Adakah rumah korang menyerupai gambar di bawah?
Ok, mungkin tak. Sebab aku rasa kebanyakan pengunjung blog ini tinggal di apartment-apartment atau rumah yang mempunyai ruang yang terhad dan kecil. Situasi kat atas biasanya terdapat di museum atau bangunan lama yang menyimpan barangan antik.
Aku baru tahu betapa susahnya nak menjaga barangan antik ini daripada dihancurkan oleh serengga perosak seperti 'beetles' and 'moths' yang suka memakan bahan-bahan yang ada dalam gambar di atas. Tak mustahil jugak rumah kita menjadi mangsa serengga perosak ini.
Gegat tahu? Pernah membeli ubat gegat dari Carrefour atau supermarket seumpamanya? Korang pernah ke luar negara dan membeli beberapa helai pakaian panas?
 |
Contoh 'woolen sweater' yang dibeli untuk tujuan melancong ke luar negara.
Gambar ini dan seterusnya semua dari google. |
Apa yang korang buat pada pakaian panas yang tidak digunakan itu? Simpan? Cuba korang check balik.
 |
| Ntah-ntah dah berlubang macam ini. |
Lagi teruk apabila seluar dalam korang dengan rasa ajaibnya turut berlubang.
 |
| Ehhh.. apsal seluar dalam berlubang??? |
Bikin orang hairan kan? Cuba korang perhatikan betul-betul terutamaya mereka yang suka membeli karpet tu. Korang perasan tak ada bijian ala-ala macam beras tu kat karpet korang? Jika diperhatikan betul-betul, bijian macam beras itu bergerak!!!
 |
| Infestasi teruk oleh serengga bernama gegat! |
Ewww.. gelinyaaaaaaaaaaaa!
 |
| 3 peringkat pertumbuhan gegat. |
Ha'ah, pasal itulah kena selalu kena bersihkan rumah berkala. Kalau boleh setiap hari kena bersihkan rumah.
Masalah lipas lagi satu hal.... masalah gegat lagi satu hal........ masalah tikus??? Gegat nampak je HARMLESS berterbangan dalam rumah. Tahu-tahu dia pergi makan baju kita.
 |
| Nak tak baju korang berlubang macam ini? |
Apapun, maklumat lebih boleh dibaca dari laman web tempatan
http://www.rentokil.com.my/residential-customers/flying-insects/moths/index.html .
Mari selamatkan barang hiasan rumah dan pakaian kita sebelum terlambat!
.
Related Posts : gegat,
karpet berlubang,
moth,
pakaian berlubang,
problems,
telur gegat.
2 comments:
selama ni aku ingat gegat tu nama benda putih ubat gegat tu..upanya gegat tu la serangga
@hemy.. aku pon taktahu apa bahasa melayu utk "moth" jadi aku pandai2 je lah pakai gegat ikut ubat gegat tu. wahahaha.. kalau minta translate kat google utk moth.. dia bagi 'silverfish' whadahel?
Post a Comment