Monday, January 30, 2012

How do you rate the success of your blog?

Aku tak pasti samada blog aku neh dikira blog berjaya atau tak sebab aku dah semakin kurang menghapdet blog. Hehe. Tapi kebelakangan ini peti simpanan inbox aku dipenuhi dengan tawaran-tawaran menarik berkaitan blog. Namun tak semua aku boleh terima... maaf ku pohon awal-awal kalau ada event kat kelab-kelab atau bar yang diragui kehalalannya sebab kemungkinan besar aku akan menolaknya. Aku kena jaga bab-bab ini. Heee.. and I suck at giving movie previews especially on local ones so I avoid those too. LOL. =p

Yang terbaru ialah panggilan telefon dari klinik pergigian yang buatkan pendakap untuk gigi aku. Aku terkejut apabila mendapati pihak mereka ingin mengucapkan terima kasih atas entri-entri tentang perjalanan pemakaian pendakap gigi aku dalam klinik mereka di blog dan nakkan aku terus mengepost gambar-gambar gigi untuk melihat perkembangan semasa. Mereka cakap ramai pelanggan baru datang ke klinik mereka disebabkan mereka terbaca di blog aku. Bayangkan orang tak dikenali datang ke kaunter klinik dan tanya, "inikan klinik rohaya yang diceritakan dalam blog Jardness.com?"  LOL. Tak sangka begitu sekali implikasi kisah gigi aku di blog sehinggakan  menjadi perhatian ramai orang asing. Hohohoho..

So how do you rate the success of your blog?

Mungkin pada perspektif aku, blog yang dijadikan tempat merujuk pendapat ikhlas dan jujur tentang suatu pengalaman atau produk sehingga dihargai oleh orang yang tidak dikenali... ha'ah...

.... that's how I rate the success of a blog.

Anda pula bagaimana?

So far, aku puas hati dengan pencapaian blog ini.. walaupun tak menjana pendapatan lumayan seperti blog-blog hebat lain. Must keep true to myself, right?


15 comments:

♥CIK SHA♥ said...

wahh..bagus la tu bila blog jard jadi rujukan yg baik untuk gigi tu..tak mintak komisyen ke? ehehe..

Jard The Great said...

@cik sha.. hehehe. segan lak nak minta komisyen...

mizzura said...

hmmm...rasanya nak ukur sukses blog tu tengok pada objektif kita berblog..

kalo objektifnya nak up trafik...kalo yg jejak n mengomen nye ciput...tak berjaya la jugak kan..

kalo objektif nk sharing caring...rasanya yg ni mostly ramai yg boleh dikategorikan berjaya dan very demanding..cth mcm cite pendakap gigi tula..cerita lain orang nak input mcm masak-makan/travel/wedding/gajet/movie/gossip artis/kekeluargaan etc..

kalo objektif nak glamer...agak2 masuk tv/paper tu kira dh hampir2 cpai la tu...berjaya ke ekkk..?

yang dapat anugerah tu bonus..sebab blog award tak nilaikan dari semua list blog yang wujud dimalaysia..

so semoga sukses berblog!!

Jemput baca,
Arrowhead China Chips (Buah Ngaku)
atau
PHUKET : Destinasi berbulan madu

Jard The Great said...

@mizzura... hehehe.. betul katamu itu. ikut pada objektif. =)

Eryati said...

pencapaian blog u ni mmg baik pada saya...

Jard The Great said...

@eryati... awwww.. thanks! *blushing

Azman said...

Kalau kita menulis untuk berkongsi pengalaman kita dgn ikhlas,isyallah kehebatan akan terserlah dgn sendiri :)

Rasa puas bila tulisan kita dihargai.

JieJ said...

Kan aku sudah bilang...blog JARDNESS ni memang siok dan berinformasi..hehe..congrats Jard.

Jard The Great said...

@azman... betul2x.. walaupun trafik tak tinggi mana kan? hehehe..

@Jiej.. amvoiii... bila ko bilang? tak ingat plak. wakakaka..

hazman aka species1980 said...

jard : blog ko nie unik sebab info lain dari kebiasaan.... rasanya citer pasal pegi jepun pun boleh jadi rujukan orang ramai yang pegi holiday kat sana...

klcitizen cikgunormah said...

memang best kalau apa yang ditlis menjadi manafaat buat orang lain :)

Mrs Lya said...

blog saya pun mengeshare cerita, pengalaman dan tips. Sejak saya tukar address baru saya tau blog saya ada ramai silent readers bila diorg hantar email mintak add blog baru. Dan saya terharu bila pembaca kata blog saya memberi inspirasi. Hehehehe.
Jemputlah singgah ye..

www.mrslya.com

jedi said...

tahniah jard....

mmg seronok kalau apa yang kita tulis dapat membantu org lain...

Jard The Great said...

@hazman... awwww.. so sweet! *hugs!

@klcitizen... kans? terharu jika membawa manfaat. padahal entri suka-suki je tu. hehe

@mrs lya... thanks sudi share. akan sy singgah =)

Pencari ALLAH said...

hehe. Lepas ni boleh jadi duta klinik gigi.

Tabung lagik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...