Sunday, April 1, 2012

Pengalaman memohon Visa ke China @ OSK Plaza Jalan Ampang

Ada dalam 10 hari sebelum aku bercuti ke Beijing, China bersama seorang lagi travel blogger. Memandangkan masa semakin suntuk, aku telah ke pusat memohon visa china kat Plaza OSK di Jalan Ampang. Cara untuk ke sana mudah je... aku naik je LRT dari Abdullah Hukum dan terus ke Ampang Park.

Bila dah sampai tu memang tak nampak langsung Plaza OSK. Aku kena tanya orang baru leh jumpa di sebalik bangunan Ampang Park Mall. Huhu..

Bangunan gah OSK.
Berhampiran dengan pintu masuk terjumpa kerbau besar neh! Perghhh... sungguh kejantanan. LOL

Nampak ape yg aku nampak? =p
Inilah pintu masuk ke bangunan OSK. Perlu masuk dan ke kiri untuk naik lif ke tingkat dua.

Reka bentuk yang agak simple kan?
Tak susah nak jumpa pusat visa neh... dengan adanya signage terang dan jelas kat hadapan pintu masuk.

Waktu urus niaga turut ditunjukkan. 


Yang best pasal tempat ini, borang untuk diisi disediakan semasa nak ambil nombor giliran. Tapi aku telah terlebih dahulu mengisi borang itu yang dimuat turun dari internet dari sini...


Pantas sungguh urusan ini. Tak sampai lima minit.
Sangat efficient!!! Pekerja di kaunter yang menguruskan borang aku pun sangat peramah dan comel! =)

Bayaran sebanyak RM50 akan dikenakan semasa mengambil visa dan passport selepas 4 hari bekerja. Dalam kes aku... aku akan dapat visa aku pada hari Rabu depan. Moga perjalanan kali ini berjalan lancar. 

Yayyyyyyy!!! Can't wait to go to China!!!
.



11 comments:

aimi said... [Reply]

have fun jard kat sana !!

hajiMete said... [Reply]

aiseh cik jard tuu.. nape x bilang nak mai.. bakang opis me je niih.. ihiks

Byzura Mj (By) said... [Reply]

visa ni kena buat sebulan sebelum ke?

Jard The Great said... [Reply]

@byzura... lebih afdal. hehehe. kena cepat2. 2 minggu sebelum pon ok kot

sazli said... [Reply]

buat paspot kat sana juga,bukan paspot ant.boleh pakai ke.,?

sazli said... [Reply]

kena buat paspot kat sana juga,itu paspot tak sama dengan paspot malaysia.?

Jard The Great said... [Reply]

@sazli.. buat passport? kat sini untuk buat visa china je beb. utk buat passport kena ke pejabat immigration. hehehe

sazli said... [Reply]

Tahu buat kat ammigration,sebab ada tulis kat blog.Tempoh sah laku berapa lama.Macam mana kalau untuk yang kerap masuk,perlu kerap kena mohon ke?

Anonymous said... [Reply]

Mohon multiple entry le

SYAFIQ SHAHARUDDIN said... [Reply]

borang dia berubah tak untuk 2013 ni?

saya ni nak gi by group, kalau seorang je wakil boleh?

SYAFIQ SHAHARUDDIN said... [Reply]

borang ni sama ke untuk tahun 2013??

saya pergi by group, kalau seorang wakil buat untuk semua boleh tak?