Wednesday, January 25, 2012

The ALL-NEW PETRONAS StreetSmart Road Safety Exhibition

Dalam dua minggu yang lepas, aku telah melawat satu pameran keselamatan jalan raya anjuran Petronas di tingkat empat KLCC dalam ruangan PetroSains itu sendiri. Kemasukan PERCUMA! Pada mulanya aku ingat PetroSains neh hanya untuk bebudak sekolah je. Maklumlah, ini kali pertama aku masuk ke sini.

Rupa-rupanya........

Ok bersambung... Kempen keselamtan jalan raya ini telah lama dijalankan dan merupakan kempen tahunan. Tapi tahun ini, pihak penganjur telah membuat sedikit penambah-baikan. Mari kita usha apa.. (aku yang dewasa inipun boleh teruja apabila masuk ke ini.. keh keh keh)

Hiasan unik di hadapan pintu masuk Petrosains.

Layout StreetSmart Road Safety Exhibition dalam PetroSains.

See!!! Kan ku dah kata. Kemasukan PERCUMA saja!
Aku mengkagumi cara penyusunan pameran-pameran dalam StreetSmart ini. Setiap papan tanda dinyatakan ciri-ciri keselamtan jalan raya. Siap ada simulasi lagi bagi mereka yang suka main 'game'.

Pastikan kereta anda SELAMAT sebelum digunakan di jalan raya OK?

Jika pergi secara berkumpulan, kami akan diiringi 'tour guide' khas untuk menerangkan setiap pameran yang ada.

Kat luar, aku tak pernah naik motor. Tapi dalam StreetSmart... bukan main lagi. HAHAHA.

Peringatan yang diberikan sangat sesuai dengan diri ini. Uhuk.

Budak kecik pun boleh belajar sekali tentang keselamatan jalan raya. Nak langgar orang pun boleh! Haha!

Aku rasa aku ler paling aktif mencuba semua simulasi yang ada dalam StreetSmart. Kalah budak-budak!

Ini percubaan memecahkan kepala orang yang pakai helmet. 

Kalau tak pakai helmet, impaknya boleh membawa maut!!!

Lagi satu contoh simulasi membawa kereta. Ohhh.. seronok!
Dalam banyak-banyak permainan dalam StreetSmart Exhibition ini, aku paling terpegun dengan demo pemakaian cermin mata khas di bawah ini.

Ada apa dengan goggles ini?
Tahukah anda bagaimana rasanya menjadi orang MABUK??? Haha. Aku cuba pakai satu goggles ini, dan ternyata akan rasa mabuk sekali. Siap langgar tiang dan orang lagi.

Setiap goggles ada tahap kemabukan masing-masing, dari paling ringan sampai yang intoxicated. Fuhhh... syukurlah arak diharamkan dalam Islam. hehe.

Road Safety Workshop
Setelah berseronok mencuba pelbagai permainan dalam pameran itu, kami akhirnya ditunjukkan satu Workshop tentang keselamatan jalan raya. Sangat berinformasi dan menginsafkan. Wiwuuu.. lepas neh tak nak bawa kereta laju-laju dah.

Kak Yanmie bersama maskot-maskot Streetsmart. hehe.
Kempen seperti ini sangat bagus untuk masyarakat. Dah ler kemasukan PERCUMA dan berinformasi lagi. Sesuai sangat untuk dikunjungi rakan-rakan, pelajar-pelajar sekolah dan keluarga. Tak rugiii....

Sambil-sambil itu... bolehlah kunjungi PetroSains. Ye dak?

Moga kempen seperti ini berterusan dan mendapat sambutan di kalangan masyarakat. 

Jadi, tunggu apa lagi? Jom singgah!

.

6 comments:

puanbee said...

budak kecik tu ank saya hehehe ..

petronas memang best di rekomenkan pada semua ibu bapa bawak anak2 ke sana

Jard The Great said...

#puanbee.....hehehe.. teringat anak akak terlanggar orang hari tu.

hazman aka species1980 said...

tunggu la nanti nak bawak anak buah kat sini.... hehheehe

jedi said...

wah menarik...

yanmie said...

Salam, hahahhaa tudia gambar last, kemain lagi hahaha sabar jelah, bila masa jard snap pun akak tak perasan :D

www.yanmieonline.com

Dinda Iva said...

dah lama xmasuk petrosains...last dulu bawak rombongan anak2 tadika... nak pegi lagilah weekend ni..yihhaaa

Tabung lagik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...