Search This Blog

Loading...

Thursday, September 15, 2011

Pratonton Filem Libas Lakonan Rosyam Nor

www.tips-fb.com

Tarrkh: 14 September 2011
Masa: 9:00 Malam
Tempat: Hall 1, 8, 9 TGV Wangsa Walk, Wangsa Maju, KL


Di Pawagam 29 September 2011


Barisan Pelakon: Rosyam Nor, Scha Al-Yahya, Johan Raja Lawak, Beego, Fadzly Kamarulzaman, Mohd Razib Salimin, Mohd Zabri Ibrahim, Yuswaisar, Adam Corrie Lee, Sallehuddin Abu Bakar, Zulkarnain Zakaria, Yang Kassim

Sinopsis:
Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas).
Raja Libas (kiri) dan AK Nangkhon (kanan)
Dia digelar sebagai Raja Libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.
Ratna
Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja Libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk menentang Thailand nanti.
Team Thailand yang sangat GAY!
Diperlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah Negara? Nantikan kesudahannya...
Team Malaysia.
Pendapat aku?

Kelakar wei.. sampai aku gelak guling-guling tak menahan! Bukan sebab CGI dia teruk dan tak nampak real tapi disebabkan lakonan setiap watak dalam cerita dan jugak dialog mereka yang mencuit hati. Housemate aku bagi 4/5 bintang. Aku? Sama pendapat lah kot. Hehehehe..

Korang tengoklah sendiri di pawagam pada 29 September 2011.

*aku tak nak bubuh Trailer dia sebab pada pendapat aku trailer dia tak membayangkan betapa beshnya cerita ini. Besides... I hate the music in the given trailer.
.

7 comments:

kak ina kl said... [Reply]

ok gak aaa byk gelak ketawa..tak nampak pun kamu

stormz said... [Reply]

mmg kelakar pn spnjg ms tgk movie ni smlm

Jard The Great said... [Reply]

@kak ina.. akak dapat HALL mana? sy kat HALL 9. hehe

@stormz.. tuh ar. kelakar jugak =)

n a d e a said... [Reply]

kelakar ke? ingat action movie.. kalau kelakar boleh le nak g tgk.. hehehe

jedi said... [Reply]

best ke??? Aku tunggu cite Bunohan je skang nie..

Zaid said... [Reply]

macam best je.. nak tengok gak lah nanti..

Bella Enveeus said... [Reply]

Mesti best kan? Dah lama juga tak tengok Rosyam Nor berlakon.. Berapa star nak bagi utk movie ni? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...