Saturday, April 30, 2011

Aku yang suka filem seram

Antara filem yang berjaya aku tonton di pawagam atas tiket free.

Aku suka cerita yang seram, ada ciri mumia, melibatkan makhluk pelik dan sedikit Gothic. Antara yang paling ingat dan suka ialah cerita...

Pitch Black. (Sila google) Filem ini dihasilkan pada tahun 2000. Filem agak lama jugaklah. Hee.

Mesti korang tak pernah tinguk cerita ini kan? Filem inilah yang memperkenalkan aku kepada pelakon botak lagi seksi yakni Van Diesel. 

Kenapa aku suka benar dengan cerita itu?

1. Ada orang Islam dalam cerita itu. Dan pengarah berjaya menunjukkan bahawa orang Islam ini penyabar dan jaga solat. Dan tidak suka keganasan. Heh. Kalau tonton filem lain mesti asyik-asyik penjahat atau pengganas mereka adalah lelaki arab. It's disrespect to the religion, I must say. Benci. Tapi dalam filem ini.. Islam menonjol sebagai agama yang cantik. =)

2. Ohhhh.... semestinya aku suka pada pelakon utamanya. Hik hik hik.

3. Mahkluk dia sungguh luar biasa. Bayangkan mereka sudah lama menanti ketibaan "malam" di mana "siang" takkan muncul setelah 12 jam seperti kebiasaannya. Akan MALAM sepanjang masa! Dan watak-watak utama dalam cerita perlu bertarung dengan nyawa mereka supaya dapat mengatasi makhluk itu. I thought it was a genius idea,

4. Suka jalan cerita dia. Tidak membosankan. 

Oklah.... banyak lagi filem seram yang aku suka.. tapi aku paling ingat wayang "Pitch Black" saja. Hee.

Kamu suka cerita seram tak?

Friday, April 29, 2011

Pertama kali sakit gastrik

Inilah pertama kali aku mengalami sakit gastrik ini. Sakit sampaikan aku tak boleh nak bawa kereta. Kerana merasa hairan.. aku cuba selidiki kenapa GASTRIK begitu menyakitkan? Kenapa gastrik berlaku? Al-maklumlah ini pertama kali...

PUNCA GASTRIK
  • Merokok... oohh .. aku bukan perokok!
  • Meminum minuman beralkohol ... minum arak harammmmmmm!
  • Jangkitan bakteria helicobacter pylori .. apakah itu? darn!
  • Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan, jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser. .. OH MY GOD. Astaghfirullahal'azim.. 
  • Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu... Mungkin... huhu. kekadang sibuk sangat sehingga lupa nak makan.
  • Gaya hidup yang tertekan (stress) ..ohhh.. daku stres ke?
  • Bahan-bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs). . apakah itu? O.o
Aku mencari cara untuk merawatnya. Sebab aku benci pergi hospital. Bencik! Bencik! *terlebih sudeyy...

Rawatan penyakit gastrik:

  • Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
  • Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
  • Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  • Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  • Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  • Elakkan makan terlalu kenyang
  • Elakkan cuka, makanan yang pedas
  • Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  • Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  • Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  • Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
  • Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.
Ok... nak kena ikut neh. Tak nak sakit gastrik lagi. 

Thursday, April 28, 2011

Apa yang wanita paling takutkan apabila semakin TUA...

1. Dapat penyakit yang tidak dapat disembuhkan. Contohnya kanser.
2. Buah dada semakin kendur... err.. errr... =p
3. Menapause lebih awal dari sepatutnya.
4. Makin gemuk?
5. Muka berkedut.


Ahhh.. semua2 la.. tapi yang patut perlu ditakutkan ialah........ amalan buat bekalan akhirat cukup ke dak?

=)

Banglo dijual dari RM156,000* di Bandar Akademia

Keluasan dari 4,000 (50 x 80) kaki per segi.
Banglo satu tingkat. 4 bilik 3 tandas.
  • Bayaran Pendahuluan Rendah
  • Bayaran Ansuran Rendah
  • Tiada Yuran Guaman Untuk Perjanjian Jual Beli* (Peguam panel sahaja)
  • 2 Laluan Keluar Bersekuriti
  • Projek daripada The Lion Group
Kini tinggal 15 lot je lagi..

tapi masalahnya............. Bandar Akademia terletak di SEMENYIH!


Ku telan air liur je lah tinguk gambar di bawah. Grrr! Mari ikut aku berangan..
Ruangan depan.. luas bebenau.... Di sinilah nanti aku sambut kedatangan suami. Cium sket.. berlaga pipi sket.  "Abang! Meh sini! Ayang dah masak neh!"

Pandang belakang... mak aiii.... luasnyaaa.. Aku nak pasang tempat jemuran la di sini. Nak tanam-tanam pun boleh. Pokok durian? Rambutan? Pisang? Semua boleh! 

Ada ruangan air pula.... jangan sampai jadi tempat pembiakan nyamuk aedes plak! Kalau ternak ikan buat makan malam agak-agak boleh lepas ke neh? 

Marilah mari ke rumah idamanku? Hu hu hu hu
(Gambar dari sini)

Andai aku terus berangan.. kononnya nak amik loan gomen dengan flat rate 4%. dan amik paling maximum bayaran selama 30 tahun. Makanya... (konon RM220k termasuk rumah 4B 3Tandas.. kalau nak tanah je bayar Rm156k)

(RM220K x 4% x 30 tahun) + RM220K = RM484000

Bayaran bulanan; RM484000 / 360 = RM1344

Errrr........ separuh dari gaji aku...

Nak tahu lebih lanjut tentang loan untuk rumah bolehlah ke http://bpp.treasury.gov.my/web/

Ok. TAMPAR PIPI KUAT-KUAT!

Nak tidurlah.. tak elok berangan macam-macam kan?

Wednesday, April 27, 2011

Blogger Khairul Hakimi dapat RM5756.69 sebulan melalui Innity?

Sebelum aku mengulas lebih lanjut, Innity adalah satu syarikat pengiklanan yang memberikan pendapatan kepada blogger. Macam Nuffnang jugak.. tapi syarat nak menyertai Innity sangat ketat ohhh..  Aku belum layak nak join. Heh.

Apapun, ramai blogger tegar telahpun memilih Innity sebagai pengiklan di blog masing-masing. Berapa jumlah pendapatan mereka dari blog masih kekal misteri sampai ke hari ini. Chewaaaaahhh! Haha. Tapi berita mengenai blogger Khairul Hakimi mendapat RM5756.69 sebulan telah mendapat liputan luas di alam cyber. Betul ke tak?

But wait........ who the HELL is Khairul Hakimi? Aku search kat google, ada pelajar UTP dengan nama yang sama telah meninggal dunia baru-baru ini. Adakah itu orangnya? Al-fatihah buat arwah. Dan lagi satu... apsal aku tak tahu blog dia? Aku rasa aku dah masuk semua blog popular di alam maya... macam mana boleh terlepas pandang?

Aku terus mencari kebenaran. Aisehh.. dan terjumpa link di bawah.

http://www.wangcyber.com/forum/tips-and-panduan/38274-bukti-buat-duit-dengan-blog-innity-memang-bayar-rm5-756-69-pun.html

Ooohh.. Khairul Hakimi buat post kat sana pasal pendapatan Innity dia. Penuh dengan maklumat berguna untuk blogger. Tapi mana link blog dia? Hah? hah?

Just had a thought in mind.

Adakah dia pemilik blog JustKhai.com?


=)

Tuesday, April 26, 2011

Perkara-perkara kecil yang memberikan aku sedikit bahagia =)

  1. Blogwalking ke blog-blog teman yang pernah ku kenali sejak 2 tahun yang lepas. Mereka masih hidup, mungkin dah kahwin, mungkin dah ada anak. Perubahan dunia blog yang kini lebih kepada kejarkan wang semata-mata tidak mengusik mereka langsung. Untouched by time. Aku tersenyum baca perubahan mereka. Happy for them. 
  2. Dapat bungkusan courier yang ada nama aku. Ye.. rasa bahagia yang teramat sangat. Teringat zaman berutus surat dengan penpal dari luar negara. Siap bertukar-tukar hadiah lagi. Loved those moments. Kini.. bungkusan lebih kepada barangan sampel, tapi takpe.. aku tetap bahagia menerimanya. Harap dapat lagi di masa hadapan.
  3. Dapat jemputan sekali-sekala untuk ke screening movie terkini. Nak mengharap poket sendiri.. jangan harap ler. Bahagia sebab dapat menonton filem yang belum dibuka kepada umum. =p
  4. At least... dapatlah berita walaupun sedikit dan secara tidak langsung darinya. Aku ini pemalu.. bukan jenis penagih kasih sayang dari orang.. Tahu dia ok dan sihat cukup lah. Heee..
  5. Nikmat rasanya dapat membeli hadiah untuk orang tersayang especially untuk keluarga aku. Nak gi survey hadiah untuk hari jadi adik jap lagi. Harap jumpa yang diinginkannya. ye.. aku sangat manjakan adik-adik. Hu hu hu..

Life is full of small blessings. Alhamdulillah.

Blogger yang pernah digemari ramai sudah kembali ke dunia blog

Ya.. pasti nama Kapten Luffy atau Monkey D'Luffy sudah lama dilupai setelah ribuan blogger baru muncul bagaikan cendawan dalam dunia blog. Dia telah lama senyap dan mungkin dah lama dilupai. Tapi aku yakin pasti ramai masih mengenali beliau.

Antara pencapaian beliau dahulu dengan blog lamanya:
1. ramai jugak blogger yang memilih blognya sebagai antara top 5 paling gemar dibaca
2. pagerank blognya mencapai Rank 4 dalam sekejap masa sahaja.
3. setiap entrinya mendapat puluhan komen. malah kekadang sampai ratusan gak.
4. blogger femes, joegrimjow jugak meminatinya. ehem.. (saja nak menyelit namanya)

Aku dapati dia kini sudah bermula dengan hobi blognya. Ingatkan dia dah berubah banyak. Tapi sekali baca entri blognya yang baru.... boleh gelak guling-guling tahu. Aku boleh rasakan cara penulisan dia tak banyak berubah berbanding dulu dan aku yakin ia akan menjadi bacaan kegemaran ramai tak lama lagi.

Jemput-jemputlah datang ke blog beliau.

http://rozamisme.blogspot.com/

Antara penglipur lara blog yang paling HEBAT bagi aku ler.. imaginasi dia setakat ini belum pernah dikalahkan oleh sesiapa...

*cehh macam ayat bodek jer. hahahaha...

iPanelOnline adalah tipu semata-mata?

Tertarik dengan satu perbualan secara atas talian dengan seorang rakan Facebook.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kawan: hai dear,bantu jual murah vote like pd gambar harta karunnya yea tq

ok.. so aku minta dia daftar kat link ipanelonline itu.. hohoho... win-win situation kan?

Kawan: ok da msuk 2 nama tq

JARD : takda nama dlm tu lagi..
ermm.. dah try login ke?
nmpk tak bilangan survey yg boleh awak jawab?

Kawan: ooo..nk login ye..k jap

JARD : satu survey leh dpt mata.. dan mata tu boleh ditukar dgn wang ringgit
duit dimasukkan dalam akaun Paypal dalam USD

Kawan: eh ye ke,x la ,jard saya prnah buat mcm ne dulu cuma beza sikit je..klu dia ckp msuk akaun paypal ka...x bole caya tu ,jard..saya prnah buat ne smpi dlm 100 lbih org,habuk pun x da..btul ne saya ckp..

JARD : hahaha. sy punya da masuk
http://ignorantbrat.blogspot.com/2011/04/mendapat-bayaran-pertama-melalui-paypal.html
ini blog sy

Kawan: bila saya tuntut wangnya wa...mcm dorg suruh ini itu...frush gak..

JARD : first cash in dpt USD 16.63
skang aku da dpt USD70 kot dlm akaun paypal..
aku jamin benda neh tak tipu
tp terpulang lah pada anda.. sy tak rugi papepon sbb benda neh tak berbayar

Kawan: x ,jard tipu tu..kak punya sebijik mcm u punya..da dpt usd 80 da,bila nak duitnya dorg x bg pun...btul ne..tpi wat penan je tu zara..dorng nak alam email tu supaya dorng dpt antr apa2 risalah prniagaan tuk dorng..tul

JARD : uish.. tapi apsal aku dpt jer?
takkan tipu kot.

Kawan: prnah dpr cash rm x?

JARD : dah selamat pon dlm paypal sy
boleh masukkan dlm akaun bank.. tp sy tunggu bnyk dulu

Kawan: paypal hnya nama je ,cuba u minta cash dlm rm x dak punya...tul ne..tpi klu dpt gak alhmdulillah....saja kita ingat mengingati..saya da tkena da...padan muka hehe

JARD :hehe. kawan aku die main ad sense..
melalui paypal gak..
duit dlm riban jugaklah dia dapat dari google
dlm USD... so paypal aku percaya

Kawan: cubala zara tnya sapa2 prnah dpr csh dlm rm..bruntungla dia..hehe tpi mmng btul zara..wat penat je tu..,dorng je untung..mksudnya dpt emailorg n wat bsnis.nnti u tgkla mcm2email yg dtg nnti kt email ,jard cayala..ne pglaman org da tkena ne hehe

JARD : yg dulu suh jawab survei jugak ke?
tp sy da 3 minggu dgn menda neh.. takda lak emel SPAM kat emel sy. hurmm

Kawan: sama tul sprti yg u suruh.mulanya x prasan,tpi bila zara ckp paypal ha...siap...da kena da budak ne dlm ati..
email x akn dtg skrng..pas u lupa esk2 bru mcm email dtg nnti..smua email dr luar negara...

JARD : err.. tp yg neh local punya
syarat die mesti org malaysian sbb survei die kebanyakan pasal barangan tempatan
camna tu?

Kawan: hehe..mmng sama jard ,da sah da ne,tpi x pa,jard :cuba je selagi x minta wang k..
taktik ne dorng cuma ubah sikit2 je tpi tetap sama..
ok,zara nk tido,apa2 kita kongsi pnglaman lg yea...bye..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setelah perbualan itu tamat.. tiba-tiba aku ingin nak cash-out pula masuk akaun RHB Bank aku.. hurmmm...

Betul ke apa dia cakap ek?? Risau den...

Monday, April 25, 2011

7 Tanda Anda Ada Masalah Kewangan

Saja nak berkongsi sedikit dengan para pembaca...

  1. Anda tidak mampu membayar gadaian 'mortgage' bulanan atau sewa tanpa mengeluarkan simpanan, wang persaraan, pinjaman ekuiti rumah atau lain-lain tabungan.
  2. Anda menggunakan kad kredit setiap bulan untuk membeli keperluan asas seperti makanan, pakaian dan gas.
  3. Bisenes kecilan, runding cara, atau apa-apa yang anda usahakan sentiasa mengalami kerugian walaupun anda telah berusaha.
  4. Semua cara yang anda gunakan dahulu boleh membawa keuntungan tetapi kini cara ini sudah tidak berkesan lagi.
  5. Anda tidak ada pelan B apabila pelan A gagal dan anda tidak mempunyai penanda aras untuk memberitahu anda supaya mengubah haluan.
  6. Anda berpegang kepada falsafah "Buat sahaja, pastu membuahkan hasil' tetapi hasilnya masih lagi tidak mendatang.
  7. Orang yang anda kasihi dan dekat dalam diri anda sudah berulang kali menasihatkan bahawa anda enggan menerima kenyataan yang anda bermasalah kewangan tetapi dibalas dengan endah tak endah atau pertengkaran.
[sumber. Majalah Nur Februari 2011]

Hah.. jika korang mengalami petanda-petanda seperti berikut.. silalah berubah dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Masalah kewangan menjadi antara punca utama perceraian di Malaysia... ini fakta bukan auta. 
Blogging is a great income earner!

Tidak digalakkan penyelesaian dibuat  melalui loan dengan along... skim cepat kaya... nombor ekor.... scam orang lain buat penjualan yang tipu... dan sewaktu dengannya. Come on guys. . you can do better! 

Sekian pesanan masyarakat dari aku.

Hidup berkisarkan hutang sampai mati

Asalkan masuk gaji je....... inilah perkara pertama yang harus ku buat. Kira hutang. Aku tak nak lah hutang itu tak berbayar. Tak nak hutang itu bertambah-tambah. Bila nak habis kalau begitu kan?

Hutang -hutang seumur hidup
1. hutang bayar kereta. Dah abes bayar satu kereta.. nak beli kereta lain pula. Haishh..
2. hutang bil berkait. Lainlah kalau tak nak pakai telefon dan hidup di hutan tanpa air dan elektrik kan?
3. hutang sewa rumah atau hutang beli rumah. Mahu ker tinggal dalam gua?

3 jenis hutang inilah yang akan menghantui kita sampai ke tua. Kan?

Zaman muda remaja senang je hati. Semua dibayar oleh ibu bapa dan biasiswa. Tak perlu risau apa-apapun. Cuma perlu tumpukan pada studi.. studi.. studi.. dan jaga makan minum setiap hari supaya bertenaga untuk studi lagioo.. Yep. Itulah aku. Benda lain tak difikir langsung. Ada orang itu, beli kereta kancil lagi dengan duit PTPTN dia.. pastuh buat perniagaan sewa kereta RM50 sehari. Tak tahu untung ke tak.. aku tahu menyewa je darinya. Haha.

Kenapalah aku tiada semangat nak berniaga hah??? 3 kali aku gagal dalam berniaga, semuanya berakhir dengan kegagalan... atau sindrom hangat-hangat tahi ayam. Faham kan maksudku?

Bersyukurlah pada Allah aku masih mampu berdiri untuk menyara hidup aku dan orang di sekitar. Alhamdulillah jugak mendapat pekerjaan yang tetap. Dan jugak alhamdulillah...... bilangan hutang yang aku ada belum sampai tahap membebankan. =)

~ke bank berhampiran untuk menguruskan hal hutang-piutang.

Blog dalam Bahasa Inggeris laku tak?

Yezza..... seharian aku di rumah. Sepatutnya ada hal dekat masjid nun di sana Puchong tapi disebabkan terima housemate baru dan duit tengah kopak sehinggakan nak isi petrol kereta tak cukup.. maka dok diam-diam jerlah dalam rumah. Layan blues... di samping mendengar hujan lebat berserta petir di luar tingkap.

Antara aktiviti aku pada hari ini:
1. Layan vblog si Anwar Hadi. Enjoy menonton klip-klip youtube dia. Hari neh baru ku berpeluang nak khatamkan. ekekeke.
2. Blogwalking... more to reading and not commenting. Hu hu. Asraf muslim dah bertunang? Uwaa.. kuciwaaa!
3. Stalk FB orang. hee

Pastuh... aku buat blog baru. Dalam versi English. Nak target bubuh ad-sense dan infolinks. InsyaAllah.

Support lah ye. =p

http://fromkualalumpur.blogspot.com/

Cun plak background hitam. Wow.. pengaruh dari Red Riding Hood lettewww....

Sunday, April 24, 2011

Kasut ini, ada sesiapa yang berminat?


Dicilok dari google. hehehe

Ingin balik ke masa dulu? Aku tak.

Ada orang itu, asyik bubuh gambarnya yang lelama dekat facebook. Rindu lettewww pada zaman mudanya yang kurus dan muka innocent.

Ada orang itu, asyik pandang gambar ex-wife/hubby/gf/bf/seangkatannya... Rindu letteww pada kenangan manis yang dihabiskan bersama.

Ada orang itu, asyik mengajak kekawan yang dahulunya selalu menjadi geng lepak untuk pergi lelepak lagi.. Rindu lettew nak enjoy bersama lagi...

But the reality is.. people change. Priorities change. Cara hidup pun berubah...

For me.. aku tak suka pandang belakang. Tak mudah merindui zaman aku. Bukan sebab banyak kenangan pahit or what-so-ever... tapi kini aku banyak menghabiskan masa buat benda yang dahulunya tak pernah buat. I keep discovering new things about myself and of what I can do.

And....... I'm loving it!

So minta maaf lah pada kekawan lama yang pernah tegur aku kat facebook sambil bertanya jika aku mengingati mereka. Ada yang dari sekolah rendah lagi dok tanya aku. Minta maaf bebanyak.... serius tak ingat. Pelajar lelaki yang main penembak stapler hingga hampir mengena cuping telinga aku jugak tak ku ingat. Tak ingat nama je... rupa ingat ler kot. hu hu hu...

Rumet kesayangan aku yang dah berpindah ke Seri Kembangan jugak tidak ku jenguk-jenguk lagi. Apatah lagi nak bermesraan melalui sms atau call. Atau sapaan melalui fesbuk.

This is just me being me. *Kalau bukan kamu mula dulu, aku dok diam-diam jer. 

Harap tidak ambil hati kalau korang kata rindu pada aku... tapi aku secara jujurnya tidak rasa sedikitpun perasaan rindu itu padamu. Mungkin ada masanya aku akan merindui orang tertentu.. tapi aku dah biasa pendam sahaja dan biarkan perasaan itu berlalu pergi mengikut peredaran masa. Btw... let's just move forward ok? No turning back.

Haihh.. aku manusia kejam ke?

Saturday, April 23, 2011

Mendapat bayaran pertama melalui PayPal, pengalaman pertama.

Pagi tadi aku terkejut apabila mendapat satu emel yang menyatakan aku terima duit melalui akaun Paypal aku yang berjumlah USD16.63. Teruja dengan pendapatan itu walaupun sedikit, aku pun ligat mencari punca bagaimana aku mendapat jumlah ini.

Lepas dua tiga minit baru teringat aku pernah buat penebusan nilai points kepada duit melalui akaun Ipanelonline.com. (sila klik untuk daftar dan dapatkan duit seperti aku!)

Bukti penerimaan duit melalui Paypal.
Klik untuk pembesaran yang sihat

Ada yang bertanya pada aku bagaimana nak aktifkan akaun paypal ini. Dan bagaimana nak keluarkan duit yang terkumpul dalam Paypal dan dimasukkan dalam bank tempatan. Nanti semua itu akan terjawab dalam entri akan datang (entah bila tuu.. tapi sabar ye.. insyaAllah esok lusa).

Aku periksa akaun iPanelOnline.com lagi dan nampak gayanya boleh tebus points kepada wang lagi. =)

So tak rugi nak daftar akaun iPanelOnline.com. Tak kena bayar papepon... cuma perlu jawab survey je. 

Kalau berminat........ 

boleh daftar melalui link URL ini ---> iPanelOnline.com

Friday, April 22, 2011

Maknya pesan, carilah lelaki berwawasan

Wawasan menda wei? Tanyaku pada kawan aku yang sering kecewa dalam percintaannya. Asyik dapat lelaki yang nak 'tut' je. Siapa pun akan naik bengang kan? Lantas membuatku fikir, 'lelaki baik untuk perempuan baik dan sebaliknya.' Adakah kawan aku ini tak baik maka selalu dipertemukan dengan lelaki tak baik? Errrr... pada hemat aku mungkin sebab statusnya sebagai "J" maka lelaki ingat "mudah"?

Lelaki yang terakhir bersamanya dan berkereta Waja memang murah hati nak belanja dia keluar makan. Sanggup datang dari jauh semata-mata nak makan malam bersama-sama. Tapi yang 'slacknya' lelaki itu kekadang bergurau tak beragak-agak. Nak ajak pergi cari hotel laa... nak ajak buat ringan-ringan laaa... dan dalam kereta ketika berdua, tangannya pandai merayap ke arah kawan perempuan aku itu. Nak buat apa ntah, aku pun tak berani nak fikir. Kan baik ada orang ketiga. Lah neh.. syaitan lah teman ketiganya.

Melampau la lelaki itu!! Grrr.. aku yang dengar neh pon naik angin. Apalahhh... aku mampu pesan tinggalkan jelah lelaki itu. He is not worth it. Dasar buaya darat.

Dan sekali gagal dalam percintaan, dia mengadu pada maknya. Maka berpesanlah mak padanya, "Kalau nak cari lelaki, carilah lelaki yang berwawasan." Al-maklumlah, nak cari lelaki beriman tapi iman tak dapat nak diukur atau dilihat dengan mata kasar. Namun tabiatnya boleh.Aku rasa maknya maksudkan lelaki yang berfikir tentang masa depan.. dan bukannya short term. Ada perancangan... bukan ikut arus je.. ke mana sungai membawanya ke situlah dia. Tak hanyut dengan keseronokan dunia semata-mata. Asyik fikir nak enjoy je. Macam tak tentu arah je orang macam itu kan?

Dan kalau boleh, ketika umur dah makin meningkat ini... biarlah dia sudah berkerjaya dan sedang memantapkannya bukan orang yang masih mencari tapak dan minat...... Ada awek... tapi belum ada niat nak mengahwininya. Entah-entah esok lusa dibuatnya tempat melempiaskan nafsu dan rasa jemu. Dan akhirnya kahwin dengan orang lain pula, kan haru?

Nak kahwin ketika masih belajar? Kalau parents kaya takpe... leh tanggung lagi. Kalau jenis yang yatim piatu? Atau jenis hidup merempat? Nak kahwin camner? Wah.. terus masuk bab kahwin. Hahaha. Lari tajuk plak.

So.. lelaki berwawasan adalah lelaki yang sangat berharga dan semakin pupus di dunia. Sekian.

Thursday, April 21, 2011

Baju Pengantin RM1500

Berbaloi tak?

Persiapan untuk majlis perkahwinan ada macam-macam. Nak pilih baju pun ada macam-macam.... tapi sanggup ke korang nak berbelanja RM1500 untuk baju pengantin semata-mata?*sambil kerut-kerut hening.. 

Untung ler siapa yang buat bisnes jual baju melalui Facebook. Dan yang paling mengejutkan ada penjual yang masih belajar di universiti lagi! Kagummmm......

[Mesej Masyarakat] Gantian MyKad Kini Boleh Dilakukan Secara Online

PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) -- Orang ramai yang ingin memohon gantian MyKad kini boleh melakukannya secara dalam talian melalui portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Menurutnya perkhidmatan itu memberi alternatif kepada orang ramai untuk mendapatkan gantian MyKad tanpa perlu ke kaunter sekaligus mengurangkan kesesakan di ibu pejabat JPN atau cawangannya.

"Tiga jenis permohonan gantian MyKad yang boleh dilakukan ialah gantian MyKad disebabkan cip dan kad rosak, gantian MyKad biasa dan gantian MyKad hilang yang tidak melebihi lima kali," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 kepada 341 kakitangan JPN di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah JPN Datuk Alwi Ibrahim.

Abu Seman berkata bayaran permohonan secara dalam talian boleh dilakukan dengan menggunakan kad kredit Visa dan Master Card, manakala pembayaran melalui e-Banking akan dilaksanakan pada masa akan datang.

Beliau berkata pemohon boleh memohon gantian MyKad melalui portal JPN pada 8 pagi hingga 11 malam pada Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 2 petang (Sabtu) dan 8 pagi hingga 9 malam pada Ahad.

Pemohon boleh menyemak status permohonan MyKad melalui portal JPN dan memilih pusat kutipan MyKad mengikut pilihan masing-masing, katanya.

Beliau berkata sehingga kini JPN menerima sebanyak 15 permohonan sejak diujicuba pada 15 April lepas termasuk satu permohonan daripada rakyat Malaysia di Australia.

Tempoh siap MyKad yang dipohon melalui talian adalah sama seperti permohonan biasa di kaunter iaitu 24 jam bagi pemohon yang memilih untuk menuntut MyKadnya di JPN Putrajaya, 10 hari bekerja bagi mana-mana pejabat cawangan JPN di Semenanjung serta 30 hari bekerja bagi mana-mana pejabat cawangan JPN di Sabah, Sarawak atau Labuan.

-- BERNAMA

Nota: Aku cari gak aplikasi ini kat laman rasmi mereka... takda pon! Hurmm...
http://www.jpn.gov.my/kad-pengenalan

Wednesday, April 20, 2011

Mencari rumah idaman atau mantapkan kerjaya?

Ini kisah seorang pengarah kawasan tentang pengalamannya dinaikkan pangkat daripada orang bawahan sehingga menjadi seorang pengarah di sebuah agensi kerajaan. Kisahnya bermula sebagai seorang anak dara sunti yang bekerja keras untuk mendapatkan prestasi cemerlang dalam kerjayanya.

Dia ceritakan untuk mudah dinaikkan pangkat perlu bersedia untuk dihantar ke mana-mana dalam negara mahupun di luar. Kalau dihantar ke pedalaman oleh pihak pengurusan... pergilah. Janganlah banyak komplen. Setelah berkhidmat beberapa tahun di sana... mereka akau tukarkan anda ke tempat lain pula. Setiap kali dinaikkan pangkat pasti akan ditukarkan tempat. Beliau juga pernah dihantar untuk berkhidmat di negara matahari selama 7 tahun.

Kesangupannya untuk dihantar ke sana ke mari walaupun telah menjejaskan perkahwinannya tidak menlunturkan semangatnya untuk terus memantapkan kerjaya. Kini, setelah hampir 30 tahun berkhidmat dengan kerajaan, beliau kini berpangkat pengarah.

Tapi setiap kejayaan seseorang ada pro dan cons.

Cons:

  • Anak dan suami diabai-abaikan.
  • Harta ditinggal-tinggalkan. Dulu beli banyak perabot yang cantik-cantik dan mahal tetapi terpaksa dilepaskan sebab berpindah-randah. 
  • Tidak akan mengenali jiran-jiran dengan rapat.
  • Kalau ada rumah milik sendiri sekalipun.. hanya akan dianggap sebagai persinggahan sementara.


Maka dengan itu..... aku pun mula berfikir samada perlu ke tidak aku membeli rumah sekarang atau selepas aku dah bersara. Sebab kalau beli sekarang, aku tak pasti ke mana aku berada pada masa hadapan.

Yes, rumah itu satu pelaburan. tapi kalau aku beli sekarang, aku cuma mampu beli rumah flat je. takpun apartment. Berbaloi ke? Aku nak rumah yang ada tanah. Cehhh.. demand.

Dan kalau beli sekarang.... loan rumah kena bayar sekali dengan insurans. Pastuh setiap tahun dikenakan cukai harta. Nak kena bayar maintenance bulanan lagi... huuuuuuu... haru. Kopak la wei!

Tapi kalau aku kumpul je duit sampai ke hari tua (baru-baru dalam mesyuarat, KSU kata dia buat loan ASB semasa muda dan sekarang apabila nak bersara, dalam ASB dah nak sampai RM1.5juta woooo)... dan apabila dah nak bersara baru nak beli rumah, alang-alang banglo sebijik ker, kan.. dan biar banglo itu berada di pedalaman dan jauh dari bandaraya, rasanya  lagi elok kot? Sebaik bersara, bolehlah aku terus dok je dalam banglo tuuu....... rehat-rehat tunggu mati (RTM ler katakan)

Apa pendapat korang?

Tuesday, April 19, 2011

Wanita tradisional, Idaman Ramai Lelaki

Masih ramai lagi gadis seperti ini di kampung-kampung mahupun pedalaman. Contoh terdekat dengan aku... tunang adik lelaki aku kot.

Kenapa aku mengatakan dia contoh wanita tradisional? Sebab...

  1. Dia suka membuat kuih tradisional. You name it.. semua pandai buat.. Tapi kuih tradisional Sabah la.. hehe
  2. Dia menjahit sendiri baju yang dipakainya... terutama sekali baju kurung, baju kebaya, kebarung dan seangkatan dengannya. Tahun lepas aku hadiahkan kain baju kebaya.. tak lama lepas tu dia jahitkan dan dia pakai semasa Hari Raya. Cun wooo... *dah ler slim giloss kan.
  3. Ikut je cakap adik aku. (takleh nak elaborate lebih2... =p)
  4. Dia tak pandai main internet. Maka dengan itu... dia TIADA AKAUN FESBUK!!! Omg! Ok.. boleh difahami. Masanya dihabiskan buat benda-benda lain yang lebih bermanfaat. Menjahit, memasak... berjual-beli... dan macam-macamlah aktiviti dia. Lagipun semasa aku tanya adik aku samada dia ada fesbuk.. adik aku jawab, "Aku tak benarkan!". Waaaa........ kuku besi gak adika ku neh.. 
  5. Tak pakai mekap tebal-tebal.. natural beauty gitewww.
  6. Tak makan benda mahal-mahal
  7. Tak pakai baju mahal-mahal. Biasa-biasa je..
  8. Walaupun umur dah nak 30 tapi masih dok serumah dengan mak ayah
Patut ler adik aku yang serba kekurangan itu boleh jatuh cinta padanya. Haihhh... aku kena banyak mencontohi dialah.. tapi diriku tanpa internet??? Ohhhh.. tidakkkkk!!! 

So kepada kaum lelaki di sana........ kalau nak cari calon isteri yang serba berkebolehan dan akan ikut cakap korang.. takkan melawan... silalah carilah wanita tradisional macam tunang adik aku itu.. Janji korang kena sara hidup dia, jaga makan minum dia.. dapat isteri yang rajin macam tu.. jangan pula diabaikan ye. 

*Ermmm... dia kerja kat klinik swasta.. bukan sebagai doktor dan bukan sebagai nurse. 

Terjaga dari tidur dan kisah kena tahan wad

Kawan serumah kena tahan wad sebab disyaki Denggi. Badan naik merah dan dia dah lama demam. Seb baik ada tunangnya untuk menghantarnya ke hospital, kalau tak sebagai rakan rumah yang satu-satunya ada kereta, adalah menjadi tanggungjawab aku untuk berbuat demikian. Harap dia ok.

Tapi dia dapat denggi dari mana? Rasanya bukan dari perumahan kami sebab selang seminggu pihak maintenance bagi "asap" tempat ini. Setelah diselidiki, dia balik je dari kampung terus demam.

Pada hari Isnin ini aku telah mengikut rombongan persatuan kebajikan jabatan aku untuk melawat dua orang. Seorang rakan pejabat kena tahan di wad di Hospital Klang... disyaki sakit jantung. Rombongan kami membawa bersama surat GL dari jabatan supaya beliau boleh dipindahkan ke wad yang lebih selesa.

Orang kedua pula ialah anak Dato' Pengarah kami. Dia melahirkan anak pertamanya dengan kaedah Caesar. Dah lama tak tinguk bayi yang kecil. Macam-macam pula aku belajar dari akak-akak yang satu rombongan ini... Konon dari warna bontot bayi boleh ketahui warna kulit ketika dewasa nanti. Dan jugak dari saiz jari kaki boleh tahu ketinggiannya pula. Hohoho.. tetibe teringin nak satu jugak. Apakah?

Dan sejurus balik ke rumah petang tadi.. dapat berita kawan serumah lak masuk spital... Yang itu boleh dilawati..

tapi berita dari rumah lagi sayu. Ayah masuk spital tak pula aku dapat lawat. Huhuhuhu...

Monday, April 18, 2011

Lagu Soley Soley - Hantu Kak Limah Balik Rumah OST



Sejak menonton cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah pada hari Sabtu yang lepas, lagu ini terus melekat dalam kepala aku sampai ke hari ini. Siap semasa mandi lagi dok nyanyi-nyanyi lagu ini. Berserta gayanya sekali.


Eekekeke.. =p


Good night!!!

Sunday, April 17, 2011

Rupa gigi aku setelah 6 bulan pakai pendakap gigi.

Sebelum itu, untuk membaca perjalanan aku memasang pendakap gigi... korang bolehlah baca di sini... Journey to New Teeth

=)

Semasa sesi pertama bersama doktor gigi, aku meminta khas untuk menyimpan replika gigi asal aku sebagai kenangan. hehehehe...

Rupa gigi aku pada 31 Oktober 2010

Dan setelah berjumpa doktor gigi pada pukul 10:00 pagi tadi.... kini rupa gigi seperti di bawah.

Nak kena amik masa lagi untuk penyusunan gigi belah bawah.

Kalau penyangkut besi itu tertanggal, untuk memasang balik kena bayar RM50. Wiwuuuu.... dan setiap kali jumpa doktor kena bayar RM150 di mana doktor akan ketatkan lagi besi dawai dan pasang getah berwarna pada penyangkutnya. Kali ini getah aku berwarna UNGU. hehehe..

Aku paling menyampah apabila makanan tersangkut pada celahan gigi dan besi. Hu hu. Sabar Jard... setahun dan 6 bulan je lagi. Nanti gigi lawa tuuu......


Beauty is Pain.

Ramai yang minta maklumat Klinik Pergigian aku pergi...

Nah.. terimalah..

Klinik Pergigian Rohaya.

Sentul Raya, No. 18-2, Jalan 14/48A,
Off Jalan Sentul, Sentul Raya,
51100 Kuala Lumpur.
Tel: 016-2166 861/862 
Tel: 03-4044 4228
Fax: 03-4044 4226


Saturday, April 16, 2011

Aku perempuan murahan?

Kami duduk berbual di sebuah meja bulat. Tiga daripada kami adalah wanita termasuk aku dan dua orang yang lain adalah lelaki. Kami sedang berbual ringan sambil menikmati minum petang.

Tiba-tiba dari kejauhan kelihatan seorang wanita yang tampak anggun. Rambutnya kemas, panjang dan lurus. Teknik rebounding kot. Berpakaian kebaya daripada kain batik yang nampak anggun dan berselendang di bahu. Bertumit tinggi dan caranya berjalan kemas dan tampak sophisticated. 


Yang dari tadi layan berbual terus semua mata tertumpu pada wanita yang cantik itu.

"Ishhh... kalau dapat dia..." seorang lelaki mula berangan. Aku rasa tahap meleleh kot air liurnya. hik hik hik...

"Jangan. High maintenance tuuu," sampuk kawan lelakinya yang seorang lagi. "Harga minyak wangi pun dah capai ratusan ringgit. Kalau hadiahkan yang RM15 sebotol, takkan dipandang punye ler."


Salah seorang daripada lelaki itu bertanya pada aku. Minyak wangi jenis apa yang aku pakai.

Aku jawab aku boleh pening dengan bau minyak wangi dan tak pakai pun.

Seorang wanita menyampuk, "Kalau Jard, bau kaki sekalipun, dia takkan pakai minyak wangi"

Semua orang gelak. Aku pula terkecik hati.

"Takpa. Jard neh murah."

APA?!!! Aku geram plak dikatakan murahan ini.

"Maksud aku.... low maintenance. He he he. Jangan marah"

Cehhhhhhhhh... siot jaaa........

Friday, April 15, 2011

Akhirnya, terjumpa restoran yang hidangkan ULAT SAGU.

Ulat Sagu yang digoreng (sumber)
Kawan satu opis telah menunjukkan satu iklan daripada satu majalah. Iklan Restoran Pucuk Ubi di Damansara yang menghidangkan makanan Sarawak.

Antara review yang dibuat blogger lain boleh dibaca di sini:

Tak sangka pula di antara menunya ialah ULAT SAGU.


Terus teringat pada kanda.

=(

Thursday, April 14, 2011

Kau kahwin dengan aku jelah.

Kata seorang lelaki 30-an kepada seorang gadis sunti dalam lewat 20-an yang masih solo. Mungkin lelaki itu mengajak wanita itu kahwin kerana risaukan dia bakal digelar anak dara tua? Ataupun takut tidak laku lagi?

Ataupun... sebab wanita yang hampir 30 itu mempunyai harta kekayaan yang banyak? Kita takkan tahu niat sebenar seseorang kan?

Wanita itu pandang tepat ke arah mata lelaki itu dan berkata, "Aku nak bagi nasihat sikitlah. Mesti ramai yang tak tahu ini."

Lelaki itu terkejut dengan jawapan itu lalu mula menumpukan sepenuh perhatian padanya. Mungkin ada perkongsian ilmu yang berguna. Mungkin.

"Lelaki yang dah ada kerjaya, ada kereta, lagi bagus kalau siap ada rumah lagi macam hang... kalau nak senang memikat wanita... pikatlah wanita awal 20-an. Sebab wanita pada fasa itu mudah terpikat dengan lelaki sedemikian. Hati mereka mulus dan tulus. Terbuka luas untuk menerima percintaan. Ngayat sikit... terus cair. Percayalah cakap aku."

Lelaki itu kehairanan. "Habes tu. Wanita 30-an macam mana pula?"

Wanita itu gelak, "Hahaha, wanita yang taraf macam aku ini dah melalui macam-macam pengalaman dingorati, ditipu lelaki, atau hati dihancurkan lelaki. Sekarang mereka susah untuk cair pada kata-kata sang lelaki. Hati dah keras. Susah nak pikat."

"Ohhh..."

Sebaik mendengar perbualan mereka... aku tersentap. Terasa okeh. wakakaka...

[REVIEW] P1 Wimax Home Plus - Unpacking

Yay!!! Akhirnya aku dapat membeli plan internet yang baru iaitu P1 Wimax Home Plus.


Untuk memilikinya, aku cuma perlu bayar RM100 sebagai bayaran pendahuluan. Disebabkan ada promosi maka aku dikecualikan untuk bayar 'activation fee' dan 'registration fee'. Promo itu boleh dilihat di link ini.

Bulanan pula hanya perlu bayar RM99 je tapi sebab ini adalah promosi, bil untuk bulan kedua dan ketiga hanya perlu bayar RM49 je sebulan. OKlah tuh. Yang tak beshnya..... aku terikat dengan kontrak selama setahun. Kalau tiba-tiba nak batalkan sebelum tempohnya.. kena bayar RM200 kot sebagai denda. Dan jika modem dipulangkan... maka bayar RM150 je. Harap-harap servisnya ok supaya perkara menamatkan servis tidak berlaku. T_________T

Apa yang korang dapat dengan RM100?

On the spot will get this (below)...

What's in the box?

Modem besar!
Teruja nak menguji kepantasan P1 Wimax ini... tanpa membuang masa, aku terus memasangnya di rumah. (OK. Hari ini aku cuti.)

Plug and play. Looks SIMPLE enough.

Dan wallaaaaaaaaa............... boleh main internet pada saat itu jugak!!!

Yippeee!!!!!!!!!!!

Perkara pertama yang aku buat ialah menguji kebolehannya untuk memuat turun fail video dari server freelance aku. Saiz fail dalam 675.9MB. Fuhhhh... Aku telah menunggu selama 1 jam 11 minit dan P1 Wimax baru download 490.5MB.

Aku rasa memadai kot... malam ini nak minta tugasan baru dari mereka. Harap-harap berjalan lancar. Amin.


Tuesday, April 12, 2011

Lagu-lagu dalam Drama Asmara 2 TV3

Tersuka pula dengan lagu-lagu OST dalam cerita Drama Asmara 2 TV3 ini. Apabila cerita ini tamat tadi... dan aku baca ending credits dia.... dushhh.. SUHAN MOVIES!!! Alahai.... hasil penerbitan produksi Rosyam Nor rupanyaaa... Mantap sehh.. =)

Dalam proses nak download lagu-lagu di bawah ini. Moga dapat jumpa link.

1. Menyesal - 6ixth Sense
2. Andai Itu Takdirmu - Syah Basree
3. Terhenti Di Sini - Asfan
4. Hingga Akhir Nafasku - Muzzy
5. Berganti Hati - Anggun
6. Surga Cinta - Ada Band


"Berikanlah aku
Sesuatu yang meyakinkan
Sesuatu yang takkan hilang
Yang terbaik untuk diriku
Tuk hidupku

Hulurkan tanganmu
Berikan ku keyakinan
Hingga akhir nafasku
Bila sampainya waktu
Terindah" ~Hingga Akhir Nafasku - Muzzy

Buku "A Doctor in the House" kini milikku


I'm a big fan of his.
Aku pernah bertemu dengannya semasa satu program yang dinamakan Bicara Perdana Bersama YBHG Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 28 Januari 2010 , 2.00 petang di Auditorium PNM Aras 2, Perpustakaan Negara Malaysia, jalan Tun Razak KL. Aku berkesempatan untuk bersalaman sendiri dengannya pada waktu itu dan terus rasa tak nak cuci tangan. Keh keh keh...

Oh ya.. entri aku tentang Tun di sini telah menjadi tumpuan ramai pencarian google untuk "Tun Mahathir".  Siap ada gambar semasa dia muda lagi.

Apapun.. akhirnya impian nak memiliki buku ini sudah tercapai. Dapat dimiliki selepas mendapat diskaun 15%. Alhamdulillah..  *sedang membuka balutan plastiknya! rasa nak baca sekarang jugak! tata!

=)

Sejauh mana kita tak suka lelaki itu, jangan sampai hatinya disakiti.

Perempuan yang jual mahal ada banyak gaya dan bentuk. Aku nak cerita salah satu contoh...

Ada yang jenis layan. Kalau diajak keluar makan dan diberi bantuan untuk menjadi drebar, si wanita terima je pelawaan itu. Tapi apabila diajak berkapel, wanita itu akan memberi macam-macam alasan untuk mengelak, Antaranya:
1. Mak ayah aku tak benarkan lagi saya untuk bercinta.
2. Saya belum bersedia.
3. Kita sesuai jadi kawan sahaja.

Tapi keluar memalam bukan main lagi! Ntah apa yang perempuan tak suka pada lelaki itu, aku pon tak tahu. Di belakang dia kata lelaki itu gemuk lah.. boroi la... macam-macam lak komennya pasal lelaki itu. Tapi apabila diajak keluar...  hah... terima gak ajakan itu.

Aku saja-sajalah buat konfius tapi aku tahu wanita itu ego. Dalam hati nak.. dalam mulut kata tak nak. Banyak betul dah kes macam ini yang aku dah jumpa. Alahai..

Dan tiba-tiba satu malam yang indah bagi sesetengah orang tapi tak bagi dia... wanita itu menyatakan beberapa perkara yang mungkin telah menyakitkan hati lelaki itu. Dan sampai ke hari ini, lelaki itu dikatakan merajuk dan langsung tak kontek wanita itu lagi.

Haha.. baru kau tahu.

Dulu... dari umpatan keji-keji pasal lelaki itu... sekarang terhambur pula kata-kata kerinduan. Aku mampu geleng kepala je. Tak tahulah sampai berapa lama mereka akan begitu.. tunggu dan lihat jelah. Harap2 endingnya sweet. ekekeke...

All is fair in LOVE and WAR.

Dah lama aku tak main tarik tali dengan CINTA ini. Hurmmmm...... Am I still game?

Monday, April 11, 2011

Daftar Percuma, Jawab Survey, Kumpul Point dan Tukarkan kepada $$$$

Tertarik pada pepatah ini yang ku jumpai di blog rakan. Terus aku klik untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya samada betul atau tak.

Dan berikut adalah apa yang aku dapat.

  1. Pendaftaran memang percuma dan terus dapat 50 points, jugak percuma.
  2. Tawaran untuk menjawab Survey akan dihantar melalui emel (jika terpilih) dan points akan diberikan setelah Survey itu dijawab.
  3. Points yang terkumpul memang BOLEH ditukar kepada wang ringgit!!!
  4. Wang ringgit itu hanya boleh dibayar kepada anda yang ada AKAUN PAYPAL sahaja. So.. buatlah akaun PayPal sekarang. Mudah je kalau korang dah aktifkan Kad Debit Visa Maybankard. 
  5. Ada banyak cara lain untuk mendapatkan points lebih selain menjawab survey. Korang daftarlah dulu di sini...(klik link di bawah)


[REVIEW] Maybelline New York Watershine Pure Diamonds Lipstick

Panjang benar nama gincu ini. Hehehe.

Sejak akhir-akhir ini, aku suka benar dengan gincu yang ini. Ada 3 sebab utama yang aku rasa perlu nak kongsikan bersama kamu pasal gincu ini yang baru di pasaran sejak Januari 2011 yang lepas.


Comel je casing dia kan?
1. Air Semulajadi
-Ini adalah antara komponen utamanya. Kenapa penting sangat? Tidak seperti gincu konvensional, Maybelline New York Watershine Pure Diamonds terdiri daripada air semulajadi yang memberikan pangkalan sejernih kristal. Hal ini juga menjelaskan lagi warnanya sekaligus menghasilkan bibir berkilauan yang lebih terang. Awwww....

2. Teknologi Partikel
-Dikatakan lebih kecil dan halus daripada gincu glossy yang lain. So kalau pasang gincu ini, bibir korang nampak lebih berkilat seperti berlian. Haha.. cuba dulu baru tahu. Aku pakai pun sebab licin dan tak melekit. I like!

3. Kaya dengan Vitamin E
-Selain mencantikkan bibir... gincu ini juga merawat bibir aku yang ternyata ada masalah kekeringan sebelum ini. Huhu. Kini aku tak perlu risau. =)

Nak aku tempek gambar bibir aku ke? 

Bubuh gambar gincu ini cukuplah. Lihatkah betapa berkilaunya gincu ini! Hehe
Haha. Bahayalah bubuh gambar bibir. Kang ada orang terpikat.. siapa yang susah kan? Lalalala...

Yang penting... aku takkan puji produk ini jika aku tak berpuas hati. Lagipun ini adalah review TAK BERBAYAR. 

Harga pasaran RM24.90 dan terdapat dalam 6 jenis warna untuk gincu ini. 

Oh ya..... lupa nak bagitahu... gincu ini terhad.. LIMITED EDITION so dapatkan cepat-cepat! Takut apabila abes stok... diorg tak jual lagi. Wek.. =p

Good luck!


Sunday, April 10, 2011

3 Idiots

I love this movie!

Aku ketawa berjuta-juta kali... dan aku menangis berjuta-juta kali..... Jarang ada movie yang boleh memberi kesan macam itu kat aku.. And this is one of them...

Sebuah cerita yang menusuk kalbu... sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. =)

Salam hari ahad semua.

Friday, April 8, 2011

Membeli Saham Bank Rakyat RM500

Aku tinggal keseorangan di Kuala Lumpur ini, tiada siapa yang boleh bantu aku tentang cara nak mengurus kewangan aku. Dan mungkin disebabkan inilah aku mudah tertipu dengan sesiapa yang meminta aku melabur di mana-mana. Mungkinlah. Huhu. *orang kata duit aku berlambak... hoh. Yelah tuuu.. =p

Baru-baru ini, Bank rakyat telah membuka semula jualan sahamnya kepada orang awam. Maka ramailah orang yang mula berkerumun di mana-mana Bank Rakyat di sekitar Ibu kota. Tak termasuk aku sebab kalau nak pergi kena mohon cuti dulu dari boss. Hoh.. bilalah ada kesempatan nak pergi ek?

Semalam aku dok berkira-kira... kot-kot lah kan.. RM500 berjaya dilaburkan dalam saham Bank Rakyat. Agaknya berapalah aku dapat dalam 10 hingga 20 tahun. 15% dividen tuuu... agak lumayan jugak kan?

Mari join aku kira-kira.

2011 - RM500 (duit pelaburan asal)
2012 - RM575 (setelah tambah 15%)
2013 - RM661.25
2014 - RM760.44
2015 - RM874.51
2016 - RM1005.68
2017 - RM1156.53
2018 - RM1330.01
2019 - RM1529.51
2020 - RM1758.94
2021 - RM2022.78
2022 - RM2326.10
2023 - RM2675.13
2024 - RM3076.40
2025 - RM3537.86
2026 - RM4068.54
2027 - RM4678.82
2028 - RM5380.64
2029 - RM6187.74
2030 - RM7115.90
2031RM 8183.28

Warghh... 20 tahun kemudian... RM500 akan berubah menjadi RM8183.28!!!

Korang rasa pada Isnin depan, adakah  kaunter jualan saham masih dibuka? Huhuhuhu...

Apabila gigi mula reput...

Penjagaan gigi lah yang berkemungkinan paling tinggi untuk diabaikan oleh orang. Nanti apabila gigi mula rasa sakit.. baru terhegeh-hegeh nak pergi jumpa doktor gigi.

Pereputan gigi tahu?

Gigi palsu tahu? Hah.. nanti tahulah kalau gigi kau dah abes mereput.

Mari kita tenung gambar gigi di bawah.

Korang pernah alami keadaan gigi macam ini?
Berdasarkan kajian, kadar pereputan gigi paling tinggi berlaku di kalangan golongan berumur 35 hingga 44 tahun iaitu sebanyak 96.5 peratus, diikuti 91.5 peratus (25 hingga 39 tahun) dan 80.9 peratus di kalangan kanak-kanak di bawah 12 tahun. (sumber)

"......pereputan gigi kanak-kanak biasanya bermula dari atas (hujung gigi) manakala bagi orang dewasa masalah pereputan berlaku di celah-celah gigi." (sumber yang sama seperti di atas)

PLAQUE BACTERIA + SUGAR = ACID. 
ACID + TOOTH + TIME = DECAY

Bagaimana pereputan gigi berlaku?
1. Kita makan benda bergula dan berkanji..... makanan melekat pada gigi. 
2. Bakteria dalam mulut bertindak balas dengan makanan yang melekat pada celah-celah gigi lalu menghasilkan lapisan melekit berwarna putih kekuningan di panggil plak. 
3. Kehadiran plak akan memudahkan asid melekat pada enamel, lama kelamaan menyebabkan gigi reput dan berlubang.

Lama-kelamaan... jika kebersihan gigi tidak dijaga... akan menjadi seperti di bawah...

Mahu???

So mari aku kongsikan cara-cara penjagaan gigi:
1. Lawatan ke Doktor Gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun
2. Berus gigi dua kali sehari... kalau rajin setiap kali makan pergilah berus gigi kan?
3. Menggunakan ubat gigi berfluorida untuk menguatkan gigi.
4. Mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan kodial.
5. Mengurangkan pengambilan makanan atau minuman ringan yang manis di antara waktu makan utama. (Peluang berdiet ini!)
6. Floss... floss... floss!

Huhuhu...... baru berjumpa dengan doktor gigi pagi tadi. Aku kena tingkatkan lagi cara penjagaan gigi aku.



Thursday, April 7, 2011

Program bersama Orang Asli

Boleh dikatakan orang asli ialah golongan yang "melarikan diri" daripada kemajuan. (kata kawan aku ler) Selain itu, orang pedalaman Sabah dan Sarawak juga termasuk golongan ini. Ala.. yang dok dalam hutan dan tak nak keluar tuuu.. tapi kekadang menakjubkan juga mereka boleh hidup tanpa teknologi. =)

Aku rasa, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menarik mereka ke arah kemajuan supaya dapat menghadapi cabaran ekonomi yang akan datang. Takkan nak biarkan mereka terus menjadi katak di bawah tempurung kan?

Baru-baru ini, aku berkesempatan untuk ke Semenyih untuk membantu mana-mana  yang patut dalam program sukaneka tahunan orang asli di sana. Ini adalah kali pertama aku mengikut program seumpamanya. =p

Takpe.. sekali-sekala kenalah habiskan hujung minggu dengan perkara-perkara yang berfaedah. Betul tak? Aku neh asyik sibuk kerja part-time je. Kali ini... kena berbakti pada masyarakat plak. Syok gak jadi sukarelawati neh. Hehehee...

Suasana yang menyambut aku di lereng bukit yang menghadap satu padang bola yang luas!

Sambutan yang agak menggalakkan dari golongan orang asli. Terdapat pelbagai acara yang dijalankan pada hari itu, antaranya..... teka-teki bersama kru Asyik.fm, perlawanan bola sepak, permainan balingan kasih, macam-macam permainan kanak-kanak dan yang paling penting...... acara makan-makan. Haha. Licin beb mereka sapu semua makanan. Ada seseorang tuu... sanggup belanja kami semua makan Ais Krim! Mau 3 kali jugak aku makan ais krim pada hari itu! Nyum3x!

Aku bukannya pro mengambil gambar... tapi pada gambar di bawah.. suka pula tinguk pokok besar di belakang mereka. Nampak macam dalam lukisan plak.

Acara balingan kasih. Aku pun turut menjadi peserta. Ntah siapalah yang menjadi pasangan aku hari itu.
Tak kenal. =p
Harap-harap ada kesempatan lain untuk menyertai program kemasyarakatan seperti ini pada masa hadapan. Sekian itu sahaja sedikit perkongsian aku tentang aktiviti hujung minggu aku yang lepas. Minggu neh plak ada apa ya?


=)




Wednesday, April 6, 2011

Kerja Part-time di PC Fair @ KLCC RM70 - RM120 sehari

Aku pernah berangan nak menjadi jurujual atau penjaga booth di PC Fair. Jadi promoter pon ok gak kot. *Sambil terbayang gadis yang berpakaian seksi dan menjadi mangsa jurugambar. Haha. Tak mungkin!

So... kalau korang ternampak aku di PC Fair sambil promote barangan IT.. jangan lupa beli barang dari aku ye. Setiap pembelian itu.. aku dapat komisen sebanyak RM10. Errr...

Kalau aku ada ler....... just a thought, waiting to be reality. =p


PC Fair - 15 -17 April 2011

Cara nak gunakan Kad Debit Visa Maybank untuk pembelian ONLINE

Pertama kali.. kenalah aktifkan fungsi ini dekat akaun Maybank2u korang. Kalau tak aktifkan, camna nak beli tiket penerbangan secara online sepertimana korang guna kad kredit kan?

Ini yang besh pasal Maybank Visa Debit Card. Tak perlu berhutang dah.... jumlah yang dibelanjakan akan ditolak terus dari akaun bank korang. So pastikan korang tak terlebih belanja... kang pembelian korang BATAL secara automatik.

1. Pastikan korang ada kad Maybank ini.

2. Lepas tuh baru korang LOGIN ke akaun Maybank korang dan carikan ini di  laman utama. Klik pautan "Maybankard Secure Online Shopping Registration".



3. Korang akan ke paparan ini. Sila isi mana yang patut..



Dan walla........ korang boleh beli apa sahaja di internet. Dan paling penting bagi aku ler.... dapat beli tiket penerbangan online dengan selamat. Especially Fireflyz.

Dan jugak... kalau nak beli apa-apa di mana-mana kedai (Carrefour, Jusco etc) atau kedai makan.. korang boleh pakai kad VISA ini untuk pembayaran. Untuk membayar MINYAK di stesen minyak.... better JANGAN sebab mereka akan tolak RM200 dari akaun korang... dan hanya akan pulangkan bakinya (setelah menolak jumlah yang dipakai untuk minyak) dalam masa 3 hingga 7 hari kemudian! Hoh! Aku pernah kena!

Kini......... KAD KREDIT tidak diperlukan langsung! Yippee!! *cuma pastikan baki akaun mencukupi semasa sebarang pembelian ok?

Dan secara jujurnya.... aku guna kad debit maybank aku ini untuk aktifkan akaun PAYPAL aku. Kot-kot nak membayar atau menerima bayaran melalui Paypal. Kerja pun senang. =)

Sekian itu sahaja. Gud luck!

Tuesday, April 5, 2011

Perbandingan Harga antara Jenis-jenis Broadband di Malaysia

Klik untuk pembesaran lebih sihat. Sumber daripada Soyacincau.com


Harga dikira mengikut saiz gigabyte untuk setiap jenis broadband tak kira FIXED Line atau Wireless. Nampak gayanya, UniFi paling murah untuk nilai per gigabyte.

GB atau Gigabyte adalah saiz penggunaan data setiap kali kita nak online. Lagi besar GB, lagi laju kot. Huhu.

Video Seks Anwar Sudah Keluar di Youtube?

Giler apa diorg neh. Apa motif diorg nak buat begitu? Tak habis-habis lagi keluar di surat khabar... yang ini pula nak tayang kat youtube untuk tontonan umum.

Korang nak kecam sendiri siapa perilaku dalam klip yang penuh kontroversi itu?

Nah...


Klik sendiri.. tak nak lah bubuh kat blog aku.




My stand. He is INNOCENT unless proven otherwise. Ok?

Monday, April 4, 2011

Selagi internet tak LAJU, selagi itulah aku takleh buat freelance

Itulah masalahnya sekarang. Internet connection yang aku pakai sekarang tidak memenuhi permintaan si 'tukang beri tugas freelance' pada aku sebab memerlukan aku mendownload fail video yang bersaiz besar dari server mereka.

Arghhhhhh.... internet in Malaysia sucks! Kalau sekadar surf internet je... cukuplah kot. Tapi untuk yang lain-lain tugasan, tak boleh. Hairan camna adik aku boleh senang je men download dari rumah. Rupanya mereka pakai UnFi. Aku plak cuma pakai streamyx 512kbps yang perlu bayar RM90 sebulan.

Rasa kosong pula kalau tak sibuk dengan kerja-kerja freelance. Huhuhu.


Contemplating on a new internet plan.

Ada cadangan tak?

Antara yang dapat ku siasat di pasaran ialah.

  • UniFi (laju tapi MAHAL)
  • Streamyx (kalau nak laju-laju, kena bayar lebih lah. huhu)
  • U-mobile (errrr..... no komen)
  • Celcom Broadband (pernah pakai.. tak puas hati gak. hurmmm)
  • Digi (ok ke neh? Ada plan RM38 sebulan. Macam ok.)
  • Maxis (dengar kata ramai orang komplen pasal servis mereka. hurmmm)
  • WiMax
  • PiMax (aku men hentam je neh. Ntah wujud ke tak. haha)
  • dan lain-lain yang tak dapat aku ingat...
Aku kena cepat ganti internet plan yang aku ada sekarang. Kang melepas lah tugasan freelance je. Kan rugi di situ.....

Help!

Di mana harusku mencari ganti?

Sibuk hujung minggu baru-baru ini. Sehingga takda kesempatan untuk bermain internet.

Antara aktiviti yang mengisi masa aku ialah:

  1. menghadiri majlis perkahwinan erina di Shah Alam
  2. bantu rumet pindah rumah
  3. menjadi sukarelawan untuk program orang asli di Semenyih
  4. mengemas bilik supaya selesa untuk aku dok seorang =)
Aku penat semalam. Nak buka FB dan blog pun tak larat. Haha. Seb baik aku tak diberi tugasan freelance lagi. Mesti lagi haru kan?

Papepon........... Salam Hari Isnin semua! 

Sunday, April 3, 2011

Selamat Pengantin Baru! Erina dan Amir @ShahAlam

Selamat Pengantin Baru Erina dan Amir. =)

Bertempat di Dewan Warga Emas, Seksyen 24, Shah Alam, aku bersama 2 rakan yang lain telah menyusuri  Jalan Raya Persekutuan yang agak jem untuk ke sini. Tanpa sebarang peta dan cuma berpandukan papan tanda di sepanjang jalan raya, kami akhirnya sampai ke majlis perkahwinan itu.

Aku mula mengenali Erina, si pengantin wanita yang ayu ini melalui gerainya ABC Fradoo di Seksyen 2 dan juga blognya. ABC dia sedap! Dan juga melalui Geng Memuahh yang diberi nama oleh encik Hemy. Banyak dah aktiviti mereka yang tak dapat aku ikuti dek komitmen yang makin banyak sejak akhir-akhir ini. Mohon maaf bebanyak.
(Aima kahwin hari itupun tak dapat nak datang sebab adik aku bercuti ke KL masa itu dan kami ada rancangan lain. Wek.)

Papepun... Selamat Pengantin Baru...... dan moga berkekalan hingga ke hujung nyawa. =)

Saturday, April 2, 2011

Tiada siapa di antara kawan aku yang pernah datang sini....

.... rumahku syurgaku.....

Inilah keadaan rumah aku semasa aku balik kampung hari itu. Masih dalam proses pengubahsuaian. Macam-macam plan nak dibuat pada rumah ini.

Besi-besi nipis kelihatan dipasang pada lantai. Nak simenkan semua.

Inilah rumah keluarga aku. Nak kena cat lagi kat belakang tuuu.... huhu

Cantik lak lalat neh. *tibe2

Dijangka siap dalam 2 bulan kot. Sebelum majlis perkahwinan bulan tujuh nanti. Ehem........

Tiba-tiba terasa nak balik kampung sekali lagi. Apa rupa keadaan rumah sekarang ek?


Friday, April 1, 2011

Bilik Sewa di Sebuah Rumah Teres Dua Tingkat Cuma RM160

Semangat. Dapat bilik untuk seorang dengan hanya bayar RM160 kira murah gak tuh. Itulah yang dikatakan housemate aku yang bakal berpindah keluar daripada bilik kami tak lama lagi.

Tapi sekali dia sampai ke rumah teres dua tingkat yang terletak di Sri Kembangan itu.... dia sedikit kecewa.

  • Kawasan gelap-gelita. Tiadanya lampu jalan raya untuk ke sana.
  • Kawasan kejiranan yang agak suram dan menyeramkan.
  • Rumah dalam keadaan kotor sebab penghuninya hidup sendiri-sendiri. Masing-masing dok dalam bilik dan dunia mereka. Tanpa mempedulikan housemate yang lain.
  • Tiada mesin pembasuh sebab penghuninya suka hantar kat dobi
  • Tiada tempat memasak sebab penghuninya tak memasak. Selalu outstation katanya.
  • Tandas kotor.
Dan lain-lain tapi tak dapat nak nyatakan sini sebab nanti terbuka aib orang.

Oh....

... lambat lagi dia nak pindah ke? *getus hati aku yang dah merancang macam-macam dah kalau dok seorang nanti.

Semalam kami pergi usha rumah lain pula. Jugak rumah teres dua tingkat.

Berborak-borak dengan tuan rumah. Melihatkan rumah dalam keadaan bersih dan lengkap dengan peralatan yang asas, aku yang cepat-cepat katakan yang housemate aku terima. hahaha. Amik kau...... macam aku pula yang nak pindah ke situ.

Ok sah. Housemate akan berpindah ahad ini. Moga-moga dia selesa di sana. Amin. =)


PS: tengah nak fikir susnan terbaru perabot dalam bilik SOLO nanti. keh keh keh.

Tabung lagik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...