Saturday, April 7, 2012

Manjakan diri di Anjung Jelita Spa @ Kajang



Kenapa sanggup gi Kajang sedangkan SPA berlambak kat KL? Well, aku actually every week akan ke Semenyih sebab ada mesyuarat atau program kat sana. Dalam pada itu, elok singgah SPA milik seorang kenalan blogger sebelum ke mesyuarat, ye dak? Outcome dia agak memuaskan selepas aku menjalani facial whittenning selama dua jam. Memang bertambah putihlah... keh keh keh..


Sekali masuk ke dalam SPA milik Bella ini, hiasan dalam didapati sangat selesa dan mendamaikan.. Mungkin sebab ade unsur Feng Shui kot dengan adanya pancutan air (waterfall) kat background. 

Barangan cenderawasih.. unik lak namanya.
Bella kata kesemua barangan kosmetik dan facial adalah natural maksudnya tiada kandungan kimia yang boleh mencederakan kulit. 

Barangan La Suisse... diimport dari Jepun?
Gambar atas ini adalah serum yang digunakan semasa sessi facial atas aku. Ai loike!!!

Tempat massaging kat bahagian kaki. Tampak selesa bukan?
Aku agak kagum dengan hiasan dalaman SPA ini... dan juga keharumannya. Sangat nice! Well... untuk pengetahuan anda semua... Anjung Jelita ada promosi untuk bulan April ini. Better korang gi cuba sendiri!

Yeah.. hari itu aku mencuba Pakej C iaiatu Whitening Facial.

Kronologi sesi facial pada hari itu ialah... first... basuh kaki dalam basin berisi bunga segar dan garam. Pekerja Bella hari itu bernama Kak Ema. 

Ahhh.. sedapnya orang dok basuhkan kaki kita. Keh keh keh.
Setelah itu, aku dikehendaki memasuki satu bilik khas.

Ya Allah.. cantiknya tempat ini. Hihihi..
Di sinilah aku menjalani facial selama dua jam. Selesa sampai tertidur dengan nyenyak je. Bangun-bangun je... facial dah siap. HAHA.

Antara perkhidmatan lain dalam SPA ini ialah Sauna dengan menggunakan Bilik Sauna di bawah.

So inilah rupanya SAUNA. Baru ku tahu!
Kalau nak mandi atau gi tandas kat sini.... jugak selesa beb!

Macam kat Thailand je rasanya.
Tapi yang mungkin tiada di kebanyakan SPA yang pernah ku kunjungi ialah.....

Tempat beribadat! Kudos to Bella for this!
Belum rasa lagi surau ini sebab pada masa itu aku tengah datang bulan. Heee.. but it's good to know that there's a surau in case I want to extend my SPA sessions to 4-5 hours right? Contohnya massage 2 jam + facial 2 jam. =)

Kalau ade kesempatan lagi.... aku konfem nak ke sini lagi...

Rupa premis Anjung Jelita dari luar.
Nak datang sini mudah je... (kalau ade GPS lagi mudah!). Anjung Jelita Spa & Beauty Centre terletak di lokasi strategik bersebelahan Lebuhraya SILK (Kajang) dan seterusnya ke pejabat Kajang MIROS.

Anjung Jelita Spa & Beauty Centre mudah diakses melalui Lebuhraya Lembah Klang Selatan, Lebuhraya Utara-Selatan, dan dekat dengan Bangi, Putrajaya, Semenyih, Cheras melalui lebuh raya.

  • Boleh diakses oleh KTM Komuter (stesen Kajang) – 5 minit menaiki teksi ke Anjung Jelita Spa & Beauty Centre outlet. 
  • Diakses oleh bas – Taman Kajang Sentral bas yang perlu diambil di stesen bas Reko Kajang / Jalan.


ALAMAT: 
Anjung Jelita Spa & Beauty Centre (002104612-D)
115-1A and 1B, Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
 Tel : 03-87364412
.

5 comments:

Mr Lonely said... [Reply]

great information about spa.. btw, got "extra service?" XD

Regards,
http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..

Jard The Great said... [Reply]

@mr lonely.. haha. nola.. forgot to mention that it's a WOMAN ONLY spa. =)

Ermie Dharlya said... [Reply]

best kan kalo org lain tlg manjakan diri kita :D

nasib jauh Jard, kalau x, esok gak nak pg ni :D

madammondoq said... [Reply]

bestkan spa bella??? ;)

are_lin@yu said... [Reply]

nanti ada peluang nak g..;-)