Tuesday, August 30, 2011

Memperingati arwah...

Kebiasaan pada setiap pagi raya, ayah akan ke masjid bersama sesiapa yang tak uzur. Malangnya tiga orang dari anak daranya "cuti". Tinggal anak2 jantannya saja.

Anak lelaki yang sulung sudah mula memainkan peranan sebagai tunang yang bertanggungjawab dengan membawa bakal isterinya ke masjid. Manakala yang lain membantu mana yang patut di rumah untuk menyambut sesiapa yang datang bertandang.

Lemang, serunding, kari ayam dan kuih raya menjadi hidangan.

Walaupun tak ke masjid...... namun ke kubur menjadi satu tanggungjawab... to celebrate LIFE, we must first commemorate the DEAD. 

Al-fatihah buat arwah datuk, Hj Mulud bin Hj Gading yang meninggal pada 1986.

Arwah datuk.

Al-fatihah buat arwah nenek Hjh Nurah Bte Gandal yang meninggal pada 1999.

Al-fatihah buat arwah Hj Sikul Hj Mulud, yang meninggal pada tahun 2007, jugak merupakan abang sulung ayah aku. Mereka ada 9 orang adik-beradik semuanya. Kini tinggal 8 orang.

Arwah pakcik, Hj Sikul

“Jika seorang meninggal, terputus amalannya kecuali tiga: shadaqah yang terus mengalir pahalanya, ilmu yang bermanfaat, dan anak shalih yang mendoakannya.” (HR. Muslim)

Sesungguhnya Allah berfirman:
“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Munafiqun: 11)

.

Di Pagi Raya...

Tempat kami anak-beranak memohon maaf di pagi raya........




Maaf katanya... orang dah kerja tak dapat duit raya. uwek.... =p

.


Monday, August 29, 2011

Shopping Raya di 1Borneo, Kota Kinabalu

Semalam, kami sekeluarga telah ke 1Borneo. Just to have a last-minute raya shopping. Lagipun malam itu kami akan berbuka di Hotel Novotel yang terletak beberapa langkah dari 1Borneo.

The overall experience was.... hurmm... I have to say that things were OVERPRICED, out of date and a little bit under quality compared to the things I saw in Kuala Lumpur. But hell ya.. no choice maaa.. kesian keluarga aku terpaksa membeli barangan di sana. Huhu..

The buffet at Hotel Novotel? Ahhh... tunggu aku cari port upload gambar dulu. =)

Hari ini nak buat house-cleanning yang diketuai Hen.. aku plak hilang suara. Ntah penyakit apa yang melanda diriku. Nak cakap tapi tiada suara. Huhuhu..

Chow~

.



Sunday, August 28, 2011

Sudah Sampai kampung halaman...

I have nothing else to say but just feeling HAPPY! Maybe I'll update later on tonight.



=)

Saturday, August 27, 2011

Jika barang melebihi had semasa menaiki Fireflyz

Aku rasa jumlah kesluruhan barang aku untuk dibawa balik dalam 30kg kot.

Carriage allowance yang dibenarkan kalau tak silap 20kg maka ada 10kg berlebihan di situ.

Jadual di bawah menunjukkan jumlah caj yang dikenakan terhadap berat lebihan. Huhu.
(sumber - http://www.fireflyz.com.my/flights/fees)

Online and Over the Counter Checked Baggage Allowance

Checked-Baggage Fees
Weight CategoryDomesticInternational
Online
(MYR)
Counter
(MYR)
Online
(MYR)
Counter
(MYR)
On ATR-72 aircraft
-20kgFreeFreeFreeFree
+5kg60N/A80N/A
+10kg150N/A160N/A
+15kg225N/A240N/A
On B737 aircraft
15kg25453550
+5kg30N/A40N/A
+10kg40N/A50N/A
+15kg50N/A60N/A
Notices:
  1. Checked-baggage fees cannot be refunded or transferred
  2. Checked-baggage fee cannot be re-routed
  3. Unused portions cannot be refunded as well
  4. Online rates are only available online, and are not sold at the airport counter
  5. Baggage that weighs more than checked-baggage allowance purchased will incur excess-baggage fee
  6. Each individual piece of checked baggage may not exceed 32kg
  7. Carriage of excess baggage is subject to load


PS: aku kena standby dalam RM200 untuk membayar berat lebihan. =(
3 jam lagi sebelum teksi sampai ~

.

Checklist sebelum naik kapal terbang malam ini

Aku kini tinggal keseorangan di rumah setelah housemate yang terakhir telah bertolak pulang subuh tadi. Tengah kemas barang dan cuci baju. Huhu.

Ini antara mental checklist yang perlu aku siapkan sebelum pukul 6 petang di mana aku akan diangkut pergi oleh teksi ke lapangan terbang:

  • baju raya adik perempuan aku belum beli lagi... huhu
  • top-up handphone. kang tak pasal-pasal aku sampai Kota Kinabalu tengah malam karang tapi takleh nak bagitahu ibu bapa aku dah sampai sebab tiada kredit. Muahaha..
  • carikan selotap untuk membungkus kotak (banyak barag deii! haha)
  • pack barang toiletries dan undergarments.
  • kemas bilik moga tiada jin bertandang semasa ketiadaan aku selama seminggu. 
  • pam tayar kereta supaya bila balik KL nanti, tayar kereta tak pancit. kui3x.
  • Gunakan kupon SUBWAY sebaik mungkin pada hati ini. Chaiyokkk!!
.
Ok. itu ja kot setakat ini. Moga selamat!

.

Friday, August 26, 2011

Jualan Biskut Raya RM15 untuk dua balang di Carrefour

Semakin menghampiri Hari Raya, semakin banyak pasaraya bertindak melariskan barangan raya dia dengan cara menurunkan harga dua kali ganda berbanding harga asal. Itu yang saya lihat di sebuah pasaraya Carrefour di ibukota. Semasa mula-mula bulan Ramadhan, satu balang atau bekas biskut raya berharga paling2 RM18.90.

Kini...

...harap jangan melopong yeee......

Dua balang/bekas yang sama dijual dengan hanya...

.....RM15.00 sahaja!!!

Cepat sebelum terlambat... masa aku pergi tadi.. dah tinggal sedikit dah.... Almond London yang ku idamkan telahpun habis terjual. Huk huk huk... aku rembatlah biskut Mama Carey. Itu pun dah tinggal 4 bekas je. Aku amik dua je cukup. Lalalala...

Harap esok ada sale giler2 pula kat jalan TAR. Amin ya rabbal'alamin... =p


PS: Selamat balik ke kampung semua. Moga semuanya selamat!
.

Thursday, August 25, 2011

Berbuka di Buffet Ramadhan Suasana Sahara di PICC, Putrajaya

Aku berbuka kat sini semalam. Kira penutup tirai pengalaman aku makan buffet ramadhan sepanjang bulan puasa di Kuala Lumpur sebelum aku balik kampung Sabtu neh.

It was a blast!!


Hands down, aku ingin menyatakan inilah buffet ramadhan yang paling besar pada harga RM60 ke bawah. Pilihan makanan giler banyak sehh.. ntah berapa round aku makan. Dari masakan Melayu, sampai ke masakan Western, siap ada dim sum lagi. Fish Fillet dia memang terbaik la.. adedeii.. masih terbayang. Biasanya kalau nak pilihan makanan yang banyak dan tempat duduk yang boleh memuatkan mungkin dalam 500++ ke atas... Buffet Ramadhan di sinilah paling sesuai.

Parking free dan banyak.
Tempat solat pun luas dan accessible.

Cuma satu je.. jauh benar dari bandaraya Kuala Lumpur. Hehe.

Alhamdulillah, semalam aku sempat berbuka di sana atas ajakan rakan. Boleh dikatakan tempat makan buffet di PICC adalah yang buffet terbesar yang pernah ku kunjungi. Kalah semua hotel lima bintang yang aku pernah pergi dari segi kebesarannya. Tang rasa makanan... fuhhh.... sama taraf kot, atau kurang sedikit... yang penting semua makanan yang korang idamkan ada. 

Cuma yang aku tak puas hati ialah ketiadaan desserts seperti chocolate fountain, cheese cake, pelbagai kek yang lain... oh, gagal bab pencuci mulut je kot. Yang lain semua OK! =)

Sila cuba sebelum bulan puasa berakhir. Adakan event pun best gak.

Selamat berbuka semua!

PS: tak dapat merakam gambar. hehe. sorry.
.

Menyewa teksi dari KL ke KLIA/LCCT paling murah RM75

Dalam dua tiga hari sejak kebelakangan ini, aku giat mencari kadar sewaan teksi yang paling murah untuk menghantar aku ke KLIA. Ye la.. aku mana ada saudara/boifren yang boleh hantar aku ke sana ke mari. So terpaksa berdikari (like since forever).


Pencarian aku tak sia-sia apabila menemui dua laman web yang berguna (macam bersaing je depa berdua neh. Tak nak kalah dengan tajuk URL.. haha)
Jika dibandingkan dari segi harga, laman web yang pertama menjadi pilihan aku.

Kadar sewaan teksi dari Sentul ke KLIA adalah di antara RM75.00 hingga RM168.00 bergantung kepada jenis teksi yang korang nak sewa.

Aku seperti biasa.. kenalah pakai budget teksi. Muahaha..  setelah packing sikit-sikit sejak Ahad lepas... aku dapati barangan yang perlu ku bawa pulang ada 2 beg pakaian, 2 beg biskut (hand luggage) dan satu kotak besar. Hahhh... semputlah aku kalau naik bas kan?

Macam nak pindah balik Sabah pun ada. =p

yay!

2 more days till home sweet home!

.


Wednesday, August 24, 2011

#10 Wordless Wednesday


Tuesday, August 23, 2011

Berbuka di Restoran Enak KL, Starhill Gallery bersama G+ Nuffnang dan Samsung

Aku mendapat undangan untuk menghadiri majlis berbuka di Restoran Enak KL, Starhill Gallery pada hari semalam. Ini adalah pengalaman pertama mengiikuti acara makan-makan sebagai ahli G+ Nuffnang. Biasanya aku cuma mengiikuti screening ja. Hehehe.

Majlis ini adalah anjuran bersama Nuffnang dan Samsumg, maka ini bukan majlis berbuka yang biasa yang melibatkan makan-makan sahaja. Malah, banyak games telah diadakan untuk mengenali barangan Samsung dengan lebih rapat dan memberi peluang kepada hadirin untuk memenangi pelbagai hadiah menarik daripada Samsung.

Sayangnya... aku tiada rezeki untuk memenangi apa-apa pada malam itu. =p

Takpa.. mari layan gambar!

Pintu masuk restoran.
Untuk ke restoran ini melalui public transport, kamu perlu menurun di stesen monorel Bukit Bintang dan berjalan ke arah Lot 10. Selang beberapa bangunan di belakang Lot 10 itu, kamu akan menemui bangunan Starhill Gallery. Restoran ini terletak di paras LG.

Suasana di dalam restoran. Meriah dengan tema merahnya.

Buffet yang menyajikan masakan Melayu.

Kawasan pecuci mulut.

Juga dihidangkan air teh tarik. 

Udang Sambal Petai | Kangkong Belacan

Daging Bakar Air Asam | Ayam Lemak Cili Padi

Antara blogger yang hadir, Eyriqazz, cikLilyPutih, Farra-eng, Zuriey dan HazmanFadzil.

Makanan berbuka aku sebelum aku makan yang berat-berat. Hehe.

Buffet dia takde lah besar mana seperti kebanyakan tempat yang ku pergi.
Tapi... tetap berpuas hati jugaklah sebab sedap, persekitaran yang santai, dan aku dah rasa cukup dengan apa yang ada. hehehe..

Keseluruhan blogger, nuffies dan staff Samsung yang hadir. Ada cikEpal dan Redmummy jugakk... 

Sempat meraikan hari jadi Freshie dari Nuffnang. Happy Birthday Gal!

Blogger Azman in disguise bersama Manager Restoran.
Terima kasih atas layanan korang sepanjang kami berada di sana... =)

Bergambar kenangan sebelum bertolak pulang. Memang meriah lah lepak dengan depa.

Best jugak berbuka dengan bloggers kan? Lain kali buat lah lagi. Hik hik hik hik...

.

Berbuka di Restoran Puti Bungsu Batam, Yap Kwan Seng, KL

Pada hari Ahad yang lepas, selepas bershopping raya yang agak memenatkan di Jalan TAR, aku bersama rakan telah singgah ke Restoran Puti Bungsu Batam atas recommendation ramai food blogger. Diorg kata tempat ini "sangat sedap" dan harga berpatutan.

Aku pun yang macam dah jadi separuh masa food blogger (kekekeke.. perasan!) tiba-tiba teringin nak cubalah tempat yang didombakan mereka ini....

Berikut adalah sedikit tangkapan gambar yang berjaya ku tangkap.

Restoran ini betul2 sebelah Restoran Kpg Pandan di Jalan Yap Kwan Seng.
Papan tanda yang begitu jelas kelihatan. Can't be missed if you plan to use Jalan Yap Kwan Seng to get into KL.

Ayam bakar.

Ikan masak lomak.

Sayur padang. Keke. Tak tahu nama sebenarnya. Tapi yang kuning tu serunding ye.

Bergedil! My favourite among all!

Daging Rendang. Boleh tahan sedapnya. Daging lembut je!

Udang masak merah... lalala.. 

Sambal cili kalau tak silap laaa...

With compliments. Yang ini diberi percuma sempena bulan puasa.

Air Avocado. Orang kata highly recommended.  Sangat CREAMY ohhh!

Overall makanan aku pada malam itu. Kekeke.

Suasana di dalam.

Suasana luar.
Jumlah perbelanjaan pada malam itu (kira half-half sebab berkongsi dengan rakan tadi. hehe)
Semua dikira berganda dua. Kalau seorang makan.... bahagi 2 la.. 
  • Nasi - RM4.00 (RM2.00 untuk seorang)
  • Ikan masak lemak - RM10.00
  • Daging rendang - RM12.00
  • Ayam bakar - RM12.00
  • Bergedil - RM6.00
  • Sayur - RM3.00
  • Udang - RM6
  • Minuman Avocado = RM14.00
Jumlah keseluruhan (tanpa cukai ye) - RM67.00

Hahaha... macam makan buffet la plak rasanya. Tapi memang kenyang dan sodappppppp laaaa. Kalau korang nak tambah air kosong, tiada caj dikenakan. Minta je.. Dan harus booking dulu kot.. sebab selalu je PENUH beb. 

Melihatkan bil yang tinggi malam itu, rakan aku dan aku bercadang lain kali kalau mai... kitoran amik portion untuk seorang je pastuh kongsi dua orang. Aci tak? Seb baik kawan aku tak cepat melatah... hehe.. dia kata takpe.. sekali-sekala apa salahnya makan mahal-mahal. Lagipun ini pertama kali buat aku untuk makan semahal ini dalam tahun ini. Miahahaha.. (makan free bernilai RM100++ pernah la.. lalala)

OK. berehhhh... tata..

.


Monday, August 22, 2011

Shopping raya di Jalan TAR

Yay! Akhirnya aku berjaya meloloskan sebahagian besar isi kandungan dompet aku pada hari ini!

First thing first... perlu membeli barangan yang ada dalam checklist kami dulu.

Kawan aku kena beli biskut raya dan kerepek untuk dibawa pulang ke Johor nanti. Harga biskut raya paling murah yang kami jumpa ialah RM50 untuk tiga balang/bekas. OKlah tu.. siap ada almond london lagi. Tapi di kebanyakan tempat mereka bubuh harga RM25 untuk satu bekas. Korang tawarlah.. sampai dapat RM18 - RM20. Good luck!

Antara gerai terbesar yang jual biskut raya di sana.

Macam sedap plak biskut cip coklat tu kanz??

Suasana sesak ke arah Semua House. Siap ada belon2 semua. haha

Mak pesan belikan serunding ayam dan daging.
Aku beli dalam RM10.00 untuk satu bekas. OK kot... hehehe...Tapi depa tak tunjuk pula nombor pada mesin penimbang mereka.. main timbang pastuh suruh aku bayar. Hurmmm.... harap jujur la ye.

Bersesak-sesak mencari barangan raya! Berpeluh den!
Semakin ke petang... orang bertambah ramai!!! Yang ini menghala ke masjid India dan Mydin pula.
Hehehe... mari kita bersesak! Hujan pulak kan?

Tudung yang agak murah. Aku beli tiga pasang kat sini. 
Mak pesan beli tudung yang ada corak bunga. Belilah dua kat sini. RM10 sepasang. OKlah kan?

Alahaiiiii.. comelnyaaaaaa!
Ini sesuai untuk anak-beranak yang nak beraya ikut tema. Comel bukan? Hehehe..

Baju kurung wanita aneka fesyen.
Malangnya tiada baju kurung chiffon berharga RM50 di sini. So aku tak berkenan nak beli paper. Hee. Setelah selesai shopping mana yang patut... kami pun bertolak pulang.

Parking aku sentiasa FREE!!!
Naseblah tempat aku parking tak sesak dan sangat berhamipran dengan jalan TAR. Hehehe...

Adiosssssssss.. aku kena packing siap neh. Takut overload plak semasa naik kapal terbang nanti. 

Korang shopping raya kat mana?

.
.

Sunday, August 21, 2011

Pengalaman Berebut Baju Raya dengan pembeli lain

Ini lazim berlaku apabila demand lebih dari supply. Budak ekonomi mesti faham benda neh.

Petang tadi di IOI Mall, sementara menunggu waktu berbuka puasa, aku pergilah usha-usha baju kurung di tingkat 1. Ada sale untuk baju kurung chiffon moden. RM100 untuk dua pasang. Aku pun terus berminat nak beli cumanya saiz terhad... yang banyak saiz 46 ke atas. Huhuhu...

Dalam nak rembat dua pasang... aku fikir tunggu dulu... nak tinjau baju lain dulu. Tapi tiba-tiba ada pasangan bf-gf datang ke tempat tadi dan amik baju yg SAMA yg ku dok berkenan tadi. Pilunyaaaaaaa hati kuuuuuu...

Aku pon pasang doa.. moga-moga budak itu tak jadi beli. Jadi aku pun pusing2 je kat bahagian itu... tunggu masa je budak itu letak balik baju tu.

Akhirnya penantian aku berjaya! Baju itu dengan selambanya diletakkan kembali atas rak itu.

Aku pon tak berlengah lagi terus rembat... dan lari jauh-jauh.

Bila ingat budak itu dah tiada.. aku pun kembali nak memilih sepasang lagi. Kan sale RM100 untuk dua pasang. Ntah macam mana.. budak itu berdiri sebelah aku dan cakap,"Eh, awak amik baju yang saya letak kat sini tadi ke?"

Aku pula jawab dengan spontannya, "Ye, awak nak ke?"

"Ya." budak itu jawab. Aku pun bagilah kat dia. Huhuhuhuhuhuhuhu......

Sedeynyaaaaaa... aku pun keluar dari kedai tanpa membeli apa-apa. Dah tiada saiz.

.

Saturday, August 20, 2011

Berbuka puasa bersama Perdana Menteri di Masjid Besi

Pada hari Khamis yang lepas, aku diajak oleh Ketua Pengarah jabatan untuk menemaninya berbuka di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya yang turut dihadiri ketua-ketua jabatan lain bawah Kementerian KPKK dan Perdana Menteri.

Pada mulanya, Yangg DiPertuan Agong sepautunya menghadiri majlis berbuka ini tetapi disebabkan keadaan diri tidak berapa sihat, baginda terpaksa tidak hadir.

Apapun, suasana tetap meriah dengan adanya Perdana Menteri.

Berikut sedikit tangkapan gambar di sekitar majlis ini.

Kad undangan rasmi. Hehe. kuningnya
Sesiapa yang datang berpasangan, mereka ditunjuki meja makan di bahagian berlainan. Wanita dan lelaki dipisahkan mengikut jantina. Maka meja ku semua diduduki para isteri, datin-datin dan ketua pengarah yang wanita. Hehehe... kecuali aku la.. aku kan bujang.


Sekitar tempat berbuka puasa. Sangat cantik!
Majlis ini turut dihadiri wakil-wakil kedutaan pelbagai negara. Mereka juga dipisahkan mengikut jantina. Kesian lak tengok mereka yang membawa isteri tapi terpaksa berpisah. Hehehe...

Meja makan VVIP termasuk Perdana Menteri.

Meja makan VIP. Haha. 
Tempat berbuka untuk orang awam juga disediakan tapi bukan di bahagian khemah. Dan mereka makan secara buffet manakala VIP secara hidang.


Kedatangan PM diiringi Ketua Menteri KPKK.
Kedatangan PM semasa dalam kereta telah diiringi 4 polis bermotosikal dan 3 kereta polis peronda. Giler gempak ahh.. Ehh... mana isteri dia ek??? Teringin lak nak tengok cincin dia...


Berbuka dengan Bubur lambuk sebelum solat Maghrib berjemaah.
Makanan disediakan oleh Felda D'Saji Sdn Bhd. Memang di mana-mana majlis rasmi yang melibatkan VVIP, syarikat katering inilah yang akan dipanggil. Hurrmm... sedap jugak pilihan menunya...

Sedikit penambah rasa untuk bubur lambuk tadi.
Kami yang boleh solat diminta untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah sebelum dibenarkan makan malam. Begitulah kandungan acara majlisnya. Siap ada pengumuman lagi meminta semua hadirin ke dewan solat. Aku suka situasi sepeti ini...... rasa macam dunia Islam yang sebenar. Hihihi...

Lauk-pauk yang menanti kami setelah selesai solat.
Setelah kembali ke meja... kami pun mula meratah. Nyum.. nyum... ya rabbiiiiiii.. sedapnyaaaaa.. Cuma aku kurang berkenan dengan ayam gorengnya yang agak keras itu... huhu.

Yang berjaya masuk perut aku. Alhamdulillah... LICINNNNNNNNNNNNN!
Setelah makan... kami beramai-ramai menunaikan solat Isyak dan terawih secara berjemaah.

Tiada lapisan antara muslimat dan muslimin.
Aku biasanya menemui masjid yang berhawa dingin, tapi kali ini hanya kipas je yang menyejukkan para jemaah. Hehehe.. 

Setelah selesai... PM dok bersalaman dengan para jemaah... nak bersalam dengan aku tak wajarlah kan? Haha.

Dan sementara berdiri menunggu keberangkatan PM, aku ternampak anak PM.... wiwuuuuu..

ensemnyaaaaa........ baru berumur 20 tahun kot.
Oh lupa... isteri PM datang untuk santapan more hari tu... dan tidak ku sangka aku berjaya bersalaman dengannya. Rendah je rupanya... dan agak plum. Hehehee...

Tapi cincinnya langsung tidak kelihatan.......

.

Tabung lagik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...