Sunday, September 25, 2011

Sakit Gigi

Ingatkan hari ini setelah menemui doktor gigi untuk proses ketatkan gigi, bolehlah aku ke masjid untuk membantu urusan majlis hari raya aidil fitri dan jugak jadi petugas untuk ceramah kuliah magrib Ustaz Azhar.

But alas, the pain deemed to great to hold.

Aku bertindak untuk duduk diam di rumah sementara menahan kesakitan dari braces gigi yang baru diketatkan. Sudah seharian aku tidak berani untuk mengambil sebarang makanan yang melibatkan mengunyah. Aku cuma minum susu dutch lady je. Itu pun dah cukup mengenyangkan sampai malam. Huhuhu.

Aku jadi tak lalu nak makan. Nak pandang makanan apatah lagi.

Kekawan aku dari masjid menelefon bertanyakan khabar dan sebab kenapa tak muncul-muncul. Kehadiran aku dirindui kot. hehe.. tapi apakan daya... aku tak tahan lak.. menengok mereka semua boleh makan sementara aku takleh nak makan. Tinggal di rumah sajalah..... ampun wahai sahabat-sahabatku seperjuangan ku.

Pasti ceramah Ustaz Azhar mengemparkan malam ini... moga program itu berjalan lancar. Amin.

.

4 comments:

Peri PiA said... [Reply]

get well soonest

kat mane ceramah nya?

zino said... [Reply]

sakit tu.. semuga cepat sembuh..

Jard The Great said... [Reply]

@pia... thanks. ceramahnya kat masjid as-salam puchong. =)

@zino... sakit lagi. huhuhu.

tamanraudhah said... [Reply]

try minyak morhabshi..

Beri Laluan
Nilai 1g Morhabshi sama dengan 1g EMAS. Benarkah?