Permulaan 2011 aku dikejutkan dengan pemilihan sebagai blogger reviewer untuk Maxis10 untuk telefon bimbit HTC Desire Z. Setelah buat review selama dua minggu, aku akhirnya menjadi pemilik kekal telefon bimbit itu. Ngam-ngam nak dekat hari jadi aku. Bertuah betul kan?
Seterusnya, memandangkan aku bukannya techno savvy, aku jualkan henfon itu (oppps!) untuk belikan satu kamera DSLR. Dari situ hidup aku berubah sebagai seorang blogger. Berbanding dulu, aku kini menerima lebih banyak ajakan untuk menghadiri event, malah aku bertambah yakin semasa menangkap gambar dan bubuh dalam blog. It happens to be my turning point in my life.
Musim bulan puasa pula adalah musim paling murah rezeki. Rasanya hampir setiap hari aku dapat jemputan berbuka puasa (free uolls!) kat restoran atau hotel-hotel terkemuka di sekitar lembah klang. Thanks to my DSLR, aku berjaya merakam kesemua pengalaman manis itu dan post kat blog. Aku kan... camera shy. Hihihi. Aku tak tahu samada tahun depan akan mengalami nasib yang sama. Hee..
To add to that, aku berjaya terpilih untuk mengikuti My Selangor Story 2011 selama 4 hari tiga malam di mana aku dikehendaki melawat pelbagai kawasan pelancongan sambil tidur di hotel-hotel terkenal di Selangor. Seyes best gilerrr!!! Walaupun keputusan kontes blog ini belum ketahuan, yang penting aku dapat ramal kenalan baru dari Indonesia dan Singapura. Dan kami masih berhubungan melalui Facebook sampai sekarang. =)
Lagi satu keseronokan 2011, tanpa ku sangka... boss boleh pula hantar aku ke Tokyo, Jepun. Serius! Tak pernah terfikir atau terlintas langsung di fikiran tentang peluang ini! Pernah berangan je... tapi tak sangka dapat tahun ini. Hehehe..
Dan di akhir 2012.... aku buat kali pertamanya memenangi satu Blogger Writing Contest anjuran NUFFNANG dan ASTRO. Tahu tak apa yang aku dapat?
![]() |
| Entertainment Home System bernilai RM2,999.00 |
Alhamdulillah, segala kesyukuran ku panjatkan kepada ALLAH SWT ke atas segala kurniaanNya. Moga tahun depan aku murah rezeki lagi.Hehehe..
Amin...
Selamat tahun baru semua!!!
.




