MAN.
At 20 - A man is like a coconut, so much to offer, so LITTLE to give.
At 30 - He is like durian, dangerous but delicious,
At 40 - He is like a watermelon, round and juicy,
At 50 - He is like a mandarin orange, the season comes once a year.
Hahaha.. nak gelak boleh?
Ada satu kisah benar, seorang lelaki yang dah nak pencen berkahwin dengan seorang wanita berumur 20-an. Yang peliknya boleh pula lelaki itu meninggal dalam beberapa bulan je diorg berkahwin dan wanita bertuah itu dapat duit anuiti (ratusan ribu gak neh sebab lelaki itu dah berkhidmat 30 tahun dalam kerajaan)+ duit pencen. Balunya tak nak kerja pun takpa sebab dapat mewarisi kekayaan suaminya. Keluarga si arwah saspek lelaki itu dibunuh. Wallahu'Alam.
Duit pencen seorang lelaki yang dah arwah akan bersambung kepada isterinya.. kalau meninggal.... bersambung kepada anaknya jika masih bersekolah.
Untung-untung. Hahaha.
PS: terima kasih kak Zah kerana mengirim "lawak" ini pada aku.
Thursday, March 31, 2011
Wanita - makin tua, makin tak laku?
WOMAN.
When she is 18 - She is football, 22 men going after her...
When she is 28 - She is a hockey ball, 8 men going after her.
When she is 38 - She is a golf ball, 1 man hitting on her.
When she is 48 - She is a ping pong, 2 men pushing to each other.
Dalam erti kata yang lain....... makin tua seorang wanita itu, makin tak laku ye? Tak sabar nak tahu versi lelaki pulak. Petang sikit aku post.
Apa pendapat korang?
PS: Kawan aku yang hantar pepatah English di atas melalui sms pagi tadi.

Simbol Misterius Mula Dijumpai...
"Sesuatu" telahpun berlaku. Adakah "sesuatu" itu sebagai petanda adanya perkara yang lebih BESAR akan berlaku?
Tiba-tiba pakar di seluruh dunia mula mengkaji untuk mengetahui jawapannya. Aku pun mula paranoid dan mula terlihatkan benda-benda pelik dan penuh tanda soal. Apakah ia? Perkara ini berlaku baru-baru ini. Sejak aku balik dari kampung aku mula terlihat bayangan sebuah simbol yang misterius di mana-mana sahaja aku berada.
Aku pun mula meminta bantuan En Google untuk mendapatkan jawapan. Kot-kot aku dah nak gila. Siap masuk mimpi lagi tahu. Huhu. Maybe it's all in my head? Kan? Alaa... macam dalam citer Sucker Punch.
The truth is out there... *tiba2 teringat X-Files.
Korang perasan tak simbol dalam klip di atas? Adakah korang nampak apa yang aku nampak?
Aku sedang mengumpulkan lagi banyak bahan bukti tentang benda misterius ini. Terjumpa gambar ini semasa browsing internet di opis tadi.
Serius aku tergaman seketika...
Mari sama-sama menghuraikannya di blog ini.
Stay tuned.

![]() |
| Nampak tak apa yang aku nampak hah? |
Mari sama-sama menghuraikannya di blog ini.
Stay tuned.
Wednesday, March 30, 2011
12 Batas Pergaulan Lelaki dan Perempuan
"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memeilhara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhioasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya." (An-Nuur: 30 - 31)
-Ku petik dari Dara.com Jun 2008
-Moga menjadi peringatan buat kita semua.
Terima kasih kepada kedua-dua adik perempuan aku yang dijadikan gambar hiasan untuk entri ini. hik hik hik. =p
Missing them soooooooooo much!!!
- Pertemuan itu hendaklah dalam suasana serius dan mengikut keperluan.
- Menahan pandangan daripada melihat aurat atau melihat bukan aurat dengan syahwat.
- Menghindari berjabat tangan.
- Memakai pakaian yang menepati syariat (menutup aurat)
| Aurat tahu? |
- Tidak bersesakan dan elok jika ada pemisah.
- Menghindari khalwat (berdua-duaan), namun dibolehkan khalwat di kawasan awam yang ada orang ramai atau seorang lelaki dengan beberapa perempuan yag thiqah (boleh dipercayai dari sudut pegangan agamanya)
- Tidak terlalu lama dan berulang.
- Menghindari tempat yang mencurigai.
- Menjauhi perbuatan DOSA.
- Perempuan bercakap tidak menggunakan bahasa yang lunak dan gaya yang menggoda.
"Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan)suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)." (Al-Ahzab:32)
- Elakkan pergerakan yang manja dan menggoda
-Moga menjadi peringatan buat kita semua.
Terima kasih kepada kedua-dua adik perempuan aku yang dijadikan gambar hiasan untuk entri ini. hik hik hik. =p
Missing them soooooooooo much!!!
Labels:
Canon 500D,
Jard's Family
Tuesday, March 29, 2011
Risiko aku ditipu dalam Mudah.my.
Gigih konon nak carik kedai laptop itu yang konon menjual laptop Dell berharga RM850 dan bertanggungjawab untuk mempromosikan kempen Satu Malaysia Satu Telekomunikasi dan menerapkan nilai-nilai kempen Gagasan Satu Malaysia yang dicetuskan oleh Yb. Dato Sri Najib Tun Razak.
Sejauh mana kebenarannya aku tak pasti. Tapi dari rumah kat Sentul untuk sampai ke Bandar Tun Hussein Onn bukannya dekat. Jauh aku nak mai... dan dikenakan caj tol sebanyak RM2 pergi balik pula.
Murahlah kiranya kalau dapat memiliki laptop DELL 14R yang berharga RM850. Kalau betul, aku nak jual lah PC aku dan gi beli laptop itu.
Semangat pun tengah tinggi nak pergi ke kedai mereka. Tapi duit takda lagi sebab PC tak dijual lagi walaupun dah ada orang berminat nak beli. Aku keep hold dulu. Nak sahkan dulu kebenaran penjualan laptop yang kononnya MURAH itu.
Aku bawa bersama rakan sebilik aku. Kalau apa-apa yang terjadi biar kami kena bersama-sama. Baru dikatakan geng kan? Haha. Kami bertemu dengan seorang lelaki yang membawa kami ke sebuah syarikat yang berada di atas deretan kedai. Agak tersorok.
Kat dalam opis mereka ada satu ruangan yang besar dan beberapa set meja kerusi yang biasanya aku lihat dalam satu situasi orang nak promosikan MLM. Kami duduk di salah satu meja.
Aku pun terus tanya... mana laptop tuh? Nak tinguk boleh?
Tahu tak apa diorg jawab?
Bayar dulu... isi borang perjanjian antara aku dan mereka... dan dalam DUA MINGGU, mereka akan hantarkan laptop itu pada aku.
Wadehal?
2 minggu? Jadah nak tunggu dua minggu. Aku mula naik syak. Terus tak jadi nak beli.
Aku balik ke rumah....... buka PC... Terus tak jadi nak jual PC kesayangan aku. Better simpan duit untuk beli laptop DELL 14R yang berharga Rm1999 di pasaran daripada menanggung risiko ditipu untuk membayar RM850 dari orang yang tak dikenali.
Kan?
Monday, March 28, 2011
Manfaat mengiklan melalui Mudah.my
Sejak akhir-akhir ini, aku suka melayari laman web mudah.my. Ada je orang nak jual barang diorg kat sana. Ada yang mahal dan ada yang murah gila babi sampai aku dok fikir apsal diorg jual murah sangat neh??!!
Sebagai contoh ada orang nak jual DSLR Canon 7D siap dengan lensa dengan harga RM2.8K. Harga pasaran kalau tak silap dalam RM5k kot dan tak termasuk lensa. Hoho.
Berbalik pada tajuk....
Apakah manfaat mengiklan melalui Mudah.my?

- Well.. adik aku iklankan PS2 dia kat sana dan tak sampai 2 hari dah ada 3 orang yang berminat nak beli. So kiranya Mudah.my senang nak diakses oleh orang ramai di negeri masing-masing. Senang nak cari pembeli.
- Dan paling penting, korang tak perlu nak bayar satu sen pun nak pasang iklan.
- Lagi satu.. tak perlu nak daftar pape contohnya lesen perniagaan atau daftar jadi ahli mudah.my.
- Prosedur nak pasang iklan pun senang sangat.
Hehehe. Okla.. I'm rummaging my stuff to see what else I can sell. Harap-harap terjual lah... ada sesuatu yang aku teringin nak memiliki...
Stay tuned....
Musim Durian sudah tiba!!!
| Sodapnyaaaa!!! |
Teringat zaman universiti dulu di Sarawak. Durian dijual semurah RM5 untuk 3 biji durian. Sekarang tak tahu lah. Dah lama tak beli durian sebab asyik ada orang tolong sponsorkan je. Gambar di atas ialah pemberian durian oleh housemate. Bakal mentua dia yang bagi. Hehehe.
Ahhhh.. tiba-tiba teringin nak makan Durian King Kong. Isi banyak, biji kecik ja. Tapi harga dalam RM50 sebijik.
Ahhhh.. tiba-tiba teringin nak makan Durian King Kong. Isi banyak, biji kecik ja. Tapi harga dalam RM50 sebijik.
Labels:
Canon 500D
Sunday, March 27, 2011
Sewa kini dinaikkan hingga RM350 sebulan
Hidup di Kuala Lumpur memang mahal. Nak mencari tempat tinggal yang selesa lagilah susah sebab kebanyakan rumah bujang di sekitar KL memuatkan lebih dari lima orang untuk apartmen 3 bilik. Apartmen sewa aku tak terkecuali.
Tapi bulan ini aku berkeputusan untuk tinggal seorang. Tak nak kongsi bilik dah... So aku kena bayar dua kali ganda berbanding duduk berdua. Takpa... asalkan selesa. Huhu.
Tak sabar nak menanti room mate tercinta mengemas barangnya untuk berpindah ke Cyberjaya. Pada asalnya dia nak carikan aku pengganti tapi aku susah ohhh nak masuk dengan orang baru. Dengan room mate sekarang neh pon aku dah kenal lebih 4 tahun. Nak cari titik keserasian pada aku memang payah sikit. Huhu.
So better live alone la. Bayar lebih takpa. Tempat aku memang dah strategik dah. Kalau nak pindah keluar untuk dok lebih dekat kat opis... belum tentu lagi selesa kan? Besides... nak carik bilik dok seorang dalam rege Rm350 memang susah di Kuala Lumpur ini.... Pasrah je lah.
Nanti room mate aku pindah... yang keluar bersamanya ialah TV, mesin pembasuh dan peti sejuk. Kosonglah rumah nanti.
Siapa sudi nak sponsor semua itu kepada rumah aku? =p

Jard's Friends,
personal bits
Kisah menghadap pemilik restoran sebab makanan tak sedap.
Jam menunjukkan jam 6 petang. Aku bersama rakan singgah kejap di sebuah restoran terkemuka di Pantai Dalam. Aku teringin nak pekena Nasi Goreng Biasa dari semalam lagi.
Apabila makanan sampai, aku hampah sebab bau nasi yang panas itu agak basi. Tapi aku makan jugak sebab tengah kebuluran. Inilah masalah aku... tak reti nak komplen. Takut. huhu.
Tak cukup dengan itu... cebisan ayam dalam nasi goreng itu semuanya bertulang. Aku hampir tercekik ketika memakannya sebab sangkakan tak bertulang berdasarkan warnanya. Huhu.
Nasi tak abes... aku tetap rasa nak komplen pasal makanan ini lalu aku mencapai satu tisu dan menulis pendapat aku di atasnya.
Setelah puas hati dengan komen yang ditinggalkan... aku pun menandatanganinya sebagai..
*sebab ada niat nak merungut pasal makanan itu dalam blog. Hahaha
Semasa nak bayar makanan di kaunter, aku pun bagi tisu itu berserta duit nak bayar. Harap mereka boleh baiki kualiti makanan di situ. Dah ler mahal... tak sedap plak tu!!
Kami singgah surau sebentar untuk menunaikan solat. Ada tiga orang dalam surau dan pada ketika itu kawan aku tanya tentang apa yang aku tulis atas tisu tadi. Aku pun bagitahu dia tanpa menghiraukan siapa yang ada di sana.
Tahu-tahu. selepas solat, ada seorang wanita masuk surau sambil hulurkan duit pada aku. Dia kata dia pemilik restoran itu dan baru dapat komen atas tisu itu.
Yang paling mengejutkan, dia minta maaf sebab makanan tak sedap dan nak pulangkan duit. Dia siap pesan... kalau nak merungut, cakap je pada dia, nanti dia pulangkan duit atau ganti dengan makanan lain.
Hehehehe... baguih lah tindakan dia. Terpuji. =p

Yang Ikhlas,
Blogger Makanan

aktiviti hujung minggu,
blogger
Saturday, March 26, 2011
[Canon 500D]- Naked Boys
Well, partially naked. Haha.
Edited it with Photoscape (the only editing software that I know how to use). I wanted to enhance the skin colors to some extent that it kinda blends with the background.
Found some good photos taken by my lill sister, Zulfana Adha. Actually she took a lot of the pictures stored in the camera because I was busy chasing headlines with this 'part-time' job. Hopefully, I won't receive anymore assignments for the rest of the month. Very tiring.
She used only the kit lenses.
| Captured at Pantai Tanjung Aru last Saturday during a family gathering. No, I don't know these guys. Haha. |
Labels:
Canon 500D,
pictures
Thursday, March 24, 2011
[Blogging Tips] Add ads between posts and faster loading
Just a post for me to refer if EVER I change this blog's template design AGAIN. haha.
A. To place Nuffnang ads between posts. Nice entry here.
http://www.edrienahazelina.com/2010/01/how-to-adding-nuffnang-ads-between.html
B. And for faster loading of this blog here.
http://www.bloggertipandtrick.net/2010/05/add-jquery-lazy-load-plugin-to-blogger.html
OK. Done. Tonight I'll be busy doing some unfinished business. Huhu.
PS: need badly to clean up my LABELS. Jeng!

Perihal Blog
Jawab survey dapat duit Rm100++?
Sejauh mana kebenaran itu.. aku pun kurang pasti. Sebenarnya dalam proses nak apply satu project itu yang dinamakan Project Deodorant dan dibayar dari RM80 hingga Rm120 untuk satu kali penyertaan.
Yang tak jelasnya.... apa yang perlu dibuat dalam projek itu? Adakah disuruhnya test deodorant pastuh lihat samada sesuai ke tak?
Takpun jawab survey je semata-mata?
Masih blur tentang hal ini tapi dari dok diam-diam di rumah main CtiyVille di Facebook, better aku keluar cari duit tambahan kan?
Ada orang tanya kat aku.. kenapa nak cari duit lagi?
Well.... masalah aku takkan nak hebohkan satu dunia kot. Hehehehe. Tapi semacam ketagih pula mencari sesuatu benda untuk dibuat just to kill time.
Duit dari blogging tak banyak mana pun... bulan Februari langsung tak dapat nak cash out dari Nuffnang. Kecewa gaklah.... bulan ini pula sipi-sipi jaa... huhuhu...
Oh well... nak try jawab survey neh... kot-kot betul leh dapat wang tunai, baguih jugak kan? =p

Cara untuk mendaftarkan cukai pendapatan anda secara online
Kekadang rasa leceh nak pergi pejabat LHDN yang berdekatan untuk mengurus cukai pendapatan anda. Kekadang lagi cepat kot. Aku pun tak tahu sebab lebih prefer daftar segalanya online dan aku guna cara ini tanpa ke opis mereka.
Cara-cara ini adalah untuk pembayar cukai baru.
1. Daftar Fail Cukai Pendapatan
Memohon pendaftaran fail cukai pendapatan untuk dapatkan nombor rujukan cukai. Lengkapkan borang pendaftaran online di http://ekl.hasil.gov.my/dafsg.php
*sila scan muka depan kad pengenalan anda terlebih dahulu untuk permohonan ini
Dan ingat nombor permohonan yang diberikan setelah berjaya mendaftar.
2. Dapatkan Nombor Rujukan Cukai
Setalah berdaftar... korang kembali ke laman ini http://ekl.hasil.gov.my/info.php untuk mendapatkan nombor rujukan cukai anda. Boleh disemak melalui no. permohonan yang anda perolehi semasa buat langkah nombor satu.
Contoh seperti di bawah.
3. Memohon Nombor Pin untuk E-Filing
Nombor rujukan cukai anda diperlukan untuk mengisi borang cukai pendapatan secara online di laman E-filing. Tapi sebelum itu, korang kena minta nombor pin dulu.
Caranya ialah:
Permohonan nombor PIN melalui e-mel pin@hasil.gov.my, sila gunakan alamat e-mel sendiri pemohon dan setiap permohonan perlu disertakan dengan :
4. Hantar Borang Nyata Cukai Pendapatan Elektronik melalui E-Filing.
Tapi jika anda pengguna yang pertama, korang kena ke laman log-in kali pertama di link bawah.
https://spsd.hasil.gov.my/Pki/ehasil0.html
No. PIN diperolehi dari langkah nombor tiga di atas tadi.
Dan setelah semua selesai... baru ke langkah kelima yakni mengisi borang cukai pendapatan secara online.
Yang itu akan ku update kemudian sebab aku masih menanti no. PIN aku dari langkah ketiga. Hahahahaha...
Sekian wassalam.

- No.Rujukan Cukai (diperolehi dalam lamgkah nombor dua tadi)
- Alamat terkini
- Salinan MyKad (muka depan dan belakang)
- No telefon
4. Hantar Borang Nyata Cukai Pendapatan Elektronik melalui E-Filing.
Tapi jika anda pengguna yang pertama, korang kena ke laman log-in kali pertama di link bawah.
https://spsd.hasil.gov.my/Pki/ehasil0.html
No. PIN diperolehi dari langkah nombor tiga di atas tadi.
Dan setelah semua selesai... baru ke langkah kelima yakni mengisi borang cukai pendapatan secara online.
Yang itu akan ku update kemudian sebab aku masih menanti no. PIN aku dari langkah ketiga. Hahahahaha...
Sekian wassalam.
Labels:
Berita
Wednesday, March 23, 2011
[Canon 500D]- Manchester Terrier, a puppy.
Aku kecilkan saiz dan tambah frame dan logo melalui Photoscape. Nothing else. Segan nak tunjuk gambar-gambar lain. Hahaha.. banyak yang tak kena jaa...
Anak anjing yang didapati dok diam-diam di belakang. Kami halau, dia tak nak gerak. Haha. Comel lak tinguk dia neh.
Nasib baik dia tak menyalak. Cuma goyangkan ekor ja, minta diberi makan kot.
Dog Breed: Manchester Terrier
Doesn't bite. A bit playful. And doesn't bark much either. Exceptional watch dogs to take care of your homes from unwanted guests.
I believe this little mutt has marked the area surrounded the house so it will know what doesn't belong here.
Labels:
Canon 500D,
pictures
SPM mungkin tak penting melainkan....
...korang nak apply kerja kerajaan guna SPM, diorg tetap akan ambil orang yang berkeputusan cemerlang. Walaupun tiada Degree atau Diploma.
Tapi kalau korang rasa boleh teruskan pelajaran hingga peringkat kolej dan universiti... keputusan SPM yang ala kadar pun dah cukup. Janji lulus minima untuk subjek-subjek khas.
My opinionlah. =)
Tahniah pada adik-adik yang dapat keputusan SPM cemerlang pada hari ini.

PS2 Slim untuk dijual.
PS2 kini tinggal kenangan. Adik aku baru post semalam di Mudah.my tapi belum approve lagi kot.
Kalau ada yang berminat bolehlah kontek aku.
Semua di bawah......... dijual dalam satu pakej.
Still in very good condition. Adik aku nak jual sebab dia dah dewasa. Tak nak main game sudah. Haha... Lagipun skang dia perlu sibukkan diri dengan perniagaannya yang bakal dimulakan nanti. InsyaAllah.
So feast your eyes on the juicy products for sale below.

| Joysticks are original. With 2 8MB memory cards. |
+
![]() |
| A free bag to boot. |
+
| And 50++ DVD games. |
Semuanya dengan harga RM480.
Serious buyer only please.
Labels:
Jard's Family,
Jard's Promotes
Tuesday, March 22, 2011
Percuma: Dapatkan HTC Desire HD online!
Sticky Post until 22 Mac 2011. Please scroll down for newest entries.
Caranya mudah je. Daftar dan tunggu sehingga nombor sijil pendaftaran anda dipilih untuk memiliki satu HTC Desire HD yang bernilai RM2199.00. Tidak perlu sebarang pembayaran.
Tawaran ini sah sehingga 31 Mac 2011. Jadi silalah bertindak dengan pantas!!!

--------> KLIK KAT SINI CEPAT!!! <---------
Labels:
Jard's Promotes
Monday, March 21, 2011
Miera Liyana. Who is she?
Terbaca di twitter orang dok cerita pasal minah neh. Aku pun tak pernah dengar pasal dia. Siapa dia tuh?
Buka beberapa blog yang ceritakan pasal dia... ramai yang bubuh gambarnya yang berpakaian emas itu dan errr... *mata membulat tika melihat benda yg terjembol keluar itu. Mak aku pun geleng kepala. Geleng bukan sebab seksi tapi sebab budak itu baru berumur 18 tahun dah mula jadi bahan eksploitasi pihak tak bertanggungjawab. Iye ker baru 18 tahun? hurmmm...
Persoalan aku ialah..... siapakah pereka baju itu? Liera takda agen ka? Siapa yang urus dia? Setahu aku setiap artis ada agen pengurus yang tetapkan imej dan jadual. Errr... kan? Bukan ke?
Anyways.... Ada versi lingerie tak? Nak beli lah.. untuk bakal isteri adik aku Julai nanti.
Hehehehe.....
PS: aku makin suka hapdet blog tanpa gambar.

Sunday, March 20, 2011
Apabila external harddisk gagal berfungsi
Berbekalkan 4GB sebagai had muatan untuk ribuan gambar yang ditangkap melalui DSLR yang dibeli tempoh hari sepanjang aku tinggal di kampung... untuk menangkap lebih banyak gambar, aku pindahkan semua gambar ke dalam external hard disk aku. Nanti bila ada masa aku nak upload kat Facebook.. takpun kat blog.
Semalam....
......... dalam keasyikan nak siapkan kerja Freelance aku... hard disk itu terjatuh dari meja... dan "kaboomm!". Jatuh terhempas di atas lantai.
Apabila aku cuba pasang balik kat laptop... windows 7 langsung tak dapat detect kandungan dalam hard disk itu.
Habis semuaa.....
.......termasuk kerja freelance yang telah aku siapkan sebanyak 75% disimpan dalam hard disk itu.. Bersama ribuan gambar amatur..
Arghhh....
Stress.. tahu?

Jard's Being Gloomy
Saturday, March 19, 2011
Pantai Dalit, Tuaran ada penunggu?
Itulah alasan adik lelaki aku semasa aku mencadangkan nak buat reunion keluarga di sana pagi tadi. Dia cakap asalkan ke sana mesti ada kemahuan yang tinggi nak masuk laut walaupun niat asal tak nak buat begitu.
Lepas tuh....... banyak kes orang mati di sana. Betul ke tak... aku pon dah spooked dan tukar venue ke Pantai Tanjung Aru.
Sana selamat lagi.
Alhamdulillah... walaupun tak plan betul-betul, mak aku ditemukan dengan dua orang adiknya bersama keluarga mereka. Seorang bernama Christina (nama Islamnya Nadia) dan Justin. But that's another whole different story. Will have to post pictures in my next entry. =)
Lepas tuh....... banyak kes orang mati di sana. Betul ke tak... aku pon dah spooked dan tukar venue ke Pantai Tanjung Aru.
![]() |
| Pantai Dalit yang ada penunggu - gambar dari internet |
Sana selamat lagi.
Alhamdulillah... walaupun tak plan betul-betul, mak aku ditemukan dengan dua orang adiknya bersama keluarga mereka. Seorang bernama Christina (nama Islamnya Nadia) dan Justin. But that's another whole different story. Will have to post pictures in my next entry. =)
Labels:
aktiviti hujung minggu,
Jard's Family
Friday, March 18, 2011
Apa sahaja untuk duit.
Lewat malam hari Khamis. Aku menemankan mak menyiapkan kerja di sebuah lot kedai di tengah pekan Kota Belud. Kami berada di sini dari petang tadi sehingga pukul 12:30 malam tadi.Mungkin sebab aku ada maka mak aku berani nak kerja sampai lewat malam. Mungkin.
Semasa berkemas untuk bertolak pulang ke rumah kami yang terletak di pinggir sawah padi, kelihatan dua lelaki di kejauhan, berada di tempat pembuangan sampah. Mereka menggunakan lori pengangkut ais berwarna putih untuk memuatkan segala macam jenis kertas dan tin.
Kotak-kotak yang berisi dengan sampah yang busuk menusuk deria bau diambilnya... manakala isinya dihumban balik ke dalam kontena sampah yang besar itu. Mereka begitu gigih nak menyelongkar sampah bertimbun-timbun itu untuk mendapatkan kertas dan tin minuman.
"La, ingatkan selama ini sampah bersepah sebab anjing yang buat!" Mak aku merungut.
Aku mengambil sampah dari dalam kereta dan pergi ke arah mereka. Nak buang sampah lah kononnya. Menyedari mereka diperhatikan aku dan mak aku, mereka terus mengemas balik sampah yang telah mereka sepahkan. Kalau tak.. memang bertaburan semua sampah itu...
"Banyak diorg boleh dapat kalau jual sampahyang boleh dipakai semula" jelas mak aku.
Wahh.. gigihnya mereka mencari duit. Salah seorang daripada mereka membuka baju sebab panas kot. Aku rasa mereka dalam lingkungan belasan tahun kot. Takpun awal 20-an. Pantas mereka mengerjakan tempat pembuangan sampah itu dan lori mereka dah separuh penuh.
Begini baru dikatakan sampah masyarakat yang berguna, kan?
=)

Life
Thursday, March 17, 2011
Pertandingan Fotografi 2011 dan hadiah RM2,000
Adik aku yang maklumkan aku tentang pertandingan ini. Ada macam-macam pertandingan lain yang menjadikan wang tunai sebagai hadiah pemenang.
Satu pertandingan yang lain dan agak menarik ialah pertandingan blog yang boleh menang RM1,500 untuk tempat pertama. Menarik bukan?
Korang bolehlah usha laman web di bawah untuk syarat penyertaan dan muat turun borang penyertaan.

Semua penyertaan boleh dihantar sebelum 17 Jun 2011. Jadi banyak lagi masa untuk menyiapkan penyertaan korang. Hehehe
Good Luck!
Dah menang duit tuh.... kongsi-kongsilah dengan aku. Haha.
Labels:
CONTEST,
Jard's Promotes
Wednesday, March 16, 2011
Keadaan di kampungku
Bekalan elektrik di sini asyik terputus. Tak kira malam atau siang. Boleh akibatkan barangan elektrik rosak neh. Apalah servis SESB neh. huhuhu.
Seb baik berada di kampung tak panas mana. Masih ada angin sempoi-sempoi bahasa. Tapi rasa bosan gaklah... tak dapat nak tonton TV atau main internet seperti biasa. Nak buat kerja pon susah. Hurmmm...
Moving to more positive insights...
Adik lelaki aku kini kerja di Kota Kinabau International Airport. Haha.. tak sangka itu pula tempat kerjanya. Aku ingat dia kerja kat pejabat kastam. Tahu-tahu kat airport. So korang.. sesiapa naik MAS.. akan terjumpa kot adik aku. Hihihii..
Ayah aku lak........ huishhhhhhhhhh.......... makin kurus. Seluar yang dahulunya muat dah takleh pakai dah. kalau nak pakai gak kena pakai tali pinggang. Semalam, sebaik sampai KK dari KL, kami semua ke 1Borneo untuk membeli pakaian baru untuk pihak lelaki. Pakaian baru untuk adik lelaki yang baru bekerja dan pakaian untuk ayah bagi menggantikan baju-baju lama yang dah tak muat.
Setibanya di rumah.................
elektrik terputus... air pula takda.
Sabar-sabar... ginilah keadaannya sampai cuti aku abes 22hb Mac nanti. Yang penting dapat bersama keluarga ye dak?

Monday, March 14, 2011
[Review] Mascara Loreal Terbaru - Double Extension Renewal Serum Inside.
Aku dah lama dapat produk ini untuk dibuat review. Baru sekarang ada kesempatan nak test. Hehe.
Aku bukannya pengguna mascara yang tegar. First time cuba akan menjadi seperti di bawah.
Aku bukannya pengguna mascara yang tegar. First time cuba akan menjadi seperti di bawah.
Ya.. sangat hodoh dan tak menjadi. Ini kalau pakai produk murah lah kan dan ditambah pula aku yang tak reti nak pakai mascara. Lagipun bulu mata aku tak selebat dan sepanjang mana. Mata je bulat (kecuali time pakai spek mata.. nampak macam orang cina ja. haha).
So aku try lah produk baru dari Loreal ini yang dijual sekali dengan serum. Dan walla...
Serius... setelah seminggu memakainya... buat rejim dua kali sehari.. bulu mata aku lebih lebat... dan panjang daripada biasa. Ntah nak cakap camna. Korang try la sendiri. Aku pun terkejut dengan hasilnya.
Caranya mudah je:
Step 1:
After curling lashes, pasang serum.
Step 2:
Pasang mascara.
Inilah produk yang aku pakai... Double Extension Renewal Serum Inside. Tang mana ada serum kalau dibuka capnya hanya ada mascara berwarna hitam je?
Ada dua side la. Haha.. sebelah kanan untuk mascara dan sebelah kiri untuk serum...
| Bagus jugaklah produk neh. I'm impressed. |
Maka.. pada pendapat aku yang jarang pakai mascara ini, eh bukan jarang.. tapi TAK PERNAH.. aku sangat tertarik dengan produk ini. Hehehe.
Apa yang best pasal serum belah kiri ini? Mari aku kongsikan apa..
1. Membekalkan tenaga yang secukupya untuk pembentukan bulu mata yang sihat. Sebab adanya Pro-Vitamin B5, Pro-petida, dan Arginine (komponan utama untuk penumbuhan bulu mata yang sihat). Ini seterusnya mengakibatkan pengurangan bulu mata yang gugur. =)
2. Mengurangkan keguguran bulu mata. Sebab adanya formula efektif yang dinamakan Madecassoside yang bertindak sebagai stimulant untuk proses sintesis colagen pada bulu mata.
Kalau aku suka tentunya korang pun suka kan?
Harga di pasaran.......
RM49.90.
Mahal tetapi berbaloi... ada je kedai yang menjualnya dengan harga yang lebih murah. Cubalah usha Mydin atau Carrefour... kot-kot leh jumpa.
Good luck!
Labels:
Canon 500D,
product review
Sunday, March 13, 2011
Bagaimana nak menjayakan hubungan jarak jauh.
Biasalah.. perasaan rindu akan muncul apabila dah lama tak jumpa. Dan paling parah apabila mula rasa penat, kurang kepercayaan dan mula bertindak secara melulu disebabkan cemburu atau bosan.
Hopefully I won't be like that.
Menjadi seorang blogger bukan sekadar nak bersosial dan berkongsi maklumat je. Tapi sebenarnya ia menjadikan kami memperbaiki cara penulisan dan lebih rajin mengkaji sesuatu perkara. Dan contohnya seperti sekarang (though.. my writing skills still SUCKS! Haha) aku tengah rajin nak kaji cara untuk menjayakan hubungan jarak jauh. Weee.. takda keje lain ke cik oii! *sambil cubit pipi.
Well, here goes..

- Ask the important questions at the onset, to make sure you are both clear on the parameters of the relationship.
Tanyakan soalan -soalan penting supaya kedua-dua belah pihak jelas tentang status hubungan korang. Samada serius, ada harapan untuk kahwin pada masa akan datang, jika seseorang terpaksa transfer ke negeri lain masih boleh diteruskan atau tak hubungan itu. Aahh.. camtuh lah kot.
- Consider using Skype video chat calls every day, text messaging and email everyday.
- Do things together.
Teringin sangat nak pergi melancong bersamanya tapi kena tunggu lepas kahwin la. Haha. Buat masa sekarang jika bertemu pun.. itupun dalam setahun boleh bilang dengan jari beb. Dalam 3-4 kali je kot... memang akan pergi makan atau beli barang keperluan. Itu ja kot... kejarangan untuk bertemu itulah yang menyebabkan aktiviti yang tampak simple seperti pergi makan bersama lebih bermakna. Hee.. oppss.. terjiwang plak.
- Communicate in some way every day, more than once if possible
Tak dapat nak berkomunikasi setiap hari. Aku bukan jenis bergayut di telefon.. huhu.
- Take advantage of the benefits a long distance relationship offers.
Kebaikan hubungan jarak jauh bagi aku ialah adanya banyak masa untuk diri sendiri. Haha. Lebih masa untuk keluarga dan kekawan. Tidak perlu bergaduh jika tidak sama pendapat terhadap satu perkara. Dan.. seharusnya lebih menjimatkan kos untuk dating. hahaha..
- Pursue common interests, even if it means pursuing them apart.
Dulu dia aktif berblog.. aku pun berblog. So walaupun tak berhubung melalui telefon tetapi bertukar-tukar komen di blog masing-masing merupakan aktiviti yang paling aku suka. Sekarang dah takda. Huhu.. ntah dia baca ke tak blog aku neh. A very busy man, he is!
- Avoid the temptation to be controlling
Ohh.. nak mengawal camna tuh? Nak halang dia berjoli dengan rakan-rakan wanitanya? Haha. Tak mungkin kot sebab aku tiada hak. And the same goes to him. Selagi kami berdua masih berminat untuk kekal dalam hubungan ini maka jarak jauh takkan menjadi hal. Melainkan jumpa pasangan yang lebih baik atau merasa diri kita tak secocok, barulah hubungan ini terputus. Namun begitu, kepercayaan pada pasangan sangat penting jika nak hubungan ini berjaya ke jinjang pelamin. =)
- Try challenging each other.
Sejujurnya, thanks to him, aku mula memasak untuk diri sendiri dan diri orang lain. Haha.. suka jika dia buat permintaan supaya aku memasak untuknya. At least, aku ada motivasi untuk memandaikan diri dalam hal-hal memasak. Kan? Kan?
- Talk about your future together
Kalau part ini memang aku lemah. Kekadang aku main cakap je pasal masa depan contohnya, "Kita kahwin selepas gigi aku elok, dua tahun kemudian." dan dia pun sokong dengan berkata, "Ok, boleh.". Hahh... camtuh je la..... nampak gayanya kena tunggu dua tahun jugaklah kalau nak kahwin. Kira kitorang dah sepakat la ye? Hihihihi...
- Remember: Things will get better with time, and even the relationship will become better. Have hope.
I will!
- Visit often.
Trying my best to find the perfect time to visit him. Tapi dia sibuk sokmo! Hurmm..
- Avoid jealousy and be trusting
Kurangkan drama. Tahulah perempuan.. suka fikir macam-macam. Elaklah berperasaan cemburu dan bersikap realistik sikit. Selagi belum terbukti dia curang atau ada pasangan lain.... jangan main tuduh je. Jangan nak bersoal selidik bagai sampai dia naik rimas. Agak normal lah kalau masing-masing ada kehidupan sendiri tanpa kehadiran kamu.Patut kekalkan aktiviti sosial korang dan bergembiralah. Kepercayaan adalah penting. =)
- Be positive.
Semasa berjauhan ini... serius, masa inilah kita semakin kreatif dengan masa kita. Baik kita elak daripada memikirkan perkara-perkara negatif akibat berjauhan dan kurang bertemu ini. Gunakan peluang ini untuk mengejar sebarang minat dan hobi tanpa was-was. Hehehe...
- Give them a personal object of yours so in a time of need, when they miss you, they are able to hold on to something that once belonged to you.
Aku berikan dia baju... dia pinjamkan aku henfon nokia. Harap-harap ketika kerinduan.. dapat terubat jugak perasaan itu. =p
- Work towards a balanced relationship between partners.
Sesebuah hubungan akan berjaya jika dibuat atas dasar kepercayaan, persefahaman dan kesungguhan untuk menjayakannya. Kedua-dua pihak kena berusaha untuk menjayakannya. Takleh mengharap seorang je yang berusaha dan satu pihak pula acuh tak acuh je. Janji jangan nak mengharap banyak sangat dan bersetuju untuk bekerjasama dalam apa jua hal. Contoh mengharap... aku harap betul-betul dia berinisiatif untuk beli tiket kapal terbang untuk ke sabah. Tapi sebab kena bersikap realistik... aku kena faham dia masih ada hal lain yang perlu diuruskan dan agak sibuk, so aku simpan jelah harapan itu. hohoho...
- Create your own set of relationship standards that both of you have mutually agreed upon
Agree to disagree, menerima si dia seadanya, dan amalkan kepercayaan dan kejujuran. Berusaha untuk berkompromi dan berkorban... dan insyaAllah jodoh ada.
- Remember that you're still in a relationship.
![]() |
| Maka dengan itu, aku akan mengikut ke mana sahaja kehendak arus kehidupan. =) |
Labels:
Life,
Love?,
personal bits
Bad acting, weak scripts, very abrupt. Disappointed :(
Itulah antara komen seseorang tentang filem yang sedang hangat ditayangkan di seluruh negara.
Agak membantutkan semangat aku untuk pergi menonton sendiri. Oh ya.. hari ini aku tak dapat nak pergi. Tak dapat nak buat semua perkara seperti yang dirancang sebelum ini, sebab aku kena gi jumpa klien aku perihal kerja freelance aku. Heee..
Lepas tuh aku pergi tolong kawan kemaskan pusat sumber di sebuah masjid... nak susun atur perabot laa... susun atur buku-buku laa.... nak buat labelling laa.. sambil-sambil bermesra dengan kanak-kanak yang ada di tempat kejadian supaya tidak mengacau orang yang buat kerja.
Penat okeh.
Sekembalinya ke rumah.. aku terus takda semangat nak keluar tinguk wayang. Haha.
Sedang menyiapkan kerja yang baru je klien aku bagi. Siap dia bagi jadual lagi tahu! Hoh... aku rasa aku dah pesan... semasa aku cuti nanti (15 - 22 Mac 2011).. aku tak nak diganggu. Hurmmm....
Oklah.. tengah gigih nak siapkan on time.
Mode busy ON!
tata!

Jard at Work,
personal bits
Friday, March 11, 2011
Blogger kaya melalui Advertlets
Aku kenal encik Penyubiru dah lama dahh.. dari zaman blogspotnya sampailah dia beralih arah ke wordpress dan berdomain sendiri. Ntah berapa banyak dah blog dia, tapi aku tahu selain Advertlets.. dia jugak menjana duit dari Affiliates, ManggaAds dan Innity.
Dia blogger hebat bagi akulah... tapi tak femes.
Jenis yang menjana duit diam-diam.. hahaha... Actually aku nak jadi macam dia. Tak payah nak jumpa blogger-blogger bagai.. tak payah nak tempel gambar sendiri dalam blog.. haihhhhh.. tapi kena ada kemahiran lah. Aku tak pandai ohhhhh......... Biasanya LELAKI yang pandai bab-bab ini. errr... sorry to say.
Kalau advertlets encik penyubiru dah boleh dapat paling minima RM200 sebulan dan maksimum RM670. Agak-agak jika ditambah pendapatan daripada saluran2 lain, dia dapat dalam berapa la ye? hehehe..
Ohhhhhhh dunia blogggggg....... banyaknya aku kena belajar!
*siapa ada nombor telefon penyuk. Nak berguru neh!

| Bukti pendapatan daripada Advertlets daripada entrinya |
Ohhhhhhh dunia blogggggg....... banyaknya aku kena belajar!
*siapa ada nombor telefon penyuk. Nak berguru neh!
Labels:
blogger,
Perihal Blog
Apabila yang diharap tidak menjadi.
Redha dan kena fahami keadaan lah. Nak buat camna kan? Dua2 pun sibuk dengan hal masing-masing.
Maka aku teruskan plan B. Mencari pengganti............
?
?
?
.....pengganti untuk temankan aku tinguk cerita Hikayat Merong Mahawangsa laa... Apa? Ingat aku nak mencari pengganti kekanda ka? hehehe.
Dengan berbekalkan tiket free daripada TGV.. aku setkan hari Sabtu ini dengan housemate. Lepas tuh nak ajak dia pergi MATTA Fair pula di PWTC.
Ahad.. dentist appointment... usrah petang... malam rehat.
Ok set.
Hujung minggu aku dirancang dengan begitu indah sekali. =)
PS: I MISS HIM.

Thursday, March 10, 2011
Siaran Langsung Perlawanan Pakistan lawan Malaysia (pusingan kedua) - MALAYSIA MENANG!!
Aku dapati ramai yang bengang sebab tak dapat nak tonton perlawanan langsung Pakistan dan Malaysia yang dijadualkan pukul 10:30 malam tadi. Haha.
Tertarik pada satu status ini di Facebook yang ditaip oleh Saiful Muhamed.
"Siaran Langsung Pakistan vs Malaysia malam ini di TV1 dan Astro Arena masih belum dpt disahkan ekoran masalah satelit. Bukan Malaysia shj malahan semua yang membeli hak penyiaran menghadapi masalah yang sama. Dikhabarkan juga ia ada kena mengena dgn insiden letupan bom 200km dari hotel penginapan pasukan negara. Harap Maklum"
Mengecewakan bukan?
Astro pon tiada rupanya.. haha.. ingatkan RTM ja.
Well..... bersabarlah ye kekawan. Nite!
Labels:
Berita
Wednesday, March 9, 2011
In matters of style, swim with the current; in matters of principle, stand like a rock.
Aku suka pepatah ini. Kata-kata dari Presiden ketiga Amerika Syarikat, Thomas Jefferson.
Tak salah nak ikut perkembangan semasa... dari segi perkembangan teknologi mahupun fesen. Aku memang suka mengambil tahu hal-hal teknologi walaupun nak keluarkan duit untuk membelinya agak kedekut. haha.
Tapi walaupun semaju mana kamu di hadapan.. jangan lupa berpegang pada prinsip. Itu yang penting.. dan prinsip pada aku ialah kepercayaan dan kepatuhan pada agamaku dan rasa hormat pada keluargaku. Dan insyaAllah berpegang pada prinsip boleh memudahkan perjalanan kita di alam yang fana dan penuh cobaan ini.
PS: Dalam soal hati? Ku kekal setia. *tiba2 dapat rasa kanda geram dgn entri yang lepas. haha.. =)

Tuesday, March 8, 2011
Apabila diajak berkapel, bercinta dan apa saja seangkatan dengannya, boleh pening tahu!
Aku tak tahulah mungkin selama aku berblog ini, ada kot yang tersuka atau terminat dengan aku secara diam. Tak mustahil sebab aku pun ada tersuka dan terminat dengan blogger lain tapi minat diam-diam ajerlah. Aku kan pemalu. Ahaks.
Mampu baca diam-diam je. Nak komen pun tak berani nak tinggalkan jejak. Kalau boleh biarlah sampai mati pun die takkan tahu aku suka pada dia. Haha. Alamak.. kalau gitu lambatlah aku kawen kan?
Sekiranya ada lelaki yang berkenan pada aku.. kalau ada ye.... bukannya berkaitan dengan sebarang situasi pon. Ehem..
tapi sekiranya ada..... I just wanna say... I'm not easy. Aku dah set dalam kepala lelaki yang macam mana yang aku nak. Tak perlu hensem.... tapi kena lihat pada tindak-tanduknya dan cara pergaulan.
Aku suka lelaki yang ikut cakap orang tua.. dan apa-apa yang berlaku, biarlah rujuk pada orang tua dulu.
Aku suka lelaki yang tak provoke seseorang itu hanya sebab tak mendapat apa dia nak. Tindakan yang kurang matang pada aku. Contohnya... apabila diajak kapel (ehemmm..) dan aku menolak secara halus.. boleh pula dia kata aku sombong dan tak laku. Lepas tuh ditambah lagi dia akan tunggu. But why wait? Hu hu. Tak faham.
And a very long wait that will be for him!
Kalau nak ngurat perempuan. Mari aku kongsikan beberapa tips, insyaAllah boleh berjaya!
1. Berlembut dan berbahasa lah dengan mereka. Jangan nak ngada-ngada dan kasar. Jangan main provokasi cam contoh kat atas. Cepat je perempuan itu tawar hati nanti.
2. Bersabar... kalau dah kena rijek tu.. usahalah lagi tapi dengan kaedah lain. Konfem kesabaran itu akan berbalas. errr.. kalau sanggup tunggu lah... kalau tak.. ada je gadis lain di luar sana. Perempuan neh suka menguji lelaki yang ngurat dia.
3. Jangan pula ngorat seorang gadis apabila ramai orang tahu kamu baru putus cinta. Macam desperate je. Tiada gadis yang sanggup menggantikan tempat si bekas awek dia itu.... tetapi , kalau ko dan gadis yang nak dingorati itu memang berkawan dari dulu.. mungkin ada peluang. Mungkinlah... =p
4. Jaga solat.. jaga pergaulan.. Wanita nak seorang lelaki yang boleh membimbing.. bukannya lelaki yang melalaikannya. Ini untuk aku ler.
Sekian... tibe2 membebel panjang. Anyways.. nak ucapkan terima kasih pada yang sudi ajak kapel tuh. Terkejut dowh! Haha. Dan kalau aku terkasar bahasa, harap maafkan ye.
Status aku? Single selagi tak kahwin. Komitmen? Tiada selagi tiada akad nikah. *ada peluang kot? lalala..
Tapi aku bukan jenis layan lelaki yang tiada hal penting, telefon mahupun sms. Harap maklum.

Monday, March 7, 2011
Dulu tiada, Kini ada. Selamat datang Canon 500D
![]() |
| Kini milik aku! |
Tidak sia-sia aku mengumpul duit, kerja part time di Giant, jual-jual barang yang ada dan sebagainya untuk mendapatkan "baby" ini. Bajet aku taklah besar mana. Walaupun aku mengidam Nikon D7000 tetapi sebab nak ikut bajet.. aku sambar jelah Canon 500D ini.
Untuk bajet aku..... hanya DLSR yang berikut je yang mampu dibeli:
1. Canon 1000D - RM1450
2. Nikon D3100 - RM1900
Aku tak puas hati dengan specs yang ada sebab kalau boleh nak DLSR yang boleh autofokus cepat (tangkap gambar orang yang tengah bergerak laju) dan ada aplikasi video.
Aku usha Nikon D3100 tapi autofokus dia agak lambat. Huhu.. maka aku pun pulang dengan perasaan hampa sebab kedua-dua dslr tersebut di atas tidak memenuhi kriteria dan bajet yang ada.
Tup-tup...
usha Mudah.my........ ada pula yang jual... Canon 500D. Aku terus kol dan malam itu jugaklah aku beli. Hihihihi..
Bayar RM1900 ja...... ada baki lagi nak bagi adik-adik buat belanja nanti. =)
Syukur.. syukur.. "baby" baru selamat di pangkuan ku. Malam-malam buat peneman tidurku.

Jard's Happy Mood,
Jard's Promotes
Sunday, March 6, 2011
Alex Pettyfer
Aku bersungguh-sungguh nak tonton dua filem terbarunya.. dua-dua filem keluar pada tahun ini.. Dia pelakon baru ke? *sambil rujuk wikipedia
I am Number Four
Action-packed movie. Suka dengan jalan cerita ini. Tahu-tahu akan ada sambungannya. Cetttttttt! Macam ala-ala Transformers pula..
Beastly
Boleh pula aku menangis semasa menonton filem ini. Huhu. Hati tisu betul.
OK la.. sekian entri pendek aku pada hari ini. Rasa nak tonton lagi laaa.. =)

Jard's Movie Reviews
Tune Talk Mobile, cara komunikasi lebih MURAH.
Syarikat Tune Talk Sdn. Bhd mula beroperasi pada bulan Ogos 2009 dan sedang menggunakan rangkaian Celcom.
Setelah sebulan lebih menggunakan TuneTalk, aku kini tidak lagi berhajat untuk meneruskan penggunaan nombor telco aku yang terdahulu.
TuneTalk ternyata berjaya memikat hatiku. Hehehe.
Dengan hanya top-up RM50, sehingga ke hari ini penggunaan nombor TuneTalk bernombor "011.." hanya menghabiskan separuh daripada jumlah itu. Walaupun aku telah banyak kali menelefon ahli keluarga dan bersms tetapi penggunaan topup RM50 tetap tak habis-habis!!! Sukanya!!!
Duit poket selamat dan tarikh tamat tempoh lambat lagi yakni 75 hari kemudian!!! Aku rasa RM50 sudah memandai untuk penggunaan selama dua bulan. Penjimatan MAKSIMA di situ la beb!!
Selain itu... faedah lain yang boleh diperolehi daripada TuneTalk Prepaid ialah...
Tarikh luputnya dinyatakan di sebelah nilai setiap top up itu. Lama tuuuu...... hehehe.. suka! suka!
Dan jika hendak top up secara online pun ada... antara nilai yang dibenarkan adalah seperti di bawah.

- Berpeluang mengumpul mata setiap kali TOP-UP dan mata terkumpul itu boleh ditembus dengan tiket penerbangan percuma ke mana-mana destinasi yang anda nak! Hebat kan? Lagi teruja nak menTOP-UP selepas ini! Kot-kot boleh balik Sabah selalu. hehehe
- Setelah 61 hari setia bersama TuneTalk Prepaid, anda akan layak untuk mendapat perlindungan insurans nyawa berjumlah RM100,000. Kat mana lagi nak dapat benda ini beb, kalau bukan dengan TuneTalk Prepaid.
- Dan yang uniknya, kalau aku tak suka dengan nombor sekarang, aku boleh suka hati je tukar nombor ke digit lain. Cuma perlu log-in akaun TuneTalk aku dan tukar jelah. Wahhh... boleh larikan diri daripada stalker neh.. eh jap.. aku manada stalker. Hihihi.
Kenapa aku cakap TuneTalk Prepaid ini lebih murah? Bukan itu sahaja, aku rasa inilah Prepaid yang PALING MURAH di pasaran Malaysia. Kenapa?
- Panggilan hanya perlu bayar 16 sen per minit sahaja. Tak kira anda telefon telco mana. Tiada pilih kasih di situ ye.
- Dan SMS hanyalah 5 sen per sms. Juga tidak kira nak hantar sms ke nombor telco yang mana. Tarak kisah ma!
Kan? AKu dah kata.... sangat murah wei. Pengalaman sendiri mengesahkan perkara ini.
Di mana nak beli prepaid hebat ini?
Pergilah mana-mana dealer di merata tempat dan harganya hanyalah RM5 untuk satu simkad. Boleh usha di websitenya di sini. http://www.tunetalk.com/dealers
Setakat ini aku menggunakan Top-Up berbentuk voucher. Terdapat 4 jenis seperti di bawah.
| RM 5 | 5 Days |
| RM 10 | 11 Days |
| RM 30 | 50 Days |
| RM 50 | 75 Days |
Tarikh luputnya dinyatakan di sebelah nilai setiap top up itu. Lama tuuuu...... hehehe.. suka! suka!
Dan jika hendak top up secara online pun ada... antara nilai yang dibenarkan adalah seperti di bawah.
| Denomination | Validity |
| RM 3 | 3 Days |
| RM 4 | 4 Days |
| RM 5 | 5 Days |
| RM 10 | 11 Days |
| RM 30 | 50 Days |
| RM 50 | 75 Days |
| RM 100 | 110 Days |
| RM 200 | 220 Days |
| RM 300 | 365 Days |
Aku lebih suka beli RM50 supaya boleh bertahan selama 75 hari. =)
Tengah promote pada ahli keluarga supaya turut menggunakan telco ini. Jadi, bolehlah kami melancong bersama dengan tiket percuma pada masa hadapan kan?
Bye-bye telco lain! Tune talk prepaid is here to stay!
Labels:
Jard's Promotes,
Nuffnang
Wednesday, March 2, 2011
Jobs-a-holic, Sell-a-holic dan Blog-a-holic.
Aku belum start sibuk lagi. Masih boleh bernafas. Tengah mengalami masalah teknikal dengan PC di rumah dan jugak line internet.Ntah kenapa takleh nak download dari rumah. Mungkin sebab ada housemate aku yang dah download macam-macam jadi line internet dah lembab? Mungkinlah. Huhu.
Macam-macam andaian yang kekawan buat tentang entri yang lepas. hehehe. Kelakar pun ada. Antaranya.
1. jard dah nak kawen ke?
2. Dapat kerja kat oberseas ke?
3. Dapat balik sabah ke?
Hehehe...... sebagai makluman, semua SALAH! Moving to next topic (saja nak ngelat)
Aku nak lepaskan gian kat blog hari ini.. rindulah. rindu sangat nak menaip.
Sebab apabila difikir-fikirkan.. aku masih ada hutang dengan nuffnang satu post. Tarikh tamat pun dah nak dekat neh... So.. blog takleh dibiar begitu lama. Dan aku belum tuntut lagi baucer tiket di opis mereka daripada penyertaan kontes Magnolia Sherbet hari tuh. Ntah bila lah aku dapat gi amik. Huhu..
Sambil-sambil usha dunia blog, aku mendapati blog lensarosak tengah hangat sekarang ini. (sila google sendiri.. wek). Blogger yang baru naik kot sebab pada setiap entrinya terdapat hampir beratusan pembaca yang mengomen termasuk para anonymous. Topik pun hangat.. errr.. korang usha la sendiri. Aku dah lama tak melibatkan diri dalam topik-topik hot.. dulu pernah jugak lah tapi aku hampir disaman tahu! Aku tak nak peristiwa itu berulang.
Stay low. Stay quiet, udah ler. Biar selamat dan biar Alexa ranking jatuh menjunam. Hu hu. Nak main SEO pun aku da tak minat melainkan topik SEO itu memang menarik minat ku.
Aku kini sibuk dengan tiga perkara di atas.

- Jobs-a-holic - adelah kerjanya... tengah nak carik pengalaman sebelum menjadi freelance professional. Hihihi.
- Sell-a-holic - Aku nak pindah rumah!! Rumet aku da nak pindah di atas sebab kerja.. so aku pun nak pindah gak lah. Banyak benda aku perlu jual untuk meringankan perpindahan ini, antara contohnya.
- katil kayu dua tingkat
- almari kayu dua pintu, dua drawers, bercermin panjang
- PC Acer + set meja komputer +kerusi (lantakkkkk.. nak jual sekali)
- karpet berbulu (ehh... aku tatau nak namakan apa benda neh. hahaha)
- meja belajar
- meja rendah, sesuai bubuh kat ruang tamu.
- rak buku yang sangat tinggi... (beli dari housemate sebelum ini.. skang nak jual gak. tak nak bawa ke tempat baru. Besar sangat! huhu..)
- rak buku yang rendah
- wow!! tak sangka banyak betul benda aku kat rumah sekarang! hahaa... taip di blog baru perasan! Ada sedikit gambar kat bawah sebagai rujukan..
Dan akhir sekali..... blog-a-holic.. selagi ada masa kan?
Berminat nak menjadi buyer? Sila PM me kat jardness@gmail.com. Harga boleh nego... lalala..
Labels:
personal bits
Tuesday, March 1, 2011
Aku mungkin kena beralih arah
Aku mendapat satu emel yang penting. A life changing moment.
Mungkin... aku tiada masa untuk bertwitter, bersosial.. berblog.. dan join mana-mana event tidak kira anjuran nuffnang atau komuniti blogger yang lain.
Aku mungkin tiada masa untuk main games kegemaran aku di FACEBOOK sekalipun.. iaitu CityVille dan CSI.
Dan akhir sekali........ aku YAKIN tiada masa langsung untuk mencari part time keja.
Aku rasa aku kena beralih arah....... iaitu....
Kamera DSLR mungkin takkan menjadi matlamat terdekat aku.... duit yang terkumpul setakat ini diperlukan untuk tujuan lain yang lebih jelas dan berfaedah...
Mudah-mudahan..... perjalanan aku dipermudahkanNya. Amin. =)
PS: sujud syukur aku malam neh.

Subscribe to:
Posts (Atom)