Search This Blog

Loading...

Tuesday, September 6, 2011

PETKNODE - Hotel neraka untuk kucing

www.tips-fb.com

Ya Allah! Bila ini berlaku?

I'm a cat lover. Keluarga aku menjaga dalam 6 kucing di rumah dan apabila membaca dan melihat kekejaman ini dari pelbagai blog dan page facebook... aku rasa sungguh sebak.

Difahamkan ramai pemilik kucing yang telah mengamanahkan Petknode untuk menjaga kucing mereka dengan suatu bayaran. Dan apa yang berlaku? 16 ekor kucing mati kebuluran dan yang lain (dalam 100 ekor) ditinggalkan dalam keadaan yang tersangat teruk.

Antara gambar menyayat hati dari pusat jagaan kucing yang macam cilaka itu.

Ibu dan anak yang dah mati. T_T

Kucing yang kebuluran. Nazak. huhu.
Tapi alhamdulillah, ada pihak yang sanggup pecah masuk pusat jagaan neraka itu untuk menyelamatkan kucing-kucing yang terbiar itu. Perkembangan dan foto-foto lain boleh diperolehi dari laman facebook "Kucing Terbiar & Anjing Jalanan" dan juga di laman blog ini --> http://www.myanimalcare.org/2011/09/cruelty-at-pet-boarding-service-in.html

Aku mengkagumi mereka yang banyak membantu dalam perkara ini. Terutamanya yang sanggup datang dan menjaga kucing yang terbiar sementara pemilik masih dicari. Syabas! May god less you all. Hati korang memang emas.

Dan harap orang yang bertanggungjawab ke atas kekejaman ini dibawa ke muka pengadilan!


Ps: aku mula merindui kucing kami di rumah. Huhu. kalaulah rumah sewa aku benarkan aku menjaga kucing di KL, dah lama aku bela dua-tiga...

11 comments:

Firdaus Amin said... [Reply]

hari tue pasal seksa anjing poodle tue...sekarang ini pulak...

Jard The Great said... [Reply]

@firdaus.. yep. dunia ini macam-macam. huhu

Uchi kay-f @hmad said... [Reply]

jard kat malaysia ke ni? mcm2 hal!

-love kucing-

Uchi kay-f @hmad said... [Reply]

jard kat malaysia ke ni? mcm2 hal!

-love kucing-

Matjoe said... [Reply]

bila dah gilakan duit

Zenmax said... [Reply]

Hahahaha kalau mau tengok kekejaman terhadap kucing xyah pegi jauh2.

Jard The Great said... [Reply]

@uchi.. kat damansara beb.

@matjoe... huhu.. tuh ar.

@jen... kau kejam sama kucing kaaaa?

Felisia said... [Reply]

Saya salah sorang owner kucing yg menjadi mangsa kekejaman dorg. Jumaat lepas memang dah start keraguan sbb tiba2 dorg kate nak hantar kucing ke rumah, and tak kasi owner datang collect.

Kes saya, Sabtu dekat Maghrib baru dapat. Tapi 24 jam sblm tu toksah cakap la, call 10 kali mungkin 1 kali je dorg angkat. Jwpn pon tak konsisten, kejap kata kucing kat boarding centre, kejap kata dalam transport (tapi tak sampai2 jugak).

Pastu time call, bile tanye kenape takleh dtg amik, die kate kedai ade masalah wiring. Pastu time sampai rumah hantar kucing, tanye lagi sekali soalan yg sama, die kate "Problem? Takde ape2 problem pon". Memang tak pandai menipu, caught red-handed alasan2 yg tak konsisten.

Saya ade dapat snap gambar MyKad setan2 ni. Sorang org Port Dickson, sorang lagi Batang Kali. Kalau ade sedara-mara duduk area2 ni, boleh pegi jumpe mak/bapak/nenek/moyang setan2 ni, kasi cerite kekejaman dorg nih.

Tapi saya dapat berita, mlm tadi family member setan2 ni pegi kedai, clean up kasi buang evidence2 yg tinggal. Hopefully dorg bukan 2x5 mcm setan2 tuh. Wallahualam.

Jard The Great said... [Reply]

@felisia... I'm so glad your cat is safe. huhu

Thristhan said... [Reply]

I love cats, this people are so cruel wei.

SyazwanSarawak said... [Reply]

100% anti animal abuse >_<
only can pray that all remaining cats will be safe and sound

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...