Aku sepatutnya hapdet dua malam lepas tapi selepas hantar cik sarah balik, aku terus pergi jumpa adik aku. Nak pergi carik dvd tak ori kat bandar tun razak. Dia dah nak terbang balik Sabah esok jadi banyak benda nak kena urus sebelum dia balik.
Ohh.... lari topik plak!
Dua malam aku berbuka di Dataran Shah Alam bersama ahli-ahli Gengblogger. Sebelum ini pernah berbuka dengan Syahirul, Ariff, Framestone, Atie, Joe, Fazreen, Azrul, Sarah, Farhana dan
Ayong di Times Square. Actually aku lebih prefer
gathering yang kecil-kecilan sebab lebih personal. Senang nak kenal semua orang. hu hu
Antara sebab yang menaikkan semangat aku untuk ke gathering semalam adalah disebabkan adanya peluang untuk menemui penulis-penulis blog yang aku ikut dan suka baca contohnya Milimilo, Mr K, Faisal the Newscaster dan Fida Aishah.
Tapi hanya jumpa Milimilo je... huk hukkk...
Selepas mengambil Cik Sarah dari Lrt Universiti dekat bangsar, kami terus bergerak ke Masjid Shah Alam. Letak kereta kat situ gak dan berjalan kaki ke dataran Shah Alam yang terletak beberapa kaki je dari masjid itu. Lama gak kami lepak-lepak kat situ sebelum terlihat kelibat Syahirul dan Ariff berjalan-jalan sambil tangkap gambar persekitaran. Aku dah penat menjadi jamuan untuk komuniti nyamuk kat dataran tuu....... so.......
aku dengan cik Sarah plan nak jadi Stalker yang berjaya untuk mendapat tahu tapak gathering. Bila dah dapat tahu.. kami tak terus ke sana.. hehehe.. Kami fikir nak tunggu Joe datang dulu lah sebab segan dowh!
Lagipun kami sempat meminta jasa baik Joe untuk belikan kami nasi ayam dan air milo ais. Huh! Siapa yang bilang dekat dataran tuh ada Bazar Ramadhan? TAKDA PONG!! *nada frust. Seb baik joe baik hati nak belikan.. itupun apabila dia sampai... boleh plak cakap die tak sempat nak belikan.
T_T *nanges. Seb baik cik Suaidah sudi nak kongsikan makanan berbukanya bersama kami.
Tak lama lepas tuh.. baru tahu Joe bergurau je........ Pandai kamu ye! huuu.......
Semasa nak tunggu waktu berbuka....... aku sempat berkenalan dengan lebih rapat si pemilik blog
Kupasrah.blogspot.com. Alololoo..... lemah-lembut je orangnya. Suara pun lunak. hehehe... Oh ya.. dia bawa anak sedaranya... Ingatkan kembar oohh.. wakakaka..
Dok bersembang dan main teka-teki nama blogger di sekeliling.... bro framestone and the geng datang plak... Ah.. da biasa da dengan bro dan kekasih hatinya tu. Memang tak pernah nampak mereka secara berasingan. Mesti gi mana-mana mesti bersama-sama. hehehe... *seb baik tak kelihatan gmbr aku main suap si bro neh.. fuhhhhhhhh.. lega!
Pasangan bahagia... moga dimudahkan jodoh.. dan aku dijemput dtg ke kendurinya. Hik hik hik..
Oh.. semasa makan.... sempat berborak dengan cik Ajwin. Memang cun lah orangnya dan murah senyuman. Hehee..
Skandal terbaru ariff shah? Fida nak letak mana wei? ehem.... Ajwin masih single tuuu.. jugak anak yang baik dan patuh pada ibu bapa. Memang calon isteri yang terbaik lah. hik hik..
Lepas solat terawih.. kami dikumpulkan sekali lagi kat Dataran Shah Alam untuk sesi berkenalan. Malu lak nak ikut menda-menda camneh.. almaklumlah.. terasa diri da tua, yang lain muda-muda belaka. Wakaka... Takpe.. anggap aku akak yang tolong temankan adik Nur Sarah untuk ke sana. Tanpa ku...... mesti tak dapat datang ke sana kan? kan?
Semasa duduk2 mendengar setiap dari mereka memperkenalkan diri dan blog... aku sempat menegur
cik Ery yang kecik-molek dan slim.. ehehehe.. dan cik Innz yang meminta kami bertepuk tangan setelah perkenalkan diri. Hehehe.. dan dari kejauhan nampak
cik Mili yang tersangat lah comel!
hihi.. seyes comel. dan kecik!
Oh.. penat lak dok sebut gadis-gadis yang comel dalam gathering.... Lelaki kacak takde ke?
Ermmmmmmm..........
HInt: ada seorang tuh... memang nampak kacak lah.... bukan joe, ariff, framestone atau syah ye..
Ada dalam gambar di bawah ini. Cuba teka. =)
Okey...... maaf pada sesiapa yang aku tak sebut dalam neh. Tak sempat nak kenal dan tak cam yang mana satu. Minta maaf bebanyak ye...
Akhir sekali....... inilah peneman setia aku pada malam itu,
cik sarah....... hehehe... Thanks.
Btw.. nice meeting you all!
Cheers!