Wednesday, March 7, 2012

Hadiah dari Germany dan Sahabat dari Thailand

Aku sedang mengikuti ABU Digital Broadcasting Symposium kat Hotel Istana, Kuala Lumpur. Simposium berjaya mengumpulkan ratusan penyiar dari serata dunia untuk berhimpun di sini bagi membincangkan isu-isu semasa perihal penyiaran. =)

Dalam pada itu, ada kuiz dan cabutan bertuah. Syaratnya mudah je... jawab kuiz dan kertas jawapan kuiz itu akan dijadikan cabutan bertuah sekiranya jawapan betul. Tak sangka aku berjaya dan hadiahnya seperti di bawah.

Teddy bear dari Germany.
Yang seronoknya, tekan je teddy bear ini, mereka akan nyanyi! HAHAHAH!!! Comel siotttt.. apa kaitan ntah dengan penyiaran. Tapi apabila dibelek-belek, teddy bear ini merupakan cenderahati daripada Kathrien, pengeluar peralatan penyiaran utama di dunia yang berasal dari Germany. Patut ler. =)

Oh ya... aku dapat jaket gak berwarna merah... =p

Selain itu.... tak sangka pula bertemu dengan kawan lama dari Thailand dalam Simposium itu...

Aku kena maintain macho.. eh... Boss aku ada kat belakang tu! (fail pink) Haha.
Kawan aku seorang neh (cuba teka!)... selalu je ingatkan aku untuk melawat Bangkok supaya dia boleh jadi tour guide percuma. Hehehe.. insyaAllah tahun ini kot... tengok pada bajet la.

Kerjaya aku sebenarnya menarik tapi rasanya tak sesuai nak tayang ceritanya kat sini. Cukuplah cerita-cerita event blogger je dan perkara umum. Apapun... syukur aku dikelilingi orang yang baik-baik belaka. =)

.

6 comments:

CikLilyPutih said... [Reply]

cantik bear tuh... comeyyyyy

Aizat Shafiq said... [Reply]

Seronok...seronok...
Going international gitu...hehehe

Jard The Great said... [Reply]

@cik lilyputih.. hehehe.. ku tak abes2 tenung smlm.

@aizat... bidang yg umum tp semua org pakai...=p

Eyriqazz said... [Reply]

nak satu, nak satu...hik3...

Joel Leslie said... [Reply]

wahhhhhhhhh, best :D hehe.

Jard The Great said... [Reply]

@eyriqazz.. takleh sbb ia berpasangan. hehehe

@joel.. sgt best.. =p