Tuesday, May 31, 2011

Kadar Tarif Elektrik akan NAIK esok - 1 Jun

Berita ini telah diumumkan semasa perhimpunan jabatan pagi tadi.

Aku cari-cari kat laman sesawang Berita Harian.. terjumpa ini...

PUTRAJAYA: Kerajaan mengumumkan kadar tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan kepada 33.54sen/kwj daripada 31.31sen/kwj iaitu sebanyak 2.23sen/kwj, berkuatkuasa 1 Jun depan.


Kenaikan itu kesan daripada dua komponen iaitu penyelarasan harga gas kepada RM13.70/MMBtu daripada RM10.70MMBtu.Selain itu, semakan tarif asas TNB dengan kenaikan 0.63sen/kwj (2%) turut memberi kesan ke atas kenaikan itu – Berita Harian

Kenaikan sebanyak 2.23 sen per KWJ akan berkuatkuasa esok akibat kenaikan harga gas sedunia. Waahh... makin melambung lah bil elektrik rumah sewa lepas neh.. wiwuwiwuwiwuuuuuuuu....

Rakan sekerja berkata ada cara untuk mengurangkan penggunaan elektrik di rumah. Salah satu caranya ialah menukar one-phase kepada three-pahse. Apa benda phase2 neh.. kena tanya electrician untuk datang rumah dan tolong tukarkan. Aku dengar bil elektrik bulanan seorang dato boleh mencecah RM2 ribu.. mak aihhh.. banyaknya. Aku nyer baru RM56 sebulan.

Bagaimana aku dapat kerja freelance

Ramai yang bertanyakan perkara ini jadi biarlah aku berterus-terang di sini..

Aku mencari melalui laman-laman mencari kerja dengan kata kekunci "part-time" dan terjumpa plak iklan yang meminta translator/editor sebagai freelance atau tetap.

Aku pun kontek orang yang berkenaan dan melalui emel mereka meminta aku menghantar resume dan cover letter. Standard lah sebab nak memohon kerja kan.

Setelah diorg terima... aku diberikan satu ujian untuk menguji pengetahuan dan kebolehan aku dalam mentranslate bahasa Inggeris pergi bahasa Malaysia...

Selang 2-3 hari aku menerima emel yang menyatakan aku berjaya dan terus mereka letak bayaran yang diberikan untuk satu assignment.

Assignment?? *mesti korang tertanya-tanya kan.. bentuk assignment yang macam mana..

Nah.. ambik kau...


Macam inilah rupa assignment aku... translate terus skrip bahasa inggeris ke bahasa melayu pada ruangan subtitle setiap klip yang ditugaskan kepada aku.

Beratus-ratus barisan patah perkataan tahu!  Boleh sakit belakang oohhh...

Tapi inilah kerja aku... dan aku bersyukur kerana diberikan peluang keemasan ini. Aku tak tahu samada mereka masih terima atau tak.. sebab iklan tu pada bulan Mac yang lepas dan setahu aku.. memang ratusan orang dah apply. Korang rajin-rajinlah search kat jobstreet ke... mana-mana lah... kot-kot ada rezeki kan. =)

Good luck!

Monday, May 30, 2011

Dilantik Menjadi Pegawai Perhubungan Pengaduan Awam

Amat berbesar hati dengan perlantikan ini dan walaupun jabatan saya jarang mendapat aduan dari pihak awam (mungkin sebab tak reti nak komplen kot) tapi cara untuk mengadu kepada kerajaan kini menjadi lebih mudah.

Sekiranya kamu ingin mengadu tentang sebarang perkhidmatan telco dan sebagainya bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di Malaysia seperti di bawah:
  • Maxis
  • Celcom
  • Digi
  • Telekom
  • Packet 1
  • Jaring
  • Time Dotcom
  • ASTRO
  • U-Mobile
  • Izzinet
  • Pos Malaysia
  • Media Prima
Maka korang hanya perlu ke laman ini untuk mengemukan aduan anda.

Skop aduan KPKK merangkumi :
  • Industri Penyiaran (Analog dan Digital)
  • Industri Telekomunikasi yang meliputi perkhidmatan telefon dan internet
  • Perkhidmatan Pos dan Penghantaran
  • Digital Certification
  • Program, pameran serta aktiviti-aktiviti berkaitan dengan sektor Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Pertanyaan atau masalah kamu akan dijawab dalam masa 72 jam. 

Moga sentiasa menjadi pengguna yang puas hati dengan perkhidmatan yang ada di Malaysia

=)

Percubaan menjadi girly-girl

Haha. Girly-girl yang bermaksud berpakaian ayu kot. Atau sedikit bergaya keunggulan (cehh.. macam iklan rokok dunhill pula).

Besh sesangat pergi Jusco tadi dan mencuba macam-macam pakaian di sana. Besh dalam erti kata yang lain.. kini baju-baju itu boleh muat. Hee.. Saiz M ke.. saiz L kalau nak longgar ke.. main sarung je. But have to say.. lengan aku masih besar macam gajah. Grrr..


Ada sale di Jusco dan pemotongan harga sehingga 70%. Aku tak pernah lagi pergi shopping untuk membeli baju baru sebab tengah save bajet untuk merantau bulan enam ini.Tapi memandangkan harga blaus di atas cuma RM30... aku rembat jelah.. Dah berkenan kan?

Tup-tup...... melayang jugak duit aku hari ini. Hehehe..

Mungkin esok kot nak pakai blaus ini gi kerja. Weee.. rasa malu plak tiba-tiba. *blushing..

=p

Sunday, May 29, 2011

Pemansuhan jawatan-jawatan kosong kerajaan yang tidak diisi

Inilah antara yang dibincangkan semasa mesyuarat pengurusan di pejabat tempat saya kerja. Semua jawatan yang tidak berjaya diisi dan masih kosong selama tiga bulan (tak ingat tempohnya.. rasanya mula bulan ini kot) akan dimansuhkan. Dihapuskan terus. Kerajaan tidak mengambil sebarang pekerja baru setakat ini. Pengambilan pekerja kerajaan yang baru dibekukan buat sementara.

Sekarang pun, aku lihat ramai kekawan yang memegang jawatan kontrak atau SPS turut ditamatkan tanpa harapan untuk bersambung. Kesian ohhh... huhu.

Dan jugak banyak gak jawatan yang sedia ada dikurangkan.

Lepas itu.. datang pula berita bahawa jabatan aku akan diswastakan.. lagi haru kan?

Semasa satu talk oleh salah seorang pengarah kami.... jika benar jabatan kami diswastakan... setiap pekerja akan mengalami yang berikut.

1. diberi dua pilihan. Nak bergaji kerajaan atau bergaji swasta
2. jika telah pilih salah satu.. akan diberi dua pilihan lain pula.
3. sekiranya diswastakan.. pihak swasta tidak boleh suka hati membuang pekerjanya selama 5 tahun. Selepas itu.. barulah diorg leh pecat mana-mana pekerja yang tidak perform.

Jadi dua perkara penting ini yang berlaku sekarang.... pemansuhan jawatan yang sedia ada... dan kemungkinan diswastakan.

Fuuuhh.. adakah sebab Pilihan Raya Umum tidak lama lagi?

RM818.21 dalam Akaun Paypal

Aku jenis yang agak susah untuk simpan duit. Dapat je gaji bulanan mesti abes dok bayar segala macam bil yang ada. Bayar kereta.. bayar sewa rumah... nak melanconglah... macam-macamlah.

Nasib baik ipayonline dan kerja sambilan akhirnya membuahkan hasil.

Simpan sampai akhir tahun. Nak tahu berapa leh dapat.

InsyaAllah duit ini akan dimasukkan dalam tabung Kahwin. Bulan 12 tahun ini baru ku keluarkan dan masukkan dalam ASB. Hee hee.

Saturday, May 28, 2011

Ada apa dengan Maybelline?

Kenangan pertama aku bersama produk Maybelline ialah Maskara dia. Sebelum ini tak pernah berminat untuk mengenakan sebarang mekap sebab takut kulit muka rosak. Tapi kini sedikit demi sedikit.... aku mula berani (cuma masih jarang) untuk mencuba!

Baru-baru ini aku diundang untuk menghadiri satu Product Lauch oleh Maybelline di Il Lido Italian Lounge. Setelah mendaftarkan diri di kaunter, aku diminta untuk naik ke tingkat 2 dan aku ternampak satu meja solek penuh dengan peralatan mekap. (Sila rujuk entri yang lepas.) Cuma tak berani nak cuba sebab tak reti. =p

Event ini bertujuan untuk memperkenalkan produk eyeliner terbaru Maybelline iaitu
HyperSharp Ultra-Line Liquid Liner
Antara aktiviti event ini ialah penerangan produk oleh orang Maybelline dan jugak pertunjukan runway oleh model-model mereka. Gambar mereka boleh dilihat di fanpage aku kalau korang rajin ler nak jenguk dan cuci mata sikit. Hihihi..

Tajamnya eyeliner iin sampai lukisan yang paling halus boleh dilakarkan dengannya..

Aku juga berpeluang untuk bertemu dengan Liyana Jasmay selaku spokesperson untuk Maybelline. Tak lupa juga blogger-blogger lain yang dikasihi. =)
Ng Connie ialah wanita ketiga dari kiri barisan depan. Cun sangat wooo setelah dimekap bagai. Hampir tak kenal tadi! Haha.
Jangan dilupa orang kuat Maybelline. Thanks for the INVITE!

Selain itu aku juga pulang bersama baranganMaybelline seperti berikut. 

Harus dicuba dan buat review! Gincu itu juga merupakan produk terbaru!
Yang penting benda di bawah neh.... waterproof so perlu ditanggalkan dengan make-up remover. Neh yang buat aku malas nak pakai. Haha. Seb baik dalam goodies bag ada sekali make-up remover. Tak yah nak beli lagi. Macam tahu2 je diorg kan?

Takpa... akan ku cuba. Rezeki jangan ditolak. Ye dak?
Setiap product review yang aku buat akan dimasukkan dalam blog http://fromkualalumpur.blogspot.com/

Jemput-jemputlah baca di sana ye. =)

Friday, May 27, 2011

Sawan Bermekap?

Waa... banyaknya alat mekap untuk dicuba!

Tak dapat nak bezakan mana satu eyeliner, maskara dan sebagainya. HAHAHA

Usah risau... pakar ada di situ!!! Wohoo!

Ok.. saja nak bagi korang saspen.. 

Nantikanlah entri seterusnya...

=p

Maybe she was born with it! Maybe it's _________________ (sila isi tempat kosong!)



Thursday, May 26, 2011

Kungfu Panda 2 - Movie kartun terbaik 2011 yang pernah ku tonton!

Semalam aku berpeluang untuk menonton movie ini di Midvalley atas tiket Free Premiere Screening melalui Nuffnang. Memang besh giler-giler la! Dapat tonton dalam bentuk 3D pulak kan. Wohoo!

Sangat sesuai mereka jadikan panda yang gemuk dan comel itu sebagai watak utama. Dan di samping babak-babak yang kelakar giler2.. aku jugak ter"menangis" semasa babak yang sedih. Aku rasa.. kali terakhir sebuah filem kartun membuatkan aku menangis ialah The Lion King dari Disney. Keh keh.

Apapun.. aku bagi rating 5/5 untuk filem ini. Tambahan pula ada 3D kan.



The best part... movie ini untuk tontonan umum. Aku sangat rekemen korang bawa kanak-kanan untuk menonton filem ini sebab banyak nilai kekeluargaan dan persahabatan yang ditonjolkan dalam filem ini. Banyak pengajaran yang menusuk kalbu gitewww.. hehe. Seyes... boleh dirasai dari hati beb.

Ok. beres.... sebelum ini pernah gak pergi movie screening tapi aku tak tulis dalam blog sebab mungkin tak besh kot.. Tapi Kungfu Panda 2 ini lain.. Tapi biarlah korang sendiri yang menilai. =)

Adios!

PS: kalau tak silap.. tayangan perdana Kungfu Panda 2 ialah pada hari ini. 26 Mei 2011.

Wednesday, May 25, 2011

Al-kisah Enjin Kereta Berasap

Aku pergi kerja seperti biasa. Kali ini aku memakai blaus dan seluar (agak longgar, terpaksa ikat pakai riben sebab aku tak memiliki tali pinggang. hoh!). Agak berlainan seperti biasa yakni berbaju kurung. Blaus itu pun dah agak longgar.. heee.. heee..

Menyelusuri jem untuk ke tempat kerja adalah perkara yang biasa. Aku dah tak stress apabila melalui jem.

Sesampainya ke opis.. aku pun masuk dan swipe kad. Jam menunjukkan 7:30 pagi. Yay.. keluar rumah pukul 7 pagi.. sampai opis setengah jam kemudian.

Masuk je kat ruangan pejabat aku... tiba-tiba seorang lelaki bertubuh sasa memanggil aku. Aku ingatkan aku bermimpi ke hapa.. adakah itu Aaron Aziz? Okok... khayalan aku dibunuh apabila lelaki itu cuma rakan sepejabat aku... bukan Aaron. My mind is playing games with me now. Darn!

Jard.. kereta kau ke kat depan tuh?
Ha'ah. Yelaa... kereta aku je kat depan sebab yang lain tak sampai lagi.
Berasap lah Jard!
What???

Aku terus ikut dia keluar untuk menjenguk kereta.

Minyak panas kelihatan leaking di ruangan hadapan kereta aku. Kelihatan jugak sedikit asap sedang curling out from beneath the bonnet. Wahh.. cuaknya! Tuhan sajalah yang tahu perasaan aku ketika itu.

Buka pintu bonet depan.. tiba-tiba 2-3 lelaki pulak mai nak tunjuk hero. Semua nak jenguk bonet dan periksa belah bawah. Waahh.. I'm flattered. Lalalalala....

Tapi last-last... aku bawa kereta aku ke bengkel tempat aku servis seminggu yang lepas. Pergi seorang jelah sebab waktu bekerja. Taknak ganggu orang bekerja. Dalam perjalanan ke sana, aku asyik meminta-minta dalam hati moga kereta aku tak mati di tengah jalan. Takpa.. ada backup plan. Nombor mereka ada dalam henfon aku. Papehal, aku kol je diorg. Aiseh. Tapi harapnya taklah.. sebab segan la. Haha.

Aku selamat sampai ke bengkel tanpa sebarang masalah kecuali asap je la. Para mekanik yang muda-mudi tolong check mana yang patut. Memang sah... masalah oil filter. Bukan radiator... Seb baik aku tak tunggu lelama sebab keadaan itu boleh merosakkan enjin. Mereka tambah minyak hitam dan gantikan oil filter... and walla, I'm set to resume my work.

Sekian pengalaman aku dengan enjin kereta berasap. Another day in the independent life of Jard the Great. =)

Rahsia hidup bahagia

Aku berpeluang mengikuti satu Workshop for Spoken English yang diajarkan oleh seorang penceramah yang terbaik dalam bidangnya, Encik Sukumaran. Aku dapati, masih banyak lagi kelemahan pada penguasaan bahasa Inggeris aku yang sebelum ini telah diambil mudah atau tak dihiraukan. Shame on me!

Anyways, thank you teacher

Antara ilmu yang beliau kongsikan ialah rahsia di sebalik kehidupan yang bahagia yang pernah disampaikan oleh seorang public figure yang bernama Blue Moon dalam ucapannya yang paling terkenal. Ohh.. nama dia pelik sebab Blue Moon ini seorang Native Indian di Amerka. =p

Rahsia dia senang je........ tak payah nak elaborate panjang-panjang punnn... Sekali nafas je boleh cakap...


Rahsianyaaaaaaaaaa......





"Happy WIFE, Happy LIFE."

Ehehehehe...


Korang nak tahu tak bagaimana nak bahagiakan isteri plak? Blue Moon pernah disoal tentang itu. Nak tahu jawapan dia?

Next session la plakk... aku nak sambung buat kerja freelance neh. Alhamdulillah... malam neh je aku dapat 3 assignment baru.

PS: Selain gaji yang dah masuk...duit freelance aku jugak dah masuk. *senyum lebar. Dan berita gembira yang mengiringi rezeki itu ialah... aku terima surat pengesahan jawatan serta status berpencen, akan berkuatkuasa bulan Jun ini. Alhamdulillah.

Tuesday, May 24, 2011

Apabila adik tingkatan 4 berdakwah

Comel je adik aku tegur kan? kan?

Aku perasan adik aku yang seorang ini tidak meletakkan sebarang gambar pada akaun facebooknya. Dan kekadang terjumpa jugak teguran-teguran berbentuk dakwah seperti di atas terhadap rakan-rakannya.

Nak kata kaedahnya sesuai ke tak... wallahu'alam. Tapi at least ada usaha dan keberanian untuk menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar sepertimana Allah sebut dalam Surah Ali-Imran, Ayat 104.

Dipetik dari Al-Quran Digital aku dalam PC.

Aku kagum dengan kekuatan yang ada pada adik aku yang berani menegur. Dan sikap macam inilah yang patut ditanam dalam adik-adik kita di sekolah supaya tidak terjerumus dalam kancah kemaksiatan dan kehinaan. Aisehhh.. ayat! Syabas adik aku! Moga terus begini! Harap aku boleh belajar daripada sikap kamu yang satu ini sebab sesungguhnya aku memang lemahhh (tapi belum tumpas!).. Errr... nak tanam sikap tegas macam tuh.. tak tahu ler camna.

Mungkin sebab......

dia ada kakak seperti aku?

Hik hik hik hik.......

*perasan.


Monday, May 23, 2011

Aaron Aziz depan mata

Satu hari ini aku sibuk dengan kerja. Setelah menghadiri mesyuarat MBJ, aku jadi urusetia 'bidang terjun' untuk satu lawatan ke RTM Kajang. Peserta lawatan kesemuanya baru sahaja menghadiri satu majlis bersama menteri dan selepas itu perlu bergerak ke Kajang pula.

Memandangkan orang tak cukup, aku tawarkan diri ler untuk membantu urusan lawatan itu.

Tidak ku sangka.... mata aku bertentang mata dengan seorang mamat jambu, tinggi dan rupanya seperti ku kenal dari satu drama.

Lama aku fikir...

Muka dia macam siapa ye? Apsal dia boleh berada dalam bas ini?




Fikir punya fikir...


OH ya!!! Rupa dia sebijik macam Aaron Aziz lah! Tapi ini 'Aaron Aziz' versi orang Kedah yang cerah kulitnya dan ada loghat utagha.

Keh keh keh keh.

Tapi serius... rupa dia memang macam Aaron Aziz laa! Tanyalah sesiapa yang satu bas dengan dia. Semua akan setuju dengan kesamaan pada mereka berdua.

Sekian cerita aku pada hari ini.....

Tak dapat jumpa aaron aziz yang betul... jumpa yang celup pun dah cukup mengujakan. =p

Sunday, May 22, 2011

Peka terhadap penjagaan kulit dan gigi

Aku cukup hairan apabila melihat kulit orang Korea yang begitu licin tanpa sebarang jerawat atau dark spots. Aku pun berkulit cerah tapi selalu mengalami masalah dark spots.

Kekadang rasa fed-up jugaklah asyik tak jumpa produk skincare yang sesuai dengan kulit. Jika gunakan satu.. kulit pula akan menjadi lebih berminyak takpun bertambah sensitif.

Orang yang jual produk di kaunter telah menasihatkan aku untuk menggunakan skincare whitenning untuk memutihkan bahagian yang ada dark spots itu tapi masalahnya ia telah menjadikan kulit aku lebih kering daripada biasa.

Syukurlah aku tiada masalah dengan jerawat. Semasa sekolah menengah pernah la dahi aku penuh dengan jerawat. Tapi kini jarang dahhh kena...

Sumpahan kulit putih
Eiii.. aku ada tahi lalat kat mata! Ekekeke....

Setelah membaca bermacam-macam majalah wanita.. aku dapati dalam regim penjagaan kulit aku tidak termasuk pemakaian sunscreen dan sunblock. Laaaa.. patut ler kulit muka jadi macam neh.... huhuhu..

Regim penjagaan kulit dan gigi aku terdiri daripada produk2 di atas

Aku on budget. Maka hendaklah beli barangan yang berada dalam kemampuan aku. Semalam aku baru je menambahkan Biore UV Aqua dalam regim penjagaan kulit aku. Nak tinguklah apalah hasilnya setelah 1-2 minggu.

Lepas neh nak beli spot corrector kot........ 

huhuhu........ 

Mari menjaga kulit semua...


Upah dibayar selepas 50 sehingga 60 hari

Situasi inilah yang aku hadapi apabila berkeputusan untuk bekerja dari rumah melalui pengambilan kerja-kerja sambilan sebagai subtitler atau translator. Setelah sebulan membuat kerja dalam bidang ini, aku dikehendaki untuk menghantar invois kepada pihak mereka pada setiap hujung bulan.

Tibanya hari terakhir pada bulan itu aku akan menghantar invois pada mereka. Teruja jugaklah kalau aku dapat kenakan dalam ratusan dollar gak....


tapi masalahnyaaaaaaaaa..........


kena tunggu 50 sehingga 60 hari untuk melihat dan merasai hasilnya.

Huhuhuhuhu... sabar Jard... sabar Jard.... tak lama sudah tuuuu........... Harap betullah diorg akan bayar.... sebab banyak dah tenaga dan masa yang dicurahkan untuk menyiapkan kerja assignment yang mereka berikan.


Harap-haraplah dalam minggu ini dapatlah upahnya...

Amin..

PS: Al-fatihah buat mangsa tragedi tanah runtuh di Hulu Langat. Moga yang lain berjaya diselamatkan dan ditemui. 

Saturday, May 21, 2011

Kes Simbah Asid kini sampai Shah Alam, Subang Jaya dan Cyberjaya?

Aku dapati ramai antara kita tak kira lelaki atau perempuan sedang hangat membincangkan kes simbah asid ini di twitter dan blog.

Kekadang rasa kelakar gak baca komen-komen mereka tapi inilah kerisauan yang dialami semua. Makin menjadi-jadi pula orang yang suka simbah asid neh. Apsal wanita je jadi mangsa? Aku pun dah takut nak keluar malam dah....


Dan aku dapati yang ini antara yang paling lawak sekali... aduiii...

HAHAHAHAH....
Saspek yang simbah asid itu kini dikenali sebagai ACID MAN.

Harap kelakuan menyimbah asid kepada kaum wanita tidak menjadi BUDAYA baru dalam masyarakat kita seperti budaya merempit. Please lah........ 


Macam makin terkenal pula ACID MAN ini... haihhhhhhhhhhhh........... makin terkenal... makin suker la tuuu... 

=(


Thursday, May 19, 2011

P1 4G - Masalah mengakses internet sejak semalam

Mula-mula aku tutup modem itu dan selepas beberapa ketika, aku memasangnya kembali. Problem still exists.

Aku ingatkan ada masalah dengan modem aku dan ingin menghantarnya ke pusat servis P1 4G yang berhampiran tapi setelah melawat satu fanpage P1cares di facebook... baru ku tahu bahawa ramai orang yang menghadapi masalah yang sama dengan aku.

Mungkin P1 4G menghadapi masalah rangkaian. Jadi buat masa ini aku terpaksa bersabar sajalah dan tunggu sehingga masalah ini diselesaikan oleh pihak mereka.

Syukurlah.... kat opis ada internet. =)

Wednesday, May 18, 2011

Kalau awak serius pasal iklan tadi sy berminat utk mohon

Wiwuuuuuuuuuuuuuuuuu...

terus luruh jantung aku apabila Seth Tan menyebut kata-kata itu kepada aku........
Oh gawdd... kenapa kamu begitu romantik? Cair taw. huhu


ehhhh.. silap......


kepada Nora. *sambil tampar-tampar pipi!

Dang!

PS: sweet kan episod 7, Nora Elena TV3 petang tadi kan? kan?

Jawapan tergantung yang menimbulkan syak

Aku kekadang kena kerja pada hari Sabtu. Kerja hakiki bukan kerja part-time ye.

Tapi kekadang aku tak dapat datang sebab ada "hal" lain. Hal itulah yang aku tak dapat nak ceritakan kepada kawan sekerja aku.

Contohnya Sabtu ini.....

"Jard, Sabtu ini giliran kamu untuk menjaga peserta ke KL Tower."

"Saya ada hal lain."

Muka diorg berkerut-kerut. Dalam hati mesti tertanya-tanya... minggu lepas ada hal lain jugak. Minggu ini ada hal lagi.

"Hal apa?"

"Adalah... carilah pengganti lain. Saya tak free."

Muka diorg semacam tak puas hati je. Dalam hati mesti cakap... nak kata Jard balik kampung mustahil sebab semua ahli keluarga kat Sabah. Nak kata dia dah kahwin dan sibuk dengan suami dan anak-anak. Tak mungkin jugak.. sebab Jard masih bujang.

Hee.. well... biarlah dilanda misteri nusantara....

Tuesday, May 17, 2011

Mereka yang kehilangan JIWA

Golongan inilah yang paling aku risaukan. Apabila dikecewakan oleh bekas kekasih atau seseorang yang sepatutnya membimbing mereka........ terus hidup mereka tak keruan. Dan asyik nak salahkan pihak yang lain  je dan tak pernah nak cermin diri..... Malah mereka juga makin hanyut dalam kancah kemungkaran... huhu. Nak nasihatkan... diorg berdegil jugak...

How to help them?


Surah Ali'Imran: 103. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.


Wassalam....

Monday, May 16, 2011

Perginya seorang pengajar di kala mengajar

Dalam seminggu yang lepas, seorang pengajar untuk Kursus Single Camera Production telah menghembuskan nafasnya yang terakhir semasa bertugas di lokasi. Bertugas itu bermaksud di kala arwah sedang mengajar di bilik kuliah di pejabat aku. Aku tidak dapat bayangkan apa yang dilalui para peserta kursus yang pada ketika itu mesti dalam situasi panik dan terkejut.

Seperti yang dilaporkan oleh penyelaras pada hari itu, arwah telah menunjukkan tanda-tanda kepanasan dan asyik berpeluh-peluh. Tambahan pula berlaku terputusnya bekalan elektrik buat seketika telah menghangatkan lagi keadaan. Apabila diminta untuk berehat, si arwah enggan berbuat demikian dan meneruskan juga sesi pembelajaran pada hari itu.

Ya, begitu gigih si arwah nak mencurahkan ilmunya kepada para peserta.

Tak sangka pada petang itu jua, beliau meninggalkan kami buat selama-lamanya.

Di kesempatan ini, walaupun agak terlewat sebab dia merupakan pengajar untuk kursus yang dikendalikan aku... aku ingin sampaikan salam takziah buat keluarga si arwah dan juga nak sedekahkan surah al-Fatihah. Moga rohnya sentiasa dicucuri rahmatNya dan tergolong dalam kalangan beriman.

Sungguh....... maut tidak diduga. Al-fatihah buat arwah.. seorang pengajar yang berwibawa dan sungguh berdedikasi. Terus berbakti pada kerajaan walaupun dirinya sudah lama pencen. Wafatnya jugak di premis kerajaan ketika menyampaikan amanatnya yang terakhir sebagai pengajar.

~Entri untuk hari Guru.... nama si arwah tidak dapat diberitahu sebab kes ini belum selesai disiasat. Laporan perlu dibuat sebab kini pihak pengurusan mempersoalkan kenapa mengambil pengajar yang tidak sihat untuk datang mengajar.

Pasang Pintu Bonet Sahaja Dah RM150

Aku baru je telefon pihak Perodua berkenaan kos pemasangan pintu bonet kereta perodua ViVa aku.

Perghhh.. RM150.

Tak naklah.. nak gi hantar bengkel biasa je la. Hu hu hu.


Pastuh aku telefon bengkel A.C.T (Autocare & Tyre) yang terletak di belakang rumah aku jer... diorg kata kena caj RM60-70 je.

Heeeee....

Ok. My mind is set.

=)

Beli Spare Part Kereta Perodua di Forum Viva Online

Itulah yang dinyatakan oleh tunang kawan aku... yang telah membantu dalam pembelian Spare Part Pintu Bonet kereta perodua VIVA aku yang berwarna biru itu.

Dari Forum Viva Online? Wahh.. Aku harus mencubanya sebab memerlukan pintu yang lain jugak yang sedikit kemek akibat dilanggar teksi dua tahun lepas. Aku hanya mengetuknya dan tidak mengecatnya. Kesan dilanggar masih jelas sehingga ke hari ini.

Aku bayar untuk bumper je RM972.40 dan tukar lampu belah kiri.

Inilah rupa kereta aku setelah dihantar ke pusat servis Perodua Segambut pada Ahad yang lepas. Aku tidak memperbaiki bonet belakang sebab merasakan ia sangat mahal. Dalam RM1.5k ++ jugaklah yang dicaj oleh pihak Perodua jika ingin memperbaikinya.

Arghh.. tension tinguk! Huhu

Mujurlah datang bantuan dari seorang lelaki yang tinggi dan tunangan orang . Dan mujurlah dia seorang kakitangan Perodua dalam bidang R&D.

Dia telah membawa bersamanya pintu bonet yang siap dicat!
Tunang lelaki itulah yang telah langgar bontot kereta aku tempoh hari. Hu hu hu. Baik jugak hatinya apabila tidak mengenakan sebarang caj terhadap pintu bonet yang baru dibelinya itu. Alhamdulillah... jimat bab pembelian pintu + cat. Cuma perlu hantar ke Perodua je untuk dipasang di sana. Hantar kat bengkel biasa pun boleh....

Wajah pintu bonet terbaru kereta aku.

Kini pintu bonet itu berada di dalam kereta aku. Esok lusa... tinguklah.. kalau ada kelapangan aku nak hantar ke bengkel.

Thanks pada mereka yang tidak meninggalkan aku menghadapi benda ini seorang-seorang. Dan moga korang berdua (lelaki itu bersama tunangnya) berjodoh panjang dan murah rezeki hendakNya. =)

Sunday, May 15, 2011

Wajah Lelaki Yang Disyaki Simbah Asid

Sumber kak Jie
Pesanan Penaja:
Kalau rasa muka agak2 cun tu atau bajet cun, berhati2 le kome kat KL tu..



Thursday, May 12, 2011

22 Kes Simbah Asid di Lembah Klang dan Shah Alam

Menakutkan jer kes seperti ini.  Semakin menjadi-jadi pula tuh. Dan kesemua mangsa adalah wanita.

Apalah motif sebenar si penyimbah asid ini? Mengikut laporan polis, si pelaku itu merupakan lelaki India yang menaiki motorsikal. Kesemua mangsa tiada kaitan antara satu sama yang lain dan dipilih secara rawak di tempat yang berbez-beza, Modus operandinya ialah si penunggang motorsikal akan menyimbah asid ke arah muka mangsanya dari arah belakang. Kes terbaru adalah pada 6 dan 7 Mei 2011 yang berlaku di SENTUL dan DANG WANGI. huhuhuhu.. takutnya... kawasan rumah aku tuh wei!

Seteruk mana kecederaan yang dialami si mangsa tidak pula diketahui umum. Tapi aku sebagai pengguna pengangkutan awam sememangnya akan merasa lebih takut dan was-was untuk ke mana-mana setelah mengetahui adanya kes sebegini. Sesiapa yang ada maklumat tentang si penyimbah asid, cepat-cepatlah bagitahu pihak yang bertanggungjawab ye.  Takut ohhh....

Hari ketiga menaiki KTM

Melangkah keluar dari rumah dalam keadaan yang bersemangat. Baru mandi.. harum mewangi. Bau sabun. Pakai jaket sebab masih gelap dan sejuk di luar.

15 minit kemudian. Naik LRT Star... cepat je sampai ke stesen Bandaraya.

10 minit kemudian. Berjalan jauh dari LRT Star Bandaraya ke Stesen KTM Bank Negara. Perlu melalui jambatan dan banyak anak tangga.

Bau sabun makin menghilang. Kepanasan mula terasa.

Tunggu KTM untuk ke Pelabuhan Klang.

10 minit. KTM yang kononnya dijangka tiba tak datang-datang juga.

15 minit kemudian. Ada pengumuman tentang kelewatan tren. Tren antarabandar lalu. Bunyi bising.

10 minit kemudian. Tren ke Seremban sampai. Bukan tren aku.

15 minit kemudian. Tren ke Pelabuhan Klang akhirnya sampai.

10 minit kemudian.... sampai ke tempat yang dituju. Aku perlu menaiki bukit untuk sampai ke gerbang besar laluan masuk pejabat aku.

Naik anak tangga lagi..............

10 minit kemudian....... aku swipe kad kemasukan. Sebaik melalui pintu pejabat semacam telah melalui satu proses penyulingan di mana semangat dari pagi terus hilang dan digantikan perasaan down yang teramat.

Kehausan. Kelaparan.

I miss my car.

=(

Wednesday, May 11, 2011

Menutup aurat, bukan membalut aurat


Gambar twitpic yang aku perolehi dari twitter blogger Hami Asraff. Sebagai peringatan kepada diri aku jugak. Sebab ada kalanya apabila merasa diri dah makin mengecil dan curvey (contohnya laaa.. ini tak semestinya pasal aku) tiba-tiba nafsu perempuan ini pandai membuak-buak nak mencuba baju-baju yang lelawa. Siapa tak nak kelihatan cantik dan girly kan?

Tapi masalahnya baju lelawa ini ikut cutting.. malah ada yang tiada lengan atau berlengan pendek. Maka perlu tambah extensions berbentuk sarung lengan. Takleh gak nak salahkan wanita sebab nak berpakaian sebelah kanan. Sebab kebanyakan baju yang longgar-longgar ini tidak lawa dan jika memakainya.. orang akan cakap ikut fesyen orang tua. So harapanku....... moga pereka fesyen dapat mengatasi masalah ini dan perbanyakkan baju muslimah yang trendy dan boleh menjadi ikutan ramai wanita. 

Tahu tak betapa susahnya nak carik baju wanita yang lawa dan 'longgar' di pasaran sekarang? 

TAHU TAK? (emo...)

Perasaan nak BOM KTM Berhad Vs Lelaki tua dan Teksi

Aku pergi jugaklah ke screening Priest kat Midvalley dengan housemate. Dan memandangkan aku kini tiada-kereta-untuk-kesenangan-hidup-sudah, maka aku terpaksalah menaiki pengangkutan awam yakni lrt dan komuter untuk ke MidValley.

Jimat dan Cepat??

Jap..jap.. CEPAT serius tak mungkin. Buat aku marah je apabila ingat balik peristiwa tadi. Aku dengan kak Ros naik teksi ke KTM Sentul.. dari situ naik sampai ke KL Sentral. Jam menunjukkan pukul 8malam. Kaunter tuntutan tiket  buka pada pukul 8 malam. Tren dari Sungai Buloh dibatalkan... so kena delay.

Aku memutuskan untuk naik teksi je dari KL Sentral ke Midvalley.Bikin angin je........ lesap RM11 semata-mata nak bayar teksi. Kalau naik komuter cuma RM1 tapi masalahnya ntah bilernya leh sampai.

Aku pun dok membebel dalam kereta teksi pakcik itu.. kata nak bom KTM Berhad la.. nak buat aduan kat kementerian laa...

Ok.. aku kenalah kedekut. Dah tuh.. nak kena bayar RM972.50 untuk kereta Khamis karang.. Huhuhu..

Tapi masa balik dari Midvalley, setelah menonton Priest (Awesome movie!)... pemandu teksi kami ialah seorang lelaki tua, bermata sepet dan berambut putih. Arghh.. suaranya kecil je... Bawa kereta pun perlahan je.

Last-last sampai rumah... aku hulurkan dua keping wang kertas dan cakap tiga patah perkataan yang tak ku sangka akan terkeluar jugakkkkkk di kala aku seharusnya kedekut......



"Keep the Change"


OMG. I have a soft spot for old men with silver white hair! 

Tuesday, May 10, 2011

Kisah Malang di Tandas

Aku kini berada di sebuah jabatan kerajaan di jalan Damansara. Setelah beberapa jam mempelajari cara menggunakan sebuah sistem pengguna untuk membuat aduan masyarakat... aku tiba-tiba rasa sakit perut. So pergilah ke tandas wanita yang terletak agak jauh dari makmal komputer itu.

Masuk je tandas itu.... ku lihat tiada orang. Aku buatlah apa yang biasa dibuat apabila jumpa mangkuk tandas.

Dari luar pintu tertutup ruangan tandas aku itu... kedengaran tapak kaki. Dia mengambil tempat di sebelah.... dan seterusnya."Pruttttttttttttttttttttttttttt........."

Ya Rabbi... kuatnya! Aku tahan gelak. Tunggu orang itu keluar dulu baru aku berani nak bersiap keluar.

Selesai je "pelaburan" aku... tanganku pun mencapai hos air yang terletak kat tepi.

Pusing-pusing kepala paip air tu.... pusing kiri... pusing kanan.

Tak cukup dengan itu.. aku pulas ke atas pula...




Deymmmmmmmm...............





Dunia aku makin gelap dan berbau...........




=(

Menaiki komuter ke tempat kerja

Aku keluar awal pagi tadi. Dalam pukul 6 pagi dah bergerak keluar dari rumah. I wanted to beat the morning rush hour. Tak nak bersesak dalam lrt mahupun komuter.

Gelap dan menenangkan. Sedikit sejuk. Orang pun tengah takda.... banyak benda aku boleh fikir dalam perjalanan yang jauh ini untuk ke opis dari rumah.

Aku memikirkan...
1. How my LOVE life sucks. He seems to be a changed man. Aku unfriend dia kat facbook pun... dia tak perasan. huhuhu. Sometimes a girl doesn't need materials to be happy...just exchange some words of comfort could even light up even the grayest, gloomiest day ever.  Dan apabila mendapat words of comfort dari lelaki lain selain dia........ now I think something is really wrong with our relationship.
2. Nasib diri. Pengalaman kena eksiden memang memberikan banyak pengajaran pada aku di rantauan. Rupanya aku masih mempunyai kekawan yang boleh aku meminta pertolongan di kala kesusahan. Memang rasa nak nanges je kena marah macam-macam oleh mereka. Hee.. tahulah aku neh macam mana. Apabila ditimpa kesusahan, aku tak nak susahkan orang.
3. Kini aku boleh lebih fokus pada apa yang aku nak dalam hidup. Tak nak memikirkan benda yang mungkin atau tak mungkin terjadi.

Yeah......

I'm starting a new leaf in life!

Monday, May 9, 2011

Kemalangan Kereta: Apa yang perlu dibayar.

5Akhirnya pihak Perodua Segambut memberi aku anggaran kos yang perlu dibayar.

Aku serius tak sangka begitu tinggi kosnya. Huhuhuhuhu....

Menyesal tak buat report polis dan claim insurance. Aku serius blur semasa kena langgar di bontot itu. Serius taktahu nak buat apa. Aku tahu hantar ke bengkel je dan bayar. Yang lain-lain langsung tak register dalam kepalah hotak aku.

Hari ini....... anggaran keseluruhan yang kena bayar guna duit poket sendiri ialah - RM2,700.00

Yang diorg nak buat ialah:

1. Tukar pintu belakang yang remuk dengan baru - Anggaran dalam RM453.00 + Cat RM350.00 + Apa benda ntah, RM330 = RM1,133.00

2. Tukar lampu kereta belah kiri yang pecah = RM250.00

3. Tukar bumper belakang sebab dah teruk sangat. Takleh main tampal je = RM722.50 (termasuk kos pemasangan - labor)

Ada kos lain yang aku tak ingat. Yang penting kena dalam RM2.7K jugaklah.

Setelah berbincang lebar dengan mereka......... aku akhirnya memutuskan untuk buat nombor 2 dan 3 je. Nombor 1 lain kali aja ler. Huhuhuhuhu.....

So aku pasrah je lah untuk membayar RM972.50
Kereta siap pada hari Khamis petang nanti.

Ohhhhhhhhhhh............ nanti yang lain aku dok kumpul duit nak perbaiki. huhu...

PENGAJARAN: Lepas kena... telefon ayah untuk minta nasihat walaupun rasa TAKUT sesangat kena marah. Mesti dia pesan pergi balai polis buat repot dan gi claim insurans. Jangan sekali-kali memandai ikut kepala hotak sendiri sebab sendiri bukannya tahu apa-apa.

Sekian laporan dari meja pengarang yang malang.

=(

Apabila kena marah dengan bapa

Setelah menahan lecture panjang lebar dari ayah....



kesimpulannya mesti ini..







"Itulah kamu, kerja lagi di tempat jauh-jauh. Siapa boleh tolong kamu di sana?"




Izinkan aku menangis boleh?

T_T

KOLONY? Apakah itu?

KOLONY - Highly recommended for Social Networking

Yay...
Misteri di sebalik simbol pada entri ini telahpun terjawab.
))K((

Simbol itulah membawa maksud KOLONY = Rangkaian Sosial Berdasarkan SMS. Korang tak memerlukan henfon canggih smartphone, ipad what-so-ever untuk berinteraksi dengan kekawan dalam rangkaian sosial ini. Dan ia sungguh menjimatkan! Lebih sejuta orang telahpun menyertainya di seluruh Malaysia.

Khas untuk pengguna Celcom - XPAX, UOX, SOX atau mana-mana nombor Celcom.

Untuk bermula main KOLONY ini..... cuma perlu hantar KOLONY kepada 25333.

Setelah mendapat nama gelaran.. berikut adalah cara-cara untuk bersosial di Kolony,
  • DING – Ding kawan-kawan anda dan tinggalkan mesej untuk mengembirakan mereka. Send KDING to 25333
  • BOMM – Ada sesuatu untuk dikongsi? BOMM saja kepada semua FRENs anda! Send KBOMM to 25333
  • FREN - FREN sepanjang hayat? Berkawanlah dengan seramai yang boleh di Kolony! Send KFREN to 25333
  • POPP – Nak komen apa kawan anda sampaikan! Send KPOPP to 25333

Kalau nak tahu aktiviti-aktiviti lain di Kolony.. hantar saja KHELP kepada 25333 untuk dapatkan senarai penuh keywords yang boleh digunakan di Kolony.


Bagaimana nak buat semua di atas? Setiap kali anda buat panggilan dengan menggunakan Pelan XPAX Terbaru, korang akan mendapat KOINZ (berbentuk mata) secara percuma.
  • 1 - 5 panggilan dalam satu hari = PERCUMA 10 KOINZ untuk satu panggilan
  • 6 ke atas panggilan dalam sehari = PERCUMA 20 KOINZ untuk satu panggilan
  • KOINZ itu akan masuk akaun pada hari berikutnya.
  • Cara lain ialah kamu boleh membeli KOINZ untuk menikmati servis KOLONY: RM0.30 untuk 10Koinz, RM1.50 untuk 50Koinz, RM3 untuk 100Koinz

Pelan XPAX Terbaru

Dengan pelan ini, selain dapat KOINZ PERCUMA, kamu jugak akan dapat kadar terendah! Yay!

Panggilan cuma 28 sen per 10 minit kepada rangkaian celcom dan 5 minit kepada rangkaian lain.
SMS pula hanya 1 sen kepada nombor Celcom dan 5 sen kepada nombor yang lain!


Tunggu apa lagi? Mari ke kedai BLUE CUBE dan dapatkan Pelan XPAX Terbaru hari ini dan jom sertai Kolony sekarang! Korang boleh jugak layari URL kat bawah....

PS: aku pun nak beli nombor baru Celcom. he he he he

Sunday, May 8, 2011

Kisah Jeans Itu


Jejalan di Sogo mencari seluar idaman pada setahun atau mungkin dua tahun lepas. Selalunya beli seluar khakis lelaki sebab kurang gemar pada cutting seluar perempuan yang suka ikut bentuk itu. Seluar lelaki biasanya straight cuttiing dan longgar. Itulah yang aku cari. Dan itulah yang aku pakai selama ini.

Apabila tiba di satu bahagian.... alamak! Bahagian seluar wanita! Tapi aku teruskan juga mencari sebab saya tertarik dengan satu warna jeans. Harga pun tengah ada potongan 50%. Tapi hati tak gembira sebab saiz tiada. Terpaksa ambil satu dengan harapan suatu hari nanti akan muat.

Setahun bermula. Percubaan nak diet gagal. Seluar terus terkubur di bahagian paling bawah almari. 

Dua tahun berlepas... masih gagal. Ke mana dah seluar itu? Aku pun dah tak ingat padanya.

Tapi semalam semasa menyelongkar almari dan terjumpa jeans ini.... terus nak cuba.

Mata membulat. Cermin ditenung betul-betul dengan perasaan kurang percaya. Pusing kiri. Pusing kanan. Pusing belakang.

Aikssssssss........


Simpan seluar lelama pandai longgar ke?

=p

Pengalaman Pergi Berurut di Amarylizz Beauty, Kota Damansara

Aku membayangkan banyak benda apabila pergi berurut ini. Sebelum ini pernah buat facial je dan mereka cuma urut belah bahu dan lengan je. Hari ini pula nak gi berurut SATU BADAN. Rasa teruja dan perasaan ingin tahu meluap-luap tentang perkhidmatan Spa yang itu..

Setelah sesat untuk ke Spa itu di Kota Damansara, akhirnya aku sampai jugak kat sana setelah bertanyakan directions dari akak-akak penjual kuih tepi jalan. Thanks kak!

Aku naik sebuah tangga untuk ke tingkat kedua dan disambut oleh seorang wanita berpakaian gaun pendek, ketat dan berwarna hitam. Kalau diorg kerja kat slimming centre memang fail kot sebab diorg neh gebu sangat! Hu hu....

Aku diminta isi borang dan minum teh herba. Itu jelah sarapan aku pada pagi ini. Tak sempat nak makan apa-apa sebelum keluar rumah pagi tadi. =(

Setelah beberapa ketika barulah aku ditunjukkan satu bilik yang gelap.... dan ditemankan lilin dan lampu yang malap..
Inilah rupa bilik aku.
Aku juga diminta untuk menyalin pakaian dan hanya memakai tuala dan seluar dalam pemberian mereka. Aku segan nak pakai seluar dalam mereka.... hahaha..  Selepas itu mereka merendam kaki aku ke dalam sebuah basin kayu penuh dengan air suam yang ada bunga-bunga segar. Fuhhh..

Terkejut gak kaki aku diangkat dan dilap guna tuala. Rasa segan pun ada.. wahh.. ini sungguh-sungguh rasa dimanjakan lah. Haihh... aku masih rasa segan teramat neh... orang main pegang-pegang kaki aku.

Setelah itu aku diminta berbaring... dan di situlah benda itu semakin hangat. Mereka minta aku buka TUALA! Aku berbaring secara berdepan.... segan ohhh... percubaan nak tutup mana yang patut sambil mereka menarik tuala aku. Seb baik diorg cover balik badan aku. Heh.

Di situlah salah seorang mula mengurut. Bermula dari hujung kaki sampai lah ke belah belakang. Ermm.. dia juga mengurut belah depan... baru tahu perut aku neh sensitip rupanya.. agagagaa...

Aku rasa aku terlelap masa neh.. terjaga apabila dia mula mengurut memakai bebola panas. Rasa sakit lak.. takut kulit melecur pun ada. Apa ntah tujuannya.. aku pun tatau. 

Selepas itu diorg buat facial. Serius.. ini part paling aku suka. Terutamanya part picit-picit jerawat. Hehehehe. Diorg juga bakar lilin dan bubuh kat telinga aku. Aku pun tatau apakah fungsi benda itu. Mungkin nak harumkan belah dalam telinga? Who knows? Diorg tak cakap sepatah pun kat aku... 

Dan akhirnya pada pukul 1 petang aku diminta bangun dan dia mengurut belah belakang aku sebelum diminta untuk bersiap.

Aku ingat selepas itu mereka akan paksa aku join pakej macam-macam dan keluarkan banyak duit.... tapi syukur takda la pula. Mereka cuma beritahu manfaatnya menjadi ahli Spa itu sebab aku dapat percuma keahlian selama setahun dan juga diberikan voucher RM30.

Rasa segar dan relaks.. aku pun bertolak pulang dan menempuh jem dengan perasaan gembira.

RM48 aku SUNGGUH tidak sia-sia ye. Kalau harga penuh kena bayar Rm900++ tawwwww! Aku terasa macam kat bali la plak. hehehehehe..

The End.

Saturday, May 7, 2011

Hendak berurut di Amarylizz Beauty.

Sejak menyertai MilkaDeal, aku dapati banyak tawaran menarik yang dibuat mereka tapi tak pernah pula aku nak beli. Kali ini, tawarannya sungguh menggoda dan aku tak tertahan untuk membelinya. He he he.

And guess what.. appointment aku pada hari ini. Takutnyaaaaa! Pertama kali beb.

Di Amarylizz Beauty, Kota Damansara

Dengan hanya membayar RM48... aku boleh dapat ...

  • 60 minit urutan badan berserta urutan bola herbal
  • 90 minit facial
  • Aromatherapy Foot Soak
  • Ear Candling (korek telinga kah?)
Sedap ke tak neh?
  • dan voucher berserta keahlian selama setahun
Waaaaaaa.... 2 jam 50 minit aku akan memanjakan badan aku! Much needed! Belakang aku dah makin sakit sejak akhir-akhir ini. Sebab selalu sibuk depan komputer buat kerja free-lance.

Tapi... persoalan yang bermain di benak aku sejak membeli kupon ini ialah....


Adakah aku perlu membogelkan diri?

O.o


Kontes RM100 @Jardness.com

Wahh.. gempaknya nak bagi RM100 kepada seorang pemenang. Saja ler sebab aku tinguk kat blog Inggeris tiba-tiba meriah pulak dengan penyertaan ramai blogger. Aku dah lama tak buat kontes kan?


Ok. Sebab hadiahnya agak LUMAYAN maka syarat-syaratnya mestilah ketat jugak. Hee Hee. Kalau takda blog.. buat blog sekarang! =p

1. Korang kenalah daftar di link ini --> http://my.ipanelonline.com/register.html?inviter_id=600224 . Nama yang korang daftarkan itu tidak perlu menggunakan nama sebenar. Nama samaran pun tidak apa. Jika ada nama kamu di senarai refferal saya.... akan dikira LAYAK untuk mengikuti kontes ini. (NOTA: Duit yang aku dapat dari situlah yang akan ku jadikan sebagai hadiah kemenangan kontes ini!) Kalau dah ada akaun.. tidak layak menyertai.. maaf.



2. Buat satu entri blog yang bertajuk "Kontes RM100 @JARDNESS.com".

3. Bubuh gambar di atas dan tulis satu slogan, "Jika saya menang Kontes RM100 @JARDNESS.com ini., saya akan............"

4. Ok.. ini yang susah sikit.. selain itu, pemenang akan dilihat pada jumlah kemasukan dari blognya untuk ke entri ini. Ini akan dilihat melalui STATS kat ruangan dashboard Blogspot aku. Hee hee. Contohnya di bawah.

Makanya korang kena promote berhabisan la. hehehe.
5. Setelah langkah 1 hingga 4 telah dibuat... sila tinggalkan komen di bawah berserta nama yang didaftarkan kat mypanelonline, dan juga jangan lupa letak link URL anda.

Contoh komen "nama didaftarkan: suzie mat jilis. URL: http:............"

Jika tidak menepati syarat... maka penyertaan kamu dibatalkan secara automatik.

Kontes tutup pada hujung 31hb Mei ini.

Pemenang akan diumumkan di blog ini dan saya akan meminta nombor akaun untuk proses pemindahan dana. Hehehe..

Selamat memeningkan kepala anda!

RM100 tuh!

GOOD LUCK!

Friday, May 6, 2011

Minatku kini ke arah pelaburan

Betul cakap Nelly... sejak akhir-akhir ini memang fikir macam itu. Duit dalam tangan rasa rugi plak nak lepaskan begitu sahaja.

Baik aku simpan dan buat pelaburan daripada beli rumah. Kalau beli rumah, terpaksa menanggung banyak benda. Cukai pintu pula kena bayar... maintenance setiap bulan lagi... hurmmm.. 

Thanks for the comments!! Sangat menghargai pendapat korang.
=)


Give-away Contest - FromKualaLumpur.blogspot.com

Untuk lebih lanjut...

sila ke URL di bawah ini...


Give-away Contest - FromKualaLumpur.blogspot.com: "It's time to spice up this blog. I have two make-up products to give-away which is the NEW Loreal Paris Glam Shine 6H Lipgloss (RM35.90) ..."

Mari-mari... bagi sokongan untuk blog bahasa inggeris ini.

Amat dihargai. He he he.

Malu lak...

Thursday, May 5, 2011

Masalah aku dengan Skim Rumah Pertamaku

Aku pernah menemui dua perunding pinjaman daripada dua bank iaitu RHB dan CIMB bank. Dan di sini aku nak menjawab satu persoalan dari salah seorang pengomen iaitu "Kenapa tidak memohon Skim Rumah Pertamaku? Boleh dapat pinjaman 100%".

Ok, untuk menjawab pertanyaan ini, aku ada jugak tanya kepada pihak bank. Satu lagi bank yang cuba tanya ialah Kuwait Finance House melalui telefon. Meh sini aku cerita sikit...

Skim Rumah Pertamaku setahu saya (tanpa merujuk pada sumber lain di internet sebab malas nak carik dan bergantung pada penerangan pihak bank) hanya boleh dimohon untuk pembelian rumah di antara RM100,000 hingga RM220,000. Maka kena beli rumah di antara harga yang aku nyatakan itu.

Skim ini boleh bagi pinjaman sebanyak 100% tapi nilai yang diberikan tidak termasuk

  • Legal Fees. dalam RM2000 kot
  • Insurance (ikut umur si pemohon dan berapa tahun. Agak-agak dalam RM2000-RM4000)
  • Property Evaluation (dalam RM400 kot... )
Maka memang benar kata para pengomen di entri yang lepas.. untuk membeli rumah kenalah ada duit dalam tangan yang secukupnya untuk membayar benda-benda lain yang tidak disertakan bersama nilai pinjaman.

Apakah masalah aku dengan skim ini?

Aku nak rumah low-cost je di bawah RM100,000 sebab hasrat aku untuk memiliki rumah di atas nilai itu adalah setelah aku bergelar isteri orang. Hee heee.

Aku target rumah-rumah atau flat/apartment yang dibina oleh pihak DBKL, PKNS dan seangkatan dengannya khas untuk bumiputra.

Ehh.. kenapa begitu murah? Sebab memang rumah mereka low-cost untuk membantu orang kurang berkemampuan macam aku. Ehemm..

Kurang berkemampuan? Can you pleas define that. (tanya sahabat aku di sebelah)

Okok...

Untuk memohon perumahan DBKL, dapatkan borang dari pejabat berhampiran untuk permohonan perumahan DBKL. Dan korang kenalah mematuhi syarat-syarat di bawah. (Aku pun tak berapa ingat.. nanti aku check balik dan betulkan mana yang patut)
  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputra
  • Telah berkahwin atau bujang
  • Pertama kali membeli rumah. 
  • Bekerja dalam radius 45 km daripada perumahan DBKL yang ada
  • Jumlah pendapatan seisi keluarga (pemohon atau pemohon + suami/isteri) hendaklah tidak melebihi RM4000.
Dan sekiranya korang berjaya mendapat rumah low cost ini.... tiada bank yang sudi memberi loan sebanyak 100%. Cuma bagi 90% je.

=)

Maka itulah masalah aku dengan Skim Rumah Pertamaku.

Ada sebarang pertanyaan lagi? 


Kenapa saya ingin membeli rumah?

Itulah pertanyaan seorang sahabat blogger dalam entri yang lepas.

Bila difikirkan.. banyak jugak sebabnya  Kini aku duduk di sebuah apartment yang agak mahal. Mungkin sedikit mewah sebab adanya pak guard, kedai runcit di tingkat 4, kebersihan yang sangat dijagai, car wash di ground floor, sebuah surau kecil, dobi, dan sebuah kedai makan. Kesemua fasiliti yang disebutkan tadi berada di dalam bangunan pagsapuri yang aku dok sekarang.

Memang selesa. Selesa bangat.

Tambahan pula aku tidak perlu risaukan tentang tempat parkir. Aku ada satu petak khas untuk kereta aku.

Tapi keselesaan ini perlukan duit yang bukan sedikit.

Bila dikira-kira..... sewa rumah sahaja dah sampai RM1,000. Malah ada jugak yang minta sewa sampai RM1200 sebulan.

Dan rumah yang aku duduk ini berkeluasan 1,089 kaki persegi. Luas wooo!!! Harga pasaran sekarang sudah mencapai RM225,000 (berdasarkan harga yang ditetapkan seorang pemilik yang hendak menjual apartmentnya baru-baru ini).

Ikutkan hasrat di hati memang teringin nak beli tapi mahal ler plak... rasanya dengan harga yang sama aku boleh dapatkan rumah teres dua tingkat di kawasan Sri Kembangan. Huh..... lagipun sekarang aku membayar sewa bulanan dalam RM420 sebab memilih untuk menyewa satu bilik, dok seorang. Mahal kan? Maka bermulalah pencarianku untuk mencari sebuah flat atau rumah kos rendah dengan bulanannya cuma RM400 ke bawah. Tapi at least rumah itu milik aku.

Aku bajet harga rumah itu dalam RM100,000 je.

Dan itulah al-kisahnya. Dah jumpa dah sebenarnya.. tiga hari yang lepas.... tapi bank tak support pinjaman 100% .....

Itu kisah yang lain. Hehehe.  Yang penting tujuan aku membeli rumah sudah diterangkan di atas. Why not pay RN420 per month for a house that is yours? Rather than pay for a house that is not yours. Kan?

=p

Wednesday, May 4, 2011

Kepenatan.

Aku telah menjumpai rumah idaman aku. Cuma tinggal beberapa langkah lagi sebelum ia sah jadi milik aku. Tapi banyak halangan ler plak. Penat nak memikirkannya.

Aku pun tak tahu samada aku boleh dapat ke tak rumah itu. Rupanya simpanan aku belum cukup untuk memilikinya. Mungkin perlu top-up dari ibu bapa? Alahai.. malunya aku... huhuhu...

Tapi kalau boleh aku nak elak berbuat demikian. Aku perlu berdiri sendiri.. kenalah cari jalan.

Alhamdulillah.. ada jalannya. Tapi lambat ler.

Yepp.. walaupun aku bengang giler dengan boss korea aku yang berikan aku kerja part-time tanpa mengira aku bekerja siang hari dan hanya free pada malamnya. Hok neh.. sampai pukul 2 pagi aku masih terjaga sebab nak siapkan assignment. Very stressful lahhh... 

Esok ada lagiiii........ 

Takpe... aku dah hantar emel menyuarakan ketidak puasan hati aku. (err.. layak ker? kui3.. walaupun sebagai part-timer.) Oklah.. cukuplah beremosi. Kang dia tak nak bagi kerja kat aku.. aku yang susah nanti. Huhuhu..

Gimme more... gimme more.... eyes strained. My back hurts. Lack of sleep.

FORGOT TO EAT!!!

Money = Stress

Percayalah.

Tuesday, May 3, 2011

Pictures of Osama Bin Laden Being Dead are Fake?

Tengah mencuba untuk menulis entri untuk website orang lain.

Sudi-sudilah baca kat sini.

Thanks!

Pictures of Osama Bin Laden Being Dead are Fake?

=)

Pengalaman Mencari Rumah Bawah RM100k di Kuala Lumpur

Perghh.. panjangnya tajuk!

To date.. aku telah meninjau dua buah rumah yang dijual di bawah RM100,000 di sekitar Kuala Lumpur.

Rumah Pertama:

Satu rumah teres dua tingkat di Setapak Jaya dengan harga RM95,000. Tapi apabile pergi melawat tapak.. rumah teres itu rupanya kat belah-belah dalam. Clustered.. macam keadaan setinggan pun ada gak. Walaupun namanya rumah teres dua tingkat, tapi dia hanya ada dua bilik dan satu tandas je.

Rumah Kedua:

Satu lagi rumah yang aku baru je pergi melawat petang tadi ialah sebuah Flat PKNS di Setiawangsa dengan harga jualan RM85,000. Rumah flat itu terletak pada tingkat keempat dan tempatnya taklah crowded mana. Dekat dengan masjid.. itu yang besh.. tapi keadaan dalam rumah flat itu agak kurang menyenangkan. Oh well... kena tinguk pada harganya jugak kan? Berbaloi lah kot. Huhuhu. Aku dah dok bayang dah keadaan diri aku jika tinggal di situ. Nak pasang tiles lah.. nak ubah suai dapur dia lorr... dan tandas.. oh ya! Satu-satunya tandas dalam rumah itu terletak DI LUAR rumah!!! OMG!! Itu jer yang slack.. kalau tak.. aku dah berhajat dah nak beli rumah flat itu. Cuma melabur sikit je untuk upah mengubahsuai. Huhuhuhuhu...

OK.. aku minta pendapat kawan aku yang menemani aku tadi.. dia kata belilah rumah yang dalam pembinaan.

Aku telefon mak aku pulak.. dia kata kenapalah tandas tuh dok kat luar. Kan dah cun tuuu... kang tengah malam nak gi berak.. kena keluar rumah plak. Ntah-ntah ada orang minyak tengah mengintip. Haha.. lawaklah mak aku.

Kesimpulannya?


Aku akan terus mencari!

Monday, May 2, 2011

Nasi Goreng Terbaik di Kuala Lumpur hanya RM3.50

Selamat dalam perut. Alhamdulillah!

Kenapa ia nasi goreng biasa yang terbaik?

1. Ayam tidak bertulang.
2. Cukup rasa, bagi aku ler.
3. Kenyang
4. Hiasan pun lawa.. menyelerakan pada mana-mana mata yang memandangnya.
5. Nampak mahal padahal RM3.50 je.
6. Cepat jer diorg masak.. tak perlu tunggu lelama. I like!
7. Boleh beli berhampiran rumah aku. Bila-bila je aku leh beli, especially time pokai! =)

8. cukuplah... sampai tengah malam masih terbayangkan keenakan nasi goreng biasa dari Sentul ini.

Terbaik!!!

Just go to Restoran Al-Azmi di Bandar Baru Sentul. =)





Sunday, May 1, 2011

Sm*sh, kumpulan boyband Indonesia yang mirip Boyband Korea

Mereka bersama Lagu Hit mereka yang bertajuk "I Heart You" telah mendapat 2.5 juta views di Youtube. Kumpulan ini telah ditubuhkan pada April 2010, tahun lepas dan mendapat pujian dan jugak kritikan di Indonesia. Mereka juga berlakon sama di dalam satu sitkom yang dipanggil "Cinta Cenat Cenut"


Mereka jugak dikatakan ada FanPage di Facebook yang membenci mereka. Wahh.. kira femes banget dah diorg neh.

Nak kata mereka ada rupa macam Korea tak jugak.. cuma gaya je yang sama kot.
1. Mereka bukan bermata sepet.
2. Rasanya mereka tak tinggi. Haha.
3. Kulit tetap keindonesian beb.
4. Dan semestinya bahasa mereka bukan Korean.. tapi Indonesian.. Thus orang kata I-Pop bukan K-Pop.
5. Gambar mereka belum ada lagi yang berkualiti macam artis K-pop di internet. Usahakan la ye. Pasti ramai gadis yg curik gambar mereka dan dijadikan background desktop. =p


Muka Jambu, rahsia kejayaan mereka.
Gambar tak berapa clear.

Moga mereka berjaya dengan imej ini. Dah lama sebenarnya nak tinguk negara lain buat boyband ala-ala Korean ini. Mampukah mereka?

Cara nak memakai make-up ala Maybelline

Aku menontonnya dari fanpage Maybelline kat Facebook.

Baru tahu.. rupa-rupanya.. SENANG je rasanya memakai make-up. Hurmmm..


BB cream tuh haper? ekekeke..

Good Luck kepada Pelajar-pelajar Medik USM, Kelantan

Adik aku bakal menghadapi peperiksaan pada esok hari. Ehhh.. apsal takda cuti kat sana?

Sementara dia bertarung dengan exam.. aku plak bertarung dengan bantal di atas tilam yang empuk lagi selesa. Hahaha..

Good Luck kepada adik aku Zeneria berserta kawan-kawannya yang happy sokmo. Moga cemerlang dalam peperiksaan dan menjadi doktor-doktor yang hebat-hebat belaka.

Mana satu adik aku ye?

Dan moga lepas exam nanti die berkeadaan seperti di bawah...


*baca blog dia.. LUCU! HAHAHAH


Adakah Ho Chi Minh tempat yang sesuai untuk memborong?

Aku sedar.. sejak AirAsia melancarkan penerbangan yang low-cost, now everyone can fly.. ramai orang dengan harapan hendak menjadi peniaga telah menempah tiket untuk ke destinasi-destinasi menarik untuk memborong barang dari sana dan seterusnya menjualnya di Malaysia.

Aku melihat ramai kekawan facebook yang menjual pakaian yang ternyata TIADA di Malaysia. Agak-agak dari Bandung, Indonesia kot... Takpun dari China. Aku pun tak pasti.

Memandangkan bulan 6 ini, aku akan ke Ho Cinh Min untuk satu lawatan bersama rakan-rakan sepejabat, aku ingatkan nak melabur sikit untuk membeli secara borong kat sana.

Tapi ada apa kat sana ye?

Blank lah akuuu..... aku tak nak memboros dan membeli barang yang orang takkan beli. Huhu.

Any ideas please?

Tabung lagik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...