ada kwsp ke?

@abadi... hehe. kamu dah ada perancangan kewangan apabila berpencen tak?

tOm said... [Reply]

berapa persen kita dapat dari total akaun kwsp? tau tak jard? sebab rasanya ada bahagian kena bagi balik kat gomen kan?

Anonymous said... [Reply]

hello im looking for michael johnston is he still about
alf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...