- Tarikh : 12 Januari 2012 (Khamis)
- Masa : 3.00 petang
- Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur
Apakah Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA)?
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia merupakan satu program khas yang ditawarkan kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Bhd. (PNB).
Skim itu nanti hampir menyamai ASB Sejahtera dan Amanah Saham Wawasan 2020 yang diperuntukan kepada Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan difahamkan adalah skim terbaik yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan. Menariknya, penyertaan pemilikan skim itu juga terbuka kepada semua kaum.
Objektif Sara 1Malaysia untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dan pada masa sama memastikan golongan terbabit tidak dikecualikan peluang untuk melabur. Pelabur yang layak akan ditawarkan pinjaman pada jumlah tertentu (misalnya peserta boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun) oleh bank-bank yang menjadi ejen PNB, selain Bank Simpanan Nasional. Para pelabur ini dipercayai hanya akan dikenakan kadar faedah yang sangat minimum kerana selebihnya ditanggung oleh kerajaan.
Para pelabur yang diberikan pinjaman juga tidak dibenarkan untuk menjual pelaburan mereka sehinggalah tempoh bayaran ansuran diselesaikan tetapi boleh menikmati agihan pendapatan setiap tahun. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) adalah sebahagian program khas yang dibentangkan dalam Bajet 2012 bagi meningkatkan pendapatan boleh guna dan menggalakkan minat melabur di kalangan golongan berpendapatan rendah. (sumber)
1 comments:
Tq for info jard!
Post a Comment