Friday, April 30, 2010

Forum Gengblogger - Laporan Blogwalking 4

Akhirnya aku sambung benda alah neh.. ehehe.. sori2.. entri2 lepas sila klik ini

Laporan 1 ... Forum Gengblogger - Laporan Blogwalking 1
Laporan 2 ... Forum Gengblogger - Laporan Blogwalking 2 
Laporan 2 ... Forum Gengblogger - Laporan Blogwalking 3

Dan aku mulakan sesi review blogger-blogger lain dengan

19. たかやがみ


Status: Aku rasa dah.. sebab umur dah 27 tahun
Pekerjaan: internet katanya
Negeri Asal: Cheras kot
Sekarang berada di: Cheras ar.... ehehehe

Pengiklan adsense.. ehehhee.. entri terbaru berkenaan lagu Micheal Jackson.. memang berderet entri die tentang penyanyi lagenda itu. Peminat tegar die neh? Tema blog die pasal lirik je kot.... koleksi lirik Micheal Jackson. Sesiapa berminat pasal MJ.. boleh ar ke blog die. =)






Status: Ade boifren........ 
Pekerjaan: kat cinema rasanyaa... tuh yang dpt tinguk wyg free.. hehhehe
Negeri Asal: selangor?
Sekarang berada di: kat sri kembangan, selangor. =)

Die buat blog personal pasal life die. Entri terbaru pasal die curik2 tinguk wayang 'Ice Kacang Puppy Love'.. wayang cina buatan tempatan. Awal2 tuh die kata tak berminat nak tinguk.. sekali tinguk intro die kat panggung.. die terus lekat sampai abes.. ehehehe...

die bagi rating 5 bintang.. neh yang buat aku nak tinguk wayang gak neh.. ehehe... cara die tulis mmg sempoi.. aku boleh layan.. =)

21. Bom321



Status: tak pastiiii.....
Pekerjaan: ahli gengblogger.. wakakaa.. yg lain ku tatau..
Negeri Asal: KL?
Sekarang berada di: KL? 

Aku rasa die lelaki kott.. tak pasti.. ehehe.....so ku cerita pasal blog die jelaa... merupakan blog yang banyak benda-benda menarik tapi mengarut. ehehe.. Sejauh mana kesahihan benda yang die kongsikan tidak dapat dipastikan...
Tapi besh gaklah blog die.. bak kata banner die.. "blog yang memaparkan gambar Lawak, Ngeri, Pelik, Aneh dan bermacam lagi gambar juga artikel yang menarik!"
Yep... memang betul laaa.. hehe. keep it up!

22. ~ Ann ~











Status: tak pastiiii.....
Pekerjaan: dah kerja kot sebab umur dah 23 tahun.. yang pasti.. die ahli gengblogger jugak..=p
Negeri Asal: Sabah..waaa.. samalah kita beb..
Sekarang berada di: Sabah lah semestinya... 

Blog berbentuk peribadi... pinkish-pink.. heee.. die tengah buat kontes yang bakal berakhir pada 2hb mei tapi aku tak jumpa plak link kontes die. Kalau ada masa ku berkira nak join. hehehe.. 

Ku usha tajuk2 menarik kat arkib die.. terjumpa satu bertajuk Miss Sabah World 2010..wawawa.. kazen die menang!!! Mesti si ann neh cun orangnya. ehem.. dah tuh.. sanggup buat DUA akaun fesbuk, satu utk frens and family dan satu lagi utk kengkawan gengblogger, sbb ade org asyik kaco die dan famili die (*merujuk pada entri terbaru)... papepon.. salam kenal dari ku.. =)




Status: Sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.. ehehe
Pekerjaan: dah kerja tapi bukan sebagai cikgu sebab kat opis die ade director.. ehehe.. sekolah manada..
Negeri Asal: tak pasti...
Sekarang berada di: setiawangsa, KL.. 

Blog die neh banyak pasal dua orang anak perempuan, Sofea dan Alisa yang sedang meningkat dewasa. Anak-anak die dah besar dah.. tapi belum baligh lagi kot. ehehe. Suka warna purple... awet muda sbb nmpk cam anak dara lagi.. hik hik hik... dan jika nak tahu hal-hal kekeluargaan.. sesuai la korang jenguk2 blog die ini....... 









Status: Masih belajar dan sedang berusaha ngorat cik Lolly.. ehehe
Pekerjaan: bakal PILOT
Negeri Asal: Kelantan kot..
Sekarang berada di: setiawangsa, KL..




Tengah mengatasi sindrom malasibacanophobia apabila meninjau blog die.. ehehehe.. Aku tinguk bnyk pengomen dari kaum hawa je.. ehem.. Die ade tiga buah blog.. satu blog gambar, satu blog jual baju jersey bola dan satu personal yang banyak linkkan Lolly je. Ade pape ke? =p

Suka taip panjang2 dan jenuh gaklah nak skrol down. Die punya blog pasal kehidupan die sebagai student aviator. Mula-mula aku syak die student overseas.. erkkkk.. sekali baca satu entri tuu.. die pekena ikan bakar kat shah alam..wakakaka.. Chewaahh.. hebat pekerjaan neh.. kalau berjaya.. cik Lolly leh jadi pramugari.. amacam? besh tak idea aku?



-----------

maka dengan itu.. tamat lah sesi review aku........... ade BANYAK lagi.... rancang nak buat sekali seminggu la.. penat rupanya buat benda neh.. 2 jam beb.. wakakaka.. tambah2 lagi dgn internet yg LEMBAP mo mampus tapi ku usahakan jugak untuk perkenalkan blogger2 yang baru neh..

Selamat bersuai-kenalan.. =)

nak blog anda direview??? sila tinggalkan komen kat http://www.gengblogger.com/thread.php?t=1914&c=1

Nite. *sambil ku buat blogwalking sket sblm tutup tirai mata utk mata neh..

Haiwan pun ada perasaan kasih sayang =(


Kucing kesayangan die kena belit ular. Sebak aku baca entri ini kat Ular Sawa Kena Makan, Kesian.  Memang kalau manusia boleh sayang haiwan.. dia jugak boleh sayang manusia, kan?

Dan klip ini pula membuat aku betul-betul terkedu...




Penterjemahan - Kucing jantan yang liar ini telah dirakam di Turki, sedang mencuba untuk mengidupkan kembali kawan kucing betina die yang telah dilanggar oleh kereta. Walaupun beberapa orang cuba untuk membantu kucing itu tetapi kucing jantan itu tidak membenarkan sesiapa untuk menghampiri mereka selama DUA JAM. Akhirnya, seorang doktor hairan (vet) telah datang dan mengambil kucing yang cedera parah itu. Malangnya, sudah terlambat dan dia tak dapat nak selamatkan kucing betina itu.

Tatau nak cakap ape... saja sebagai perkongsian.

Haiwan jugak ada perasaan belas kasihan dan rasa kasih sayang sesama mereka........ macam kita kan?

Beg jenama Emmanuelle

Aku beli kat Gudang Metrojaya semasa jejalan ke Gudang Metrojaya di Stadium Malawati Shah Alam. Tengah takda kesempatan nak hapdet blog.. maka aku bagi tunjuk lah beg yang korang minta aku tunjukkan itu.

Actually aku bukannya pentingkan sangat benda itu branded atau tak. Yang penting barang itu boleh pakai bertahun-tahun. Kini beg lama aku boleh bersara setelah 2 tahun berkhidmat dengan aku. hihihi.

Hitam menjadi pilihan hati sesuai untuk bawa gi opis.... jenis kulit.. stainless steel.. =p

Besar gak beg neh... boleh muatkan telekung aku sekali dan beberapa buah buku.. ehehehe..
 nak sumbat makanan boleh. 

RM34.. berbaloi bagi aku lah yang suka barangan murah tapi berkualiti neh.

harga asal sebelum dilelong.. RM189.00

=)

SMS pembakar semangat.

Tetttttttt.. tetttttttttt.. *anggap ini bunyi sms pada waktu pagi.... aku on the way nak gi kereta. Nak gi kerja.

Check inbox henfon aku yang dah berusia setahun lebih itu..

"Miss u too babe. :p"

Besh jugak tak pernah sms tapi dapat sms macam ini sekali-skala.. ahaha.. =)

Jom layan lagu ini...




Tajuk lagu: Tanya Sama Hati
Penyanyi: P. Ramlee / Normadiah (Anakku Sazali)

Lirik lagu:
Tanya pada pokok apa sebab goyang
nanti jawab pokok angin yang goncang
Tanya sama langit apa sebab hujan
nanti jawab langit tanyalah awan

awan nanti kata aku kandung air
sampai tempat sejuk aku pun cair
tengok dalam air nampak bayang-bayang
campak satu batu bayang pun hilang

Tanya sama hati apa asal sayang
adakah tandanya nampak dipandang
kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
ingat masa lena apa mimpimu
masa berjauhan apa nan dikenang
bila difahamkan itulah sayang

ahhh…..ahhh…

jikalau tidak kerana sayang
kuntuman kasih tak mungkin kembang
andainya jemu mengganti rindu
jambangan mesra tentulah layu

Tanya sama hati pernahkah merindu
ingat masa lena apa mimpimu
masa berjauhan apa nan dikenang
bila difahamkan itulah sayang

Itulah sayang….

PS: Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu. Amin.

Thursday, April 29, 2010

Mengapa PC aku perlahan?

Mood aku nak hapdet kat rumah semakin berkurangan kerana didapati PC aku makin perlahan dari segi performance. Tak tahu mana silapnya... sebelum ini aku boleh buka banyak-banyak windows dalam satu masa. Sekarang nak taip entri ini pun.. satu huruf nak keluar punyalah lama nak tunggu!!!

Lalu ku minta bantuan Google dan aku jumpa ini..


Mengapa PC Perlahan?

Masalah ini adalah lumrah bagi semua pengguna komputer. Kenapa PC Menjadi perlahan? Berdasarkan pengalaman saya, ada tiga sebab utama PC selalu perlahan.

1.PC anda mempunyai virus dan trojan

Kebanyakan PC mengalami masalah ini sekurang-kurangnya sekali setahun didalam hidup. Apabila kita selalu melayari internet dan download pelbagai benda seerti games, dan lain2, virus serta trojan akan masuk ke dalam PC kita. Apabila dibiarkan, ia akan membiak di dalam PC anda dan menjadikan PC anda perlahan.

Untuk menyelesaikan masalah ini :

1. Anda harus install perisian antivirus. Terdapat pelbagai perisian antivirus yang bagus di pasaran seperti Kaspersky, BitDefender dan sebagainya. Kaspersky Internet Security boleh didapati dengan harga kurang daripada RM 100. Berdasarkan pengalaman saya, Kaspersky dan BitDefender adalah antivirus yang amat berkesan.

Jika anda kesempitan wang, Avira Antivir Free adalah pilihan yang terbaik kerana ia amat cekap dan yang paling penting, percuma.

2. Jika anda sudah ada antivirus, update antivirus tersebut supaya ia boleh mengesan virus terbaru. Kemudian, scan komputer anda dengan antivirus tersebut

2.PC anda mempunyai spyware

Masih ramai orang yang tidak sedar tentang ancaman spyware. Spyware duduk diam di dalam PC anda dan mengumpul maklumat tentang anda. Namun begitu, apabila kita melayari internet setiap hari, lebih banyak spyware akan terkumpul di dalam PC sehingga ia akan membebankan komputer anda. Akibatnya PC anda menjadi perlahan.

Untuk menyelesaikan masalah ini :

1. Anda harus install perisian antispyware. Kebanyakan pakej seperti Kaspersky Internet Security selalunya disertakan dengan antispyware sekali jadi anda tidak perlu risau.

Namun begitu, saya selalunya menggunakan SuperAntiSpyware Free keranaia khas untuk mengesan spyware. SuperAntiSpyware juga berkesan untuk mengeasan spyware yang tertinggal. Tidak ketinggalan, yang paling penting ia percuma.

3.PC sudah lama tiada maintenance

Setiap PC harus diberi maintenance seperti Defragment, Disk Check dan Tuning sekurang-kurangya 3 atau 4 bulan sekali untuk perestasi yang optimum. PC maintenance boleh dilakukan sendiri. Anda boleh tanya kepada rakan anda tentang cara maintenance PC.

PS: hajat ku untuk buat entri terjah blogger tidak kesampaian akibat kelembapan PC ini... tengah tekun download software2 yang dinyatakan di atas. Doakan masalah kelembapan ini berjaya diatasi. huhuhuhuhu

Jejalan ke Gudang Metrojaya di Stadium Malawati Shah Alam

Aku telah pergi ke gudang Metrojaya yang diwar-warkan opismate aku.

Saja lah.. duit berbaki dalam Rm130 masih ade dan aku bertekad nak habiskan duit itu untuk diriku sendiri.

Target hari neh nak beli karpet dan tas tangan wanita. =)

Sejurus selepas waktu bekerja, aku bersama kawanku Siti terus masuk Federal Highway ke Shah Alam. Ikut laluan tiada toll.

Sedikit sesat semasa nak gi sebab ini pertama kali aku jejakkan kaki ku ke stadium Malawati. hehehe..

Masuk2 je.. aku terus carik tempat letak kereta yang HARAM.. yakni tiada petak pun.. suka-suki je letak kereta janji dekat dengan pintu masuk gudang tu. Dan.. aku tak block mana2 kereta atau block laluan. =)

Layan gambar japs..


Mase nak masuk tuh.. semua beg tak kira purse atau beg tangan wanita kena masuk dalam plastik dan diikat. Hoh.. security die kira tinggi gak ek? Setelah berjaya masuk ke dalam gudang.. macam-macam barang aku jumpa. Tapi aku terus masuk ke bahagian jual beg.


Memang banyak beg berjenama dengan potongan diskaun sampai 70%.. tapi............


.. beg yang aku berkenan sangat..sekali tinguk harga mo telan air liuq gakla dua-tiga kali. M288.80???

Duit dalam tangan seyes ku bawa RM130 ja bagi mengawal tabiat nak shopping lebih2 pada benda-benda yang lagho... Guna kad kredit? Tak mo la.. bayaran ansuran laptop adik aku belum abes bayar lagi.. tamo.. tamo...

Tibe-tibe ade pengumuman dalam dewan itu.

"Happy hours akan bermula dalam 5 minit. Beg-beg tangan berjenama akan dilelong dengan harga RM30-40 selama 30 minit. Siapa cepat die dapat"

Aku naik semangat... dan terus meluru ke sudut yang tengah mengadakan jualan lelong tu. Memang ramai orang yang berkumpul kat kawasan itu terutamanya kaum wanita. Ahhh.. aku nak gak menyelit.. =p

Apabila tiba masanya... ade seorang jurujual dengan membawa satu kotak besar.. menumpahkan beg-beg pelbagai bentuk dan warna ke dalam sebuah rak yang kosong. Main rebut2 lah kami macam kena sawan. Hahahaha.. Kelakar plak bila dikenang balik. Kat pasar malam tak macam ini pun...

Hasilnya.......... dapat beg cun berharga RM34.00.

Aku tak tunggu lama2 dan terus ke kaunter pembayaran. kawan aku hilang ke mana.. aku pon tatau..

Seb baik tak ramai nak gi bayar mase aku nak gi bayar........ erkkk....... diorg dok shopping lagi kott termasuk member aku..... hehehe...


aaah...... penantian itu sebuah penyeksaan....... aku faham para suami yang tengah dok luar menanti sang isteri bershopping sakan kat dalam.. hik hik hik hik.....

Tunggu dalam sejam jugak laa...... cisssssssss...............

Aku paksa kawan aku temankan makan kat seksyen 2.. dah alang2 sampai Shah Alam.. baik singgah makan ABC Fradoo ye dak?


hancur diet aku takmo makan memalam......... hmmmmmmmm.. sedapnyaa.......... dapat jumpa blogger Erina sekali......  =)

Oh ya.. aku lupa satu benda lagi laaa............ karpet atau tikar blom ku beli.. aku mo letak dalam bilik opis. hmmmmmmm....

So kami ke.....

Bazaria Larut Malam Danau Kota...

Kasut CROCS dalam harga RM15 ja.. pehhh.. tapi aku tak bernafsu nak beli. Ku nak beli karpet jugak... kami search satu tapak bazar itu tapi langsung tak jumpa.. huhuhu.... dan tibe2 mase nak balik.. terserempak dengan van mini yang mengangkut tikar dan karpet ke tapaknya. Kami terpaksa tunggu sehingga mereka menyiapkan gerai mereka.

Pukul 10:30 malam baru diorg buka.. dan aku berjaya membeli karpet RM60.

Kaching.. kaching! *bunyi duit keluar

RM34 + RM6 (makanan) + RM60 = RM100

Duit baki RM30++........ nak buat apakah???


PS: rindunya aku pada dia.. T__T

Guna penyapu liwat tahanan

Aku tak tahu kalau korang pernah ikuti perkembangan dulu pasal kekejaman yang berlaku di Abu Ghraib, Iraq suatu ketika dahulu... dalam tahun 2003..  gambar-gambar yang mendedahkan kekejaman mereka di sana telah sampai ke pihak berwajib.. dan tindakan undang2 telah dijalankan... Contoh2 gambar di bawah...

Tahanan di Abu Ghraib dibogelkan dan diperlakukan seperti binatang tanpa rasa belas kesian.


*LYNNDIE ENGLAND mengikat leher banduan penjara Abu Gharib, Iraq pada 2003.

Berita berkenaan wanita ini dan hukuman yang dijatuhkan kepadanya boleh dibaca di sini.  Die siap buat buku lagi berkenaan kisah hidupnya semasa bertugas di tahanan Abu Ghraib. Cettt... Wadehal!

Gambar-gambar di atas diambil pada tahun 2003. Orang-orang terbabit telahpun menjalankan hukuman. Tapi kini muncul lagi bentuk kekejaman yang hanpir sama di penjara Muthanna, Baghdad.

Mengikut apa yang aku baca kat Harian metro hari ini, dalam penjara itu, lelaki Iraq dirogol, dipukul dan didera dengan renjatan elektrik ketika ditahan di penjara itu.

Perkara ini terbongkar apabila seorang lelaki berumur 42 tahun yang dipindahkan dari penjara itu ditemubual oleh kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW). Berita boleh dibaca di sini. 

Hoh.. lagi kejam apabila dikatakan pengawal penjara telah menggantung tahanan kepala ke bawah ketika menyoal siasat mereka kemudian menyepak dan memukul mereka berulan kali. Beg plastik yang kotor turut disarungkan pada kepala tahanan.

Sebaik sahaja tahanan pengsam, mereka akan dikejutkan dengan renjatan elektrik pada kemaluan. Ada gak tahanan yang diliwat dengan penyapu dan laras senapang. Malah ada yang dipaksa melakukan seks oral terhadap pengawal.

tahanan lelaki diperlakukan demikian.. apatah lagi tahanan perempuan...... lagilah DASHYAT!

Gambar tiada.. hanya kenyataan je sebagai bukti..

Major General Antonio Taguba has stated that there is photographic evidence of rape being carried out by American military personnel at Abu Ghraib.[12] An Iraqi teenage boy was raped by a uniformed man while photos of it were taken by a female US military police.[13] The alleged rapist was identified by a witness as an American-Egyptian who worked as a translator, and who is now the subject of a civil court case in the US.[12] Another photo shows an American soldier apparently raping a female prisoner.[12] Other photos show sexual assaults on prisoners with objects including a truncheon, wire and a phosphorescent tube, and a female prisoner having her clothing forcibly removed to expose her breasts.[12] Taguba has supported President Obama's decision not to release the photos, stating “These pictures show torture, abuse, rape and every indecency.”[12] [sumber: wikipedia]

Apehal mereka suka buat benda tak berfaedah ini? Ke mana dah hilang nilai kemanusiaan?

Tak faham betul lah. Korang faham ke? Meh.. terangkan kat aku..

Cik Yanie Gebu sudah KEMBALI!!! Yehaaaaaaa!!!!



WELCOME BACK DEAR!!!

GOSH.. GILER RINDU DENGAN BLOG KAMU!!!!!!!

Wednesday, April 28, 2010

Road Trip with My Broadband

I was devastated .

I had work to do which requires access to the internet and I've been going to any mamak stalls or coffee places just to go online. And then I got addicted to facebook which really stole my valuable time during my coffee sessions. Hehehe.

I had to find something solid. Something that I could bring it everywhere I go. Small and easy to plug-in when I'm on the go.

And the most important thing...

it's affordable and could give instant access to fast internet connection... depends really if it covers the area I love in which is Kuala Lumpur.

Little did I know, there were many attractive broadband packages out there. I did a thorough research just to find the right broadband for me.

And alas I found the right broadband!

The WIGGY!




*it also comes with adaptable prepaid services!

My journey to being promoted in my job began when I met yours truly.. THE WIGGY!
From a low-paid work lady to an upbeat worker, WIGGY has helped a lot.

I now can blog as I work. Ehem... keep connected with my colleagues, boss, family and friends...

Stay tuned to current issues...

Bring the WIGGY on my trips outside of town.

Better yet... I have 24 hours of internet access at the tip of my finger. =)

And that's the roadtrip to success with my WIGGY.
Being online with a reliable broadband can be witnessed here on the Project Aplha Season 2.

Watch here to learn more about how this broadband is better than other broadbands.

Episode 8



Episode 9



Episode 10




Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Jualan Gudang Metrojaya - Stadium Malawati, Shah Alam


PS: opismate aku kata barangan sini memang murah..... terutamanya benda-benda yang branded. Hmmm.. rasa nak pergi tinguk ar.... tak suka shopping.. tapi suka barangan murah... =p

Terima kasih kepada blogger Adziim, keranamu aku berjaya!

....... berjaya mendownload cerita atau movie dari internet.. wakakaka

Sila rujuk entri ini untuk mengetahui cara-cara untuk dapatkan software internet download manager.

Langkah-langkah yang mudah dan senang difahami.

Syabas Adziim for a well done tutorial. Dalam 15 minit usai.




Aar.. tgh download benda pertama yang aku namapak kat website syok.org tuh.. hik hik hik

Tuesday, April 27, 2010

Gaji 4 angka aku hilang ke mana?

Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih kepada  majikan aku kerana berjaya tanpa gagal untuk masukkan gaji aku ke dalam akaun bank pada setiap bulan.

maka dengan itu bolehlah aku hulurkan ehsan kepada pihak-pihak yang memerlukan seperti berikut

1. Ansuran bulanan untuk kereta VIVA
2. TM Berhad untuk membekalkan internet 24 jam kepada rumah ku
3. *Indah Water.. ehhh.. silap2.. Syabas ek? hehe kerana membekalkan air untuk mandi, minum dan pelbagai kegunaan lain
4. Tenaga Nasional Berhad untuk menerangi kegelapan malam ku dan dapatlah aku tonton ADAMAYA petang ini.
5. Prudential PRULady yang membuatku rasa selamat jika berlaku apa-apa yang tidak diingini terhadap aku termasuk maut. *mak... kamu penama waris ku.. uhukkzzz...
6.  Celcom Berhad bagi membolehkan aku berhubung dengan mereka-mereka yang ku sayang.
7. Carrefour kerana membekalkan keperluan harian aku
8. Restoran Mamak Al-Bismi kerana memberi makan minum kepada adik aku yang masih belajar
9. Shell berhad kerana memberi bekalan minyak kepada encik VIVA ku sayang
10. ASB Bank untuk menjamin masa depan aku kelak. =)


*apakah seru akan sampai? hik hik hik (gambar dari google)


Semoga pihak-pihak terbabit berpuas hati dengan ehsan yang ku berikan.

=)

PS: tak sabar nak dapatkan cek nuffnang yang seterusnya

Memahami adat Melayu 3 - Melamar

Sambungan kepada
Memahami adat Melayu 1
Memahami adat Melayu 2 - Merisik 

Cincin permata tempawan gangsa
Menjunjung takar puteri bunian
Berlapik kata berbunga bahasa
Datang melamar puteri impian


Merisik sudah. Dua-dua pihak  berkenan pun sudah. =)


Adat melamar merupakan adat yang biasanya dilakukan selepas pihak lelaki sudah merisik dan memastikan bahawa si gadis belum berpunya dan boleh dipinang.

Adakalanya, adat melamar dibuat serentak dengan adak merisik bagi menjimatkan masa. Secara lazimnya, adat melamar dilakukan sebagai satu janji untuk mengesahkan peminangan atau kemahuan pihak lelaki untuk mengambil si gadis sebagai calon isterinya.

Adat melamar akan disertai oleh rombongan orang tua-tua dari kedua-dua pihak, tanpa pernyertaan oelh kedua-dua bakal mempelai. Dan sekali lagi tepak sirih dijadikan kepala adat dan lambang bermulanya bicara lalu diserahkan kepada pihak perempuan oleh pihak lelaki. Pihak perempuan akan sediakan sirih pinang untuk dimakan.


Pada kali ini, di dalam tepak sirih  itu diselitkan sebentuk cincin belah rotan. Jika pihak perempuan terima, dia akan mengambilnya, jika tak, dia menyerahkan kembali tepak sirih itu bersama cincin sebagai tanda penolakan.

Dengan adanya adat melamar ini, kedua-dua pihak dapat memastikan keadaan dan keturunan masing-masing. Ini bagi memastikan tiada pertindihan susur galur ataupun perkahwinan yang dilarang. Dalam adat ini jugak, tarikh pertunangan, jumlah hantaran dan tarikh hantar belanja akan ditentukan.

Kelazimannya, adat melamar ini akan dilakukan pada jarak masa yang tertentu selepas adat merisik diadakan bagi membolehkan kedua-dua pihak bersedia dan memikirkan sebarang keputusan yang akan diambil kelak.

Dengan sempurnanya lamaran ini, kedua-dua pihak telah mengambil satu keputusan sama ada ingin meneruskan perancangan untuk menyatukan pasangan ataupun menolak penyatuan pasangan ini. Sebab dalam tempoh masa  antara adat melamar dan bertunang, kedua-dua pihak masih boleh mengubah keputusan yang dilakukan tanpa sebarang denda atau sagu hati. Kedua-dua pihak masih lagi boleh menerima lamaran orang lain.

As always.. berita yang tak besh akan disampaikan melalui pantun secara kiasan dengan bahasa indah bagi mengelakkan rasa kecil hati pihak lelaki. Contoh pantun seperti di bawah.

Pantun Pihak Lelaki yang melamar

Bertanam sudah menuai pun sudah
Menanti hasrat berada di kamar
Bertanya sudah merisik pun sudah
Membawa hajat untuk melamar

Kalau mencari sarang kerengga 
Jangan tersandung terluka kaki
Kalau sudi seisi keluarga
Ingin menyarung cincin di jari


Dan sekiranya pihak perempuan menerima lamaran.. camneh la plak pantunnya

Dari Kuantan datang bertanya
Di mana ada si bunga raya
Ini jawapan kami adanya
Semalam ia sekarang pun ia.


Sweeeeeeeeeettttttt.. plak pantun neh.. wakakaka.. tapi kalau lamaran ditolak.. ini lak jawapan yang sesuai.

Tikar jerami corak berdiri 
Buat hamparan di hujung ampai
Maafkan kami rambut ke kaki
Hasrat tuan tidak tersampai


Banyak sebenarnya contoh rangkap pantun yang lain.. cukup setakat ini je laa.. =)

Next step...............

bertunang.........................

Apabila PageRank blog kita naik akan menjadi tumpuan SPAMMER-SPAMMER yang menyemak ruangan komen

Aku dapat perhatikan.. sejak PR ku naik neh.... makin banyak plak SPAMMER.. dan seyes aku menyampah dengan SPAMMER2 ini.

Kenapa ade SPAMMER bila PR kita naik?

Sebab dengan status PR kita itu... SPAMMER yang suka tinggalkan link2 die yang tak berfaedah itu dapatlah menumpang kekuatan PR web kita dan seterusnya menaikkan trafik ke blog SPAMMER itu.

Contoh spammer seperti di bawah.


Macam mana nak SPAM dengan berjaya? Aku dapati ada satu cara untuk auto-generate benda ini supaya boleh muncul di semua website2 yang mempunyai PR lebih dari PR3.. Caranya mudah saja... dan dalam lebih kurang 7 jam.. blog atau website kamu yang mempunyai PR0 akan naik ke PR2.

Sejauh mana kebenaran kaedah ini bakal ku rungkai bila ade kelapangan masa. Nanti aku test untuk blog yang kosong. Hehehehehe...

Bila dapat keputusannya nnt.. aku share2 kat korang ok.

Ingat.

BACKLINK itu berkuasa. Jangan mudah2 je bagi kat orang lain. Hohoho.. *aku baru tahu pasal benda neh. patut la ramai blogger2 lelaki suka buat entri2 terjah2 neh........ sekaligus menaikkan PR die. hoh.

Ikhlas ke tak tuh.. WallahuAlam.........

Forum Gengblogger - Laporan Blogwalking 3

Sambungan kepada entri2 yang lepas..

Laporan 1 ... Forum Gengblogger - Laporan Blogwalking 1
Laporan 2 ... Forum Gengblogger - Laporan Blogwalking 2


dan komen pilihan dari Laporan 2... ehemm.. ok kpd gadis2 UTARA yang solo dan masih mencarik.. inilah peluang anda!


*gambar cun sikit untuk dipasarkan kepada anda2 semua.. ehehehe.. jgn marah
Lahir 1987.. muda lagi neh.. pasneh panggil akak jard ye. *poyo.. aahahahaha=p



Sambung laporan.....


13. fideila 


Status: Belum berkahwin sebab masih student.. ehehe
Pekerjaan: Student kot sebab umur 20 tahun
Negeri Asal: Orang Klang?
Sekarang berada di: Klang, Selangor? =p



Nama blog die konichiwa.. ku rasa die neh hardcore fan kepada drama jepun kot? wakakaka.. maaf kalau salah. Aku tertarik dengan entri terkini die........ pasal pengalaman anak tikus masuk bilik (hostel) tatkala sibuk nak studi untuk exam. Agak2 dapat konsentrat ke tuh? wakakaka...  nways gud luck exam final ye.. 


14. nickind@jungle 


Status: Dah berpunya.. hehe.. kot?
Pekerjaan: Tak pasti.. tapi macam da kerja.. sebab da berumur 27 tahun

Negeri Asal: KL?
Sekarang berada di: Putrajaya =)



Da lama tak hapdet blog... last hapdet dalam 22 April. Wakaka.. hapdet la cik oiii! =p
Entri terakhir die pasal tag. Dari situ aku tahu die suka minum MILO dan pakai kurung ke opis. heeee... Baru2 neh die ada buat give-away.. hasrat di hati nak join tapi da tutup da.. 23 April.. wakaka.. kejapnya nk tutup.. adessssssss..


15. Rara







Status: Dah berpunya.. dan sgt setia.. by the looks of it..
Pekerjaan: Tak kerja tapi buat "crafting felt business." =p
Negeri Asal: KL
Sekarang berada di: Johor...

Die start blogging dari 2008 lagi. First impression bila masuk blog.. waaa... gambar2 cantik siap ade watermark lagi. Mesti pandai mengedit gambar neh dah isi blog dia agak kemas. Memang a true blogger as in blogging untuk kepuasan peribadi tapi ade gak innity die so ini bermakna pelawat blog die mesti ramai gak neh. 

Entri terakhir die pasal bagaimana nak tahu pasangan anda syg kat anda. Suka part akhir yg die tulis  "Bercinta ni memang manis, tapi kalau dah dapat yang hempedu, fuh pahitnya macam nak pergi bunuh diri, okay sila ingat Allah SWT sekarang, jangan jadi macam budak yang masuk berita nak bunuh diri sebab cinta ditolak " =)

SUKA la blog neh! Sekian.



Status: Macam masih single sbb baru lepas SPM.. ehehe
Pekerjaan: Bakal sambung ke institusi lebih tinggi.. insyaAllah
Negeri Asal: Selangor? ehehe
Sekarang berada di: Cheras, Selangor

Chumel gak blog die neh..... style blog macam blog RARA dan bila ku baca pasal pengalaman die tukar domain, rupanya RARA lah yang ade tolong sket2. Hehehe.. da geng rupanya korang ek? 

Entri terakhir die pasal pengalaman nak amik lesen memandu. Wakaka.. tibe2 teringat pengalaman aku lak. Memang kecuakan. Tapi lelama....... memandu lah hobi aku yang paling aku suka. Cuma tang drift je aku tak pandai lagi.. =p





Status: tak tahu
Pekerjaan: jugak tatau.. wakakak.. pemberita? wartawan?
Negeri Asal: tak pasti.. hohoho
Sekarang berada di: KL kot?? hehe

Aku suka blog die walaupun penulis tidak diketahui samada pompuan atau lelaki.. wakakakaka...... walaupun die masukkan berita dari internet word by word, at least die letak link sumber itu. Entri terkini die pasal kes bunuh diri..... aku paling suka ayat die neh "Sebelum timbul niat nak bunuh diri, balik rumah cepat. Lari ke komputer, log in ke Blogger dan tulis blog. Luahkan segala-gala. " Hahahahaha..

Ini orang pandai buat lawak jugak laaaaaaaaaaa...... suka! suka!



*amik gambar lain plak.. ehehe

Status: ku rasa.......... rasaaaaaaaaaaaaaaa....... single kottttttttt.. ehehe
Pekerjaan: blogger yang berjaya.. ehehe.. dan part time student
Negeri Asal: Kelantan..
Sekarang berada di: KL.. atau selangor.. tak pasti wakaka..


Laaaaaaaaaaa.............. cik lolly lagi.. ehehehe..aku da buat entri khas buat Lolly kat sini.  sila baca kat sini okeh? Satu entri yang SPESEL tuuuuuuuu... hihihi...


----------------

okok....... mau 2 jam jugaklah aku nak siapkan entri neh.......... waaaaaaaaa.. betul2 amik mase untuk mengenali seseorang blogger tuh...... it doesn't take 5 minutes to know a blogger by its blog you know!

Terima kasih kerna sudi terima kedatangan ku.. ehehehe.. insyaAllah jika ade mase.. ku datang bertandang lagi...... hik hik

PS: mo tidooooooooo........ esok sambung lagi.. ramai lagi org komen kat forum aku tu.. huk huk














Monday, April 26, 2010

Memahami adat Melayu 2 - Merisik

Dara cantik menjeling mata
Jelingan nakal seluruh hala
 Adat merisik si dara jelita
Untuk mengenal keluarga segala


Jika pada sesi Memahami adat Melayu 1 berkenaan segala jenis Sirih  sebagai Lambang Keserasian Hati, kini tiba masanya untuk aku ulas berkenaan hal merisik pula. Ehem.. bukan sebab aku kena risik ok? Saja nak kongsi ilmu pasal adat kita yang makin dilupai dimamah pemodenan. Huhu..

Adat merisik dalam adat perkahwinan Melayu memberi makna yang besar kerana membolehkan kedua-dua pihak berkenalan dan memastikan bakal suami dan isteri adalah berasal dari keluarga orang yang baik.


Bila merisik, pihak lelaki akan datang kepada pihak perempuan dengan dianggotai oleh ahli keluarga yang lebih tua dan diiringi tepak sirih sebagai pembuka bicara dan kepala adat. Manakala di pihak perempuan pula diwakili oleh ibu bapa ataupun orang tua-tuanya.

Pada dahulukala, adat merisik ini dilakukan oleh orang tua dalam keluarga kedua-dua bakal mempelai yang tidak mengenali antara satu sama lain. Penentuan pasangan hidup pada masa ini ditentukan oleh ibu bapa ataupun orang tua-tua. Namun sehingga kini, adat merisik masih diamalkan dengan tujuan yang sama walaupun kebanyakan bakal pasangan mempelai telah pun mengenali antara satu sama lain. Tujuan antara lainnya ialah:

1. mengelak sebarang kekeliruan pada masa akan datang seperti calon itu masih belum dipinang orang ataupun pernah berpunya (janda dll)

2. libatkan perbicaraan tentang susur-galur keturunan iaitu nasab keturunan yang boleh dinikahi atau haram dinikahi. *pasal tulah sepupu tak baik kahwin wei!

3. dapat elak sebarang penyakit keturunan yang akan diwarisi oleh zuriat yang akan datang


Setelah berbasi-basa, berbalas pantun dan risikan berhasil, maka pihak lelaki akan minta diri. Jika pihak lelaki berpuas hati dengan status si gadis dan ingin meneruskan hajatnya, maka pihak lelaki akan menyerahkan sebentuk cincin belah rotan sebagai tanda. Pada mase neh lah pemberian cincin merisik dilangsungkan sekali dengan adat melamar dan penentuan tarikh pertunagan.

Jika cincin diterima, maka pihak perempuan akan mengembalikan semula tepak sirih kepada pihak lelaki sebagai tanda untuk pulang.

Contoh Pantun oleh Pihak Lelaki ketika Merisik Pihak Perempuan. hehehe



Pergi memikat burung serindit
Singgah di Lenga membeli lokan
Membawa hajat setinggi langit
Merisik bunga mekar di taman


Kembang mekar bunga Siantan 
Susun secekak harum baunya
Mekar mawar mewangi di taman
Bertuan tidak kami bertanya


Cincin rotan disarung di jari
manisnya jari cantink meruncing
Bunga tuan dipagari sang duri
Izinkan kami hendak menyunting


Harum segar bunga melati 
Disusun rapi di dalam puan
berhajat besar hasratnya hati
Teruna kami mencari teman


Ok, cukuplah empat contoh rangkap pantun. Jika pihak perempuan menerima risikan, berikut ialah contoh pantun menerima. ngeeeeeeeeee....


Tikar jerami hampar di laman
Mengulas dulang berisi emping
Bunga kami mekar di taman
Menanti orang datang menyunting


ikan parang dimasak kari
Masak dengan bercampur kerang
Besar panjang nak dara kami
Mengharap teman berkasih sayang


Anyam jerami berbelang warna
Tengah berlubang lekang susunan
Bunga kami belum berpunya
Menanti kumbang hinggap di taman


Turun ke sumur menanam lada
Lada sura merah geliga
Sampai umur ulmu pun ada
Bersedia dara hidup berkeluarga.



Hahaha...... bukan itu ja..... kalau misalnya pihak perempuan menolak risikan camna plak? aaah.. mestilah berpantun jugak...

Madu setakar jadi hidangan 
Santapan rasa pengantin bersanding
Bunga mekar di taman larangan 
Belum masanya untuk disunting


Daun kari enak baunya
Masak bersama sayur peria
Nak dara kami sudah berpunya
Menanti masa berjanji setia


Dayung pedati mainan dara
Berdayung dari pagi ke seja
berat hati ingin bicara
Empunya diri belum sedia


Peram bidara di atas para
Peram kian sehingga larut
Teruna dara masam mencuka
Mungkin keserasian belum bertaut


ha'ah. cukup ilmu aku untuk Majlis merisik..... sesi seterusnya berkenaan MELAMAR pula.. lalalala.. =p

Tabung lagik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...