Search This Blog

Loading...

Tuesday, February 14, 2012

RTM patut dilatih oleh orang Media Prima

www.tips-fb.com

Aku sedang mengiikuti kursus Pencahayaan HDTV dan pengajarnya seorang berpengalaman yang pernah bekerja untuk Media Prima dalam rancangan Nona dan Juara Lagu 2012 (banyak rancangan lain). Yang bestnya, memang ikut sedap je pengajar itu tegur masalah-masalah yang ada dalam rancangan-rancangan RTM. Sebab kalau dibiarkan je... tenggelam lah RTM di mata dunia. (aiseh... dramatik lak bunyinya)

Aku dapati.... Media Prima tak merakamkan drama mereka sendiri. Drama yang best-best yang korang nampak kat TV tu sebenarnya dibeli. Yeppp... dibeli haknya untuk ditayangkan kat TV mereka terutamanya TV3. Maknanya, disebabkan pihak Media Prima pandai memilih drama yang sesuai untuk stesen mereka... maka naiklah ratings. Rancangan yang diorg rakam sendiri kat studio mereka di One Utama itu hanyalah talk shows dan pelbagai rancangan lain yang melibatkan studio dan pentas.

RTM pula, diorg ada jugak beli drama dari luar... dan ada jugak buat drama sendiri. On which I don't know the difference. Tapi kalau misalnya drama seperti Nur Kasih ditayangkan kat RTM... walaupun sebest manapun drama tu... tapi ratings tetap tak tinggi sebab mindset masyarakat TAK NAK tengok RTM. Kan?

How to change their mindset?


Kedasyatan pengalaman bekerja di Media Prima yang dikongsikan oleh pengajar kami sangat membuka mata. Kiranya patut bersyukur la dapat kerja dalam bidang penyiaran. I'm the lucky few. =)

Ok. Sambung kerja.. memang sibuklah sekarang dengan transisi penyiaran analog ke digital HDTV menjelang 2015. Banyak langkah yang perlu dimulakan. Antaranya... start learning from the best. ~Media Prima.

.




10 comments:

FarhanaDr said... [Reply]

Teringat aku dengan kontest kenangan rtm tu. Hehehe.

hazman aka species1980 said... [Reply]

Yess... rasanya memang ramai dah semacam kena brainwash tak minat tengok rancangan rtm ....tambah2x berita....

kueh bakar said... [Reply]

hasbulah awang dari tahun 1987/88/89 pengacara bola. sekarang pun masih, walaupun sering tersasul2 nama pemain..sebab tu rtm tak maju2.ahaks.

tapi dari segi design dah cantik, ada perubahan..

beli drama tak telus kot..tu pasal tak bermutu..kot la.

jedi said... [Reply]

Ni pendapat personal aku la.

Untuk berita sendiri, aku memilih TV3 pasal bagi aku berita kat RTM terlalu kusam dan sayu. Pastu cara penyampaian memang tidak menarik langsung. Pembaca berita pula cam x berganti.

Tapi skang aku mula beralih ke Berita Awani yang pada aku lebih kepada hal yang berfaedah, lari dari tajuk yang suka di bincang di TV3 mahupun RTM iaitu politik. Membosankan. Cam tiada tajuk lain nak di discuss.


Rancangan RTM yang aku suka adalah Forum Perdana Ehwal Islam zaman 1997-1999. Zaman tu mmg aku sentiasa tunggu rancangan tu tapi skang Forum Perdana pun dah gagal menarik hati aku.

Mungkin RTM boleh cuba buat Drama Realiti Kehidupan dan Berpengajaran cam Tanah Kubur.

Hans said... [Reply]

yups
sokong2
banyak benda sebenarnya perlu diubah oleh RTM


P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2

http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

farra fajima said... [Reply]

waaa bestnye
teringin nak belajar ilmu bidang penyiaran ni
salu asek tengok tv je
nak gak tahu di sebalik tadbir semua tu
;)

oranglidi said... [Reply]

stuju2.. bukan nk memperkecilkan RTM, tapi rasanya ada baiknya kalau Media prima leh bantu RTM dr segi teknikal n laen2. Boleh la baiki katmana yg kurang tu.

tapi ak tengok rtm da byk berubah skang. ok le tu.

ps/dulu dgr kata dato farid ridzuan tu nk join rtm. tapi snyap je skang.

Jard The Great said... [Reply]

hehehe... ramai plak pengomen dari zaman dulu2 aku berblog memberi komen kat entri neh. makaseh sudi komen.

CAHAYA MATA said... [Reply]

learning from THE BEST.. :)

tapiiiii...

Media Prima....???!!!

errkkk...!!!





*kecik hati baca entrie ni.. (hehehe).. :)

♥CIK SHA♥ said... [Reply]

aku suka je tengok RTM weh..aku rasa drama kat RTM lagi best kot..ntah..ke aku ni oldschool..haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...