Monday, January 9, 2012

Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim – Mahkamah Tinggi Putuskan Anwar Tidak Bersalah

KEPUTUSAN : ANWAR DIBEBASKAN DARIPADA PERTUDUHAN KERANA BUKTI TIDAK
CUKUP

Berita terkini mengenai kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah di Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada jam 9.15 pagi tadi.

 Mohamad Zabidin dalam keputusannya berkata dalam kes ini integriti sampel DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak dapat dipastikan. Menurutnya, adalah tidak selamat utk bergantung dengan keterangan DNA itu memandangkan tidak ada keterangan menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari. “ (Harian Metro)

dari sumber yang lain: Malaysiakini.com.my, "9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.”

 Ayah aku mesej dari Sabah bertanyakan keputusan ini sebab beliau tidak dapat akses internet di sana. LOL

6 comments:

Lifesaver Hamzah said...

ayah ko baca blog ko?hehe

Jard The Great said...

uishh.. baca beb! beliau siap ada Facebook yohhh..

JieJ said...

Hmm...payah betul mau diulas kes ni..tengok dan dengar sajalah..kan Jard

jedi said...

baguslah kalau gitu...jgn lagi huru hara sudah...

ahsfantasy24 said...

semoga terungkai semua persoalan,
semoga ini yang terbaik untuk semuanya :)

SARAH said...

BARU NAK TERJAH BLOG NIH..HAIIII

Tabung lagik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...