Ini antara rentetan peristiwa "revolusi" yang berlaku di Mesir atau nama inggerisnya Egypt. Aku merujuk pada sumber huffingtonpost.com. yang mengariskan peristiwa2 berikut dalam timelinenya.
Selasa, 25 Jan 2011 - Rakyat Mesir mulai bangun untuk memprotes kerajaan. Bermulanya "Hari Kebangkitan Kemarahan" (Day of rage).
Rabu, 26 Jan 2011 - Protes berterusan masuk hari kedua.
Khamis, 27 Jan 2011 - Mesir menutup rangkaian sosial (twitter, facebook) melalui penutupan internet dan sistem telekomunikasi. Semua telefon, internet, mesin ATM langsung tidak boleh digunakan.
![]() |
| Ketua Mentri Hosni Mubarak mengumumkan satu kabinet dibubarkan dan kabinet baru akan dilantik. |
Jumaat, 28 Jan 2011 - Ketua Menteri Mesir, Mubarak mengumumkan akan menubuhkan kerajaan yang baru. Berlakulah "power of void". Negara yang tiada pemimpin.
Sabtu, 29 Jan 2011 - Penggunaan radio (morse code) membantu Mesir berhubung dengan dunia luar
Ahad, 30 Jan 2011 - Stesen TV, Al Jazeera ditutup.
- Kedutaan US di Cairo meminta warga amerika untuk tinggalkan Mesir
- Hillary Clinton meminta Mesir menghala ke arah demokrasi.
Klip ini menunjukkan sedikit sebanyak apa yang berlaku sebenarnya di Mesir. Akibat kekurangan perlaksaan undang-undang di sana, (polis sibuk mengawal keadaan) ramai banduan yang terlepas daripada penjara lalu menghuru-harakan lagi keadaan di sana.
Kenapa ini semua berlaku?
Ikutilah apa yang ahli forum ini tulis dari sini
Kejadian di Mesir juga bermula dgn insiden yang lebih kurang serupa.! 2 orang membakar diri di depan bangunan parlimen mesir di sebabkan tekanan kehidupan di mesir dgn kadar pengangguran dan pendapatan rakyat miskin yg sangat rendah.. berbeza dgn golongan2 kaya yg makin meningkat pendapatan mereka.
Fakta menarik tentang Egypt juga - >> GDP nya meningkat saban tahun.. malah 2-3 tahun ni mendapat banyak anugerah ekonomi antarabangsa yg memuji kerajaan mereka dalam menguruskan ekonomi negara.. ! (sounds familiar eh?) Kerajaan mereka juga memainkan unsur2 feel-good factor ni.. dalam akhbar2 mainstream mereka..!
Hakikatnya - rakyat marhaen makin tertekan.. kemampuan utk membeli barangan keperluan dan makanan makin mengecil.! bukan saja kadar pengangguran makin naik.. malah harga rumah di sana di paras mmg takkan termampu oleh orang2 miskin dan golongan pertengahan..
Sila klik URL kat atas untuk membaca versi pernuh. Antara yang aku faham... peristiwa ini tercetus hasil rentetan peristiwa di Tunisia.
Kenapa kita perlu mengambil berat tentang perkara ini.
1. Pelajar Malaysia kini dalam bahaya di sana dan kononnya kerajaan Malaysia lewat bertindak.
2. Mesir adalah negara kedua terbesar yang menerima bantuan ketenteraan daripada USA selepas negara Israel. Egypt is considered one of the United States' strongest allies in the Middle East and Arab World. (source)
3. Disebabkan Mesir mengawal laluan minyak melalui terusan Suez, harga minyak akan naik di seluruh dunia dan seterusnya mempengaruhi ekonomi dunia
![]() |
| Terusan Suez menghubungkan timur dan barat. |
Kalau nak tonton video streamming terkini mengenai Mesir, bolehlah usha website ini. Beritanya darpada CBS, Fox News dan reuters.













































