Monday, February 28, 2011

OMG!!! IN LOVE!

Canon 1100D bakal keluar Mac 2011 di pasaran Malaysia.

Hope so!

Sunday, February 27, 2011

Rumah Sewa RM50 Berhantu di Seksyen 2, Shah Alam

Kawan aku sibuk menceritakan pasal rumah berhantu ini yang telah digemparkan lagi dalam blog bacaan ramai "Blogserius". Aku yakin korang mesti dah baca punya kan? Kalau tak pernah... silalah ke link yang aku bagi tadi.

Gambar rumah yang didakwa berhantu itu. Sumber dari forum ini. 

Lagi menyeramkan apabila ada pembaca kisah berhantu di blogserius itu....... memberanikan diri untuk membuat siasatan susulan.

Wallau weiiiii!!!

Giler berani lah.. sanggup pergi usha sendiri rumah berhantu itu... Diorg pergi pada waktu malam lagi. Kisah siasatan mereka dicatatkan dalam blog mereka iaitu

http://kakiberita.blogspot.com/2011/02/lokasi-angker-2.html.

Gambar di bawah diambil dari blog mereka...

Inilah hasil siasatan mereka pada malam itu... nak tinguk gambar-gambar lain silalah ke blog mereka. Huhuhu..

Macam ada orang tengah menyandar pada tiang je... 

Ok.. aku dah naik seram baca semua ini. Housemate aku semua dah masuk bilik tidur. Tinggallah aku keseorangan di ruang tamu luar........

*sambil pandang belakang. =(

Friday, February 25, 2011

Annoying people found at office

Tak semestinya merujuk pada keadaan opis aku, sebab ini ku sentuh secara umum je dan jika terselit pengalaman sendiri, akanku nyatakan kat situ. Manalah tahu sama seperti yang korang alami kan? Siapa makan cili.. dialah yang rasa pedas.

1. Lelaki yang dah kahwin dan MIANG (umum)

Pantang nampak gadis berdahi licin, mesti dia nak ngayat. Tolonglah.. janganlah ngayat di opis. Sangat tak professional okeh. Boleh mengganggu ketenteraman orang yang bekerja dan rasa jijik. 

2. Duda yang saiko (pengalaman sendiri)

Tah pape lah. Asalkan lalu bilik aku mesti die ngintip dari celah-celah pintu itu. Aku nampak bayang je.. sangat menyeramkan! Awal-awal memang rasa takut sebab tak tahu siapa gerangannya yang main sembunyi-sembunyi pastuh skodeng kat celah pintu. Tapi lama-kelamaan bila da tahu siapa, aku buat tak tahu je. Hu hu hu. Pastuh cara dia gelak pun seram oohhh... Setakat ini he's harmless cuma kehadirannya tidak disenangi..

3. Makcik yang asyik menegur cara pemakaian anda (umum)

Pakai shawl baru,  makcik tuh kata muka bulat. Pakai baju baru, dia kata nampak gemuk dan cakap tak sesuai. Pakai mekap, dia kata macam hantu (contohnya lah. haha). Yang penting, hari-hari nak tegur cara pemakaian kita. Arghh.. 

4. Makcik/pakcik/yang muda/tua jualbarangan atau suruh join MLM (umum)

Tak boleh terima langsung.. adakah kat opis pun nak bawa hal tak berkaitan ini. Ish.. ish.. ish... Apa yang dibuat kat rumah jangan bawa ke dalam opis. Kapishh?

6. Opismate pasang lagu kuat-kuat supaya satu opis boleh dengar. (umum)

Hello!! Tahulah kamu tengah stress dan tension .. tapi tak payahlah nak pengaruhi orang sekitar supaya stress sama. huh! *tibe2 teremo plak. haha

7. Orang yang dicari untuk tugasan URGENT boleh pula MIA ~missing in action (umum)

Geram kalau ini terjadi kat aku. Masa nak selesaikan sesuatu perkara cepat-cepat.. boleh pula orang yang berkaitan HILANG tanpa berita. Kalau alasannya kukuh takpe jugak....... tapi yang anehnya alasannya sebab nak gi kedai lah.. gi makan bukan pada waktu yang dibenarkan laa.. gi bank laa.. gi bengkel sebab kereta rosak laa... (contohnya la.. )

8. Pegawai ICT tak reti buat benda-benda berkaitan ICT (umum)

Yang ini adalah pengalaman kawan aku yang bekerja sebagai programmer. Die cukup geram apabila term-term ICT tak difahami oleh pegawai ICT itu sendiri.. haha. Patut ler line internet kat opis macam gampang je sentiasa... (contohnya lah..)

9. Ermmm... mampu senaraikan setakat ini je kot.. 

kalau korang nak tambah... dipersilakan.. =)

Sekadar gambar hiasan. 

Moga dapat tempat kerja yang kondusif, selesa dan aman supaya hari-hari tak stress apabila bekerja. Hee. 

Thursday, February 24, 2011

RM477.23 and 2 potential buyers

Currently trying to sell some stuff to get more money. But couldn't earn much and then suddenly my officemate offered to buy my HTC Desire Z for Rm1500.00 and I was like... "Tak nak!!! Aku sayang henfon aku!!!"

Tapi bila difikirkan balik.. kalau dapat jual... senang je aku nak rembat satu DLSR dan tak payah nak bersusah-payah dah..


Dan pagi tadi terima satu lagi mesej dari FB.. ada orang berminat nak beli henset itu.

Wahhh.. ada dua orang potential buyers... hampir rasa tergoda pon ada. Tapi bila guna henfon tadi... rasa sangat berat nak berpisah dengannya. Agak-agak kena solat istikharah la dulu. Itu antara alasan aku bagi kepada mamat yang awal-awal berminat nak beli itu.

To date..... duit tabungan DSLR aku ialah

Not RM50 - RM350.00
Not Rm10 - RM40.00
Not RM5 - RM5.00
Not RM1 - RM3.00
50 sen - RM27.50
20 sen - RM30.40
10 sen - RM13.60
5 sen - RM3.15
1 sen - RM0.78

Total = RM477.23

berkira-kira nak guna duit gaji tapi........ yang itu dah siap ada belahan bayarannya. It's fixed dan aku susah nak kacau beb. Huhuhu..

akan mencari metod lain lak.... *sambil google WEEKEND PART TIME JOBS.

=)

PS: macam besh lak jual henfon neh... errr..errrr........ try cara lain dulu.

Wednesday, February 23, 2011

Lagi tiket murah daripada AirAsia, RM32 pergi balik KK-KL

Hehehe... duit dalam bank cuma tinggal RM71 je.. pastuh dapat tahu AirAsia tengah buat promosi besar-besaran sampai JEM nak masuk website die.

http://www.airasia.com/my/en/home.html

Antara destinasi pelancongan yang mendapat pengurangan harga sampai Rm5 satu arah ialah:

  • Myanmar
  • India
  • Taiwan
  • Indonesia
  • Philippines
  • Vietnam
  • China 
  • dan Singapura
Aku takde teman nak pergi ke luar negara... so aku berani beli tiket dalam negara je lah. Apalagi.. beli tiket balik Sabah lah jawabnya! Haha.

Aku berjaya beli untuk bulan Januari tahun depan dengan harga RM32 je pergi balik... hihihihihi.....

Seb baik duit dalam bank cukup untuk membuat pembayaran terus potong daripada akaun BANK. Mudah je nak beli tiket sekarang. Alhamdulillah.


Aku dan Fahrin Ahmad

Aku terjumpa Fahrin Ahmad semasa lunch tadi. Dia baru abes shooting.. so apa lagi, aku amiklah peluang untuk bertegur sapa dan bergambar dengannya. Hik hik hik..

Very soft spoken punya guy... and sangat pemalu. Alahaiii.......

Tinggi jugak mamat neh!!! Waaa!

Gambar kandid... haha. 

Dan gambar terakhir........ baru nampak dia senyum lebar sikit kan? Aku takleh senyum sangat sebab nanti pendakap gigi tersangkut kat bibir. Seksaaa wooooooo!!! Mampu sengih-sengih je ler. hehehe..

Abaikan baju die yang tak bersinglet tu. errrr.. =p

Moga En Fahrin Ahmad terus maju dalam bidang media dan hiburan. Dan jugak menjadi contoh dengan cara pertingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi. hehehe.. nasihat macam org tua je aku neh kan?

Tuesday, February 22, 2011

Berita dari Rumah

Hari ini ayah akan pergi hospital lagi untuk kepastian tentang "kanser".

On a lighter note, kedua-dua adik lelaki aku mendapat tawaran SPA. Alhamdulillah.. masa depan taklah segelap yang ku sangka.

Seorang dapat pekerjaan di Kastam. 28hb ini akan melaporkan diri.

Seorang lagi dapat tawaran menjadi pembantu pegawai perubatan.

Nampak gayanya, anak-anak ayah kesemuanya (kecuali dua orang yang masih menuntut di sekolah menengah) bakal menjadi pekerja awam walaupun ayah sendiri kerja swasta je. Hihihihi..

More good news to come... adik dah set tarikh nak langsungkan majlis kahwin. InsyaAllah tahun ini.



Aku senyum lebar hari in i. =)

I CAN!! ~ Saya Boleh!!

Saja nak naikkan motivasi aku pada hari yang mulia ini. Dan mana tahu korang pun termotivasi sama kan? =)

I can! I will! I do!

I - Imaginative - pandai pasang angan-angan. Tanpa angan-angan, tiadalah cita-cita. Tiada cita-cita.. tiadalah hala tuju kehidupan..

C - Commitment - dah pasang angan-angan, kenalah komit sungguh-sungguh nak jadikan impian menjadi kenyataan. =p
A Attitude - Dengan sikap yang betul dan seharusnya positif, tiada apa yang boleh menghalang kita daripada mencapai sesebuah cita-cita. Kan?
N - Never Give Up! - Jangan sesekali putus asa. Kena cekal beb!!!

Sekian itu sahaja.. sibuk woo!

Sunday, February 20, 2011

Pengalaman Bekerja Menjadi Promoter

Kalau kerja di kilang boleh dapat RM25 sehari.

Kalau kerja di PizzaHut... errrrrr.. berapa ek? Sepupu aku kerja kat sana selepas SPM.. dan sekarang dah jadi Branch Manager di Kota Kinabalu. Hebat kan?

Kalau kerja di Giant, menjadi promoter?

RM70 sehari... dari pukul 12 tengah hari hingga 9 malam....... kira lumayan gaklah untuk budak lulusan SPM. Itupun kalau dibandingkan kerja di kilang kan?

Tapi untuk aku yang dah biasa dapat gaji bulanan ini, boleh rasa bersyukur tahu. Sebabnya... aku yang dok kerja gomen, dengan ruang pejabat yang selesa... rakan sekerja yang peramah... tetapi sekali ditempatkan di ruangan menjual barang di sebuah Pasaraya untuk mempromote air jus dan tidak mempunyai tempat duduk..... terasa diri sangat kerdil! Hahaha.. Seb baik jauh daripada opis, so kebarangkalian untuk terserempak dengan muka-muka yang aku kenal sangat nipis! Malu gak lah!

Aku rasa bersyukur sangat-sangat dengan perjalanan hidup yang Allah telah aturkan untuk aku. DIA lah memberikan pelbagai peluang kepada aku untuk majukan diri. Baik dari segi akademik dan pekerjaan yang stabil. Dan DIA lah yang  memberikan aku peluang merasa kesusahan supaya aku sentiasa beringat dan mendapatkan pelajaran.

Aku pulang dengan hati puas, rendah diri, kedua-dua belah kaki aku SAKIT dek berdiri lama sangat, sakit belakang, sakit bahu... dan RM70 dalam genggaman. Walaupun sedikit (berbanding gaji ku) tapi inilah hasil titik peluh aku dan aku merasa BANGGA! Haha! Sold-out tahu.. botol air jus tu!! Bangga wei! ahaha..

Mungkin ramai yang hairan kenapa ada pegawai kerajaan yang sanggup nak menjadi promoter air jus kan?

Apa salahnya aku nak menghadapi situasi macam itu? Susah ke? Sangat tak besh ke? Orang-orang di sekitar layan aku macam mana nanti? Adakah akan dipandang serong?

Tapi alhamdulillah, warga kerja Giant baik-baik belaka. Hee hee.. Oklah.. malam neh tidur awal. Esok sambung kerja kat sana sampai LEMBAM!

PS: NO..... cukuplah dua hari ini aku kerja di sana.. carik kerja part-time kat tempat lain pula. Jauh perjalanan, luas pemandangan.... =)

Saturday, February 19, 2011

Hari yang mendebarkan telahpun tiba........

Takut......... going out of my comfort zone... is not easy you know...

Aku kini berhadapan dengan fesbuk.. tengah main cityville dan CSI untuk menenangkan fikiran. Hahahhaa..


Moga semua berjalan lancar. Terima SMS daripada BOSS semalam.. aku boleh simpan resit toll dan tiket parking untuk buat tuntutan nanti. Bagus-bagus... harapnya aku tak tersesat jalan apabila hendak ke sana... tak pernah pergi. Huhuhuhu..


Ok. Chow! Jumpa korang di sana! Kalau jumpa lah. =p

Friday, February 18, 2011

Petanda dari Tuhan?

Malam ku sasau... siang ku angau... semua ini berlaku sejak menjejakkan kaki ke Lowyat beberapa minggu yang lalu.

Niat asalnya nak usha-usha harga je.. tapi tak sangka hati terpaut dengan cepat dan kuat....

Aku telah banyak kali menangkis perasaan kuat itu dengan menghitungkan bajet yang sedia ada dan perbelanjaan lain yang terpaksa dipikul untuk menyara hidup..

tapi tak dapat jugak..

Satu per satu perkara yang berlaku ke atas aku semacam memberi petanda yang aku PERLU memilikinya..

Antaranya.
1. Tertonton cerita "Sabrina" di kaca TV3... tentang seorang wanita yang berjaya melakukan transformasi diri (rupa dan cara pemikiran) dengan hanya satu trip ke Paris dan menceburi bidang fotografi. Tiba-tiba aku rasa aku pun boleh!
2.  ditakdirkan... untuk menghadiri Forum Industi Dokumentari Malaysia di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur siang tadi dan dalam masa yang sama mengetahui peluang dan harapan dalam menerbitkan dokumentari sendiri.. Wahhh.. memang teruja dengan forum ini.. Rasa nak beli DSLR yang boleh membuat rakaman HD video pada saat itu jugak.
3. Sejak akhir-akhir ini aku sasau..... tidur tak lena... macam-macam idea bermain di benak fikiranku untuk dijadikan dokumentari. Let it be close to my heart. Itu yang penting.. dan biar duit yang dibelanjakan untuk memiliki DSLR tidak sia-sia.

dan akhir sekali... perkara paling drastik yang pernah ku lakukan....


4. menerima peluang kerja part-time di Giant untuk mencari duit sampingan. Tanpa berfikir panjang.

=)

Wednesday, February 16, 2011

Dunia berubah apabila bergelar JANDA

Bunyik macam dramatik tetapi sebenarnya berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikulnya.

Bayangkan... sebelum ini hidup bahagia bersama si suami di sisi. Mereka dikurniakan 3 anak perempuan yang sedang membesar dalam keadaan yang serba lengkap. Ada kereta yang telahpun habis tempoh pembayarannya dan ada rumah sendiri walaupun dibayar bulanan mengikut jumlah pinjaman yang dibuat.

Usia masih muda.. baru dalam lingkungan 30++ tahun...

tetapi semuanya berubah dengan sekali lafaz talak je....

Rumah terpaksa dijual.......... kereta jugak dijual........... kos peguam terpaksa ditanggun disebabkan berlakunya perebutan hak penjagaan anak. Memang kesian betul lah.. huhu.. Dasyat ohhh... perceraian ini secara tidak langsung akan memberi kesan saikolgi pada anak-anak tau..

Dek kemurungan yang maha hebat.. tuhan sahaja yang tahu, anak-anak terpaksa dijaga ibu bapanya... si wanita pula ke KL untuk mencari secubit rezeki buat menanggung anak-anaknya. Manakala si lelaki melepaskan diri daripada tanggungjawab yang diperintahkan oleh Mahkamah iaitu membayar kos sara hidup anak-anak.

Bayangkan...... semua yang pernah dikecapi...... hilang dalam sekelip mata. Nak dicari balik memang mustahil melainkan membina kehidupan baru bersama orang lain. Itupun.. bukannya mudah macam ABC tahu dak?

Nak melupakan seorang lelaki yang pernah berkongsi katil memang SUSAH! *hehe.. cehh.. mcm je aku tahu.

Pernah sekali si wanita mengeluh.... status janda paling susah nak dapatkan jodoh. Aku pula berkata, rasanya janda lebih cerewet dalam memilih pasangan pasal tuh ler ramai janda HOT tak kahwin-kahwin. Takut peristiwa yang ngeri itu berulang lagi kot.

Sekadar gambar hiasan

Die angguk.. tanda setuju.

So pengajarannya di sini...... walaupun korang rasa hidup sekarang macam stabil je... tapi tak salah untuk bersedia untuk menghadapi kejadian macam ini. Tak kisahlah berlakunya perceraian ke... takpun kematian... sedikit simpanan khas untuk perkara-perkara begini patut diutamakan.

better to prevent than to suffer.. right?

Apa-apapun.. harap tak berlaku lah pada korang. Amin..

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidul Rasul 1432H

Sempena Maulidul Rasul pada hari ini, aku bersama rakan-rakan usrah yang lain cuba menghayati dan menghafal Surah Al Ahzab, ayat 12 yang berbunyik, "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."


=)

Kebanyakan masjid-masjid di Lembah Klang telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena hari yang mulia ini. Tak tahu la samada korang join ke tak. Hak masing-masing, tapi alangkah baiknya kalau korang mengambil inisiatif untuk mendapatkan pengisian rohaniah yang mana banyak menerangkan tentang pengorbanan dan peribadi Nabi Muhamad SAW. Yelahh.... kan hari ini hari kelahiran nabi kesayangan kita. =)

Lebih baik daripada main seharian di Desa Waterpark.. errrrrr.... ehemm.. minta maaf kat kengkawan yang ajak aku gi sana pagi tadi. Huhuhu..

Well... nak dijadikan cerita.. pagi tadi semasa makan-makan pagi.. kawan aku ceritalah pasal emel yang diterimanya daripada aku dalam minggu lepas. Dalam emel itu kan disebut dikirim oleh Jard The Great.... so kebetulan.. kekawan dia yang ada pada masa itu TERBACA nama pengirim emel dan tegurlah kawan aku tuh..

"ehh.. Jard the Great. Bukan dia blogger ke?" kawan dia bertanya..
"Ahh.. err.. macam mana kamu tahu?" kawan aku jawab.
"Blog dia femes jugak. Dia banyak komen pasal isu-isu semasa"


Waaaaaaaaa.....tak sangka.. kawan kepada kawan aku pun tahu blog picisan ini. Lalalala..

PS: kekawan dia lecturer UiTM dan UIA. wiwuwiwuwiwuw....

Duit boleh dicari... tapi kenangan bersama tersayang tiada ganti

Duit tabungan aku nak beli DSLR. Wee ~
Nampak tak banyak... tapi di bawah kepingan wang seringgit itu ada beberapa kepingan seratus ringgit.

Percaya tak?

Percayalah! ;)

Kenapa baru sekarang aku terhegeh-hegeh nak beli DSLR neh? Well... sejak selalu balik kampung, aku teringin sangat nak tangkap gambar penuh kenangan di kawasan-kawasan yang tak pernah dinodai di kampung aku itu. Sebab sejak 10 tahun lepas... sungai depan rumah yang dahulunya cantik dengan air yang jernih kini telah tiada. Tinggal sungai yang berlumpur dan sangat tak sesuai untuk bermandi-manda macam dulu. Tercemar akibat pembuangan sampah-sarap yang berleluasa. Huhuhu..

Sedikit demi sedikit kecantikan flora fauna di kampung aku itu hilang dek pembangunan. Rasa sayanggggggg sangat kalau aku tak amik gambar sebagai kenangan.. rugi tahu.. korang yg tak pernah pergi.. tak berpeluang nak melihatnya.

Rugi ohhhhhhhhhh................ *meroyan lak aku. hahaha.

Bayangkan gambar ini diambil melalui DSLR. Hoh.. gambar ini baru pakai kamera henfon!!!
Setelah berbincang dengan mak aku... die pon bersetuju dengan rancangan mahal aku untuk memiliki DSLR. Nanti dia jadi tour guide aku semasa balik kpg bulan 3 nanti. Ekekeke... thanks mak.

*tak sabar neh...

Monday, February 14, 2011

Nikon D3100 lagi baik! Eh bukan, Canon 550D lah! SO?? I DON'T CARE!

Penat jugak buat research kamera DSLR  yang mana satu patut aku beli sebagai pengguna pertama. Orang canon pasti akan jawab canon dan orang nikon pasti akan cakap nikon.

Aku?

Baik ukur kain pada badan sendiri lah....

Aku nak kamera yang..
1. Murah
2. Boleh merakam video HD (high definition)
3. Boleh tangkap orang lompat-lompat. LOL
4. Mudah nak pakai.. heh. Aku kan pengguna pertama kali.


So... sedang mempertimbangkan dua jenis kamera.. Canon 550D dan Nikon D31000.

Yang mana satu menjadi pilihan?



After all, it's not the camera, it's the photographer.


Korang rasa harganya berpatutan tak? Dari Low Yat.

Saturday, February 12, 2011

Zaman blog sekarang... zaman DSLR dan zaman Adobe Photoshop

Dulu tak ramai yang berblog. Skang RAMAI giler! Nak kenal semua memang payah... nak kekalkan perhubungan dengan blogger yang dulu pun... jugak payah. Aku dan mereka telah banyak berubah.

Especially aku lah kot...

Ada seorang blogger yang tegur aku di FB. Dia kata dia rindu zaman blog dulu-dulu. Banyak dia komen blog aku pasal isu-isu yang aku pertengahkan dulu. skang dah kurang.... tetapi masalahnya, aku tak berapa ingat "dia" tuh siapa. Hu hu.

Aku akui... aku dah jarang blogwalking.. jarang jugak nak hapdet blog. Kalau berupdate jugak, aku akan republish entri yang sama setiap 2 jam. Dulu Alexa Rank aku dalam 200k.. disenaraikan top Malaysian blogger oleh satu site tu..

Skang... dah jatuh menjadi 481k... nak nyaris-nyaris keluar grid dah. Hahaha. Antara sebabnya... aku bukan blogger femes atau pakar mahupun blogger yang dikategorikan cun. Gambar diri sendiri pun jarang nak letak. Gambar tentang perkara lain pula bukannya aku punya kecuali yang ada watermark tuh.. Watermark yang aku selalu bubuh pada gambar-gambar ku jugak agak ketinggalan zaman. Hahaha.. tak cun langsung. Aku nak mengubahnya.. tapi tak reti.

Nak rembat satu!!!

Zaman blog sekarang... zaman DSLR dan zaman Adobe Photoshop. Tak reti dua benda tu.. maka tak cun la blog. Tak menarik. Huhuhu.. banyak lagi perkara baru yang perlu ku belajar untuk seiring dengan perkembangan semasa blog.

Aku yang ketinggalan zaman bab blog.

Penulisan aku jugak tak banyak berubah berbanding dulu.. (iye ker?), cuma dulu aku suka usik blogger-blogger lain dan bubuh dalam blog ini.. skang aku dah kurang mesra blogger kot. Komen orang pun tak terjawab. Hu hu. Antara sebabnya kebanyakan trafik dari Search Engines... ngeeee.. =p

no wonder... blog ini semakin suram..... semakin tak menarik......

Friday, February 11, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa bakal ditayangkan pada 10 Mac 2011

Aku dah lama menantikan tayangan filem ini. 

There was a lot of international buzz on this film. Jugak dikenali sebagai "The Malay Chronicles: Bloodlines", filem ini berdasarkan hikayat Melayu yang diberi nama yang sama. Setelah aku selidiki, hikayat ini berasal daripada Kedah. Kandungan hikayat atau dokumen bersejarah yang asli boleh dibaca di sini.  Tetapi filem ini memuatkan hanya sedikit sahaja daripada hikayat yang sebenar.

Official webpage boleh ke http://www.hikayatmerongmahawangsa.com/
dan official facebook page boleh ke http://www.facebook.com/hikayatmerongmahawangsa

Diorg neh suka betul bagi tunjuk "teaser" je, tapi tak jugak tayang-tayang kat Malaysia. Penat ohhh menunggu.... dah lama kami tunggu kan?

Semasa menonton "The making.." kat facebook fanpage, aku tiba-tiba tertarik pada kekacakan pelakon utama filem ini.

Errr........ dia Melayu ke? =p



Nak ajak kanda dating la... gi tonton filem ini semasa ditayangkan kat pawagam Malaysia nanti. Ngeeee... mudah-mudahan jika ada kelapangan.

Wednesday, February 9, 2011

Kisah Penyakit Kanser Paru-paru dan Farmville

Sejak menerima SMS yang menakutkan daripada nombor telefon ayah tetapi ditulis oleh adik lelaki, hidup aku mula tak keruan. Dengan kesibukan di tempat kerja... ianya berjaya mengelak aku daripada terlalu memikirkannya yang boleh menyebabkan tangisan tak berlagu.

Tetapi airmata tetap turun.

A few phone calls were made. Adik perempuan aku yang belajar di Kelantan pun rasa terganggu. Dengan exam yang bakal dihadapi minggu depan.. dirinya jugak tidak keruan.

Kalau kami sebagai anak tak keruan.. apatah lagi bagi seorang isteri dan ibu kepada kami-kami yang jauh kan?

Mula-mula kol mak, dia terkejut dengan begitu pantasnya infomasi disalurkan dan disebarkan melalui internet dan SMS. pastuh dia marah pun ada sebab katanya belum ada apa-apa lagi dah kecoh.

Tapi aku tahu dalam hati mesti risau gak tu.. walaupun pada luarannya cool dan tenang. Sebenarnya dia tak nak kami risau tuu... walhal dalam hatinya konfem berkecamuk.

Semalam (setelah banyak kali kol... takleh duduk diam bah aku neh. huhu), aku kol mak lagi ketika dia berada di hospital Sabah Medical Center SMC untuk menemani ayah.

Mami, dadi kat mana?
Tengah mandi tuh. Semuanya ok. Dia sihat ja.
Ohhh... ada sesak nafas lagi tak?
Takda lah. Esok dah boleh keluar hospital dah. Nak kena check sekali lagi.
Belum check lagi? Dah dua malam duduk hospital. Apsal lambat sangat?
Doktor kena pantau keadaan dia. Benda neh tak boleh tahu on the spot.
Mami bermalam di hospital kah?
Mestilah. Takkan nak bagi dadi tidur seorang-seorang. Hehe.
Hehehe. Dia boleh makan tak?
Baru ja makan tadi.
Ada TV tak?
Ada... lengkap bah sini.
uish.... facebook tiada, mami.
Alamak. Kebun mami mau mati sudah tuu! Macam mana neh.

jelas kerisauan di situ.. padahal apabila bertanyakan keadaan ayah, dia rilek je. Hehe.

Ahh.. abeslah kebun mami. Macam mana tuh mami. Satu malam takleh nak main Farmville.
Tolong bagitahu adik, suruh dia jaga kebun mami.
Hahahahahahaha.. ok mami.

Begitulah perbualan kami semalam. Hu hu. Harap apa yang mak cakap betul la. Mungkin doktor salah analisis kot. False Alarm.

Amin.

Tuesday, February 8, 2011

SMS kawan lelaki tentang DSLR, bini dia pula yang menjawab. Oppps!!

SMS dari aku berbunyik:

Salam. Teringin nak beli kamera DSLR. For starters I should go for what brand? Tq.

Jawapan yang aku dapat.

Errr... sapa ni ek? bajet bape?
Jard. Hemy neh kan? Bajet tak kisah kut.
No mana lak ni. Ni bini dia! pa hemy2! 

Aku mula risau... tapi ayat penyambung selepas itu tak mungkin bini dia kot... Aku pun balas. Saja nak main-main kot bukan Hemy. Tapi kalau bini dia... bukannya tahu Jard tuh perempuan kan? kan?

Hai bini Hemy. Boleh berkenalan? Sy jard,. Jejaka hot lagi tough.

SMS terakhir darinya cukup buatku senak perut sampai ke malam.

Laki aku dah cukup tough macam jacob. Choiiiiiiiii..........

Aurat lelaki daripada pusat ke bawah. Jadi tayang part atas je. Kekeke.


Adehh..  tak menjadi aku nak ngurat bini hemy... ekekeke..

PS: Nk buat entri pasal DSLR mlm karang. Ada keje manyakk woo.. baca ini dulu dari Hemy. Thanks beb for the entry.

Monday, February 7, 2011

Android Phone Termurah di Malaysia hanya RM599 - CSL Spice Mi300

Aku ke Low Yat hari ini dengan tujuan nak usha harga gafet terkini seperti yang ada dalam Wishlist aku. Ehem.. iPad. Tapi lain pula yang menarik perhatian aku.

Aku tiba-tiba tertarik pada gajet di bawah ini.
CSL SPICE MI300
Si Jurujual telah memberi peluang kepada aku untuk mencuba smartphone ini. Nak tinguk betul ke die pakai OS Adroid 2.1? Psst.. henfon aku skang android 2.2. =p

Ternyata aku tak kecewa. Hehehehe.. Hebat oohhhhhh......... macam pakai iPhone 3GS je rasanya. Siap ada Wi-FI dan 3G je... GPS pon ada beb! Jauh lebih baik daripada iPhone 3GS tak ori (look-alike) yang dijual di pasaran.

Aku cukup tertarik dengan harga yang sangat rendah berbanding Android phone lain di pasaran, tak rugi nak beli! Berikut adalah sedikit spesifikasi mengenainya.

General
Network: GSM Dualband
Size Dimension: 114.9 x 56.8 x 12.6 mm
Display Type: Full Touch
Size: .2” HVGA Capacitive Display

Memory
Phone Book: Yes
Call records: Yes
Card slot: Yes
Data OS: Android 1.6 (Upgradable)
GPRS: Yes
HSCSD: Yes
EDGE: Yes
3G: Yes
WLAN: Yes
Bluetooth: Yes
Infrared Port: No
USB: No

Features
Messaging: SMS
Browser: WAP 2.0/xHTML, HTML
Games: Yes
Color: Standard
Camera: Yes

Others:
Qualcomm MSM7227, 600 MHz
Android 1.6 (Upgradable to v2.1 )
GSM / GPRS / GSM / UMTS / HSDPA
ROM: 512MB / RAM: 256MB
WLAN 802.11 b/g
BT 2.0 EDR
GPS/AGPS
5 Megapixel EDOF camera
G-sensor + E-compass + Proximity Sensor
1230 mAh Li-Ion battery
micro-USB (USB 2.0); 3.5mm audio jack
microSD

Suasana yang menyambut aku di Low Yat.
And guess what.. semasa CSL Spice Mi300 mula-mula diperkenalkan bulan Julai 2010 yang lalu, harga asalnya ialah RM1099.00. Kini dah RM599.

APsal banyak kurang ekkk??? 

=p

Good for us.. bad for them. Probably.

Sunday, February 6, 2011

Dear childhood friends in USA, Maria, Brooke and Delora.

It has become a delightful experience to finally get in touch with you all. And I'm writing this post to share what has happened to me all these years.

1993 - My family moved back to Malaysia which is my parents' birth place as my father has finished his bachelor degree in engineering and has been called back to serve his sponsor.

1993 - My first enrollment in a non-English speaking Elementary School. It was hell to me as I was always bullied for being four eyed (*wear spectacles) and couldn't speak the Malaysian language. Sigh. So the next year my father transferred me to another school that was less abusive.

Enrolled in a boarding school which was also named Sabah's Science Middle School. It was a highly religious school. And it was from here onwards I wore the HIJAB as I'm a muslim. It was a choice I made even though many of friends from middle school no longer wear them when entering adulthood. I hope you guys don't mind me wearing HIJAB as from what I've heard, the americans don't like muslims in the USA. Is it true? Huhu. I'm not a terrorist.

Enrolled in a local university.
Gained a degree in Electronics and Computer Engineering.
Gained working experience in consultancy with a private company.
Received letter of appointment to work for the government.

I've been working in a Broadcasting Institute for the local television network for 3 years now. =)

No, I'm not married. But I'm happy to see your pictures with your partners and small kids. Grateful that life has been good to you all.

Though I'm not married but I'm happily committed to my relationship with a certain some-one who has yet to propose marriage to me. I'm waiting with all my heart for that to happen.

Last but not least. Here's my picture then, the one you people have known. The dark skinned and long haired girl from Hendry Park Elementary School.

And this is me now.


Don't mind the white dots on my face. It was due to the mirror that self reflected my image. I don't actually have those dots on my face. Hehehehe.

So to my dear beautiful friends in USA... Maria Florez, Delora McClanahan and Brooke Fultz..(still finding other familiar names in facebook but to no avail) hope you'll accept me for who I've become. You guys are forever remembered as sweet souls from yesterday and hope it remains that way.

God bless and Happy Belated New Year! Cheers!

Love,
Zarah aka JARD (my blogger name)

Saturday, February 5, 2011

Kedai Muaz Textiles: Tumpuan Penggemar Tudung dan Selendang Pelbagai Fesyen

Aku diperkenalkan kepada kedai ini oleh opismate aku pada akhir tahun lepas. Ada satu lagi kedai seumpamanya di Jalan Raja Laut yang bernama Sahara. Kedua-dua kedai ini menjual tudung dan selendang secara kodi (borong). Satu kodi ada dalam 20 helai... dan berharga di antara RM60 sehingga ratusan ringgit mengikut jenis tudung/selendang.

Aku biasanya beli satu-satu je. Nak beli secara kodi tak reti nak jual. HAHAHAHA.

Bagaimana hendak ke sini?

OK. Kalau korang tahu di mana terletaknya Semua House.. hah... Muaz Textiles terletak di lorong sebelahnya. Korang jalan sikit kat depan dan kalau terjumpa banner sebesar alam seperti di bawah ini.. maka korang berada di tempat yang betul!

Juga menjadi tumpuan penjual tudung di FB atau Blogshop.

Kenapa ramai orang berpusu-pusu hendak ke sini? Sebab murah beb dan macam-macam ada! 
Contohnya kat bawah...
Pekedai lain akan menjual selendang jenis ini dalam harga Rm18 ke atas... tapi kat Muaz Textiles... RM10 sahaja!!!

Tersangat murah!
Tudung macam e-kin berharga RM4.50 ke atas sehelai.
Kalau sehelai dah murah.. apatah lagi pembelian secara borong (kodi) kan? Orang yang jual  benda ini konfem untung ohhh.... Beli RM4.50 sehelai.. tapi jual kat tempat sendiri RM10.. fuhhh... 

Yang berjuntai di selendang RM10

Oklah.. gambar ini dah lama amik.. Sekarang, kedai MUAZ menjual jenis dan pesen tudung/selendang yang berbeza dengan di atas. Asyik berubah mengikut trend semasa. Hehehe. Aku dok carik selendang yang serupa dengan selendang aku beli bulan lepas.. dah takda dah. Habis stok kot. Kan tersangat laris masa tuh. Huhuhu... menyesal tak beli banyak-banyak hari tuh. Sekarang dah pesen lain. 

Papepun... parking memang susah nak carik kat kawasan TAR ini. Ramai yang parking kat depan balai polis. Tapi bayar sekali masuk dalam RM8 atau RM7. Mengikut jaraknya dari jalan TAR. Lagi jauh lagi murah kot. hehehe..

Tapi aku.....

dapat FREE je.

Parking pun spacious... tiada gangguan... konfem tiada saman... dan sangat dekat dengan jalan TAR!!! Nak parking seharian pun tak menjadi masalah. Ntah kenapa ramai tak tahu tempat neh.. aku pun tak tahu.

Nak tahu kat mana???
Biarlah rahsia. Kang korang curi tempat aku!
=)

eTouch Mobile: Telefon Bimbit Touchscreen Termurah di Pasaran

Aku dah lama gak mencari henfon yang ada touch screen yang murah. Kalau boleh bawah RM300 je. Pernah nak usha CSL tapi tiada yang semurah itu.

Semalam semasa ke GIANT, Kinrara, aku terjumpa satu gerai telefon bimbit yang jual jenama eTouch Mobile. First time aku dengar nama jenama ini. Usha-usha dia punya brosur..  murahnyaaaaaaa!!! *suka betul benda-benda menarik macam ini terus nak bubuh dalam blog. hehehe


Dikatakan buatan Malaysia dan korang boleh usha spesifikasi jenis-jenis henfon ini di URL bawah ini.

http://www.etouchmobile.com.my/products.php

Mari sokong buatan Malaysia... errr........ harap-harap berkualiti la... Macam terpikat dengan henfon berharga RM99 macam Blackberry itu.. =p

Friday, February 4, 2011

Biskut kak ina KL yang sedap buat sarapan

Boleh dimiliki dengan harga RM25 sahaja
Dalam minggu lepas aku rembat tiga balang biskut daripada Kak Ina KL. Sila kunjungi blog dia kalau berminat nak order. Hehehe. Memang sedap lah biskut ini. Satu balang aku bagi kat kanda.. satu balang lagi kongsi dengan housemate dan yang terakhir sekali untuk aku kunyah-kunyah berseorangan di rumah kosong ini tika semua balik kampung.

Biskut inilah peneman pagi aku yang sunyi sepi.... heheheheh..

Nasib lah.. selamat masuk perut je.

Selamat pagi semua!!! Dah sarapan ke???

Thursday, February 3, 2011

Jom menangi bekalan Ais Krim untuk setahun!

Klik sini untuk lebih lanjut.
Tiba-tiba rasa nak join contest yang dianjurkan Baskin Robbins ini. Contest berlangsung dari hari ini hingga 14hb Februari 2011. Ada masa lagi neh!!!

Hadiah dia taklah lumayan sangat sebab tidak mempertaruhkan sebuah rumah mahupun kereta. Duit pun takda.

Hadiah yang menanti pemenang bagi aku menarik gak lah.. sebab aku memang penggemar ais krim. hehehe.. Especially kalau dapat makan free je. Siapa yang tak nak kan?


Menarik neh!
Tahu tak apa hadiahnya?

1. Bekalan Ais Krim selama SETAHUN!
2. 1 Kek Baskin Robbins
3. 3 bulan tiket wayang... fuhhhh....

dan lain-lain seperti tertera pada gambar di atas. Menarik kan?

Cara nak join contest ini senang je... Buat video klip dan upload kat Youtube. Isi borang online kat URL yang ku berikan kat bawah ini.. dan WALLA... biar pihak penganjur yang pilih pemenang.

http://www.pink31.com.my/whats-your-love-confession

Buat simple-simple je dah ok kot. Saja nak meramaikan peserta sebab peserta setakat ini ada seramai 12 orang je dan ada 9 hadiah yang dipertaruhkan. Tak macam kontes Nuffnang... satu kontes itu ada dalam 200 penyertaan.. dan hadiahnya sebijik je. huhu..

So mari-mari lah join. Mana tahu ada rezeki untuk menang kan?

Contoh klip peserta yang sweet adalah seperti di bawah.

Masakan Orang Bujang dan Bersendirian di Cuti CNY

Ini adalah pertama kali aku masak tanpa diarah-arah atau dengan bantuan
Sebelum ini, asalkan kanda meminta aku masakkan sesuatu, aku akan meminta tolong daripada rakan-rakan serumah.  Bahan-bahan semua akan ku belikan, dipotong dan dihiris semuanya oleh aku. Malah menggoreng dan memasak jugak adalah aku tetapi dengan syarat ada orang di sebelah yang memantau aku. Samada nak bagitahu bila nak masukkan benda itu, benda ini... nak tambah garam ke... nak tebalikkan lauk ke... nak kacau ke.. Hah.. aku patuh dengan penuh kesabaran kesemua arahan rakan-rakan serumah aku.

Hari ini, setelah semua dah balik...... aku memberanikan diri untuk masak sendiri. Percubaan SOLO dan pertama buat aku.

Arahan-arahan mereka terngiang-ngiang di telinga semasa aku memasak. Ekekeke..

Rupa-rupanya... menjadi jugak masakan aku. Sedap gak wei! Tak sangka betul lah!! Aku lantas kol mak cakap aku masak sendiri. Giler poyo lah. Hahaha..

Aku cuba yang senang-senang je dulu. Esok nanti nak cuba resipi yang lebih mencabar. *sambil usha-usha blog Mat Gebu.

*seyes senyum bangga tika menaip entri neh. =)

Wednesday, February 2, 2011

Selamat Tahun Baru Cina 2011 dan vklip DIGI. hehe


Kelakar giler okeh!

31% di Baskin Robbins, pengalaman pertamaku

Setiap 31hb pada setiap bulan ada diskaun 31%! Berbaloi-baloi!
Aku tak tahu hantu mana yang merasuk diriku semalam. Keinginan tiba-tiba kuat sangat nak merasa ais krim Baskin Robbins yang kononnya lazat tapi sangat MAHAL itu. Aku biasanya makan ais krim McD yang berharga RM1.05 je. Nak belanjakan RM7.90 untuk ais krim rasanya bagi aku adalah membazir.

Tapi tidak apa.


Semalam selepas maghrib aku ke Bangsar untuk ke Baskin Robbins yang terletak di Jalan Telawi 3 itu. Punyalah payah nak cari parking! Tapi takpe.. aku parking kat bawah food court lah yang terletak di sebelah Bangsar Village. Jalan sikit jer. Exercise, pujuk hatiku.

Baru tahu, 31% hanya untuk ais krim dalam cup je.
Ada 3 jenis cup.
Mula-mula konfius jugak. Ais Krim dalam kon tak termasuk promosi 31% ke? Ramai gak orang beratur semalam. Siap kena amik nombor giliran lagi. Nombor aku 238. See.. ramai kan?

Disebabkan ada 3 jenis saiz cup untuk promosi 31%, seharusnya aku mampu beli saiz yang paling kecik je. HAHAHA. Pint size beb.

Yang paling kecil pun, harga asalnya ialah RM25.90. Mak Aiii!!!  O.O"

Tetapi selepas diskaun 31% dan 6% cukai kerajaan....... aku bayar dalam RM18.90

Apalah nama perisa yang aku amik tuh. Tak ingat. HAHA
Aku main tunjuk je kat ais krim yang aku nak. Yang penting banyak coklat. Hehehehe..

Giler tamak makan seorang-seorang. =p
OKla.. memang sedap giler!!! Bulan Mac nak beli lagi. Weeeeeeee!!!!!

Tabung lagik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...