Wednesday, March 31, 2010

masih kurang selesa bercakap dengan ayah tentang 'si die'

note: daddy ku ade kat KL sekarang neh... benda pertama die tanya mase die kol aku tadi ialah pasal 'si die'. hoh!

Aku pergi baca entri-entri aku yang lepas berkenaan daddy aku... air mata ku menitis tika membacanya..

Anak Daddy 1
Anak Daddy 2
Anak Daddy 3
Anak Daddy 4

Hmm.. nak kata aku manja.. tak jugak... Sebab orang manja neh bukankah mereka jenis yang suka meminta-minta? Dan semua benda die nak akan dapat? Setakat neh, semua benda aku nak......


aku dapatkan sendiri tanpa bantuan ibu bapa.

Kerjaya aku,
Kereta VIVA aku,
Rumah sewa yang aku duduki sekarang,
Duit makan,
dsb....

tapi aku tahu mereka sayangkan aku sebab aku kan anak sulung. Aset keluarga paling berharga. =p

Aku tak pasti bagaimana penerimaan daddy aku terhadap si die. Setakat neh die memang cakap ok jer. Tapi mase cakap kat telefon, pertama kali die macam gagap sikit. hehehe.. Aku dengar dari adik-adik aku pasal hantaran yang mereka minta memang melampau-lampau sekiranya seru sudah sampai.... tak nak bagi aku kahwin ke hapa?

Huhuhu.. dah ar die orang jauh....

*Sekadar gambar hiasan ehsan dari google.

Dalam hati, aku rasa bapa aku belum sedia nak lepaskan aku. Sebab jika dibandingkan dengan ibu bapa lain, parents aku tak pernah mendesak aku supaya kahwin cepat-cepat walaupun umur makin meningkat. Haha..

Ok ar.. nak sambung kerja.. 


Tuesday, March 30, 2010

Project Alpha Season 2 Bloggers’ Launch!


Tiba-tiba ade satu makhluk yang mulia (mulia? ahahaha.. sajer aar nak puji die lebih2... supaya die buat lagi pada masa2 yang akan datang) telah menegur aku melalui rangkaian sosial yang interaktif dan popular yakni Facebook..

Die merupakan seorang lelaki yang kacak dan bergaya (opppsss.. terpuji lagi.. melampau lak haihsss.. ahaha) yang tak pernah gagal untuk mendapat mana-mana gadis yang dingoratinya.. erkk.. die yang cakap lah. Aku tak yakin plak, terpaksa mengiyakannya sebab die mulia. (eh.. mulia tang apa? jap lagi aku cerita ye..).. tapi hensem2 die.. hensem lagi bakal suami aku la.. =p


Mamat neh ku jumpa buat kali pertama kalinya dalam satu acara Nuffnang. Dan kami bakal bertemu lagi dalam suatu acara nuffnang yang lain iaitu.. jeng.. jeng.. jeng..

laaa.. tinguk poster kat atas korang da leh agak.. ishhhhhhhhhhh..... =p

Apa kaitan mamat yang ku ceritakan tadi dengan acara ini?

En Bean Moreno dengan mulia dan baik hatinya telah memberi aku dua tiket untuk ke acara neh.

Kenapa plak?

Sebab die dan ISTERI telah diberi sepasang tiket untuk seorang. Jadi ade 4 tiket semuanya. Inilah akibatnya apabila sepasang suami isteri ade blog. Bile join kontes dan dua-dua dapat jemputan... kenalah korbankan satu jemputan sebab jemputan tuh biasanya untuk dua orang. Lalala.. dan orang seperti aku akan mendapat manfaatnya..

hmm.. mangsa yang 'rela' hati.. ehehehehe..

thanks beb.. really appreciate it.. pls do so AGAIN in the future...


Peluang ini jugak membolehkan aku tonton muvi ini pada 7hb April. Date ku sudah dicari.. =)

Sesiapa yang pergi.. jom jumpa ramai2 kat sana...

PS: pandai majuk plak si die sebab tak ajak die dulu.. ahahaha......... gler chumel.. =p

Akhirnya.. duit nuffnang aku on the way..


Gembira berbaur berdebar.... menantikan kedatangan bukan satu... tapi dua check dari Nuffnang.. neh yang terasa nak buat kontes. =)

PS: thanks bean for the tickets... baik jugak kamu ek.. ehehehe...

Monday, March 29, 2010

ape agaknya pendapat die pasal aku lak?

Sambungan dari entri neh.. (blind date ke tuh? ehehehe)

sejurus selepas kami berpisah pada hari ahad tuh....  si die hantar sms berbunyik..

"Salam, ok x ayah aku call ayah ko?"

Agagaga... bersambung........ =p


-----------------------------------cerita lain----------------------------------------

Aku tolong masak spaggeti petang tadi... birthday housemate aku hari neh.. jadi aku nak buatkan sesuatu yang spesel untuk die.

Nak masakkan die spaggeti.. agagaga.. padahal aku bukannya reti memasak pon... Tapi seb baik ade guru yang sudi nak ajar. =)

Bahan-bahan yang diperlukan.... bajet RM30, cukup untuk 6-7 orang makan.

4 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
4 biji tomato
1 tin cendawan butang
1 botol sos tomato Prego
1 paket spageti
1 pek daging atau ayam kisar (kalau nak sedap guna daging.. hehe)
sedikit garam dan sedikit gula secukup rasa..



Ha'ah........ spageti neh lah yang aku pakai...

Cara nak masak......... meh lah rumah aku.. tinguk sendiri lah.. malas lah mo citer. Waakakaka..

Hasilnya macam neh..... =)

Akhirnyta berjaya gak aku buatkan spageti.. hohoho..

SEDAP!!!

tak caya ker? Tanya lah birthday gal di rumah aku..... lalalalaa.. =p

PS: oklah..... masakan neh mudah jer............ belum lagi test power nak buat masakan KARI...... siapa sudi nak ajar aku?

I Wanna Be a Project Alpha TV Star!

Pencarian blogger untuk ditonjolkan dalam Project Alpha musim ke tiga sudah bermula. Tidak kisah lah kamu layak atau tak layak. Yang penting cubalah dulu. Syarat die simple je.

Kenalah pergi ujibakat.. or in other words buat AUDITION.

Hmm.. ini bukan bermaksud kamu dikehendaki menghadiri ujibakat depan kamera. Siap ade penerbit dengan krew kamera lagi. Anda cuma perlu hantar satu klip video yang singkat jer. Dalam 60 saat buatlah satu klip berkenaan mengapa kamu nak menyertai Project Alpha.

ehehehe..

mudah kan?

Berikut ialah cara-cara nak menghantar klip ujibakat anda. Ade 5 langkah. Sila rujuk ke http://projectalphagroup.ruumz.com/Groups/ untuk keterangan lagi lanjut.



Jika aku berminat (tapi aku neh pemalu la.. ahaha), aku akan kerah krew kamera yang ade kat tempat kerja aku neh untuk buatkan satu klip untuk penyertaan aku. Segalanya dalam kualiti HD (High-definition). Dulunya guna kualiti SD (standard definition) je. TV korang da tukar belum ke HD?

Tapi masalahnya sebagai penjawat awam yang berintegriti (Aiseh! poyo!), aku tak boleh menyalahgunakan kuasa aku untuk menggunakan aset kerajaan demi kepentingan peribadi. Hidup biarlah bersederhana. Lalala... =p

So korang faham -faham la yer kenapa aku takleh join. Wakakaka.. tapi aku akan sokong sesiapa yang join. Cara neh mudah sahaja untuk menjadi terkenal dan duit pun masyuk. Masuk TV pun senang lepas tuh.

akhir kata,

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups

Si die, sudah ku temui buat kali pertama

Kalau ikut perancangan awal... ku nak ajak housemate aku sekali untuk ke PWTC hari neh, nak jumpa 'si die' buat kali pertama.


Gemuruh toksah cakap ar. Tapi housemate2 aku ade program lain.

So, last minute plan, aku culik adik aku dari Jalan Peel, Cheras. Bagi suapan dalam bentuk dua biji burger dari McDonalds. Hahaha. Awal-awal tuh die takmo pergi sebab takda seluar. Setelah diberi tawaran dalam bentuk makanan.. die terus setuju. Ish.. ish..

betul kot kata orang.. a way to a man's heart is through his stomach. =)



Aku dengan adik aku bertolak dari Sentul selepas Zuhur naik lrt... mase naik lrt tuh.. adik aku asyik cakap 'jard gumuk.. gumuk... gumuk...' betul2 bagi stress kat aku.. ahaha..

'Si die' bersama rakan-rakan da lama sampai kat food court. Aku bajet diorg mesti da makan punya... seb baik aku da makan jugak. Hehee...  agenda meeting hari neh borak2 je..

Sesampai kat food court The Mall.. die suruh aku gi kaunter Beverages.. tapi pusing2 sini sana.. tak jumpa gak. Aku ternampak sesusuk tubuh yang gempal kat kaunter.. perut boroi... rambut kerinting2..

Aku seyes sangkakan itulah orangnya.... tapi aku kena kol untuk verifikasi. Kot2 salah orang. Kah kah kah.

Sangkaan ku meleset sama sekali........

Rupa-rupanya diorg dok kat meja paling jauh dari kaunter tuh tapi memang sengaja diorg pilih tempat tuh supaya senang nak tinguk orang sampai. Hahaha... bijak.. bijak..

Lutut aku tibe2 terketar-ketar bila melangkah ke meja diorg. Siot.

Terpaksa berlindung di sebalik adik aku untuk kaver. Maloooooooo.............


Haha.. sekali duduk... terkejut mereka bertiga.. bukan berdua. Tatau nak cakap ape... si die mula cakap pasal buku Kedah yang baru die beli dari Pesta Buku. Jauh benar die naik mai semata-mata nak cari buku tuh..

kah kah kah.. dalam hati.. die nak masuk bertanding dalam politik ke?

Kami pon mulakan sesi taaruf.. pot pet pot pet.. merepek meraban...... ade mase kami senyap je... ade mase sibuk belek majalah... sekali-sekala ku curik pandang... tapi tak berani nk pandang lama2..  pandang kawan die lelama boleh aar... kira kaver jugak la kan? wakakaka...


Akhirnya balik jugak kami........ ingatkan nak tumpang kereta kawan die nak balik.. tapi adik aku dok kata nak beli seluar baru. So........ kami berpisah semasa dalam perjalanan ke lif...


Keputusan panel hakim yang dianggotai aku dgn adik aku berkenaan 'si dia':

manisss.....
tak tinggi sangat....... lebih kurang macam tinggi aku je.. tinggi sikit jer..
nampak jauh lebih muda dari umur sebenar...... (ishh..... aku nampak lagi tua bak kata adik aku.. cisssss)
muka bulat tapi tak gemuk.. tak kurus........

hohoho...

ape agaknya pendapat die pasal aku lak?

dang! kursus lagi

aar... tibe2 last minute call sebelum balik jumaat lepas..

aku dengan beberapa pegawai lain disenaraikan oleh Dato' Pengarah untuk menhadiri bengkel KIK selama dua hari... mulai hari neh..



gotta go! chow!

Sunday, March 28, 2010

Belajar bercinta 2

Bapa ku sangkakan ku sudah bertemu dengan bakal suami secara berdepan..


tapii....


tapiiiiiiiii......


sebenarnya belum lagi lahhh.. hehehe... ku dah temui bakal mertua je... anak lelaki mereka je blom... ntah bila.... tapi harapanku dapat berjumpa kali pertama depan ibu bapa.. =p

Pelikkah cinta tanpa berkenalan, keluar makan-makan, berbalas emel dan sms? (ym dan sms amat jarang sekali.. mungkin dalam sebulan tak sampai 10 kali kot... hoho)

Aku pergi Pesta Buku kat PWTC siang tadi.. terpikat dengan satu buku dengan mukadimah seperti yang diboldkan di atas... tajuk buku dirahsiakan tapi bak kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil selaku penulis buku itu....

Erti sebuah perkahwinan.. Terimalah seseorang seadanya, Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai...

Aku baca lagi isi kandungan buku itu... aku paling suka part neh...

Die tulis...

"Ya, saya mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Saya berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu ialah peranan saya di dalam sebuah rumah tangga. Dan seandainya saya menerima apa-apa kebaikan daripada isteri, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekalipun kebaikan itu"
Hehehe.. aku susah sikit nak mulakan sesuatu hubungan dengan jejaka jika hubungan itu tidak dinaik tarafkan kepada perkahwinan dalam masa terdekat. Pasal tu ler ku susah nak bercintan-cintun... aku asyik jumpa lelaki yang nak bercinta dulu.... kahwinnya tak tahu bila...


Lelaki ini lain plak kesnya...

Die minta aku berjumpa dulu dengan ibu bapa die... kalau berkenan.. baru die nak melangkah ke langkah seterusnya.. yakni.. ehem.. kahwin.. Kahwin? Agagagaga.... masih rasa berdebar apabila memikirkan soal kahwin neh.... orangnya pun belum ku temui tapi hati aku da terima untuk ke arah itu...


Apakah?

Mungkinkah pengaruh kuat dari adik manis ku si JOE?

Nak kata aku gatal mahu kahwin tak jugak.. huhuhu... tapi cara si lelaki memikat hati laaa.. Tak pernah nak ajak keluar dating. Mak aku pun suka cara die.. erkk.. ehehehe...

Tapi orangnya miskin jee....... tak berharta.... tak muda..  tak sehensem Farid Kamil.... erk! Umur pun jauh beza dengan aku..... dan lain-lain hal yang tak boleh kongsi kat sini.. ehehe

Cuma tuh je aar.... ku boleh rasakan yang die baik. Trusting my 6th sense. Hehehehe.. aku rasa die dengan aku sedia dididik dan mahu belajar....

dan yang paling penting....

dapat terima seadanya..

sebab.. aku bukannya sempurna sangat..

tak pandai masak.. satu hal.. wakakaka.. =p

Aku pujuk die supaya pergilah carik calon isteri yang lebih baik... takmo plak... haihsss.. terimalah akibatnya nanti..  kah kah kah

tapi insyaAllah....


I'll train myself to be a good cook before the time comes... menu utama.. Masakan kari seperti dipinta mak die.. =p

Jadi.. aku tak nak lah jumpa die lagi.... walaupun dua-dua keluarga kami sudah merestui perhubungan ini... bapa aku dengan syarat jumpa dulu.. huhu... Walaupun aku belum sampai tahap jiwang-jiwang.. atau sakit ANGAU... dan mungkin mudah goyah jika ade lelaki lain yang masuk line....

but I've made up my mind... harap die macam tuh jugaklah.. kot2 ade orang ketiga.. sebab rancang nak kahwin LAMBAT lagi.. keh keh keh... janji ade usaha untuk ke arah tuh.


Pelik bukan?

PS: aku terima nikahnya.... lalalalaaa...

Saturday, March 27, 2010

Peluang hanya datang sekali....


Aku menerima satu poslaju dari Norazlaili Binti Mokhtar... seorang blogger jugak. Die bagi DVD cerita yang bertajuk ONCE.

Thanks beb! Pagi-pagi lagi ku dok layan cerita neh... suka sangat dengan lagu-lagu dalamnya..

Jalan cerita pon tak klise sangat.. al-kisahnya macam neh..

Lelaki itu kerja kat kedai ayah die yang menjalankan perniagaan membaiki penyedut hampagas berjenama HOOVER. Perempuan tuh plak keje sebagai penjual bunga dan orang gaji di sebuah rumah besar.


Mereka bertemu di jalanan semasa lelaki itu tengah menyanyi sambil meminta sedekah dan perempuan tuh beri 10 sen. hehehehe... dua-dua miskin beb. Takleh nak bagi lebih-lebih.

Apabila dapat tahu lelaki neh boleh baiki penyedut hampagas yang rosak.. perempuan tuh pon janji nak jumpa die esok, nak suruh die baiki die punya..

aar.... plot cerita biasa-biasa je..

tapi... mesej yang cuba disampaikan ialah setiap pertemuan itu walaupun sesingkat mana pun pertemuan itu akan membawa makna dalam hidup kita. Ehem... Walaupun tiada jodoh.


Mereka bertemu kerana minat yang sama terhadap muzik..

Perempuan membantu lelaki itu dari segi sokongan moral terhadap bakat lelaki itu dalam penulisan lirik dan nyanyian... mereka seterusnya dapat perolehi pinjaman bank dan tubuhkan kumpulan band sendiri untuk rekodkan lagu-lagu mereka. Sedap aar lagu ONCE... hehehe


movie agak slow-paced..  just proving the point that every moment matters.. =)

Ok aar... tinguk sendiri la kalau nak tahu ending die.. mesti korang takleh agak kot.. lalalala....

PS: nak gi PWTC.. ade pesta buku.... =)

Akhirnya, mereka kahwin jugak...


Hehehe.. adik aku suruh carikan gambar ini kat internet.. akhirnya jumpa... jodoh pasti ade.. tak kira kamu berumur berapa.

Don't ever lose the hope.

=)

PS: mungkinkah ku kawen akhir tahun neh? ehehehe..

Friday, March 26, 2010

adik aku termimpikan aku bersama bakal suami...

Aku mendapat panggilan telefon dari adik lelaki aku yang bertunang baru-baru ini. Terkejut jugak. Memang jarang sekali kami bergayut.
*gambar ehsan dari encik google

Die kol guna nombor henfon bapa aku. Perbualan kami lebih kurang macam neh.

Juri (panggilan kampung adik aku.. huruf 'J' gak): Assalamu'alaikum jard.
Jard: wa'alaikumusalam..


sibuk ka?
taklah.. tengah carik tempat nak makan tengah hari. Ada apa2 kah?
hmmm... tiada apa.. cuma.... hmmm...
ko nak minta duit ka?
eh.. bukan.. bukan... hehehe..
abes tuh? hehe..
semalam aku termimpikan ko la.. tuh yang terasa nak kol ko..
waaaa........ ko mimpi pasal apa plak tuh? pelik gak tiba2 ko rajin kol aku neh.
aku mimpi aku nampak ko dengan boifren ko...
boifren? ahahaha........ serius?
yelah. Aku nampak ko dengan boifren ko lepas tuh aku melarikan diri.
hahaha... macam mana rupa boifren aku dalam mimpi ko?
ermm.....


30 saat kemudian...



jard, dia hitam dan berbulu.....






SIOT!!!!

Kenangan induksi....

....yang paling ku ingat ialah semasa membuat tarian di pentas.....


..... dapat cam tak aku yang mana satu??? keh keh keh....

Thursday, March 25, 2010

aku bukan sengaja meninggalkan kamu. Tapi Boneka Tak Sakit asyik menyatakan aku merampas kamu dari dia. Sakit hati aku Jard. Terpaksa aku melepaskan kamu walaupun hakikatnya payah yang teramat sangat. Akhir kata, aku masih cintakan kau Jard!

Sejak sekian lama tak main fesbuk...

ku lepas gian pada malam ini sambil dok gelak2 macam orang gile depan PC melayan keranah dua bekas kekasih neh.. dia vs boneka tak sakit..

wakakakaka...

*kini ku single kat fesbuk.. lalala... TEKA-TEKI ku pada malam ini.. sepa dapat jawab... dapat HADIAH misteri dari aku..

Berdasarkan warna dialog di bawah.... siapa berwarna MERAH? BIRU? HITAM?




ahahaha........ lawak adehh...... terima kasih cik zara... cinta tak semestinya bersatu...

mana ada fitnah je! xbaik arrrr!!
breastfeeding memang rock!

yeah!! hahah :))

lwk gila pic2 nie haha

 Jard!
hahaha~
aku memang cinta kau dari dulu sampai skang~
ko antara blogger yg tak pernah tinggalkan aku walaupun dah glamer~ =)
dan aku ingat lagi, sejak awal aku blogging, ko dah support aku!... 
i love u Jard!


BTS : ahh! mengaku sajalah!

memang rock beb!


waaa ~blushing... erkk.. ku glamer ke? ku lebih prefer poyo kot.. ehehehe


yelah aku megaku aku marah! ko rampas jard dari aku! melampau ko!! MELAMPAU!!!

owh jard memang glmer tapi dia xbanyak hate mail mcm ko lah zara gagagag :))

eceh~
ko glamer wei~
ko kan mentorku~
=p
 BTS : org yg telur dia takde je kutuk aku~hahaha~


hahah.. aku setuju! kalau nak kutuk kutuk lah depan2 post anomyyss! *aku tak reti eja

entah apa2 entah! ceh! dah la ko sabar je la!
ko nak aku belai manja ko ke??

apa2 ke..
let me know okay hahaha :P



BTS : biarlah bf aku~ ko nak watpe? ko kan kata Jard ko punya? huh! hahaha~

ahahaha.. adeh. boneka dpt D ek BM... patut ar....

dman!!! :P

Jard : dia mana amek peksa~ dia ponteng selalu~hahaha~

bangkai kutuk aku hahah :))

okay aku nak belalu pergi tanpa kembali nie!!
AKU MAAF KAN KORANG!!

*sambil keluar dgn moto besar gagag :P

ahahahahahaha.. ku nk jadikan entri la pergaduhan korang neh.. lawak SIOT.. ahahahahaha 

BTS : hidup kena demand! hahha~
BTS : ko yg tak lulus BM. org suruh tanya, ko tetiba jerit bangkai kat formspring aku~hahaha
BTS : dengan spender besar? hahahaha~
Jard : jangan lupa link kat aku punya blog~wakaakka~





PS: ke mana hilangnya gengblogger?

Sunday, March 21, 2010

Dengan ini ku umumkan...

.. mulai hari ini...






tidak akan ade hapdet dari blog ini sehingga dot.. dot.. dot....



PS: doakan ku lulus exam. thanks for reading.. =)

Fakta menarik berkenaan cerita2 lucah (porn)

The Numbers Behind Pornography
Via: Online Schools

Ku masih tak faham kenapa lelaki suka layan menda2 macam neh.. huhuhu.... ade mamat tuh kata sebab nak lepas gian... seorang lagi kata saje suka-suka dan nak tahan kegersangan.. =p

Saturday, March 20, 2010

I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair!

I checked my email a few days ago and was surprised to receive an email from nuffnang.
It's about Gatsby Deodorant Street Fair.

I remembered another email which I received a few weeks before that which was entitled Projek Rahsia 400. So the whole secret commotion was about this fair right? Hehe. Now I know. Glad I was invited eventhough I replied the previous email a bit late.

Lewat 2 hari. Heh.


What about this Gatsby Fair, you readers might want to know? Maybe you read about it a million of times in similar blog posts like mine. But read again! hehe.

But before that, you could try exploring this website first before reading  www.gatsby.com.my/streetfair

Interesting right? More details are as the following.

Date: 17th April 2010 (on a Saturday!)

Time: 10am till 5pm
Venue: Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur


As known there are going to be lucky draws and they'll have various cool gadgets worth up to RM15,000 up for grabs! Maybe expensive handphones? Netbooks? Must attend to find out right?


And among the exciting fun-fair games on that day - Sumo Wrestling (in air bag suits!), gladiator battles and other amusing and addictive games you would expect at a fun-fair! I've never been in a fun-fair that has Sumo Wrestling tournament before. Wow! Can't wait to finally witness one! Maybe I'll participate... it depends on who my opponent will be.. hehehe...

So there... many exciting games will await those who attend especially the 400 chosen bloggers and hopefully I'm among them.

Finggers crossed!

See you there!

Setelah seminggu ku boleh cash-out nuffnang lagi...

Oleh kerana ku kurang blogwalking dan kurang pingkan entri-entri terbaru aku kat http://www.gengblogger.com/, maka jumlah pelawat per hari telah berkurang.

dan...

semua hayat buffered earnings aku telah tamat dan masuk akaun.. tinggal sket da buffered earnings aku.. hoho..

maka jadilah kejadian setelah seminggu... ku boleh cash-out nuffnang aku.. Yep.. Kali terakhir ku cash-out dalam 12hb Mac... hari ini plak, 18hb Mac.. ku check  akaun aku, boleh cash-out lagi... Uishh.. tak sampai seminggu...

Tinguk laa.. ku jangkakan cash-out seterusnya akan mengambil lebih banyak masa.. dalam sebulan dua baru leh cash-out kot melainkan ku rajin blogwalking dan pingkan blog..

Bersabar je laa... yang penting tumpukan pada ujian perkhidmatan am dalam Rabu depan. Chaiyok! Chaiyok!

hehehehe.. =p

Friday, March 19, 2010

Fakta menarik berkenaan pelacuran...

The Stats Behind Prostitution
Via: Online Schools

Uish.. ape kes ramai sangat orang yang melanggan pelacur neh? Gersang sangat ke?

Hukum perniagaan.. selagi ade permintaan.. selagi itulah ade jualan 'wanita' untuk lelaki2 gersang.

Err.. gersang neh giler seks ke? hohoho

Zatiiiiiiii... minta tolongg!!!!

Aku meminta jasa baik cik zati untuk buatkan entri berkenaan Gatsby kat blog aku neh... ku tak dapat nak kontek die guna YM sebab internet sini LEMBAP. argghh..

Zati tolong k... ehehehe..

details as follows...

---------------------------------------------
Hi Nuffnangers!




Are you fun, out-going AND looking to earn RM50 extra pocket-money?



Nuffnang is looking for you!



We are looking to reward active Glitterati Nuffnangers to blog and attend the super fun Gatsby Deodorant Street Fair happening on :



Date: 17th April 2010

Time: 10am till 5pm

Venue: Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.



So how do you earn the RM50? We are rewarding the best written blog entries by bloggers who can make it to the Gatsby Deodorant Street Fair.



Simple? Yes you bet!



All you have to do now is to

1) Clear and mark your calendar on the 17th April 2010!

2) Write a blog entry with the title "I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair"



Here are some pointers you MUST include in the blog entry:

1) Blog title must be "I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair"

2) Include the date, time and location of the event (see details above).

3) There are going to be lucky draws and we have various cool gadgets worth up to RM15,000 up for grabs!

4) Among the exciting fun-fair games on that day - Sumo Wrestling (in air bag suits!), gladiator battles and other amusing and addictive games you would expect at a fun-fair!

5) Lastly, share this link with your readers : www.gatsby.com.my/streetfair



Once you are done, send an email to p400@nuffnang.com with :

1) Your Gatsby blog entry permalink

2) Full name

3) IC number



Remember to send us your permalink and not your blog URL. Example of both as below;

Blog URL - www.kennysia.com

Blog Permalink - www.kennysia.com/archives/2010/03/digital-kenny.php



You will find out if you are eligible by the 22nd of March 2010 (Monday). Only the best 400 blog entries from 400 bloggers will be invited to this event together with RM50.00 credited into each of their Nuffnang account (after the attendance to the event. )



Only selected bloggers will be contacted via email.



Please note that the attendance to the event is compulsory, otherwise the RM50.00 will not be credited into your Nuffnang account.



If you have any enquiries, feel free to write in to our helpdesk (http://www.nuffnang.com.my/help/).



What are you waiting for? Start writing now!



P.S. If you have received this email before, this is because the deadline for submission has been extended just for you!



Cheers,

Blogger Relations Department

Nuffnang Sdn Bhd

--------------------------------------
 
Zati.. TOLONG... ku baru check emel yahoo aku... ... ade plak... cissssssssss.....
 
tolong zati ekk........ ehehehe... aku tak dapat nak upload gambar.... susah la... tadi aku try tapi tak dapat.. Tension woooo... Aku hanya dapat buat entri baru ja untuk blogger.
 
Nak buka DISQUS pon payah.. so ku memang tak dapat nak baca korang pny komen dari blog.. dari emel boleh.. hohohoh..
 
=)
 
SAYANG zati.............
 
PS: waaa... guna blog sebagai pengantara... henfon campak gi mana ntah... ehehehe

Thursday, March 18, 2010

Bile duit tiada....

Aku datang sini ke Trolak, Perak atau lebih dikenali sebagai Trolak Residence berbekalkan RM10 dalam tangan....

tolak beli pencuci muka sebab tertinggal kat umah hari tuh..

tolak RM5.00

beli sabun cuci baju FAB baru jens serbuk..

tolak RM2.00

beli nasi buat alas perut sementara tunggu nak daftar masuk hari ahad lepas..

tolak RM3.00


ehh.... ehhhhhhhhhhhhhh.................... baru ku perasan..

kini aku tiada duit... wakakaka..

Aku berjalan kaki ke tempat Convention Center untuk online semata-mata pada waktu tengah-hari.. dalam pukul 1:00petang.. waktu makan tengah hari secara buffet.

Aku sanggup tak makan tengah hari sebab nak berinternet. Dashyat tak? Hohoho...

Duduk senyap-senyap dalam cafe yang kecil ini.. tanpa duit dalam poket. Kad kredit tak leh nak pakai kat sini.... huhuhu. Tengah tahan lapar... dan takut kantoi plak.. duduk free tak pesan apa2. Pandai-pandai je aar.... Ku datang sini bukan nak makan.. nak cari bahan untuk teks pengucapan awam petang neh. Ehem...

Sambil2 tuh blogging laa.. fesbuk tak dpt nk buka.. line slow. Heh.

Al-kisahnya.... (*nak citer kesan tiada duit neh..)
Aku cuci baju dengan sabun FAB berharga RM2.00 baru-baru ini... Baju tak cukup 12 hari wei.. hari2 ade riadah jalan kaki/jogging sejauh 2.4km. Bole kurus neh. ehehe... 

Orang lain hantar pergi DOBI, bayar RM3... hantar pukul 8:00pagi.. pukul 1:00petang da bole amik..

Aku?

da tiga hari tak kering-kering...

dem...

Esok nak pakai apa? Seluar dalam dan bra je ker? =p

Kesimpulannya.. walaupon tempat penginapan dan makanan disediakan sepanjang kursus berlangsung.. tak bermakna duit tak diperlukan....


PS: aku dari tadi cuba upload gambar tak lepas2.. hhohohoho....  ok.. nak wat keje..

Wednesday, March 17, 2010

Fakta menarik berkenaan buah dada wanita..

15 Things You Should Know About Breasts
Via: Online Schools

hahhahahaa.. seyes lawak tang ramai lelaki buat pembedahan untuk kurangkan saiz buah dada die...

Tuesday, March 16, 2010

Tak sangka...

Ku antara yg lewat masuk kelas pagi tadi.. terpaksa duduk sebelah lelaki. Huhu..

and guess what..

die minta number fon aku.. agagagagaga...











ku bg number pejabat sbb kredit takda.. =p

Zati kekasih ku awal dan akhir....

Ku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada cik Zati..


Kenapa?

Sebab dialah yang berjaya buat entri berkenaan Projek Nuffnang baru2 ini untuk blog aku neh........Gelak2 aku baca sbb die cuba meniru gaya blogging aku.. Tahniah! Ko berjaya! =p

Minta maaf bebanyak.. ku tak berkesempatan nak blogwalking atau join mana2 kontes..

Skang dalam mode nak lulus EXAM... Aku skip sarapan pagi semata-mata nak online.. sebab dalam jam 10:30pagi ade minum pagi lagi.. hehehe..

Tapi lepas neh.. ku kena curik masa nak ulangkaji.. hohoho...

Ade dua paper.... satu objektif, satu esei..

Pastuh ade sesi pengucapan awam.. ku nak buat pasal laman sosial sebagai sumber berita dan maklumat.. contohnya.. ehem.. BLOGGING.. wakakak..

Pastuh ade tugasan individu dan kumpulan lagi..

Lelaki ensem? Uishhh........ ramaiiii................ =p

Bujang? Wallahu'Alam.. malas nak amik tahu.. wakakaka...

Aku seorang je Engineer kat sini.. dari 84 peserta.... dari pelbagai agensi di bawah Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi.. hoho..

Ku dapat berkenalan dengan Kurator Muzium.. reporter... PA kepada beberapa Dato' yang femes2 (masuk paper..heh!)...... penerbit rancangan.. boss2 dari jabatan2 lain...

waaaaaaa... betul2 buat networking aar... Kalo aku buat MLM konfem lumayan neh.. Opppss.. tak leh.. tak leh.. fokus2..

Ku nak lulus EXAM...

tata...

PS: kelas akan bermula 15 minit lagi... ish.. sempat nk jejalan carik internet.. hohohohoho.. scheduled post.. ku taip entri sblm 8:30 pagi tadi....

Monday, March 15, 2010

Blogging dari Trolak.. wakakaka

aku mencurik sedikit masa untuk online kejap.. ade dalam 5 minit lagi.. gilossssssssssss...

dah.. tuh je.. wakakakaka...

Gler padat wei jadual.... ku kena gi jalan jauh sikit semata-mata nak online.

Tuh ja la... hahaha...

My Favourite Surfing Spot

Everyone pun ada favourite surfing spot kan??Contohnya di rumah ke, opis ke, atas katil ke, kat starbucks ke, mamak ke, or tandas???

Errr..ada ke selera nak surfing kat tandas??...Tapi kalau tandas gaya gini lehla nak difikir2kan...

Tempat favourite ku??? Mestila OPIS!!! Amaran SILA JANGAN TIRU..


Nampak macam stress ngan kerja padahal stress tengah cari idea nak blog..haha..Syhhhh

Antara kelebihan surfing di opis:

1. Selesa woooo...dengan kerusi yang empuk dan meja yang besar (penting ni selesa leh kasi banyak idea)
2. Leh surfing sambil minum kopi..Kat umah malas nak buat kopi..Kat opis senang ada mesin kopi automatik picit2 kuar air ( opppssssi...cerddddd)
3. Bole makan..sebab akak2 kat opis banyak makanan..Sambil kunyah sambil menaip barula NIKMAT!!!

Lagi satu tempat favourite ku adalah Starbucks COffee

Waaa..suka kot..reason:

1. Order kopi satu je leh duduk berapa lama kita suka dan surf PERCUMA!!!
2. Kerusi kat starbucks empuk wooo...best jerk
3. Leh cuci mata sebab selalunya pekerja2 kat starbucks ni kacak2 belaka..haha..

Tapi, paling ku suka surfing sebenanye adalah kat UMAH!!!Sebabnye leh pakai baju sesuka hati dan leh baring2 atas katil...

Semuanye mestila sebab ini...P1 Wimax!!
Boleh surfing kat umah di mana2 sudut pun yang kita suka..Sukaaaaaaaaa... ngehngeh

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Fakta menarik berkenaan penggunaan internet...

Internet Stats
Via: Online Schools

Aku bersalah main internet pada waktu kerja.. hehehehe...

Sunday, March 14, 2010

Korang nampak apa?

Aku mungkin da sampai pusat latihan di Trolak, Perak.

Singgah kat blog redmummy kejap.. terkejut nampak banner kat atas...



Banner apakah?

Bukan banner nuffnang....

tapi banner encik Ad3ck!!!! e-toyol!!! Ade plak dalam blog orang paling femes neh. Mesti ramai yang klik nak beli e-book ad3ck neh.. ishhh..... Die pandai carik duit melalui internet. Ku rasa da cecah ribu-riban da tuh... melalui penjualan e-book saja.

Lepas tuh die aktif dalam iklan ad-sense lagi..  ishh.. banyak duit internet budak neh. Masuk sektor awam.... lagi lah banyak masa nak dapatkan duit dari internet. hohohoho.. JELES! =p


PS: Tatau la kenapa.. tapi instinct ku kuat mengatakan ku mungkin akan berjumpa dengan die tak lama... hmmmm...

Semalam sibuk nak bersiap pergi ke induksi umum... =(


Pakaian yang cukup untuk 12 hari.. kalau tak cukup... kena cuci ar... Aku susun macam ini. Sekali dengan tudung, pakaian dalam dan stokin, ku susun ikut hari.

Yang penting ada ini:
1. Pakaian rasmi ke pejabat
2. Pakaian untuk riadah
3. Pakaian semasa penghayatan rohani.. telekung la neh...
4. Pakaian untuk aktiviti khas - serba HITAM.. hohoho
5. Keperluan harian...
6. Keperluan peperiksaan...



Inilah buku-buku yang perlu ku baca untuk lulus peperiksaan umum neh... Uish.. penat semalam ku dok cari-cari kat kedai buku MPH.

Perlembagaan dan Undang-undang Am - RM35
Pekeliling Kemjaun Pentadbiran Awam - RM35


Hehehe.. banyaknya beg. Macam nak pergi setahun. =p

Ade orang pesan.. mase induksi la ramai calon buat suami. Pn Lifesaver yang cakap la. Urusetia kata ada dalam 60 orang peserta kursus dari seluruh negara. Semuanya dari kumpulan I iaitu kumpulan pengurusan. 

Buat kekanda, doakan ku tidak dingorat jejaka lain. Hik hik hik hik. =p

Akan bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 11:00 pagi. Semoga ku selamat pergi dan kembali.

Selamat tinggal dunia blog dan facebook! Huk huk huk!

PS: ku meminta jasa baik cik Ezzati untuk tolong hapdetkan blog aku neh.. hohoho.. kontes?? jap lagi ku pk.. kalo terpk... adelah entri berkenaannya... kalau takda.. tunggu lepas ku kembali la.. ehehehe..

Saturday, March 13, 2010

Buang yang keruh ambil yang jernih...

Bangun2 pagi...  ku teringat momen2 ini..

1. Semasa baru dapat lesen memandu. 
-Jelas dan nyata lagi sticker 'P' kat cermin kereta sewa tuh mase ku bawa dalam bandaraya Kuching mase zaman studi dulu. Kereta kancil, RM6 sejam. Aku keluar bersama kawan2 yang lain menuju ke sebuah kompleks membeli-belah. Tang parking ku blom PRO lagi tapi aku nak try jugak. Tapi bila ku cuba parking tak masuk2... 2-3 buah kereta kat belakang kereta aku da macam naik hangin kot. Aku da mula panik.

Tapi tak disangka-sangka... pakcik kat kereta paling dekat sanggup keluar dari kereta die... Die gi ketuk cermin kereta aku.. dan cakap biar die yang tolong parking kereta... wawawawa....

Die buat kejap je.. ehehehe.. malu lak aiii.............

Dapat kereta macam neh besh gak... senang mo parking di mana2.. ehehe

2. Semasa satu mesyuarat di Johor
-Aku menjadi tukang taip dan tukang klik dengan menggunakan laptop. Ahli mesyuarat lain tukang cakap je. Apabila mesyuarat telah selesai, mereka semua turun ke kantin untuk menjamu selera.. makanan disediakan secara buffet untuk kami. Aku plak kena stayback sebab nak susunkan barang dan simpan laptop tuh.

Tapi bila ku turun untuk makan... makanan dah abes. Tinggal sup dengan nasi je. Perut ku mula berbunyik. Huhu.. Aku ambil je la nasi dan sup tanpa lauk tuh.. pastuh ade orang soh aku join meja mereka. Aku senyum sebab da takda tempat duduk jugak.. lalu letak je piring aku kat meja tuh dan pergi ke sinki nak basuh tangan.

Bila aku kembali ke meja... ade plak seketul ayam dan sedikit ikan masak sos atas piring aku. Aku terkejut! Hehehehe... mereka telah memberi aku sedikit dari lauk mereka. Waaaahhh.. terharunya!

3. Bila ku tengah pokai...
Adik aku yang berumur 21 tahun belanja makan.. ehehehe... lepas tuh siap die cakap.. "Aku konfius neh.. siapa yang belajar, siapa yang kerja neh?"

Siot jaa.. =p

Aar.. momen2 ini yang paling ku ingat.. ehehehe..

Kawan aku pernah cakap, aku neh jenis mudah puas hati. Betul la kot. Ayat die kat blog die 
"Jard2.. senangnya tuk buat ko happy... =p" 

Hehehehe.. tapi sebenarnya tak besh sedey2. Tak besh marah2. Tak besh menuduh tanpa usul periksa. Sebab implkasi yang buruk bakal berlaku kalo asyik ambil yang keruh je.Setiap orang ade semacam AURA. AURA itulah yang dinilai sbg 1st impression bila jumpa orang.. Ku nak aura positif je.. =)

PS: tengah kekal positif....... hasilnya esok ade orang sanggup nak hantar aku ke Perak.. hohoho... ALHAMDULILLAH!

Keputusan SPM di kalangan anak-anak warga kerja opis aku...

Suasana meja tatkala sibuk mengulangkaji.. ehehe

Semasa hari ketiga aku menghadiri Symposium di Hotel Istana... para ibu bapa seluruh Malaysia tengah sibuk nak mengetahui keputusan SPM anak-anak mereka.

Di sini ku nak mengucapkan tahniah kepada colleagues aku yang mempunyai anak yang cemerlang dalam SPM. ehehe..

Pengarah bersama timbalannya.. 

En Fazim (Timbalan Pengarah)
-Telah sama2 menghadiri Symposium pada hari tuh. Mendapat maklumat anak perempuan die berjaya memperolehi 10A's dalam SPM. Hehe.. Tahniah BOSS! Harap tak kekal marah dengan aku sebab pada hari pertama Symposium ku balik ke opis tanpa memberitahu die. Huhu.. =p

Kak Supiyah (Pegawai)
-Anak die berjaya mendapat 8A's dalam SPM. Phewww... anak-anak die semua memang educated laaa. Pernah ku book anak lelaki die yang sedang belajar kat Mesir untuk dijadikan calon suami. Bila dapat tahu anak teruna die pendek dari aku... aku terus kansel.. wakakakkaa.. =p

Abuyah @ Shaari (Engineer Assistant)
- Tak sangka anak die dapat 7A's. Bukannya apa... tapi pakcik neh nakal wooo.. pastuh kalo bagi kerja lambat siap. Geram gak kerja dengan die.. hohoho..

Skim permarkahan SPM seperti di atas.. oooo.. baru ku tahu.. Gred G ade rupanya.... 

Tahniah kepada pegawai2 berikut kerna pandai mendidik anak-anak....

Ku pernah jumpa pakcik yang kerja Pak Guard.. anak-anak die cemerlang woooo.... so tak kira ape perkejaan seseorang itu...gaji tinggi ke.. gaji rendah ke...  tidak menjadi penghalang untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna.

Ibu bapa macam ini lah yang dicari... bukan yang jenis buang anak.. rogol anak.. jual anak... bunuh anak. Heh!

PS: Anak-anak sulung pun memainkan peranan yang penting untuk memastikan adik-adik die mendapat pendidikan yang sempurna.. ehem.. ehem.. =p

Friday, March 12, 2010

Setelah dua minggu ku boleh cash out lagi...

... walaupun minggu ini ku sibuk memanjang dan kurang blogwalking. Huhu..

THANKS NUFFNANG! 

Aku nak jadikan cash out kali ini sebagai hadiah kontes nanti.

Kontes apakah?
Nantikanlah entri berkenaannya dalam sehari dua ini. Hehehehe.

Tadi ku sempat ronda2 2-3 blog.

Blog wajib.. blog joe.. fanadz yang minta ku amik award... dan beberapa blog lain tapi ku tak tinggalkan jejak. Huhu. Pagi ini ade workshop.. aku sebagai event organizer.. sibuk nak betulkan flyers. Sigh. Ku nak buat TAG dak fanadz jap... sebelum ku menyibukkan diri (pehh.. sempat lak nk hapdet.. ishh... BOSS pon da dok telefon2 dari tadi.. ... kejap je neh.. =p)

Award dari Fanadz

7 Things about me:

1. Aku menang tempat ketiga cabutan bertuah dalam Symposium baru-baru ini (nanti ku hapdet pasal neh dlm entri yang lain). Dapat buku fakta berkenaan NORWAY, External Hard Disk 320GB berharga Rm260, dan payung. Hehehe..

2. Aku nak setia pada dia. =p

3. Aku akan menaiki kenderaan sendiri buat kali pertamanya ke tempat jauh selain Selangor untuk ke Trolak, Sungkai Perak, Ahad ini tanpa ditemani sesiapa. Uwekk..

4. Hari ini aku nak selesaikan semua hutang. Wakakaka...

5. Semalam aku telah menjumpai pakar kewangan untuk mempelajari cara-cara menguruskan kewangan untuk dua tahun ini. Hehehe...... nak berjimat! Jangan BOROS! (nak kahwin!)

6. Aku nak diet ar...  =)

7. tengah mencari penulis jemputan untuk blog aku. Huhuhu... sebab ku akan meninggalkan dunia blog selama 12 hari

Ok.. sekian sahaja TAG neh.. takmo tag sesiapa.. =)

Belajar bercinta 1

Ok.. ade orang bila da dalam alam percintaan neh.. kena la pandai amik hati si pasangan. Ehem. Poyo lak bunyik. Tapi housemate aku yang cakap laaa. Aku manalah tahu benda-benda macam neh.

Budak baru belajar. Harap 1st and last la neh.

=p

So petang tadi aku buat operasi.

Aku hantar lah sms kepada si dia. Testing je. Minta pendapat housemate jap nak bagi sms macam mana. Die kata biar pendek tapi sweet... erkk!!!

Dan ini kali pertama ku rasa sms tuh mcm gedikss melampau. huhu.

Sms tuh berbunyik
"Sayang. I miss you. =p" 

Aku tutup mata sambil tekan SEND. Aku menanti jawapannya... Dem. Berdebar siot!

dan terus menanti lalu tertido atas sofa.

Cissss..... sejam kemudian baru dapat sms dari die.

"Hahaha.. Sayang? Terkejut aku nih. Aku br bgn tido. Letih sgt pas bersukan. Nk semayang japs"

T____T


Aku maloooooo.........

PS: ade buku bertajuk "love for DUMMIES" tak?

Wednesday, March 10, 2010

I Just Love Good Smelling People

(Week 2)

Mukadimah:

Tidak semua orang mempunyai bau badan semulajadi yang wangi. Kalau ada, takkan minyak wangi diciptakan. Dan bahagian badan yang paling busuk menusuk kalbu rasanya bahagian mana?

Ketiak kamu lah!

Punca bau badan adalah daripada peluh dihasilkan oleh kelenjar appocrine yang berada di bawah lapisan kulit yang telah bercampur dengan bakteria pada permukaan kulit. Appocrine paling banyak kat tempat-tempat berlemak dan berbulu. Hehehe. (Sumber)

Adakah lelaki yang berbulu lebat lagi berbau? YES.

=)

Bayangkan tengah menaiki tren atau bas yang sesak penuh dengan orang dan di sebelah kamu ialah seorang lelaki (berbulu?) yang berpeluh dan berbau seperti digambarkan di atas. Muka korang konfem jadi macam perempuan tu kan? Mood untuk ke kerja pun boleh merudum ye dak?

Jadi kesimpulannya kepada jejaka-jejaka di luar sana, gunalah Adidas Action 3. Deodarant versi lelaki yang paling hangat dan berkesan di pasaran. Spray sekali dah cukup.

Nanti apabila tak berbaju sekalipun boleh dikatakan wangi walaupun berbulu lebat. Ehem


(melampau la plak. hik hik hik. Layankan je laa k.. )


Janji badan harum.

Waaa.... aku suka orang berbau wangi dan harum semerbak kasturi neh!


Dijamin berkesan, sila dapatkan ini di pasaran berhampiran anda.

Akhir kata:
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Tuesday, March 9, 2010

terduduk, terdiam, TERKEJUT!!!

Nukilan seorang rakan maya......

---------------------------------------------------------------
jatuh terduduk

Ada orang kata...

"kita jangan lari dari masalah..Lari dari masalah, masalah takkan selesai, malah mungkin bertambah teruk dan buruk..Jangan lari, selesaikan..."

"ada sakit ada obatnya...ada masalah ada penyelesaiannya"


itu yang selalu aku dengar dan pelajari..bagi aku kata-kata
itu begitu betul..kadang aku juga menasihati orang lain sebegitu..

Straight to da point...

aku telah bangkrap kini..dulu punya 6 kedai...sekarang satu pun tak ada...silap judgement dan silap keputusan...Tapi ia bukanlah kesilapan sekelip mata..Ia kesilapan yang sedikit-sedikit dan berulang-ulang...Akhirnya tidak dapat ditahan dan pecah meletup...

mesin-mesin di kedai ditarik balik...disaksikan oleh jiran-jiran dan pesaing-pesaing...kawan dan musuh...cek-cek mula 'tendang' dan akaun ditutup...yang mana sempat aku kensel aku kansel...blacklisted bank negara..

supplier-suplier datang mencari...suplier stationery..paper..toner...mesin..
kawan-kawan lama yang melabur juga mencari...akhirnya sms2 ugutan juga tiba.

lebih sedekad aku berniaga...segala macam yang datang dapat aku selesaikan..kali ini..aku LARI...LARI dari masalah...tiada lagi income...v6 takleh bayar..kancil puteh..kancil kuning..semua benda dah tak mampu bayar...bank tepon dan penarik keta pun menjejak...

aku sangat2 sedih..sangat2 kecewa...Bukan kerana aku gagal..bangkrap...aku tiada apa-apa..tapi kerana aku kecewakan ramai org..banyak pihak...family..kawan-kawan yang aku kenal sejak awal 90an..ketika baligh pun belum..

Aku tidak mampu nak bersemuka bercerita..vis a vis..face to face..aku tidak mampu..bercakap hp to hp juga tidak terdial..kelu.bisu.pegun.gelap.busuk..uuhhh..

HP aku tutup..aku terpaksa lari..lari dengan bagpek..tidak boleh tido malam..tidak juga boleh tidor siang...perut tidak lapar..tidak makan tapi bontot mahu berak...tertekan...kepala pening dan pusing...tahulah aku kenapa org putus asa dan bunuh diri...

di SINI aku mahu bermula kembali..Aku mahu menyelesaikan 80,000.00 yang aku hutang..secepat mungkin...Macam mana? aku pun belum tahu...Semoga ALLAH SWT membantu...tiada lagi tempat mengadu sebaik Dia..Maha Mengetahui..Maha Pengasih..Maha Penyayang...Yang Kunfayakun...saat begini barulah ingat Dia..hu.hu.hu..

"Ya Allah..kuat semangatku..murahkan rezekiku..tenangkan jiwaku..lapangkan fikiranku..amin"

kini tiada apa-apa..jatuh terduduk...semoga izin Tuhan..sedikit masa nanti aku akan kembali "bangun berdiri"..


ps-ayah.songo.sall.Dol.d.O.botak.mel.pejo.pakcikbuyer.sema.acik. maafkan aku..maafkan aku...

*no komen please*

---------------------------------------------------



Aku baru baca entri die setelah lama die menyepi.

Sekarang tengah berusaha mengonlinekan diri dan buat konferens dengan kontek2 lama yang mengenalinya secara maya dan realiti sejak program ini.

Patutlah die menjauhkan diri dari kami..... tak nak kontek2 da.. tukar nombor telefon rupanya.. sbb lari dari hutang. Huhu.
kami da banyak salah sangka....

There is still hope.

Hope he doesn't do anything stupid like KILLING himself.

Sesiapa yang tahu en kueh bakar berada di mana sekarang, sila komen kat ruangan di bawah. Hoho. Macam polis penyiasat lak.

PS: ishh.. ishhh.. I'm still in shock.

akan bertapa di Hotel Istana Kuala Lumpur selama 3 hari

.. bermula pada hari ini...

segala kegiatan berkenaan blog akan dihentikan sementara waktu..

harap maklum.. ehehehe..

Monday, March 8, 2010

Target 20.11.2011... tak salah main target kan? kan? =p


Dalam simpanan = RM1000 (contoh.. tapi lebih kurang ar.. hohoho...)

Tahun 2010
Jan = simpan RM400
Feb = simpan RM200
Mac = simpan RM400
April = simpan RM800 (up sikit sebab mungkin dapat kenaikan gaji.. ehem)
Mei = simpan RM800
Jun = simpan RM200 (balik Sabah mase neh.. hoho)
Julai = simpan RM800
Ogos = simpan RM800
Sept = simpan RM50 (banyak belanja wooo..... hari raya aidilfitri)
Okt = simpan RM800
Nov = simpan RM800
Dis = simpan RM200 (banyak nak belanja... road tax + insurans + cukai pendapatan.. hohoho)

Jumlah penyimpanan = RM 6450.00


Tahun 2011

Jan = simpan RM800
Feb = simpan RM800
Mac = simpan RM800
April = simpan RM800 
Mei = simpan RM800
Jun = simpan RM800 
Julai = simpan RM800
Ogos = simpan RM50 (belanja bnyk utk hari raya aidilfitri)
Sept = simpan RM300
Okt = simpan RM800
Nov = Bertunang + nikah + kahwin!!! 

Jumlah terkumpul = RM 6750.00

Jumlah keseluruhan = RM 13,200.00  *harga hantaran ku kot? kui..kui.. nanti ku bayar balik selepas kahwin arr....... bole?

Hahaha.. 

pastuh bulan disember 2011, ku kena jual kereta sebab tak bayar roadtax dan insurans.. duit abes kat majlis kawen je.. ish .. ish...

Okla.. berangan memang besh.. tapi kena la ade perancangan yang teliti (joe... ko nyer perancangan macam mana? share ar sket.. akak nak tahu neh.. ehehehe)


Ku teringin nak tahu versi Joe plak.. ehemmm..

ok nak balik da.. malam neh ade programm.. tata..


Apabila gadis kelantan bertemu jodoh dengan jejaka sabah..

Ape yang berlaku?

Memandangkan keluarga mereka jauh antara satu sama lain....... nak buat sepertimana adat minta contohnya merisik, meminang, bertunang, menikah.. dalam masa yang berbeza memang tak dapatlah.

Penyelesaiannya.

Bertunang satu hari dan terus nikah. Esoknya bersanding. 

Tiket untuk keluarga belah lelaki dari Sabah telahpun dibeli dengan adanya Airasia. RM43 untuk seorang dari Kota Kinabalu ke Penang. Murah jugak kan? Hehehe.. macam tak beza sangat walaupun kahwin orang jauh.


Kenapa penang? Gadis kelantan dan jejaka sabah bekerja kat belah sana. Nanti mereka berkonvoi lah ke Kelantan  untuk majlis pertunangan dan penikahan mereka.


Korang kenal tak depa neh?

Tarikh?

InsyaAllah tahun ini gak.


Aminnnnnnn.......... =)

Ku nak kahwin dengan orang mana wei?

Jangan risau.. mas kahwin anak dara Sabah RM100 je mengikut jadual ini. 

Hantaran? Wallahu'alam........ tanya bapa aku la.. ahahahhaa.

PS: Dem.. bunyik macam tak sabar nak kahwin je.. ishhhhhhhhh...

Fakta menarik berkenaan tabiat merokok

The Facts About Cigarettes
Via: Online Schools

Hoh... baru ku tahu.. besh plak website neh.. http://www.onlineschools.org

Sunday, March 7, 2010

Entri hari ahad...

Aku penat. Semalam pergi Perak... kawan kahwin. Balik rumah dalam tengah malam gak la.

Sepanjang bulan lepas dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti pejabat dan sosial. Setiap malam mesti ade benda yang perlu dibuat. Nak ceritakan semua kat blog memang tak sempat la. hehehe..

Hari ini, ku nak ceritakan hal gathering bersama Hemy baru2 neh.


Malam Jumaat yang lalu ade blogger gathering anjuran Hemy yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada 20hb Mac 2010. Die jemput kawan2 die gak yang kebanyakannya dari golongan yang da berumahtangga. Kengkawan blogger die plak semua single-mingle lagi. ehehe.. sila lawat entri ini untuk mengetahui siapa kengkawan blogger die.

Entri versi arabella klik sini.
Entri versi Hemy klik sini.

Dalam gambar di atas, Hemy bersama anak salah seorang kawan die. Nampak tak beg beribon tu?Dalam beg berwarna merah putih itu ialah buku Kamasutra pemberian ibu baby tuh. hik hik hik. =p

Hemy telah memberi kepada semua yang hadir, kad kahwin seperti bawah.


Lawak.. sebab die tulis kat depan sampul surat tuh "Zarah Naumul Mulus".. uish.... baru2 je ku tahu dak Hemy neh dok panggil kami dengan nama2 panggilan ciptaan sendiri.

Aku - si Mulus
Kak Masy - si Montok
Wafa - si Manje

Lalu terciptalah gadis 3M si Hemy.

Hemy lak minta dirinya dipanggil si Gagah. Siot ja. Hahahaha.. (erkk.. gagah tang mana tu??)



Aar... baca tuh.. si Mulus yang sedang belajar bercinta. Hahaha.. 

Apapun, terima kasih kerna sudi menjemput kami. Kalau tiada aral melintang memang sampai la kami ke sana. Terima kasih gak kerna sponsor ABC ari tuh.. ehehehe.. Lepas kawen takda lagi ke blanja2 camneh?

Owh.... bestnya hari ini.

Baru ade kesempatan nak bayar hutang tidur...

cuci baju...

dan buat sedikit blogwalking...

malas nak keluar heh!

PS: wargghh.. tak leh ke ucap "love you" kat blog ku ini merangkap suami ku??? ehehe

Tabung lagik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...