Search This Blog

Loading...

Wednesday, February 29, 2012

Makan Malam di Syuen Hotel, Ipoh, Perak

www.tips-fb.com

Ini adalah entri sambungan daripada Media Trip Day 1 - MH Hotel, Ipoh, Perak.

Pada malam pertama di Ipoh, Perak, kami makan malam di Hotel Syuen yang berhampiran dengan Dataran Bandaraya Ipoh, tempat berlangsungnya Gala Night... Kesemua penari kebudayaan dan performer untuk Royal Belum World Drum Festival 2012 menginap di hotel ini kerana mudah dari segi logistik. Dan disebabkan itu, hotel itu fully booked dan orang lain (macam kami, rakan media online) terpaksa dok hotel yang jauh sedikit.

Pic kredit to - http://www.syuenhotel.com.my/
Tapi tak mengapa... makanan tetap sedap... hehehe..

Hotel Syuen ini lebih bercirikan zaman oldies. Aku terasa seperti berada dalam zaman 50-an (ehh, macamlah aku tahu zaman dulu macam mana. haha) yang berkelas tinggi. Siap ada kereta antik kat luar bangunan lagi sebagai perhiasan. Rasanya takleh pakai dah kereta tu.

Perghh.. kalaulah kereta aku macam ini. hehe.
Aku sempat pusing-pusing kat lobi dan dewan makan je. Dalam bilik hotel tak tahulah macam mana. Entah-entah macam dalam cerita Sherlock Holmes kot. =p

Hotel rasmi untuk performer dari luar negara.

Pencahayaan dalam lobi pun romantik giler.. hehehe.. ke salah kamera aku neh?

Eh... ada pertandingan dekorasi lobi hotel rupanya!
Patut ler aku rasa hiasan lobi di hotel-hotel sekitar Perak lain macam je. Luar biasa dekorasi mereka berbanding kat KL sebab masuk pertandingan rupanya. Bagus usaha depa! *clap hands!

Tanpa membuang masa, kami menjamu selera di dining hall di sebelah lobi. Masa itulah dapat berborak panjang dengan penyelia Rotikaya.com yang kononnya di saman artis tu. Cerita panas tuuu.. hehe. Tang tu, korang kena dapatkan cerita sepenuhnya dari empunya badan. Aku cuma harap everything turns out well for them. Until then...

....jom makan!
Acara seterusnya akan bermula pada pukul 8:45 malam dan dirasmikan sendiri oleh Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Y.A.B. Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir. Cerita itu masuk post lain pula. Hehe.. penat den.

Terima kasih membaca.
.





Media Trip Day 1 - MH Hotel, Ipoh, Perak

www.tips-fb.com

Sempena "Tahun Melawat Perak 2012", Tourism Perak telah menjemput rakan-rakan media untuk menyertai lawatan selama 3 hari 2 malam ke Ipoh, Perak untuk menyaksikan konsert Royal Belum World Drum Festival 2012 di samping melawat tempat-tempat menarik di Perak. Lawatan ini bermula pada hari Sabtu yang lepas iaitu 25hb Februari dan berakhir pada 27hb Februari 2012.

Bas khas untuk rakan media. 
Antara mereka yang terlibat.

Mereka dok borak pasal jadual program kot. Hehehe.
Kehadiran aku ialah sebagai wakil Chillout.my. Terima kasih atas peluang ini ye. =)

Rakan media yang dijemput ditempatkan di Hotel MH yang baru dibuka pada bulan November 2011. Hotel ini terletak di Jalan Sultan Azlan Shah Utara dan boleh dilihat dari North South Expressway.

Pandangan dari bawah.
Semasa kami menginap di sini, didapati kebanyakan ruang restoran dan bilik tidur belum dibuka. Mengikut sumber TheStar,  kesemua restoran dan bilik dijangka beroperasi pada bulan Mac 2012 nanti. Malah ada satu tingkat yang khas untuk wanita sahaja dan dekorasinya serba merah jambu dan ungu.

Setakat ini, daripada 111 bilik hanya 50 bilik sahaja yang dibuka untuk tempahan. Aku dapat bilik 1005 di tingkat 10. Tingkat 13 pula khas untuk golongan yang suka menghisap rokok. Hehehe.. dan tak dilupa, Mcdonald's 24 jam berada di sebelah je.

21 tingkat semuanya.
Aku berkongsi bilik dengan seorang lagi wakil Chillout.my iaitu seorang penulis novel bernama Pn. Zara Aluwi. Jadi kalau kami pergi mana-mana mesti berdua. =p

Keadaan di dalam bilik kami. Agak luas.
TV flat screen tuu... hehe... 
Pemandangan dari bilik kami yang berada di tingkat 10.
Sepanjang dua malam kami menginap di sini, aku cuma sedikit terkilan apabila bilik tidak dikemaskan pada hari kedua. Malah sabun dan keperluan mandi yang lain tidak diganti dengan yang baru. Kenapa ya? Air mineral jugak tak berganti. Hurmmm..

Berbalik kepada trip... kami dikehendaki bersiap sebelum pukul 6:30 petang untuk bergerak ke jamuan makan malam di Syuen Hotel dan seterusnya ke MBI City Square untuk menyaksikan konsert Royal Belum World Drum Festival 2012 secara LIVE. Sedikit sedutan tentang festival ini....


More info boleh dibaca di sini...

Website : www.royalbelumworlddrumfest.com /www.malaysiaworlddrums.com
Facebook : Royal Belum World Drums Festival 2012
Twitter : @RoyalBelumWDF


Till next post... tata!

.





Saturday, February 25, 2012

Toyota Hybrid Launch @ Sunway Piramid Convention Center

www.tips-fb.com

First and foremost, ini kali pertama aku menghadiri sebuah majlis pelancaran kenderaan. Secondly, aku sangat kagum dengan mainan projector dan pencahayaan atas pentas semasa mereka lancarkan kereta Toyota ini. Terbukti ini hasil kepakaran Jepun sebab aku pernah mengikuti demo pencahayaan di Jepun tahun lepas. Ketiga... hoyeahhh!! The new TOYOTA PRIUS & THE ALL-NEW TOYOTA PRIUS c is now available in Malaysia yo!

The launch started with s slideshow.

Apa beza Prius yang lama dengan baru?

The experts that made it happen.
Aku bukanlah pakar kereta, tapi aku tahulah kalau kereta itu berbaloi atau tak untuk dibeli berdasarkan harga dan kualiti. Mari kita lihat harga pasaran kedua-dua kereta hibrid ini.

RM97,000.00 untuk Toyota Prius c is not that bad eh?
Aku tertarik dengan rekaan ergonomic kereta ini yang dikatakan mesra alam dan jimat minyak. Almaklumlah... lebih kepada penggunaan bateri.

Toyota Prius dibuka dengan harga RM139,900.00 seunit.
"A large 6.1-inch Touch Screen Display is now installed for the New Prius and the screen is also used to display the image from the rearview camera. It is also possible to view fuel consumption information and the energy monitor on this screen." from the press release.

Mantap seh! Nampak tak skrin 6.1 inci tu?
Kalau dilihat pada enjinnya... bateri memang takda dalam tu.

Oh, gini rupanya enjin hibrid. Hehe.
Aku dari awal pelancaran dok tertanya-tanya. What the heck is a Hybrid Car? LOL.
Ini lebih kurang jawapannya....

"The Hybrid Synergy Drive is a genuine hybrid system in that it allows the Prius to run on the petrol engine alone, electric motor alone, or a combination of both. In certain conditions, it is possible to have an EV (electric vehicle) experience where the Prius will move silently, consuming absolutely no petrol. While driving, the  driver can  alternate between four driving modes (Normal, Power, Eco and EV). Power Mode increases sensitivity to throttle input for a 
sportier feel while Eco Mode helps drivers achieve the best mileage."

Maksudnya, kita boleh memilih jenis pemanduan dengan sebuah kereta hibrid, samada nak guna petrol 100% atau bateri 100% atau kedua-dua jenis sekaligus. Perhhh... nak pakai bateri je konfem enjin senyap je sepanjang perjalanan. Hebat sehh!! 

See... I get to learn new things everyday!

Ini Toyota Prius c yang berharga RM97,000.00.
Kalau lihat pada interiornya...

Kereta ini turut ada touch skrin. Hehehe..

Dan ruang belakang macam pernah ku lihat dalam model kereta tempatan. 

Macam familiar je kan? Haha.
OK, tamatlah di sini pengalaman aku menghadiri pelancaran kereta paling SMART di Malaysia. Thanks nuffnang for the invite.  =)

.

Friday, February 24, 2012

Kemalangan yang mengubah gaya hidup

www.tips-fb.com

Mak ayah aku datang KL pada hari Selasa yang lepas. Adalah urusannya yang tak boleh diceritakan kat sini, yang menjadi kenangan "masam" tu ialah kejadian semalam.

Kereta ku dilanggar lagi! (Ok.. cam banyak kali lak bumper belakang aku menjadi mangsa langgar.) Syukur kali ini, budak yang langgar itu mengaku bersalah dan berkat bakat ayah aku sebagai pendamai. Maka urusan membuat laporan polis dan claim insurans si pesalah berjalan dengan lancar...

Namun... hidup di KL tanpa kereta telah menyukarkan pergerakan aku sebagai blogger dan pekerja awam rajin (aiseh!). Aku terpaksa kembali ke keadaan asal. Back to using public transport. Arghhh.. terbayang keadaan berhimpit-himpit semasa naik KTM untuk ke tempat kerja semasa rush hour. Ohhh.. tidakkkkk!!! Harap kereta aku cepat baik.

Menanti hari esok yang mengerikan. Apapun.. hidup perlu diteruskan! =(

.



Wednesday, February 22, 2012

Baru nampak macam perempuan!

www.tips-fb.com

Katanya housemate kepada aku semalam setelah aku balik pada pukul 10 malam semalam dari kerja. Dalam penat-penat camtuh pon... sempat lagi dia nak sindir aku ye. Hehe.

Aku tanya apsal sekarang baru nampak macam perempuan. Dulu macam lelaki ke?

Dia jawab dulu aku tak reti nak berhenbag wanita sebab asyik pakai backpack je dan sekarang aku dah pandai pakai barangan kemas seperti gelang.  Sekarang dah nampak kelainan berbanding dulu katanya. Huhuhu. La... macam tu ker baru nampak macam "perempuan"?

Patut ler bapok pon boleh nampak macam perempuan. =p


Ps: sangattttttttttttt sibukkkkkkkkkkkkk!!!!!!
.

Tuesday, February 21, 2012

BCard, kenapa baru sekarang wujud??!!

www.tips-fb.com

I'm an avid CD/DVD box set collector. Yepp.. might as well admit it openly. I'm also a COUCH POTATO! Thus answers the cause of all the weight gain eh? Hehe. I know it might not be a healthy hobby but being unsocial (really?!) and loving to spend all my free time at home watching reruns of my favorite episodes, it's a habit I can't live without.

I've been collecting CDs and DVDs from the first time I've started having my own money. Receiving NO more financial help from PAMA (papa and mama's money), I'm now happily financially independent! Yahoo for that! And OPPSS for the new-found yet expensive hobby.

So BCARD!! Where thou 'art 10 years ago?


Imagine if you existed then.

My first CD box sets of Korean and Japanese dramas weren't that cheap, you know. I'd loyally buy ALL, YES ALL of my CDs and DVDs from the Video Ezy Store (in which BCard is applicable) situated in 11 shopping malls around Selangor and Kuala Lumpur. Whilst collecting points with swiping my BCard...

For every RM1 = 10 BPoint is collected so...

100 BPoints = RM1 (for redemption purposes)
16 box-sets x RM20.00 = RM320.00 = 3,200 Bpoints!
So having accumulated that much points, let's imagine if all of my CDs and DVDs were purchased from Video Ezy and I've swiped my BCard with every purchase.

Put the previous purchased items in a box.
Then you stock 'em up.

Stacked about THREE boxes.
No wait!!! Don't forget the newest American drama series DVD Box-sets!

Four boxes kinda outdid it. LOLOLOL!
And with all that purchases from Video Ezy, I would've collected about 50,000 BPoints altogether! When redeemed it's equivalent to RM500 of spending money!

Okay... hold on your horses. You might be asking...

SO WHAT?

Did you know that with the accumulated BPoints, you could redeem it with ACTUAL PRODUCTS from over 250 participating outlets? Redeem the points for drinks at Starbucks or even books from Borders. Endless shopping options beb!! Just so AWESOME!

Among the merchants. For full list please proceed to it's website.
I mean this is the best rewarding card ever!!! Like EVER!!! *flips hair.
Well, being overexcited as I am, here's some more information on this awesome card.

BCard's Awesome Benefits
  • No Annual Fee
  • Lifetime Membership
  • Rewards you twice i.e when you spend and when you redeem
  • Instant Redemption at the Store i.e allow you to "cash-in" points for immediate cash rebates
  • Exclusive online redemption at www.bcard.com.my

BCard's Awesome Features
  • 1 BPoint =1 sen
  • Allow Partial redemption (a minimum of 100 points)
  • Check points via SMS or Online
  • Points Expiry is 36 months after issuance (on a first in first out basis)

How to APPLY???? (I bet, you itching to know, right?)

It's simple, just log on to www.bcard.com.my!!! Or better yet, just apply it straight away from participating merchants near you!! You'll get a card on the spot!

Oh yeah, there's an ongoing contest specially for BCard users. Don't forget to take part in the Bcard Swipe and Win contest from 2nd January 2012 to 29th February 2012 to win some cool prizes like an all expense trip to London!! Check it out on www.bcard.com.my for more details.

Being loyal to a store is more rewarding than ever. =)

.

Friday, February 17, 2012

Sentul Menjadi Sasaran Perompak "Spiderman"

www.tips-fb.com

Aku baru tahu tentang kondo kawan aku berhampiran Jalan Duta telah dimasuki perompak melalui tingkap. Dia sendiri tak sangka kondominium miliknya yang berada di tingkat 10 boleh dirompak. Dan kerana sangkaannya itulah, dia dan suami tak bubuh grill pada tingkap dan balkoni kondo mereka.

Tapi malang tidak berbau. Sebaik saja dia pulang pada waktu petang Isnin yang lepas, dia dapati rumahnya licin di"sapu"! Semua barangan kemasnya telah dicuri berserta segala peralatan elektroniknya seperti laptop, radio, home theater dan sebagainya. Rumahnya bagaikan tongkang pecah.

Dengan jiwanya yg bagai dihiris-hiris itu, mereka telah membuat laporan polis di Dang Wangi. Pihak polis di sanalah yang menyatakan kawasan rumahnya dan juga Sentul menjadi sasaran untuk pecah masuk rumah. Modus operandi perompak adalah memasuki rumah mangsa melalui saluran paip bangunan, air-cond, paip dan tingkap. Perompak disyaki orang Myanmar. (Polis katalah... aku tak tahu)

Perompak kini lebih licik dengan kemahiran "spiderman" yang boleh panjat bangunan!!! Diorg dah pandai mengelak daripada dikesan memasuki bangunan dengan hanya memanjat bahagian luar bangunan je. Huhuhu..

Perompak zaman metropolitan.
Rumah aku berada di tingkat empat maka lagilah tak menjadi masalah untuk dirompak "spiderman".

Gerun pula apabila mendengarnya.... aku tawakkal jelah terhadap masa depan rumah aku.  Aku dah laporkan kejadian percubaan pecah masuk rumah kat pondok guard agar mereka lebih alert. Itu sajalah yang termampu buat sekarang. Moga tiada yang buruk berlaku.

Amin.
.


Wednesday, February 15, 2012

Rumah dipecah masuk.

www.tips-fb.com

Housemate aku sedang memasak di dapur apabila dia terperasan satu benda yang pelik di tingkap. Dia terjumpa kepingan kaca yang sudah pecah kat bawah tingkap. Yang peliknya, tiada kesan perpecahan pada tingkap itu. Susunan kaca nampak elok je seperti tak pernah diusik.

Tiada kaca yang hilang.

Aku sebagai ketua rumah dipanggil keluar bilik untuk melihat keadaan. Aku tinguk kaca yang pecah tu yang telah dibuang kat tong sampah dan aku lihat pada tingkap tepi dapur gas tu.

Dari mana kaca neh woiii!!!???

Kalau diperhatikan betul-betul, boleh nampak semacam kesan jejari pada kaca kat tingkap tu kan?

Kesan jari ke neh???
Ehhh??? Neh buatan jin atau manusia neh?

Aku minta semua housemate aku periksa barangan mereka kot-kot ada yang hilang. Tapi barangan kami nampaknya tak terusik.

Adakah si pencuri ingin meninjau keadaan je dulu? Dan merancang untuk mencuri pada hari kemudian?

Aku dah naik risau dah neh. Aku melihat keadaan seperti ini, pencuri pecah masuk melalui tingkap dapur... dan bila nak keluar semula, dia pasang balik kaca yang pecah tadi dengan kaca baru. Mereka tak usik papepon kat dalam rumah.

Apa mereka nak sebenarnya?

.


Tuesday, February 14, 2012

RTM patut dilatih oleh orang Media Prima

www.tips-fb.com

Aku sedang mengiikuti kursus Pencahayaan HDTV dan pengajarnya seorang berpengalaman yang pernah bekerja untuk Media Prima dalam rancangan Nona dan Juara Lagu 2012 (banyak rancangan lain). Yang bestnya, memang ikut sedap je pengajar itu tegur masalah-masalah yang ada dalam rancangan-rancangan RTM. Sebab kalau dibiarkan je... tenggelam lah RTM di mata dunia. (aiseh... dramatik lak bunyinya)

Aku dapati.... Media Prima tak merakamkan drama mereka sendiri. Drama yang best-best yang korang nampak kat TV tu sebenarnya dibeli. Yeppp... dibeli haknya untuk ditayangkan kat TV mereka terutamanya TV3. Maknanya, disebabkan pihak Media Prima pandai memilih drama yang sesuai untuk stesen mereka... maka naiklah ratings. Rancangan yang diorg rakam sendiri kat studio mereka di One Utama itu hanyalah talk shows dan pelbagai rancangan lain yang melibatkan studio dan pentas.

RTM pula, diorg ada jugak beli drama dari luar... dan ada jugak buat drama sendiri. On which I don't know the difference. Tapi kalau misalnya drama seperti Nur Kasih ditayangkan kat RTM... walaupun sebest manapun drama tu... tapi ratings tetap tak tinggi sebab mindset masyarakat TAK NAK tengok RTM. Kan?

How to change their mindset?


Kedasyatan pengalaman bekerja di Media Prima yang dikongsikan oleh pengajar kami sangat membuka mata. Kiranya patut bersyukur la dapat kerja dalam bidang penyiaran. I'm the lucky few. =)

Ok. Sambung kerja.. memang sibuklah sekarang dengan transisi penyiaran analog ke digital HDTV menjelang 2015. Banyak langkah yang perlu dimulakan. Antaranya... start learning from the best. ~Media Prima.

.




Saturday, February 11, 2012

Pengalaman tengok SALE menghampakan!

www.tips-fb.com

Sila rujuk entri aku yang lepas untuk mengetahui SALE apakah yang dimaksudkan.

Pagi tadi aku bersama housemate tercinta telah keluar seawal 10 pagi untuk ke destinasi iaitu... Monorel Bukit Bintang. Jalan sket boleh sampai ke Grand Millenium. Aku tak menjangkakan bahawa tempat itu sebenarnya sebuah hotel mewah. Kah kah kah. Mati-mati ingat sebuah kompleks membeli-belah di Bukit Bintang.

Apabila kami masuk, kami diminta naik ke tingkat dua di mana jualan beg-beg berjenama itu sedang berlangsung. Fuhhh... dalam hati dah terbayang pelbagai jenis beg-beg berjenama... tapiiii...

... hampa!!! Kat dalam cuma ada beg Coach, Miu-miu, Kate Spade, Gucci dan Prada je. Itupun sikit sangat. Coach ada tak sampai 10 jenis... Kate Spade dalam 5 kot dan Prada... ha'ah... dalam 8 kot. Gucci cuma ada wrislet dan dompet je. Harga pun mencecah ribuan yo!

Diskaun?

Harga pada tag beg itu dah ditetapkan dah. Diorg bagi baucer RM50 setiap seorang dan boleh dipakai untuk satu beg je. Aku dan housemate dapat tiga baucer, jadi jumlahnya RM150. Tapi takleh pakai sekaligus untuk satu beg. Huh?!

Lagi memeranjatkan... ada dua tiga beg Coach yang ku ragui ketulenan begnya. Apabila ku pandang kat sambungan kain pada tepi beg itu... coraknya tak semetri!!!

Replica beb!! Konfem!! Getusku yakin.

Kami terus keluar dari tempat tu dan berikan baucer kami kepada orang yang ditemui dalam perjalanan masuk ke dewan jualan itu. Aku tak nak beli beg yang diragui ketulenannya. Tapi ada seorang gadis tu siap beli 4-5 beg dari sana. Kesian. =)

OK.... aku rasa kalau nak beli pun beg berjenama, baik beli dari kekawan yang jual online. Mereka beli beg semasa ada diskaun kat luar negara dan jual balik kat Malaysia.

Sekian pengalaman aku. hehehe..

.








Friday, February 10, 2012

Jualan Murah Beg Gucci, Prada, Miu-Miu. Coach DLL.

www.tips-fb.com

Hehehehe... aku nak gi WINDOW SHOPPING sabtu neh!!! 
Rasanya harga taklah murah, cuma lebih murah dari harga asal je kotttt...

Tapi hati ini berkenan pula nak tinjau-tinjau... nak beli kena fikir dua kali sebab duit tak masyuk lagi. =)

So see you guys there?

.

Wednesday, February 8, 2012

Masalah Gegat Dalam Rumah

www.tips-fb.com

Adakah rumah korang menyerupai gambar di bawah?

Gambar dari sini.
Ok, mungkin tak. Sebab aku rasa kebanyakan pengunjung blog ini tinggal di apartment-apartment atau rumah yang mempunyai ruang yang terhad dan kecil. Situasi kat atas biasanya terdapat di museum atau bangunan lama yang menyimpan barangan antik.

Aku baru tahu betapa susahnya nak menjaga barangan antik ini daripada dihancurkan oleh serengga perosak seperti 'beetles' and 'moths' yang suka memakan bahan-bahan yang ada dalam gambar di atas. Tak mustahil jugak rumah kita menjadi mangsa serengga perosak ini.

Gegat tahu? Pernah membeli ubat gegat dari Carrefour atau supermarket seumpamanya? Korang pernah ke luar negara dan membeli beberapa helai pakaian panas?

Contoh 'woolen sweater' yang dibeli untuk tujuan melancong ke luar negara.
Gambar  ini dan seterusnya semua dari google.
Apa yang korang buat pada pakaian panas yang tidak digunakan itu? Simpan? Cuba korang check balik.

Ntah-ntah dah berlubang macam ini.
Lagi teruk apabila seluar dalam korang dengan rasa ajaibnya turut berlubang.

Ehhh.. apsal seluar dalam berlubang??? 
Bikin orang hairan kan? Cuba korang perhatikan betul-betul terutamaya mereka yang suka membeli karpet tu. Korang perasan tak ada bijian ala-ala macam beras tu kat karpet korang? Jika diperhatikan betul-betul, bijian macam beras itu bergerak!!!

Infestasi teruk oleh serengga bernama gegat!
Ewww.. gelinyaaaaaaaaaaaa!

3 peringkat pertumbuhan gegat. 
Ha'ah, pasal itulah kena selalu kena bersihkan rumah berkala. Kalau boleh setiap hari kena bersihkan rumah. 
Masalah lipas lagi satu hal.... masalah gegat lagi satu hal........ masalah tikus??? Gegat nampak je HARMLESS berterbangan dalam rumah. Tahu-tahu dia pergi makan baju kita. 

Nak tak baju korang berlubang macam ini?
Apapun, maklumat lebih boleh dibaca dari laman web tempatan  http://www.rentokil.com.my/residential-customers/flying-insects/moths/index.html .
Mari selamatkan barang hiasan rumah dan pakaian kita sebelum terlambat!

.

Sunday, February 5, 2012

Why buy FAKE branded bags? When there's Carlo Rino!

www.tips-fb.com

Well, mostly because people can't afford the branded bags but wanna own one anyways. And also because there's a reputable "market" out there selling these fake brands making it much. much easier for people to buy.

I thought of buying a fake branded bag for my mom's birthday since she's OK with that. But later decided against it.

Why go for fake branded bags when there are so many brands out there. Cheaper and not less fashionable? Have you heard about Carlo Rino?

I know there's a lot of brands in Sogo but Carlo Rino was not one of them. I found this one in Parkson and it's not really cheap but at least I can afford it. Ngeee..

For HER. =)
I researched a bit on Carlo Rino since it was totally alien to me. And here are my findings.

"Carlo Rino was established in 1986. It is a division of Bonia Group, the world's leading brand in making high fashion goods and accessories from the finest materials. As one of the fastest growing brands, Carlo Rino is set to take the fashion scene to another level with its exciting and unique range of products that are classic, yet fashionable and contemporary. Carlo Rino is now available in countries such as Singapore, Hong Kong, China, Japan, Malaysia, Saudi Arabia, Vietnam, Thailand, Brunei, Indonesia, South Africa, Finland and Oman" from it's facebook page.
Overall, most importantly, you'll NEVER find this bag at the NIGHT MARKET. Will never have anyone using the same bag as my mom. *hopefully. LOL. So guys, before buying fake branded bags, try other brands. You'll be amazed at what you're missing out. Adieu...
.

Friday, February 3, 2012

Perkahwinan Bajau 4 - Bersanding

www.tips-fb.com

Yay! Akhirnya ku dapat sambung renteten kisah perkahwinan anak lelaki sulung keluarga aku. Sorry for the delay. Heee... perlu view dan tapis satu per satu ratusan gambar sebelum boleh bubuh kat blog.

Memandangkan rumah pengantin perempuan dekat je... kenduri dan bersanding dilakukan serentak. Kenduri di kedua-dua pihak dan bersanding di rumah pengantin.

Rombongan kami bersiap untuk bertolak.

Diringi kumpulan kompang sambil berjalan ke arah rumah pengantin perempuan.
Yang uniknya pasal adat Bajau ini, pengantin lelaki akan diANGKUT oleh beberapa lelaki gagah untuk bertemu dengan pasangannya. Tapi memandangkan tangga rumah macam curam semacam je... dia cuma diangkut sehingga tangga pertama je. Hohohoho..

Pengantin menaiki tangga diikuti rombongannya di belakang.

Menanti pihak perempuan memanggilnya masuk.
Dalam setiap acara persandingan Bajau, pelamin dan pengantin perempuan akan berada di sebalik satu tabir yang menutupi hampir separuh daripada ruang persandingan itu. Ini bagi mengelak orang luar melihat wajahnya terlebih dahulu dan biar suaminya yang rasmi dulu. Hehe.


Peek-a-boo. Takleh pandang-pandang. 
Setelah bersanding dan bersalaman dan segala apa yang patut ketika bersanding, dua mempelai itu dikehendaki turun ke bawah untuk mengiikuti acara tarian tradisional beramai-ramai. They'll be dancing in circles. 

Biar mereka menari... aku lak....

...gi makan dulu. hehehe.

Antara perkara yang aku paling suka dalam bab-bab kahwin ini ialah peluang untuk bertemu dengan saudara-mara yang sudah lama tak jumpa. Terutamanya saudara-mara sebelah mak aku yang kebanyakannya beragama Kristian. Bukan selalu leh jumpa diorg neh kan?

Acara macam inilah dikira pemupuk perhubungan muhibbah antara kami yang berlainan agama dan bangsa. Di sinilah kami berkumpul dan bermesraan. =)

Okla.. dah tamat la episod perkahwinan adat Bajau.

Thanks for reading!

.

Thursday, February 2, 2012

Penang Apartment Rentals

www.tips-fb.com

When I was a freshly graduated tech person, I've always dream of working in Silicon Valley. The well-known tech heaven for all tech nerds situated in USA. And in Malaysia, the place equivalent to Silicon Valley could only be found in Penang. Tech companies situated there are Intel, Motorola, Dell, SONY, Agilent Technologies, Seagate, Flextronics and the list goes on! Having about thousands of tech related graduates every year, I assume that many have landed their dream jobs in Penang who are non-penanglites.

So there'll certainly be problems rising in finding the ideal place to live in, right? Thus I'd recommend this super nice website to solve all the rental woes especially in Penang. Lemme introduce you to PropWall.com.

From the list below you can see that many properties are already enlisted. A variety to chose from the cheapest to the luxurious spaces to rent.

  • Areas Air Itam (25) 
  • Balik Pulau (1) 
  • Batu Ferringhi (78) 
  • Batu Maung (14) 
  • Batu Uban (92) 
  • Bayan Baru (44) 
  • Bayan Indah (69) 
  • Bukit Jambul (61) 
  • Farlim (16) 
  • Gelugor (136) 
  • Georgetown (117) 
  • Green Lane (47) 
  • Gurney Drive (116) 
  • Jelutong (52) 
  • Paya Terubong (11) 
  • Pulau Tikus (70) 
  • Relau (17) 
  • Seberang Perai (36) 
  • Seri Tanjung Pinang (10) 
  • Sungai Ara (42) 
  • Sungai Dua (25) 
  • Sungai Nibong (39) 
  • Tanjung Bungah (114) 
  • Tanjung Tokong (115)
To enjoy the privileges in browsing the available homes to rent, just do a 1 minute registration.

Also gives you a personal Propwall Page. Awesome!

You could practically do anything with your membership. You could post your own ads or just search for homes to rent that are suitable to your budget.

Currently there are 2924 properties for rent in Penang, Malaysia. A lot!
If you are budget conscious, just choose the option of finding properties under RM1500 at the right side of the web. They'll list out the properties for you.

And if you interested in any property, just click for more details and see it's illustration.

Interested?
Then up to you whether you want to call the person who posted up the ad. Better yet...

Ask them to CALL YOU BACK! HAHAHA!

Easy peasy. And FREE!

So now tech graduates everywhere will have no problem finding affordable properties to rent in Penang. Good luck to you all! And welcome to the working world!

.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...