Saturday, October 9, 2010

Pengalaman Pertama Membeli Pakaian Musim Luruh ~JAKUN

Aku belum beli apa-apa lagi untuk persiapan menghadap musim luruh. Ingatkan nak pinjam dari orang jer. Tapi last-last tak jadi sebab windbreaker dia tertinggal kat kampungnya di Ipoh. Tak sempat nak ambil sebelum ku bertolak ke luar negara nanti. Grrrrr....

So.. dengan hati yang sangat berat, aku dengan seorang kawan pergi membeli-belah di Jusco Wangsa Maju Seksyen 2.

Gambar ehsan dari google.

Ada seorang kawan aku yang pernah amik Master kat UK kata... kalau tak nak beli kot Winter, beli je la baju "long john" iaitu set pakaian baju dalam dan seluar untuk membantu badan mengatasi kesejukan dengan baik. Dalam rege RM30 jer sepasang. Dia yang kata........ 

Ok. Aku pun bertekad nak carikan sepasang. tahu-tahu... ku terbeli dua pasang sebab tak pasti kalau beli satu cukup ke tak. 9 hari tuuuu.... 

*beli dalam Jusco.

Sebelah kiri murah sebab kain dia sangat tebal. Sebelah kanan pula mahal sebab kain dia selesa. huhuhuhu... mase aku cuba pakai tadi memang terasa lah kehangatannya.. wiwuuuuuu! Aku boleh bawa baju-baju aku yang nipis-nipis ke sana dengan syarat baju "long John" ku pakai kat dalam. Make it as my second skin. Tak payah beli baju jaket windbreaker dan sebagainya yang rata-rata dalam harga RM250 ke atas.

=)


Stokin yang diperbuat daripada kulit kambing adalah kain terbaik untuk melindungi badan dari kesejukan. 


Ku beli dari kedai SOXWORLD dalam Juscon.
Turut terbeli dari kedai yang sama ialah.......


Hehehehe.. Jakun dengan bulu-bulu kat lingkaran bawah sarung tangan tuh. Terus berkenan dan membelinya tanpa berfikir panjang. Adoiiiiiii.....

Dan akhir sekali....... 


terbeli baju ini sebab berkenan dengan corak dan kainnya....... heeee.. tiada kaitan dengan musim luruh tapi ku terbayang pemakaiannya dengan baju "long john" di bawah. Lalalalalaaa........

Warghhhhhhh........... berapa kos kesemuanya ini?

Jap.. baru nak kira balik.......


Errrrrrrrrrrrrrrrrrrr...............


21 comments:

suffer8zine said... [Reply]

fuyohhhhh!!!

Jard The Great said... [Reply]

hahaha.. pembaziran wang ke neh??? tiba2 rasa menyesal lak...

suffer8zine said... [Reply]

sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tahun depan :P

Jard The Great said... [Reply]

@suffer8zine... ku doakan sesal kemudian dtg lewat skit.. ekekeke..

Liza said... [Reply]

beli jaket from zara, harga ok and cantik

Jard The Great said... [Reply]

@liza.. thanks kak.. zara kat midvalley ek? will try and see... ;p

Adziim said... [Reply]

Sarung tangan tu pakai bulu daripada apa?

Hehe~
biasalah jard...kena la kuarkan duit nak travel2 ni.
Kalau dah kawin lain cerita, bleh kanda yang sponsor.
:p

Jard The Great said... [Reply]

@adziim....... hehehe.. suka kesimpulan yg ko buat tu. "kalau dah kahwin lain cerita, bleh kanda yang sponsor". neh yg buat ku tak sabar mo kawen neh... ;p

molmolla said... [Reply]

hahahahahaha! :D cuti cuti cuti~

FarhanaDr said... [Reply]

Hohohoho.. Banyaknyerrrrr mu dok beli jard.. :p

Simpanlah sikit untuk beli ole2 untukku nanti.. Hehe.. :p

@juera said... [Reply]

glove yg sgt rare..=)

Jard The Great said... [Reply]

molmolla ... hhehe.. kalau cuti mmg tak mampu la pergi melancong ke luar negara.

FarhanaDr ... insyaAllah.. =p

@juera ... dan mahal. ekekeke..

Peri PiA said... [Reply]

biase r ,ter ter ni :P

ku pon berkenan dgn sarung tgn tu

Faarihin said... [Reply]

wah.. bila nak pi bercuti ni cik jard? best nya pi lawat negara orang.. nak ikut...nak ikut.. huhuhu..

risanur said... [Reply]

slmt berangkat jard...bila la akak dapat gi plak ye???

zino said... [Reply]

nak pegi overse kena lah perabih sikit.. pakaian tak lengkap nanti sampai sana nyesal..

SyimaSyaz said... [Reply]

takpe lah jard...nxt time mane tau honeymoon overseas ke...leh guna balik....

najib said... [Reply]

nak melancong ke,agaknya ke negara asal winter sonata kot

Pensel Kontot said... [Reply]

jard nk itot

Anonymous said... [Reply]

Salam, saya pun tgh cari long john ni..yg kelabu tu you beli di jusco bhgn mana ya? brand apa ya? tak perasan la...tq

-reen-

Jard The Great said... [Reply]

@anon.. tny je kat sesiapa yg keje sana.. nnt diorg beolh tunjukkan tmpt nak beli long john