Search This Blog

Loading...

Saturday, February 11, 2012

Pengalaman tengok SALE menghampakan!

www.tips-fb.com

Sila rujuk entri aku yang lepas untuk mengetahui SALE apakah yang dimaksudkan.

Pagi tadi aku bersama housemate tercinta telah keluar seawal 10 pagi untuk ke destinasi iaitu... Monorel Bukit Bintang. Jalan sket boleh sampai ke Grand Millenium. Aku tak menjangkakan bahawa tempat itu sebenarnya sebuah hotel mewah. Kah kah kah. Mati-mati ingat sebuah kompleks membeli-belah di Bukit Bintang.

Apabila kami masuk, kami diminta naik ke tingkat dua di mana jualan beg-beg berjenama itu sedang berlangsung. Fuhhh... dalam hati dah terbayang pelbagai jenis beg-beg berjenama... tapiiii...

... hampa!!! Kat dalam cuma ada beg Coach, Miu-miu, Kate Spade, Gucci dan Prada je. Itupun sikit sangat. Coach ada tak sampai 10 jenis... Kate Spade dalam 5 kot dan Prada... ha'ah... dalam 8 kot. Gucci cuma ada wrislet dan dompet je. Harga pun mencecah ribuan yo!

Diskaun?

Harga pada tag beg itu dah ditetapkan dah. Diorg bagi baucer RM50 setiap seorang dan boleh dipakai untuk satu beg je. Aku dan housemate dapat tiga baucer, jadi jumlahnya RM150. Tapi takleh pakai sekaligus untuk satu beg. Huh?!

Lagi memeranjatkan... ada dua tiga beg Coach yang ku ragui ketulenan begnya. Apabila ku pandang kat sambungan kain pada tepi beg itu... coraknya tak semetri!!!

Replica beb!! Konfem!! Getusku yakin.

Kami terus keluar dari tempat tu dan berikan baucer kami kepada orang yang ditemui dalam perjalanan masuk ke dewan jualan itu. Aku tak nak beli beg yang diragui ketulenannya. Tapi ada seorang gadis tu siap beli 4-5 beg dari sana. Kesian. =)

OK.... aku rasa kalau nak beli pun beg berjenama, baik beli dari kekawan yang jual online. Mereka beli beg semasa ada diskaun kat luar negara dan jual balik kat Malaysia.

Sekian pengalaman aku. hehehe..

.








5 comments:

Permata said... [Reply]

Iyeke. Eish, ada pulak jual fake punya. Jard kongsi la website on9 tu, bleh cuci2 mata hehehe

Jard The Great said... [Reply]

@permata... hehe. tak ingat da. kena selongkar emel aku jap. nnt klu ada aku bgtahu k.

Rawlins Takashi Ichigo Lutz said... [Reply]

Sian...indah khabar dari rupa ye
Baik order online je uals

jedi said... [Reply]

byk yg cuba ambil kesempatan...

jedi said... [Reply]

seb baik kau kenal ori ke x....kalo x lebur la...heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...