Sunday, July 31, 2011

Pindahnya Seorang Housemate

"Bye Kak Jard!"
Semoga Cik Amsal belajar bersungguh-sungguh untuk pengajian Masternya di Johor. Moga Allah permudahkan segalanya dan harap jodoh Amsal dengan "ehem" berkekalan. Jangan lupa jemput aku taw!

Pindahnya seorang sahabat tiada ganti. Ku doakan kejayaanmu.

Jumpa lagi! Uhuk! Uhuk!  =(

Saturday, July 30, 2011

Cek pertama Churp2 dan cek ke-16 dari Nuffnang

Kali pertama aku cash-out dari Nuffnang adalah pada 7 Februari 2010, tahun lepas. Skang dah cek ke-16. It's been that long eh? hehehe.

Dan ini pula kali pertama aku dapat cek dari churp-churp pula. Teringat dulu-dulu aku sakan amik gambar cek Nuffnang aku dan bubuh kat blog. Skang rasa macam tak wajar je. Hahaha... Lagipun bahagian nilai pada cek itu konfem disengajakan BLUR. Hah. Apa kes kan? Biasalah... masa tuh budak baru belajar... seperti kanak-kanak yang tersangat hepi dapat coklat.

Anyways........... THANKS CHURP-CHURP dan NUFFNANG! Bolehlah layan buffet ramadhan sekali-dua pada bulan Ramadhan nanti.

Muahzzzzzzz!!!!

Friday, July 29, 2011

Cabaran menganjurkan kursus bertaraf antarabangsa

Kursus yang dianjurkan bersama ABU akan berakhir pada 30hb Julai ini. Banyak sungguh pengajaran dan pengalaman yang ku perolehi sepanjang kursus ini dijalankan. Pengalaman manis ada... pengalaman pahit pun ada.

Cabaran Menjaga Kebajikan Peserta Dari Luar Negara:

  • Kalau adakan kursus di Hotel bertaraf lima bintang takpe jugak. Pihak hotel urus SEMUA. Tapi yang ini disebabkan perlu save bajet, kami buat kursus kat kompleks kerajaan je. Hah.. banyak nak kena tengok. Antaranya:
    • Mengenal pasti tarikh dan masa penerbangan mereka sampai ke sini.
    • Mengenal pasti adanya pengangkutan dari lapangan terbang hingga ke hostel.
    • Memastikan adanya bilik asrama yang kosong untuk mereka
    • Kena menyambut mereka dan bersedia menjawab sebarang pertanyaan tentang cara untuk cari makanan, air minuman dan sebagainya sebab bilik hostel tidak menyediakan semua itu.
  • Hal mengurus makanan untuk tea break dan makan tengah hari sepanjang kursus adalah seperti di bawah. Maaf, makan malam tidak disediakan.
    • Memastikan semua makanan dan minuman dilabel. Takut ada peserta yang tidak boleh makan daging lembu terutamanya yang beragama Hindu dan Buddha.
    • Air juga perlu dilabel contohnya air teh dan kopi.
    • Air teh dan kopi perlu disediakan berasingan dengan gula, susu pekat, susu cair, susu tepung sebab ada yang suka minum tanpa gula. Hah... kena buat macam kat hotel lah kiranya.
    • Pihak caterer perlu datang on-time. Sebab jadual kursus sangat padat. 
Nak siapkan dewan seminar takda hal. Susun kerus dan meja je la. Dan bubuh banner dah ok. Cuma hal kat atas je yang kritikal.

Hehehe... to date... aku dihadiahi empat cenderamata dari para peserta. Nak tolak nanti katanya aku sombong. Jadi terima jelah.. =p

PS: tak sabarnya menanti Ramadhan.. mungkin kesibukan kerja akan berkurang kot.

Thursday, July 28, 2011

Lagu Harimau Malaya - Era.FM.

GO TIGER! GO TIGER!! AUMMMMMMMMMMMMM!!!!!!!!



Real Party Era Aznil Ray and Hanif

Lirik Lagu Lirik Lagu DJ Era.Fm - Mantera Hitam Kuning (Go Tigers)
Wiraku tak gentar...
Wiraku tak tercabar...

Aku pernah gentar...

Wiraku...
Sarung bajumu...
Hitam kuning...hitam kuning

Hitam kuning..hitam kuning
Hitam kuning..hitam kuning
Go tigers...go tigers

Hitam kuning..hitam kuning
Hitam kuning..hitam kuning
Go tigers...go tigers

Hitam kuning..hitam kuning
Hitam kuning..hitam kuning
Go tigers...go go tigers

Salam dari kami di Malaysia..
Diharap pihak lawan sedia bersedia..
Harimau...
Belangnya sudah dibuka
Didalam AFF membuka tirai semangat berkobar...
AKu janji taat setia pada negara
Menjaga..
Harimau datang nak baham lagi ...aauumm
Harimau masih lapar lagi...
Harimau masih lapar lagi...

Wiraku tak gentar...
Wiraku tak tercabar...hitam kuning

Hitam kuning..hitam kuning
Hitam kuning..hitam kuning
Go tigers...go tigers

Hitam kuning..hitam kuning
Hitam kuning..hitam kuning
Go tigers...go go tigers

Kami..
Memang layak digelar juara
Sebab..kami berjiwa wira
Tanah...
Tumpah darah kita
Ayuh kita laung bersama-sama..aaummm
Perwiraku selesai kerja...aauummm
Itu semangat perwira kita
Memang tiada ukuran budi bahasa
Tapi adat resam budaya masih dijaga...yoo

Hitam kuning..hitam kuning
Hitam kuning..hitam kuning
Go tigers...go tigers

Hitam kuning..hitam kuning
Hitam kuning..hitam kuning
Go tigers...go go tigers

Wiraku tak gentar...
Wiraku tak tercabar...aaaumm

Menjadi Tourist Guide Sementara (Part 2)

Ya, ini kali kedua aku bawa peserta luar negara jejalan. Kali ini aku membawa seorang wanita dari Mauritius yang bernama Anouksha. (Perlu check balik nama dia sebab takut salah eja. huhu)

Aku bawa dia terus ke KLCC. Parkir kereta sepertimana aku buat semasa menjadi tourist guide sementara di bahagian 1. Tapi kali ini kami makan lasagna dari Cafe Milano. Tiba-tiba teringin nak makan lasagna..... kali terakhir bersama adik lelaki kot... huhuhu..

Anouksha kata ini pertama kali dia minum Milo Ais. Sedap katanya! muahaha!
Banyak benda dia tak pernah makan dan minum. Contohnya Nescafe, Milo, Roti Gardenia dan Maggi. Semuanya tiada di Mauritius. Dia cakap sedap tahu!

Anouksha, separuh Indian, separuh Mauritius. =)
Dan setelah mengenyangkan diri. aku membawanya ke perkarangan KLCC di luar. Hah... bergambar sakan lah. It amazes me every time I see how foreigners are SO DAZZLED by KLCC. 

Hah.. tangkap, jangan tak tangkap!
Sedikit info tentang Negara Mauritius.

Ia sebuah pulau dengan penduduk seramai 3 juta. Bangunan paling tinggi di bandarayanya hanya ada 10 tingkat je. Takkan jumpa bangunan tinggi-tinggi macam di KL neh... so itulah sebabnya Anouksha sedikit terpegun dengan bandaraya KL. =)

Ada dua musim di Mauritius. Musim sejuk (tiada salji tapi sejuknya 20'C) dan panas... sama je macam di Malaysia (kot). Dan ada perbezaan masa sebanyak 4 jam dari Malaysia. Kalau kat Malaysia pukul 10 malam, maka kat sana asih 6 petang.

Wahhh... nanti nak merancang ke Mauritius pula. InsyaAllah. =)


Wednesday, July 27, 2011

#7 Wordless Wednesday

Tuesday, July 26, 2011

Ke Jepun?

Aku rasa hampir setiap tahun nama aku naik untuk ke Jepun oleh Jabatan aku. Tapi selalu je tak dapat, antara sebabnya ialah aku belum disahkan dalam jawatan.

Tahun ini?

Aku menerima surat yang menyatakan aku telah disahkan dalam jawatan pada 11 Mei 2011.

Makanya.....................

=)

So let's start planning! Moga-moga dapat! Huhuhuhuh!

Membeli Set Merenjis RM160 di Jalan TAR

Pada hari Sabtu yang lepas aku pergi usha harga peralatan merenjis untuk majlis perkahwinan atas permintaan ibu aku. Dia minta tolong carikan yang murah-murah di KL. Aku pun tak tahu MURAH itu yang macam mana tapi aku turuti je.

Lagipun aku dah lama tak gi shopping mahupun windowshopping. Sibuklah katakan. Huhu.

Setelah meninjau kawasan panas jualan barangan kahwin... aku temui set merenjis seperti di bawah. Ia memerlukan aku untuk memasangnya sendiri. Murahnya... boleh tahan. Kebanyakan kedai lain yang aku survey meletakkan harga dalam RM300 ke atas.

Yang ini...... RM160 beb!!! Itupun setelah tawar-menawar dengan tauke kedai.

Aku rasa mungkin slang kesabahan aku yang comel dan lunak kot yang berjaya memikat si tauke untuk menurunkan harga? Hahaha.

Berikut adalah sesi memasang set merenjis yang baru berlaku tadi dalam bilik tidur aku. Dari dalam kotak sehinggalah ia berdiri segak bergaya lagi mempesona. Lalala....

Mudah je rupanya!!! Sekejap je aku pasang.
Aku masih tak percaya aku boleh membeli benda ini dalam harga yang begitu murah. Seyes... aku rasa sangat bertuah. Ermmm... tapi tak tahulah kalau tempat lain dapat lebih kurang dari RM160. Kalau ada... kasi tahu aku ye. =p

Yang siap dipasang!
Kesimpulannya... rajin-rajinlah survey kesemua kedai yang ada supaya dapat BEST PRICE!
=)

*bajet aku RM300.. dah terbeli yang murah... yang lebihnya nak simpanlah. heee


Monday, July 25, 2011

Ada dua golongan blogger dalam dunia blog

1. No Face Blogger
Kenapa dikatakan NO FACE? Sebab dia tak bubuh gambar dirinya dalam blog. Mungkin dalam segmen "about me' ada tapi berapa ramai pengunjung blog yang usha segmen tu kan? Blog dia dipenuhi dengan berita-berita sensasi masa kini. Mungkin bertemakan politik, mungkin pasal gajet terkini, mungkin pasal agama. Macam-macam ada. Yang penting tiada satu pun entri berkenann kehidupan peribadinya. Ada gak yang menjadi full-time blogger dan berjaya menjana pendapatan tetap dari blog sampai ribu-riban. Ramai je macam ini tapi kita je tak perasan. =p

2. Personal Blogger
Hah... buka je blog nampak mukanya kat header. Biasanya blogger yang full-time dalam kategori ini akan selalu menerima undangan ke mana-mana event, product launches, food review, movie review dan sebagainya. Dah macam orang media pun ada tapi tanpa bos dan gaji tetap. Tapi blogging sekadar part-time dan di samping dapat macam-macam undangan, kira untung badan la. Haha...

Aku lak dalam kategori mana?

Semestinya yang kedua. Walaupun tiada muka aku kat header tapi blog aku memang pasal kehidupan aku. Kini... setelah dua tahun berkecimpung dalam dunia blog, pencapaian blog ignorantbrat ini telah capai satu tahap yang tidak pernah diimpikan. Nak kata ada pendapatan tetap dari blog.. tidaklah... to me, money comes second sebab aku ada kerja tetap. Tambahan pula buat kerja freelance lagi. Blog ini telah membuka peluang lain yang tak mungkin aku perolehi dari mana-mana kecuali dari blog.
  • great blogger friends
  • free food
  • free stuff
  • extra income
So, that's why I love blogging!!! *itu je mesejnya... hehehehehe..   

Sunday, July 24, 2011

BB Cream terbaru keluaran Garnier



Sekilas pandang:
Harga: RM19.90
Berat: 20ml
Buatan: Thailand
Kesukaan: Murah! Dan kurang berminyak!
Kebencian: Kurang menutupi kecacatan kulit! T_T
Kemungkinan untuk membelinya lagi: Ya!! Sudah pasti! :D

Pembungkusan Produk:
~semestinya dalam kotak dan rupanya seperti di bawah.



Tekstur dan Bau:
Bau dia macam bedak. Agak berkrim dan cair. Senang diratakan pada kulit muka.

Cair jugak lah. Kena hati-hati jangan picit terlalu kuat.
Boleh cuba pada kulit tangan dulu. 
Apa hasil penggunaannya pada muka?
Kulit boleh dikatakan telah diratakan. Bahagian yang bersinar-sinar telah berkurang setelah memasang BB Cream ini. Kemerahan bolehlah dikatakan telah berkurang. Tompok-tompok hitam juga berkurang walaupun masih kelihatan. Haha.

Nampak tak garisan pada muka aku? Berkurangan kan? kan?

Bagi aku OK la. 
Deskripsi Produk dari Garnier:

Sumber dari Press Kit yang diberikan.

Pendapat Jujur Aku:

Ini kali pertama aku menggunakan BB Cream. Dan boleh dikatakan kini aku faham kenapa ramai wanita suka menggunakannya. Krim ini boleh menggantikan bedak muka jadi selepas ini tak PAYAH pakai bedak dah.

Murah... tapi tidak menghalang aku dari mencuba BB Cream yang lain. Ye dak?

From Bangladesh with love.

Sejak seminggu yang lepas, henfon aku tak pernah sunyi. Ada je orang menelefon untuk meminta bantuan, membuat aduan dan macam-macam lagi. Aku pun dah naik muak tapi inilah tugas aku selama dua minggu sehingga 30 Julai 2011.

Pada suatu malam semasa bertugas di hostel untuk menerima batch kedua untuk workshop kedua minggu ini, seorang peserta dari Bangladesh menemui aku di bilik operasi hostel. Dirinya ada hajat pada ku. Dia minta aku datang biliknya untuk seminit.

Terkejut dengan permintaannya, aku tanyalah kenapa.

Dia kata ada sesuatu yang hendak diberikan kepada aku.

Errrr....... tak baik berburuk sangka kan? Jadi aku pun ikut saja. Kot-kot benda penting kan? Manalah dia berani nak apa-apakan aku di tempat kerja. Haha.

Sesampai di hadapan pintu biliknya, aku cakap aku nak tunggu di luar je. Dia pun masuk...

Apabila dia keluar, dia serahkan satu kotak yang dibungkus kemas. Apakah?

Awwwww...... dia menghadiahi satu jam meja kristal untuk aku. So sweet!
Mungkin sebagai penghargaan sebab aku menjadi HOST yang baik hati kan?

=)

PS: Ada peserta lain yang turut berikan aku hadiah. pehhh...

Saturday, July 23, 2011

Santapan Buffet di Latest Recipe, Level 5, Le Meridien Kuala Lumpur

 Aku bersama rakan satu pejabat telah membuat tempahan untuk makan malam di Le Meridien Kuala Lumpur. Sebenarnya peluang untuk makan di restoran ekslusif ini adalah atas rekemen kawan blogger cik lily putih. Katanya seramai 20 blogger yang telah dihantar kepada pihak Le Meridien untuk ditapis dan hanya seramai 5 blogger Melayu yang terpilih untuk membuat review tentang makanan Ramadhan Buffet di sini.

I must say... I feel truly blessed and happy to be chosen. 

Setelah berurusan dengan pihak Last Recipe, aku diberi peluang untuk menikmati peluang ini bersama seorang lagi rakan. Apa lagi... harusnya aku bawa kak Azizah dari opis yang telah banyak membantu aku. =)
Aku syg akak ini. =)
Kami sampai restoran di tingkat 5 itu pada pukul 6:30 petang. Dapat goody bag dan mendapat sambutan yang ramah di pintu masuk. Beberapa orang kuat Last Recipe telah menyambut kami dengan begitu ceria sekali.
Sesi berkenalan dan bertukar-tukar business cards. ehehehe

The men behind the success of Last Recipe. Dari Kiri : Fauzi Wahab (Pengarah Makanan dan Minuman),
 Andrew Fairbairn (Pengarah Jualan), Rajan Ratinahvelu (Pengurus Restoran) dan
Damien De Costa (Pengurus Distribusi Online)

Setelah berkenalan dan meninjau makanan yang ada... it's MAKAN TIME!!!

Meja khas untuk blogger yang dijemput khas. Rasa sangat dihargai. =)

Aku sangat terpegun dengan konsep Live Kitchen yang mereka amalkan.

Ini bahagian yang paling aku suka. Daging mereka sangat LAZAT! I'll opt for Teppanyaki anytime!
Aku rasa chef ini dari Spain. Chef Antoine is his name. Tekun benar nak sediakan makanan. Hehehe.
The noodle man!!! 

The Kambing Man! Opps! That didn't sound right. Hurmmm... 
Dan semestinya jangan lupa bahagian DESERTS. Oh god... ada ais krim, cendol, kek, tarts, mashmellows... rasa nak ngap je semua. Haha.

Ais krim ciptaan sendiri. Boleh tambah apa sahaja padanya. Oreo ke... coklat cips ke.. macam-macam ada!
 Dan yang paling LAZAT sekali bagi aku ler... adalah the chocolate fountain khas untuk mencelup strawberries, mashmellows dan buah-buahan yang lain.

OH MY GOD!!!! Tersangat HEAVEN!!!!!!!!!!!!!!

Dua round jugak aku melantak kat sana. Haha.
 And last but not least.... the great bloggers that accompanied me at this food review event.

Dari depan (anti-clockwise) Hazman, me, cik lilyputih,
afra yuri, kak ina KL, rebecca and... oh my. will update his name. Forgot plak. huhu 
Terima kasih kepada pihak Le Meridien dan Last Recipe for the invites.

Jom cuba!!!

Bagi mereka yang berminat untuk berbuka puasa di sini pada bulan Ramadhan, korang bolehlah usha laman web ini.

Parking rates, RM8 first two hours if you are a diner at Le Meridien. Atau RM5 per night for hotel guests. Pastikan korang minta cop tiket parkir di kaunter ye.

Happy dining!

Friday, July 22, 2011

Bagaimana Nak Halau Orang Dari Duduk Asrama?

Apa masalahnya?

1. Dia dari luar negara yang datang berkursus di tempat aku.
2. Dia bawa keluarga dia sekali. Bini dan dua orang anak.
3. Kursus sudah tamat tapi dia masih nak duduk asrama kerajaan yang mengenakan caj RM80 satu malam itu. Murah kan? Dia kata tiket balik pada Rabu minggu depan. 5 hari overstay tu beb. Huhuhu.
4. Dia telah melanggar 2 peratuan asrama. a. bawa keluarga. b. menginap tanpa tujuan rasmi


Siapa yang kena halau dia? Penyelia Asrama lah.. tapi nampak gayanya tiada siapa yang sampai hati. Huhu.

Akhir sekali, aku hanya memberi peringatan padanya dan suruh lain kali perkara ini tidak boleh diulangi.

Huhuhuhu....

Thursday, July 21, 2011

Menjadi Tourist Guide Sementara

Atas permintaan last minute dua orang peserta dari Singapura yamg juga merupakan orang Malaysia tapi berstatus PR Singapura, aku diminta untuk membawa mereka ke tempat makan yang sedap di Kuala Lumpur. Setelah lama berbincang dengan kekawan di twitter dan juga rakan pejabat, ramai yang sarankan "Look Out Point Ampang". Tapi masalahnya aku tak pernah ke sana dan hendak membawa bukan dua... tapi tiga orang lelaki asing ke sana agak menakutkan maka aku bawa mereka ke Restoran Al Azmi sajalah.

Berhampiran rumah aku je senang cerita. Muahahaha.. Janji pak-pak ini belanja makan dan refuel my car.


Ikan Siakap 3 Rasa 

Jus Karot Susu untuk aku. Aku tak tahu apa minuman lagi mahal dari itu. Kah3x

Ayam palprik. Ayam sikit benor.. hiasan je lelebih. Haihh...

Udang goreng tepung. Separuh dah kena makan. 

Tukang sponsor. En Aziz dari GlobeCast Broadcast, Singapura.
Lepas mengenyangkan diri di sana, kami seterusnya ke KLCC sebab Pak Imam dari Indonesia tidak pernah ke sana. Jakun gak dia... siap ternganga semasa berada di sana. Wakakaka...

Dari Kiri, Imam (Indonesia), Aziz (Singapura) dan Yazid (Singapura)
Cehh... Imam ingatkan aku Melayu campur Cina. Wakakakaka... Aziz dan Yazid berhasrat nak kerja kat RTM sebab kualiti rancangannya tak bagus. Mereka kononnya nak naikkan taraf RTM sekiranya bekerja di sana. Siap tanya gaji semua.

Tapi masalahnya gaji mereka kat Singapura dah tinggi dah. Dua-tiga kali ganda lebih besar dari gaji aku

Tak yah la. Heh.

Biar begitu, terima kasih belanja makan dan belanja minyak kereta aku. =)

Wednesday, July 20, 2011

#6 Wordless Wednesday

Tuesday, July 19, 2011

Salahkah pihak sponsor kontek blogger terus tanpa melalui syarikat pengiklan?

Perkara ini menjadi buah mulut di kalangan blogger sekarang. Aku mendapat berita adanya blogger yang dimarahi syarikat pengiklanan kerana tidak melalui mereka untuk menghadiri sebarang event. Kini pihak penganjur atau sponsor sudah pandai menghubungi blogger tanpa memaklumkan syarikat pengiklan.

Aku pun naik hairan juga apabila mendapat tahu hal ini. Setahu aku, tiada perjanjian antara aku dengan mana-mana syarikat pengiklan yang melarang aku menerima undangan/jemputan event dari penganjur. Come-on lah, we are all independent bloggers. Tak terikat dengan mana-mana syarikat. Lagipun blog ini hanyalah blog peribadi... bukannya media.

Haiyaaa... pening dengan situasi ini.

Kalau betul pun nak marah-marah.... meh.. sila tawarkan satu proposal yang aku boleh sain dan dapat pendapatan tetap darinya. Boleh?

Until then, aku bebas untuk menerima mana-mana jemputan/undangan yang aku berkenan nak pergi. Bukan dapat duit pun... setakat dapat makan FREE dan goodies bag je pun. Hehehe.

My choice, your loss. 

=p


Monday, July 18, 2011

Malapetaka petang tadi

Baru nak kata semuanya berjalan lancar, tiba-tiba caterer buat hal plak.

Mereka lambat menyediakan makanan minum petang. Lewat selama 30 minit. Kesian kesemua peserta antarabangsa yang terdiri daripada 22 orang  luar negara dan selebihnya adalah peserta tempatan seramai 20 orang yang terpaksa tunggu di ruang lobi dalam kelaparan (kot).

Huhuhuhu... aku baru je nak celebrate hari pertama ini dengan riang gembira kerana tidak wujudnya sebarang masalah serius. Hal ini pula berlaku.

Apa kata pihak sponsor terhadap hal tadi?

"I'm not going to pay THEM."

Fuhhh... garangnya ayat. Huhuhuhuhu...

Alhamdulillah

Tolak tepi orang Myanmar yang agak kacak bila berpakaian formal, tolak tepi aku sebagai ketua kumpulan KIK untuk department aku tapi tak present (minta orang lain) dan tolak tepi semalaman tak tidur lena sebab tunggu kedatangan peserta.

I must say, semuanya berjalan lancar pada hari ini.

=)

Sunday, July 17, 2011

Bermalam di pejabat

Aku sedang menunggu ketibaan tetamu dari Singapura, Bhutan, Sri Lanka dan Bangladesh. Esok pagi mereka perlu berada dalam dewan seminar pada pukul 8 pagi untuk upacara perasmian. Moga diorg tiada masalah untuk sampai ke sini.

Setakat ini, aku dapat pelajari bahawa orang Bangladesh tak suka makan nasi goreng. Mereka lebih prefer nasi putih. Penat je aku belikan nasi goreng ayam + kuah kari. T_T

Lagi satu, kebanyakan mereka beragama muslim walaupun nama mereka tidak Islamik. Contohnya... Jayprakashsingh. Hah.. agak-agak dengan nama begitu, korang dapat cam dia seorang Muslim?

Malam sudah sunyi. Teman tidur aku aka housemate sudah lama terlena di bilik keluarga di tingkat 3. Aku bila lagi? *sambil menguap.

Tidak bosan tonton bola, walaupun Malaysia kalah 3 lawan Liverpool 6

Baru sampai rumah. Tak sempat nak tengok bola tapi hebatnya pasukan Harimau Malaya hingga menjadi TOP trending dalam twitter sedunia. He he he.

Bak kata pakar bola di bawah, sekarang rakyat Malaysia tidak bosan menonton bola sepak Malaysia berbanding awal 90an. Aku yakin, bola sepak Malaysia akan terus berkembang maju. =)


Lihat sajalah peminat bola di stadium.


Ahhh... this picture says it all. (gambar dari sini)

Saturday, July 16, 2011

Blogging dari Angkasapuri

Aku rasa jadi event planner besh laaa... ekekeke...
Tapi mungkin perancangan aku agak melampau. Takut Dato' tak consent tindakan aku suka-suki susunkan meja kerusi di lobi bangunan pentadbiran. He he he. Tunggu isnin baru tahu la kot. Samada murka ke tak. Hurmm...

Aku kini berada di belakang bilik operasi Asrama Seri IPPTAR di angkasapuri..

Setakat ini, sepanjang aku bertugas, semuanya ok. Kot.
1. 2 orang sudah sampai, Mauritius dan Bhutan.. tinggal orang dari Sri Lanka je belum. Ntah bila dia nak sampai.. kalau dah sampai baru leh balik rumah.
2. Masalah pasport. Orang dari Mauritius tidak suka tinggalkan pasport di pondok pak guard. Aku dah dua kali turun pondok pak guard sebab nak uruskan pasport tu. Jadi aku nasihatkan orang Mauritius tu, lainkali kalau nak keluar dari angkasapuri, keluar jelah. Tak payah nak singgah bagitahu pak guard. Kalau kena tahan, cakap jelah tengah menginap di asrama dalam Angkasapuri. Harap tiada masalah lagi lepas tu.
3. Ada orang RTM nak duduk juga hostel tapi masalahnya sudah FULLY BOOKED. Camna aku nak bagi orang duduk hah?
4. Jabatan aku menyertai perlawanan bola sepak pagi tadi. Ada tiga kali lawan, semuanya kalah teruk. Ekekeke...
5. Setting untuk catering sudah siap. Cun! *senyum lebar.
6. Syukurlah bilik operasi asrama sangat selesa dengan adanya Internet, printer, dan sofa, kot-kot aku nak tidur. Making myself right at home! Bolehlah buka hotel lepas neh. *berangans plak

Hah... seharian jaga asrama besh jugak rupanya.

Ada sesiapa nak menginap di Asrama Seri IPPTAR, kami caj RM80 je untuk satu malam. hehehehe.. tarafnya sama dengan hotel 3 bintang. =)

Berminat?

Friday, July 15, 2011

Bekerja di hujung minggu

Seawal pukul 7 pagi perlu berada di pejabat pada esok hari.

Hendak menyambut kedatangan tetamu dari Nepal dan Mauritius seawal 7:00 pagi. Yang lain akan muncul pada hari itu atau hari Ahad.

Nampaknya aku kena standby hari Ahad jugak.

Petang Sabtu jugak kena setelkan hal caterer plak. Kena setkan meja, kerusi, dan hiasan. Biar nampak grand sikit. Menu yang aku pilih ialah ala Oriental Buffet Style. Nasib baik dipersetujui pihak bertanggungjawab.

Wah wah wah... pertama kali aku terpaksa kerja di hujung minggu.......  and guess what?

I LOVE MY JOB! =p

Note to self:
- Dapatkan 25 set kunci untuk asrama pada hari ini
- Banner digantung dalam tempat workshop.
- Sediakan 4 meja di ruang lobi

Yes I was the FATTEST baby in the family, but I'm also the CUTEST. True story.

Ini adalah kata-kata adik perempuan aku pada status Facebooknya.

Mari kita lihat kebenaran kata-katanya.

Hahaha.. tembamnya diorg!

Ayah bersama empat orang anaknya. =p

Macam hantu plak aku dalam gambar ini. T_T

Ok.. kesimpulannya... adik aku taklah segemuk mana. Hahahaha.. tapi comel lah jugak.

Kami semua memangpun comel semasa kecil.

Dah namanya Anak Ayah. =)


Thursday, July 14, 2011

Pra-tonton Wayang Larry Crowne dari Advertlets

Terima kasih kepada Bro Framestone atas tiket ini. Dia uar-uarkan tiket ini melalui Twitter dan aku merupakan orang pertama yang menyatakan minat untuk menggantikan tempatnya. First come, first serve. Hehehe. Ini merupakan pengalaman pertama menuntut tiket wayang daripada caunter yang bukan milik NUFFNANG. Kali ini, aku tuntut tiket daripada Advertlets @E-CURVE, Damansara.

(Bro.. gambar ade satu je, masih mencari cara untuk transfer ke PC. Sabar ye, nnt ku pass kat bro)

Cerita Larry Crowne yang diarahkan dan diterbitkan oleh team produksi Tom Hanks sendiri mempunyai jalan cerita yang agak menarik dan lawak! Pasti korang akan tergelak-gelak menonton cerita ini. Konfem! Dan selain itu, filem ini juga mampu memberi inspirasi kepada mereka yang menghadapi kesukaran yang sama seperti orang dalam cerita ini. Keadaan hilang kerja, menduda, tiada anak, rumah terpaksa dilepaskan... huhu,,, times are hard.



Aku rasa pasti ia mencabar untuk mengambil keputusan kembali ke sekolah pada usia yang agak lanjut itu. Tapi demi mengubah hidupnya, dia telah melalui macam-macam.

Yang paling sweet bila Julia Roberts (Tainot) tanya Tom Hanks (Larry), "They say I changed your life," dan Larry cakap, "I met you." Omo... omo... sweetnya!!! Kalaulah ada mamat kata macam itu kat aku. Konfem cair dan terharu tahap baban tuuu... huhuhuhu...

All in all.... cerita ini best dan penuh inspirasi. A feel good movie with a twist of humor. 


Wanna be inspired?

WATCH THIS!!!!

4.2/5 STARS.

Wednesday, July 13, 2011

#5 Wordless Wednesday

Tuesday, July 12, 2011

Kenduri serlahkan seri light Garnier Bersama Lisa Surihani - 10 July

Aku menerima undangan melalui e-mel daripada Cik Connie (Sr. PR Manager - Consumer Products Division, L'OREAL Malaysia Sdn Bhd) dan juga SMS peringatan setiap hari dari pihak Garnier berkenaan kenduri ini, Pada mulanya aku cuba mencari teman untuk ke sana tetapi sambutan agak hambar di kalangan geng Memuah aku. Jika ada yang ingin ikut, aku perlu meminta kebenaran khas dari Connie untuk membolehkan mereka ikut aku. Ramai pun tidak apa. Hanya Kapten Atok seorang saja yang pantas ingin menyertai bersamaku tapi memandangkan dia lelaki, aku batalkan saja ajakan tadi sebab tak mahu digosipkan oleh para blogger di sana nanti. Sori ye kapten. Huhu.

Dan tiba-tiba doktor gigi aku menelefon pada hari Jumaat katanya aku ada appointment pada hari Ahad... lagilah terasa macam tak boleh pergi je Kenduri Garnier ini. Aku pun mula risau. Tapi alhamdulillah... sejurus selepas jumpa doktor gigi, aku terus beredar ke Shah Alam. Memang pada hari Ahad yang lepas, aku langsung tak lekat di rumah selama sehari.

Dan seharusnya banyak-banyak terima kasih diucapkan kepada Cik Connie untuk undangan itu.

Bersama Connie NG yang layan kami nagaikan VIP. Thanks Connie!
Bloggers di atas ialah geng event aku. Asyik-asyik di mana-mana event, mesti dapat jumpa diorg. =)

Dalam event itu, sebelum Lisa Surihani sampai, kami dihidangkan pelbagai makanan dan minuman di sebuah bilik berhawa dingin. Kononnya untuk VIP la kiranya. Ekekeke. Bersama kami jugak ialah wartawan dari majalah Remaja dan satu lagi majalah. (tak inga. hee)

Kami juga berpeluang menemui ibu Lisa Surihani. Alahai... makcik slim jugak macam Lisa ehh?

Keciknya mak Lisah.... huhuhu...
Lisa Surihani keluar menemui hadirin dalam pukul 1:40 petang. Haha.. yang beshnya.. kami yang kononnya mewakili pihak Media berpeluang untuk bergambar dengan dia terlebih dahulu sebelum hadirin lain. Apa lagi... bergambar sakan lah atas pentas!

lisa tersangat CANTIK!!! 
Kenduri ini untuk memperkenalkan barisan produk Garnier khasnya untuk penjagaan kulit supaya lebih cerah seperti Lisa Surihani.

Antara barangan yang kami terima dalam Goodie Bag.
Sejak hari itu, boleh dikatakan kini aku pengguna Garnier yang setia. Hehehe..

Mana tahu kulit aku boleh secerah kulis Lisa Surihani. (Nak slim macam dia jugak. uhuk!)

Lisa nampak tinggi sebab dia pakai kasut tinggi. 
Nasib baik aku dapat attend gak event ini. 

Thanks Garnier and Connie!

Monday, July 11, 2011

Lagi dua tahun, mungkin?

Banyak perubahan yang telah berlaku di tempat kerja aku. Ramai kenalan telahpun dinaikkan pangkat... dan ramai juga yang telah ditukarkan tempat kerja. Kerjaya aku di sini memang memerlukan aku untuk bertukar tempat bertugas setiap 3-5 tahun. Jabatan akan reshuffle pegawai-pegawainya kerana seseorang pegawai takkan kekal selama-lamanya di satu tempat.

Mungkin aku ke penang? Mungkin ke Sibu? Mungkin ke Kelantan? Siapalah tahu selagi surat arahan pertukaran tidak sampai depan mata aku. Huhuu

Itulah yang merisaukan aku... sebab kini aku telah bertugas selama 3 tahun di tempat sekarang.

Mungkin.

Mungkinkah?

Akan tiba masanya aku turut ditukarkan ke tempat lain. Mengalami persekitaran kerja yang baru pula. Nak naik pangkat belum boleh lagi sebab aku belum cukup syarat. Banyak proses lagi yang perlu aku jalani sebelum dinaikkan pangkat. Mungkin dalam 3-4 tahun lagi kot. InsyaAllah. =p

Ahhhh......... aku turut sajalah. Nasib kerjaya aku macam inilah... aku akan menurut perintah.~

Pengalaman Lucu #1

Aku nak memulakan sesi pengalaman lucu dalam blog aku.. kot-kot suddenly teringat kisah-kisah lucu.

Kisah ini berlaku semasa aku menjadi fasilitator untuk budak-budak bawah 10 tahun. Semasa sesi ice-breaking..Camneh lah lebih kurang.

Aku ajukan beberapa soalan kepada kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun.

Siapa nama?
Fazeera.
Apa nama ibu kamu?
Nurhamiza.
Ohh.. cantik nama ibu kamu ek. Apa nama bapa kamu?
Sama.
Huh?


HAHAHAHAHAHA.... *aku masih tergelak-gelak bila terkenang budak itu.. sampai sekarang dok kenang2.

Sunday, July 10, 2011

Jihad aku semasa #BERSIH 9 Julai 2011

Dalam pukul 10 malam semalam aku terima satu SMS dari seorang sahabat,
"Salam Jard, Seorang fasilitator diperlukan di Seksyen 20, Shah Alam, esok pagi pukul 9. Bawa baju lebih."

Aku pada ketika itu tengah memikirkan tentang kejadian Bersih yang akan berlaku di bandaraya dan betapa banyaknya laluan utama akan ditutup esok. Tapi akhirnya aku bersetuju untuk menjadi fasilitator "bidang terjun" dalam program itu. Lebih baik menyumbang kepada masyarakat daripada dok syok sendiri kat rumah kan? Tugasan seperti ini tiada bayaran, okeh. Aku datang pun atas rasa kesedaran dan tanggungjawab. Huhu.

Untuk siapa dan berapa orang peserta... belum ku tahu. Akan tahu bila sampai sana saja.

Dan program inilah yang ku terlibat.

Program Smart Solat untuk anak-anak Polis di
Kompleks Perumahan Polis Seksyen 20, Shah Alam
Dalam satu kumpulan ada 10 orang kanak-kanak. Kumpulan aku khasnya terdiri daripada kanak-kanak berumur dari 5 tahun sehinggalah 8 tahun. Peserta paling tua dalam program ini ialah darjah enam kot. Inilah program pertama yang pernah aku ikuti yang melibatkan kanak-kanak. Hahahaha.. takut den.

Mula-mula mereka membahaskan aku sebagai akak.. lama-kelamaan mereka memanggil aku cikgu... dan akhir sekali mereka panggil aku ustazah. Wahh....... luruh jantung aku beb. Rasa tak layak je gelaran itu... Yang tak boleh blah.. ada seorang kanak-kanak itu.. aku masih ingat namanya iaitu Khairunissa, yang memanggil aku IBU.

Darn.... tiba-tiba teringin ada anak sendiri. T_T

Comel ohhhhhhhhhhhhh!!!!!
Comel betul tengok kanak-kanak semuanya pakai tudung. Menyesal tak bawa kamera digital. Yang ada kamera cap ayam dari henfon cap CSL murahan je. Huhuhuhuhu... kalau tak, pasti ramai yang jadi mangsa lensa aku.

Ibu-ibu peserta program terdiri daripada isteri-isteri polis yang mana suami mereka sibuk bertugas di Bandaraya sempena BERSIH. Kesian diorg dok cerita pasal kesemua polis dilarang ambil cuti dan dilarang keluar negeri semata-mata untuk menjaga keselamatan negara pada hari 9 Julai 2011 itu. Takpa kak, dok rumah dan pastikan anak-anak tahu cara solat lebih baik kak. Ehem... 

Sesampainya aku di rumah pada malam semalam, tanpa sebarang kesesakan lalu lintas dari Shah Alam ke Kuala Lumpur, aku terasa puas hati sebab... secara tidak langsung... aku terlibat dengan "BERSIH" cara aku ler. Mungkinkah ini baru dikatakan jihad? Sebab berjaya melawan kerisauan terhadap jem, roadblock dan nafsu untuk berehat hari Sabtu demi mendidik kanak-kanak ini cara solat dengan betul. What do you think? 

=)

Saturday, July 9, 2011

Aktiviti Aku Ketika #BERSIH 9 Julai 2011

Ehsan daripada adik lelaki aku.

Semua cerita di atas berada dalam External Hard Disk aku.... ntah sempat ke tak aku tonton kesemuanya hari ini. KEkekekekeke....

Selamat memBERSIHkan diri semua!!!

=p

Friday, July 8, 2011

Senarai Laluan Ditutup 9 Julai 2011 (Sabtu)

Polis akan menutup hampir 30 jalan utama di ibu negara Sabtu ini menjelang tiga perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih 2.0, Perkasa dan pemuda UMNO bermula jam 12:01 pagi sehingga 10:00 malam.

Antaranya ialah:
  1. Lebuh Ampang
  2. KLCC
  3. Bank Negara
  4. Dataran Merdeka
  5. Sogo
  6. Chow kit
  7. Menara Sultan Ismail
  8. Masjid Negara
  9. Jalan Raja Chulan
  10. Jalan Ipoh
  11. Sentul
  12. Jalan TAR
  13. Jalan P. Ramlee
  14. Jalan Bandar
  15. Subang jaya (berhampiran Segi)
  16. Sunway Piramid dan Subang Parade
  17. Lebuhraya persekutuan
  18. LDP
  19. Lebuh raya KL- Seremban di Seri Kembangan
dan mengikut sumber, berikut adalah PANDUAN untuk aliran trafik di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

  1. Trafik dari Lebuhraya Perseketuan ke KL akan dilencongkan ke Jalan Kelang Lama, Sungai Besi dan Lebuhraya Seremban
  2. Trafik dari Jalan Kelang Lama ke Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Lebuhraya Seremban atau Petaling Jaya
  3. Trafik dari Jalan Bangsar/Travers ke pusat bandar akan dilencongkan ke Jalan Mahameru
  4. Trafik dari Jalan Mahameru ke pusat bandar akan dilencongkan ke Jalan Bangsar.
  5. Jalan dari Sungai Besi ke Istana Negara akan ditutup.
Maka bersedialah untuk mengubah haluan anda jika tersangkut dalam JEM.

Bersedia dengan jalan-jalan "shortcut" atau tunggang motosikal saja lah.. HEH!

Sekian maklumat khidmat masyarakat dari ku.

Kenapa Najib Sebak Atas Pentas?


Bukan Hari Peneroka yang ku hadiri pada hari ini... tapi Majlis Perasmian Program Mengenang Tokoh Negarawan... siapa lagi kalau bukan Allahyarham Tun Haji Abdul Razak. Perdana Menteri kita yang kedua.

Perasmian ini diadakan di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang.

Banyak gambar tapi itulah... kena check tahap kerajinan aku nak update. Huhuhu... Sebab aku perlu siapkan kerja lain pula malam ini...
Anak sulung Allahyarham Tun Razak
Namun yang penting... mata aku agak berair jugaklah apabila mengenang Allahyarham. Kalau mata aku sudah berair.. apatah lagi anak lelakinya, PM kita kan? Seb baik ucapan beliau pendek je sebab suaranya macam nak pecah je akibat terlalu sebak... huhuhu..

I feel you Dato'. T_T

Al-fatihah buat Allahyarham yang telah meninggal dunia akibat penyakit leukemia ketika berumur 54 tahun pada tahun 1974.

Allahyarham bersama anak bongsu, Nazir (sumber)

Tabung lagik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...