Friday, February 17, 2012

Sentul Menjadi Sasaran Perompak "Spiderman"

Aku baru tahu tentang kondo kawan aku berhampiran Jalan Duta telah dimasuki perompak melalui tingkap. Dia sendiri tak sangka kondominium miliknya yang berada di tingkat 10 boleh dirompak. Dan kerana sangkaannya itulah, dia dan suami tak bubuh grill pada tingkap dan balkoni kondo mereka.

Tapi malang tidak berbau. Sebaik saja dia pulang pada waktu petang Isnin yang lepas, dia dapati rumahnya licin di"sapu"! Semua barangan kemasnya telah dicuri berserta segala peralatan elektroniknya seperti laptop, radio, home theater dan sebagainya. Rumahnya bagaikan tongkang pecah.

Dengan jiwanya yg bagai dihiris-hiris itu, mereka telah membuat laporan polis di Dang Wangi. Pihak polis di sanalah yang menyatakan kawasan rumahnya dan juga Sentul menjadi sasaran untuk pecah masuk rumah. Modus operandi perompak adalah memasuki rumah mangsa melalui saluran paip bangunan, air-cond, paip dan tingkap. Perompak disyaki orang Myanmar. (Polis katalah... aku tak tahu)

Perompak kini lebih licik dengan kemahiran "spiderman" yang boleh panjat bangunan!!! Diorg dah pandai mengelak daripada dikesan memasuki bangunan dengan hanya memanjat bahagian luar bangunan je. Huhuhu..

Perompak zaman metropolitan.
Rumah aku berada di tingkat empat maka lagilah tak menjadi masalah untuk dirompak "spiderman".

Gerun pula apabila mendengarnya.... aku tawakkal jelah terhadap masa depan rumah aku.  Aku dah laporkan kejadian percubaan pecah masuk rumah kat pondok guard agar mereka lebih alert. Itu sajalah yang termampu buat sekarang. Moga tiada yang buruk berlaku.

Amin.
.


Wednesday, February 15, 2012

Rumah dipecah masuk.

Housemate aku sedang memasak di dapur apabila dia terperasan satu benda yang pelik di tingkap. Dia terjumpa kepingan kaca yang sudah pecah kat bawah tingkap. Yang peliknya, tiada kesan perpecahan pada tingkap itu. Susunan kaca nampak elok je seperti tak pernah diusik.

Tiada kaca yang hilang.

Aku sebagai ketua rumah dipanggil keluar bilik untuk melihat keadaan. Aku tinguk kaca yang pecah tu yang telah dibuang kat tong sampah dan aku lihat pada tingkap tepi dapur gas tu.

Dari mana kaca neh woiii!!!???

Kalau diperhatikan betul-betul, boleh nampak semacam kesan jejari pada kaca kat tingkap tu kan?

Kesan jari ke neh???
Ehhh??? Neh buatan jin atau manusia neh?

Aku minta semua housemate aku periksa barangan mereka kot-kot ada yang hilang. Tapi barangan kami nampaknya tak terusik.

Adakah si pencuri ingin meninjau keadaan je dulu? Dan merancang untuk mencuri pada hari kemudian?

Aku dah naik risau dah neh. Aku melihat keadaan seperti ini, pencuri pecah masuk melalui tingkap dapur... dan bila nak keluar semula, dia pasang balik kaca yang pecah tadi dengan kaca baru. Mereka tak usik papepon kat dalam rumah.

Apa mereka nak sebenarnya?

.


Tabung lagik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...