Search This Blog

Loading...

Friday, February 17, 2012

Sentul Menjadi Sasaran Perompak "Spiderman"

www.tips-fb.com

Aku baru tahu tentang kondo kawan aku berhampiran Jalan Duta telah dimasuki perompak melalui tingkap. Dia sendiri tak sangka kondominium miliknya yang berada di tingkat 10 boleh dirompak. Dan kerana sangkaannya itulah, dia dan suami tak bubuh grill pada tingkap dan balkoni kondo mereka.

Tapi malang tidak berbau. Sebaik saja dia pulang pada waktu petang Isnin yang lepas, dia dapati rumahnya licin di"sapu"! Semua barangan kemasnya telah dicuri berserta segala peralatan elektroniknya seperti laptop, radio, home theater dan sebagainya. Rumahnya bagaikan tongkang pecah.

Dengan jiwanya yg bagai dihiris-hiris itu, mereka telah membuat laporan polis di Dang Wangi. Pihak polis di sanalah yang menyatakan kawasan rumahnya dan juga Sentul menjadi sasaran untuk pecah masuk rumah. Modus operandi perompak adalah memasuki rumah mangsa melalui saluran paip bangunan, air-cond, paip dan tingkap. Perompak disyaki orang Myanmar. (Polis katalah... aku tak tahu)

Perompak kini lebih licik dengan kemahiran "spiderman" yang boleh panjat bangunan!!! Diorg dah pandai mengelak daripada dikesan memasuki bangunan dengan hanya memanjat bahagian luar bangunan je. Huhuhu..

Perompak zaman metropolitan.
Rumah aku berada di tingkat empat maka lagilah tak menjadi masalah untuk dirompak "spiderman".

Gerun pula apabila mendengarnya.... aku tawakkal jelah terhadap masa depan rumah aku.  Aku dah laporkan kejadian percubaan pecah masuk rumah kat pondok guard agar mereka lebih alert. Itu sajalah yang termampu buat sekarang. Moga tiada yang buruk berlaku.

Amin.
.


2 comments:

jedi said... [Reply]

dulu aku ingat kondo selamat...rupanya tak juga la...

Jard The Great said... [Reply]

@jedi.. tiada tempat yg selamat. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...