Thursday, September 29, 2011

#MSS2011 Enjoy First, Blog Later

It wasn't compulsory to blog on the go. So, not everyone brought a laptop during this trip lest a few bloggers. The schedule of the trip is a bit HARDCORE. Not suitable for the faint heart or prone to other sickness. A blogger did withdrew from the contest after given the option to go on.

So far, before I fully blog about the events that we did today...

...we went...
  • sailing
  • canoeing/kayaking
  • cycling tour
  • low-tide tour
  • Kampungku show by Golden Palm Tree Resort
And tonight will be our SECOND night at this prestigious 5-star resort. And frankly speaking, I'm quite terrified of what we'll be doing tomorrow.

My feet are sore, knees are aching and my skin on feet, hands and face got blotches of redness from the sun. But hell ya!!! I had loads of fun!

Till I reach home and blog with pictures. Have to be content with this for a moment. =)

PS: beach boys are quite fetching. =p
.

Wednesday, September 28, 2011

#MSS2011 - Gearing up for Day 1 at Holiday Inn KL Glenmarie

I'm gearing up. Packing up my clothes from early this morning. I thought I couldn't sleep last night but I slept like a log! Hehehe.
Thinking of buying sunblock with SPF50. I got skin prone to sunburns and ugly redness. Huhu.
All I'm certain of is bringing lots and lots of sunblock as I've heard there'll be a lot of OUTDOOR activities.

Old shoes bought sometime in 2010. NEVER WORN! 
Yay! Need to pack some running shoes. Swimming wear? Ermm... *taking out black pants and shirts. Ahh. that will do. Maybe I'll take a swim or two in the hotel's swimming pool? Will determine later.

Two bags are enough for me. =)

Packed and gear up and will be making my way to Holiday Inn KL Glenmarie.... From that point on I'll have NO INTERNET ACCESS whatsoever and will completely depend on the good graces of the organizers and hotels for the next FIVE days.

Ohhhhhh I do hope I can get online there. Oh please dear god.

=)

Till then. Wish me luck!

.
PS: need to bring my umbrella also. Weather wasn't all sunshine this past few days.

Tuesday, September 27, 2011

Got goosebumps listening to Maddi Jane - Youtube Sensational!

With make-up you look much older than your age. Umur dia baru 11 tahun maaa!



*mulut terlopong.

Hours before #MSS2011 and I'm getting butterflies in my stomach

I'm at a disadvantage in terms of technology items. Only yesterday i tried tweeting with my mobile phone via SMS but failed miserably. I'm not sure how I can twitter on the go. Was contemplating on buying a new mobile phone but I didn't have the heart to intrude my savings any more. Alas Raya holidays has just passed and I can't afford another luxurious item at any cost. Even if it means losing my chance to win My Selangor Contest 2011.

Hopefully, I'll get through the whole five days and four nights. I still have my hefty camera to do some good. Hope to post really good entries as I really do want to appreciate the organizers for choosing me and organizing such a lovely program.

Tonight I'll start packing... but before that I must finish my work at the office first so that I can be at peace during the whole MSS2011 experience.

Lastly, my condolences to my office-mate who lost her eldest son early Sunday morning. Having to lost a husband just years before makes me fear for her future now that her sole pride has left her too. *my heart wepts for her, only GOD knows. =(

Another condolences to another office-mate who lost her mother just last week.

.

Monday, September 26, 2011

#MSS2011 tinggal dua hari lagi!

Aku yakin pihak penganjur sedang sibuk melayan kerenah pelbagai peserta dari pelbagai negara. Harap semuanya berjalan dengan lancar. This is a really, big project! A big around of applause for Ms Amelia Tan, though the answers to my inquiries were brief but it was FAST.

Syukur cuti aku lulus.

Cuma ada beberapa masalah kot.

Aku tidak memiliki laptop untuk memudahkan aku update blog sepanjang pertandingan MSS2011 itu. Not to worry I'll find a way.

Ada sesiapa sudi pinjamkan atau sewakan laptop kepada aku tak? I'll pay handsomely. *wink *wink

Laptop Macbook Air pon bolehhhhhhhh....... hik hik hik

OK. kalau tak dapat takpa. No harm dreaming eh? =(

*mode EXCITED!

Sunday, September 25, 2011

Sakit Gigi

Ingatkan hari ini setelah menemui doktor gigi untuk proses ketatkan gigi, bolehlah aku ke masjid untuk membantu urusan majlis hari raya aidil fitri dan jugak jadi petugas untuk ceramah kuliah magrib Ustaz Azhar.

But alas, the pain deemed to great to hold.

Aku bertindak untuk duduk diam di rumah sementara menahan kesakitan dari braces gigi yang baru diketatkan. Sudah seharian aku tidak berani untuk mengambil sebarang makanan yang melibatkan mengunyah. Aku cuma minum susu dutch lady je. Itu pun dah cukup mengenyangkan sampai malam. Huhuhu.

Aku jadi tak lalu nak makan. Nak pandang makanan apatah lagi.

Kekawan aku dari masjid menelefon bertanyakan khabar dan sebab kenapa tak muncul-muncul. Kehadiran aku dirindui kot. hehe.. tapi apakan daya... aku tak tahan lak.. menengok mereka semua boleh makan sementara aku takleh nak makan. Tinggal di rumah sajalah..... ampun wahai sahabat-sahabatku seperjuangan ku.

Pasti ceramah Ustaz Azhar mengemparkan malam ini... moga program itu berjalan lancar. Amin.

.

Ceramah Ustaz Idrus dijangka dihadiri 11,000 orang

Begitulah yang diramalkan pihak suatu masjid di Selangor. Aku akan menjadi petugas untuk program ceramah Ustaz ini yang terkenal sebagai ustaz youtube dengan ribuan penonton..


Nak download siri ceramahnya.. boleh ke sini ==> http://www.mymaktabaty.com/2008/07/mp3-ceramah-ustaz-azhar-idrus_21.html

.

Saturday, September 24, 2011

#MSS2011 Senarai hotel sudah keluar untuk My Selangor Story 2011!

Senarai hotel yang bakal peserta My Selangor Story 2011 pergi telahpun diumumkan oleh pihak penganjur di laman facebook mereka. Aku tiba-tiba menjadi begitu teruja sekali. Tak sabaqnya nak cuti minggu depan!
  1. Hotel Inn Glenmarie Kuala Lumpur
All Guest Rooms and Suites offer a 42 inch plasma TV, high-speed Internet access and a luxurious open plan bathroom with rain shower.
Pewittttttttttt.... seb baik ada internet access. hehehe.... Aku pernah tidur sini selama dua malam semasa mengikuti satu kursus kementerian. Memang besh la. Dah ler masa tuh aku dok seorang je. Katil besar untuk aku je masa tu. Haaaaaaaaaaaa... heaven! Makanan pula ala-ala buffet je memanjang.
Trip Advisor berikannya 4 bintang.
  1. Awana Genting

Aku tak pernah tidur sini. Kali terakhir pergi genting dalam dua tahun lepas kot. Hehehe... 
  1. Golden Palm Tree Resort

Hotel LIMA Bintang yang berlatar belakangkan  lautan dan matahari. Uwaaaaaa... aku dah lama dengar pasal tempat ini dari rakan-rakan pejabat tapi tak pernah menjejakkan kaki kat sana. Thanks to MSS2011, aku kini ada peluang! Ya!

Apa agaknya pihak penganjur sedang merancang untuk kami 30 orang ekkk???

Teruja tahap dewa dah neh. Hak hak hak.

.

Friday, September 23, 2011

#SayaGenerasi wanita kahwin lewat 20-an atau awal 30-an

Jodoh lambat kotttttttt...
=p

.

PS: sekadar mengiikuti trend di twitter.

Stressed Out

Aku ada dua hari bekerja lagi sebelum aku bercuti. Seyes, rasa banyak kerja yang belum siap yang perlu diselesaikan dalam minggu ini dan dua hari depan. Rasa tak cukup tangan je. Bila sampai rumah, terasa nak baring saja dan tidur mati sampai pagi.

Kerja freelance aku dah stop sebab rasa bertambah stress kalau buat kerja itu lagi. Tak larat nak bersekang mata sampai pagi untuk mengejar datelines. Tapi alhamdulillah, bayaran freelance itu telah mengembirakan percutian raya aku. Hehehe... semua ahli keluarga aku dapat habuannya. Paling lumayan parents aku kot. Di samping itu dapat menyimpan sikit dalam ASB yang mana pada hari raya sebelum ini tak pernah dapat simpan duit. Ha'ah..

Pengajarannya di sini.. duit boleh dicari kalau cari jalan.

For now, aku nak slow down kot. Cash-flow pun skang tengah slow. Tak memerlukan belanja yang banyak setakat ini.

Just need to focus on my career. 100% on my job as engineer. Blogging + events pun kena slow down jugak. Heeee..

Aja-aja Fighting!

.

Thursday, September 22, 2011

Tiket Murah dari AirAsia.com sehingga 24 September

FREE SEATS katanya... belum termasuk cukai dan minyak. Pastuh nak tambah luggage allowance lagi, penetapan tempat duduk atas kapal, makan minum dan insurans lagi.

Tapi biar dah tambah semua itu, tiket tetap JAUH LEBIH murah berbanding airliner yang lain dari Kuala Lumpur ke luar negara.

Ehh.. luar negara? Jard nak ke luar negara ke?

Of kosssssssssss......................


Ke Bali, Indonesia dari Kuala Lumpur hanya bayar RM165.00 pergi balik je.

Ke Bangkok, Thailand pula hanya RM160.00 sahaja.

Bila lagi boleh dapat best price camneh kan? Cuba habaq kat aku. =)

Mari kita melancong dengan AirAsia!

.

Wednesday, September 21, 2011

#13 Wordless Wednesday

Tuesday, September 20, 2011

Pratonton Fright Night 2011

Tarikh : 19 September 2011 (Isnin)
Masa : 9.30 pm
Tempat : Cathay Cineplex e@Curve
Sponsor: Nuffnang

Terima kasih jugak kepada kak Masy yang sudi menemani aku untuk screening ini. =)


Sinopsis:
When teenager Charley Brewster can’t get anyone to listen to him—not even his mom or his girlfriend—he takes it upon himself to get rid of the menace that is terrorizing his peaceful, suburban neighborhood in DreamWorks Pictures’ horror‐filled, fun ride “Fright Night.”



Sejujurnya filem ini menunjukkan "wajah sebenar" seorang pontianak dalam erti kata yang sebenar. Tak macam Twillight yang membunuh imej pontianak. Haihh.. Pontianak yang "sebenar" seharusnya kacak, manipulatif, dan kejam! Dan yang paling penting... MATI JIKA KENA MATAHARI!!! Elemen paling penting tentang pontianak. Kah kah kah! Seronok giler tonton cerita ini. Kalau berpeluang tengok dalam 3D konfem lebih seronok!

Aku bagi 5/5 untuk filem ini.

Markah penuh!!!
.

Monday, September 19, 2011

Tertelan Gula-gula Getah, Apa Terjadi?

Aku panik apabila gula-gula getah yang ku kunyah sejak tadi tertelan masuk kerongkong. Terus check website tentang baik buruk tertelan gula-gula getah. Ada fakta menakutkan jugak... ntah betul ke dak. Huhu.

  • Gula-gula getah boleh tersangkut di esofagus disebabkan sifatnya yang melekit. Dan seterusnya menyebabkan kematian akibat tercekik. 
  • Proses penghadaman gula-gula getah mengambil masa DUA TAHUN dalam badan. Woit!!! Betul kah neh????
  • Gula-gula getah tidak boleh dihadam.... habislah...  akan berada dalam badan SELAMA-LAMANYA. Samada ia tersekat di esofagus atau pada dinding perut sambil melekatkan bahan-bahan makanan lain sekali dengannya. Lalu menyebabkan kita tak berak-berak sebab tersumbat. OK.. ini bunyi macam fakta palsu je.
Huhuhuhu....  taubat aku tak makan gula-gula getah semasa pembentangan lagi. EVER!

TAUBAT!!

.

Sunday, September 18, 2011

Perubahan dalam hidup, baik atau buruk?

Banyak perubahan di sekitar aku yang perlu aku proses dan terima. Aku yang masih di takuk lama rasa nak buat perubahan jugak. Huhu.

  • Kawan aku yang sentiasa menjadi peneman aku ke mana-mana screening merancang nak kahwin. Mungkin akhir tahun ini, mungkin tahun depan. I'm happy for her. Dia dah lama tinggal berjauhan dari anak-anaknya di kampung. A husband will be good for her. Huhu.
  • Kawan aku seorang lagi berjaya menjual kereta Kelisanya dengan keuntungan RM8000 dan kini memiliki kereta Vios. Dang! Tiba-tiba rasa nak tukar kereta jugak... errrr... Chevrolet cam menarik je. Tapi ada untung mahh jual VIVA? Haha. =p
  • Kawan sepejabat berjaya dapat tajaan JPA untuk sambung master di luar negara. Dapat cuti bergaji penuh. Aku tersangat JELESSSSSS!!!
Ok, setel berita tentang rakan-rakan single aku. Yang dah kahwin..... tahniah kepada ibu-ibu baru. Hehe...

So... I need some change in my LIFE! But will taking out my lifetime savings worth it?

*proses mencari perubahan.

Saturday, September 17, 2011

Ramainya blogger wanita yang cantik-cantik O.O

Petang semalam aku berpeluang untuk menghadiri Maybelline New York Fashion Week Workshop yang diadakan di L’Oreal Academy Bangsar. Terima kasih bebanyak kepada cik Fara-eng kerana sudi menumpangkan aku ke event ini.

Aku tak pernah hadiri satu event di mana blogger-blogger cun seperti Ceeramon, Viruspadu, Pink Stilettoes, Maria Elena, cik Epal.... SEMUA berada di bawah satu bumbung. Seyes cun mereka neh... woahhh... bila berdepan dengan mereka rasa tak tahu nak cakap apa. Lidah terikat. Hahaha...

Dan terima kasih kepada Puan Amber Chia kerana menjadi sponsor utama untuk event ini. Dan jugak Nuffnang dan Maybelline sebagai penganjur.

Lovely isn't she?
Ada jugak tips sikit-sikit cara bermekap dan cara menjadi model. Hak3x. But not for me la kot.

=p
.
ps: sedang tunggu gambar2 dari Madam baru leh update lagi. hee..
.

Friday, September 16, 2011

Kepada Peserta Kontes Garnier

Terima kasih kerana sudi join!

Teringat pada bulan yang lalu pada 15hb. Inilah antara permintaan pihak Garnier dariku.


Kontes masih berjalan sehingga esok hari. Dan keputusan akan diumumkan pada 18hb September nanti.

Antara penyataan yang ada ialah...

2. Puan Ruby


Sebenarnya aku mengharap ada lagi penyertaan lain supaya ada saingan sengit... haha.. harap-harap ada lagi orang yang sudi join.

Details kontes boleh perolehi dari sini... http://ignorantbrat.blogspot.com/2011/08/kontes-sempena-garnier-deodorant-take.html

.

Thursday, September 15, 2011

Pratonton Filem Libas Lakonan Rosyam Nor

Tarrkh: 14 September 2011
Masa: 9:00 Malam
Tempat: Hall 1, 8, 9 TGV Wangsa Walk, Wangsa Maju, KL


Di Pawagam 29 September 2011


Barisan Pelakon: Rosyam Nor, Scha Al-Yahya, Johan Raja Lawak, Beego, Fadzly Kamarulzaman, Mohd Razib Salimin, Mohd Zabri Ibrahim, Yuswaisar, Adam Corrie Lee, Sallehuddin Abu Bakar, Zulkarnain Zakaria, Yang Kassim

Sinopsis:
Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas).
Raja Libas (kiri) dan AK Nangkhon (kanan)
Dia digelar sebagai Raja Libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.
Ratna
Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja Libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk menentang Thailand nanti.
Team Thailand yang sangat GAY!
Diperlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah Negara? Nantikan kesudahannya...
Team Malaysia.
Pendapat aku?

Kelakar wei.. sampai aku gelak guling-guling tak menahan! Bukan sebab CGI dia teruk dan tak nampak real tapi disebabkan lakonan setiap watak dalam cerita dan jugak dialog mereka yang mencuit hati. Housemate aku bagi 4/5 bintang. Aku? Sama pendapat lah kot. Hehehehe..

Korang tengoklah sendiri di pawagam pada 29 September 2011.

*aku tak nak bubuh Trailer dia sebab pada pendapat aku trailer dia tak membayangkan betapa beshnya cerita ini. Besides... I hate the music in the given trailer.
.

Wednesday, September 14, 2011

#12 Wordless Wednesday

Tuesday, September 13, 2011

Nak Cari Bilik Di Malaysia?

God has answered my prayers. Well, most of them. 

Dalam kesibukan dengan kerja hakiki dan kehidupan peribadi. aku tiba-tiba terjumpa satu website ala mudah.my yang khas untuk orang (seperti saya) yang hendak mencari rumah atau bilik untuk disewa di seluruh negara. Untuk kes aku, nak cari rumah yang boleh memuatkan 7 ahli keluarga aku di Kota Bharu, Kelantan pada bulan Disember nanti. Jauh mereka nak datang, dari Kota Kinabalu tuuu... 

Mari kita lihat website apa yang aku dok seronok sangat ini?

Laman iBilik la... 
Apabila klik pada tab "Kelantan" di ruangan kiri, akan keluar sebanyak 32 carian berserta nama tempat dan harga sekali. Harga agak berpatutan berbanding menginap di hotel lah kan?


Aku lihat pilihan pertama paling menarik di situ, "Serviced Apartment in Kota Bharu". Harga sewaan untuk satu malam hanyalah RM150. 

Klik kat situ...

Semua maklumat seperti di bawah akan tertera.

Gambar-gambar keadaan dalaman dan luar rumah/bilik yang hendak disewa.

Peta Google untuk mengetahui cara untuk ke sana berserta alamat lengkap.

Dan kalendar untuk menanda tempoh sewaan.
Kalau dah berpuas hati tu, boleh terus tekan "Book Now"! Aku suka cara macam ini sebab tak perlu nak telefon bagai dah. Hehehe...

Tapi sebelum membuat tempahan, kita perlu daftar dulu. Pautan untuk pendaftaran boleh dicari pada paparan iBilik.

Pendaftaran adalah PERCUMA!

Alhamdulillah, beres sudah tempahan untuk penginapan keluarga aku semasa di Kelantan nanti. Korang cubalah juga. Memudahkan urusan dan user-friendly. I loikee!!!

=)
.


Monday, September 12, 2011

Tahun 2011 tahun bertuah aku?

Alhamdulilalh,alhamdulillah, alhamdulillah...

Hari ini ada majlis hari raya jabatan aku dalam pukul 12 tengah hari tadi. Boss aku yang telah dinaikkan taraf menjadi timbalan pengarah, sedang segak berpakaian Melayu bersamping dan bersongkok. Ramai staff jabatan yang berebut nak bergambar dengannya.

Kenapa ek? Hehehehe..

Sebab dia seorang India dan dia bukan muslim. Memang patut ku puji atas kesungguhannya nak meraikan majlis ini dengan memakai pakaian yang bukan kebiasaannya. Syabas boss!

Tambahan pulak,,, beliau jugak yang memberi peluang kepada aku untuk ke Jepun bulan 11 ini.

Another blessing... aku berjaya masuk MSS2011. Yay!

Double blessing this year? Harap ada kejutan lagi menjelang tahun baru 2012.

Boss, apa macam, tahun depan aku nak cuba kejar kenaikan pangkat lak? Boleh tak? Huhu. =p

.
Sekali lagi. Alhamdulillah. *sambil bersujud mencium tanah.
.

Mencari kadar sewaan terendah untuk Toyota Avanza atau Perodua Alza

Keluarga aku akan ke Kuala Lumpur pada bulan Disember ini dan banyak perancangan yang perlu dibuat untuk menyambut kedatangan mereka. Tiket penerbangan sudah selamat ditempah tinggal nak tempah hotel dan kereta sewa je lagi. Dalam perancangan ayah, mereka hendak ke Kelantan jugak untuk melawat adik aku yang sedang belajar medik.

Syukur adanya internet aku berjaya survey harga sewaan kedua-dua jenis MPV ini. Harga di bawah hanya berkuatkuasa sekiranya aku nak sewa lebih dari tiga hari. Kalau setakat sehari ja, harganya jauh lagi mahal.

  • Toyota Avanza - RM155 sehari

  • Perodua Alza - RM180 sehari 

Tanpa mengetahui keadaan MPV itu sendiri samada baru, berkeadaan baik dan sebagainya... yang penting boleh memuatkan penumpang seramai 7 orang. Itu sudah cukup baik untuk aku dan keluarga.

Amacam? Harga ok tak?

Korang ada cadangan lain tak?

Yang mana satu?
Pilihan hati?
.

Sunday, September 11, 2011

Ada apa dengan My Selangor Story 2011?

Mendapat peluang untuk bercuti selama lima hari empat malam di negeri Selangor. Fully sponsored by Selangor Tourism. Selain itu berpeluang untuk melancong sambil blogging.

Terima kasih kepada mereka yang sudi vote untuk penyertaan aku yang lepas. Ya kamu dan kamu! Di entri ini..... http://ignorantbrat.blogspot.com/2011/09/why-i-want-to-be-part-of-my-selangor.html .

Setelah melepasi peringkat permulaan, aku kini tak sabar menanti peringkat kedua seperti dinyatakan di bawah...

Travel Period 28 September – 02 October 2011
  • The Organizer will arrange for the entire tour itinerary, including return flights, meals and lodging. Miscellaneous expenses will be borne by individual participants.
  • The 30 selected bloggers will be flown to Selangor for a 5 day/4 night tour in Selangor from 28 September – 02 October 2011.
  • During this period, participants are required to produce a video (up to 3 minutes) of each day’s activities and upload it every evening together with a travelogue of the activities on to the Tourism Selangor website with a link to YouTube.
  • The videos/stories must be produced based on the requirements of The Organizer and be saved as an audio-visual file, with the copyright co-owned by Tourism Selangor, The Organizer, Sponsors/Partners and entrants.
Sumber: http://www.myselangorstory.com/stages/

Wish me luck!

=)
.

Saturday, September 10, 2011

Pra-tonton Apollo 18 di TGV, KLCC

Tarikh : 7 September 2011 (Wednesday)
Masa : 9.00 pm
Tempat : TGV KLCC
Sponsor: Nuffnang

Pada malam Rabu baru-baru ini, aku berpeluang untuk menonton wayang Apollo 18 di pawagam. Cerita pasal antara golongan pertama yang menjejaki bulan selepas Neil Armstrong. Meh baca sinopsis dia dulu sebelum aku komen.. 

Synopsis:
Officially, Apollo 17, launched December 17th, 1972 was the last manned mission to the moon. But a year later, in December of 1973, two American astronauts were sent on a secret mission to the moon funded by the US Department of Defense. What you are about to see is the actual footage which the astronauts captured on that mission. While NASA denies its authenticity, others say it’s the real reason we’ve never gone back to the moon.



Sebenarnya, starting dia agak slow. Aku menjangkakan aku akan terlena tak lama lagi tapi tiba-tiba banyak betul benda saspen yang berlaku yang membuat aku rasa ketakutan. Sampai dok sorok-sorok muka di sebalik beg tangan. *pathetic, I know. Hahahaha.

So sampai ke penghujung cerita aku dok takut-takut... seb baik aku bukan jenis penjerit. Ngeee...

Rating aku bagi untuk cerita ini yang ala-ala cerita Paranormal Activity ialah..

3.5/5

.
=)

Friday, September 9, 2011

Bagaimana nak keluarkan duit KWSP bagi pekerja berpencen

Pengeluaran ini membolehkan ahli KWSP yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dan telah diberikan taraf pekerja berpencen mengeluarkan simpanan bahagian pekerja berserta dividen sekiranya masih mempunyai baki simpanan di KWSP setelah pengembalian caruman syer kerajaan kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP. (sumber: http://www.kwsp.gov.my/index.php?hdl=bin&rp=1275)

Aku sedang mempertimbangkan untuk menutup akaun KWSP aku. Dan berikut adalah langkah-langkahnya:
  1. Muat-turun dan isi Borang Pengeluaran KWSP 9J (AHLI)
  2. Salinan Kad Pengenalan Diri (MyKad, IC)
  3. Buku Bank / Penyata Akaun Simpanan ATAU Penyata Akaun Semasa ATAU Surat Pengesahan Bank Mengenai Butiran Pemegang Akaun ATAU Cetakan Butiran Pemegang Akaun Melalui Laman Web ATAU Kad Pemegang Akaun Bank
  4. Muat turun dan isi borang bertajuk Lampiran A - Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan Berhubung Dengan Pengeluaran Pekerja Berpencen
  5. Bukti Pengesahan Taraf Pesara
    Surat Pengesahan Taraf Pesara yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);
    ATAU
    Surat Kelulusan Pencen yang dikeluarkan oleh Bahagian Pencen, JP
Setelah kesemua dokumen ini telah disediakan maka bolehlah berurusan di mana-mana cawangan KWSP sama ada melalui serahan di kaunter.

Kat mana ehhh?
  1. Pejabat KWSP KL Utama, Tingkat Bawah Bangunan KWSP,
    Jalan Raja Laut
    50350 Kuala Lumpur
  2. Pejabat KWSP Setapak, No. 66 (K33), Jln 8/23E
    Taman Danau Kota, Off Jln Genting Klang
    53300 Setapak,
    Kuala Lumpur
  3. Pejabat KWSP Pudu, Tkt Bawah, Mezzanine & 1
    Bangunan KWSP, Changkat Raja Chulan
    Off Jalan Raja Chulan
    50200 Kuala Lumpur
  4. Pejabat KWSP Petaling Jaya, Bangunan KWSP, Jalan Gasing
    46598 Petaling Jaya
    Selangor Darul Ehsan
(rujukan untuk diri sendiri tapi kalau korang nak tahu kedudukan pejabat2 lain di Malaysia bolehlah rujuk http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2corporateinfo&pg=bm_p2corporateinfo_epfoffice)

Kawan kata duit yang dikeluarkan akan terus masuk ke dalam akaun dalam masa tiga hari sahaja.
Wow! Cepatnya!

=)
.

Why I want to be a part of My Selangor Story 2011?

First thing first before I go on into specifics is that I pretty much meet all the criteria in being part of My Selangor Story 2011. I daresay. But up to you to judge.

  • I'm a blogger who resides in Malaysia. Kuala Lumpur to be exact. But a trueborn hailed from Sabah. Yay! Aramaiti!!! 
  • A blogger who can demonstrate still photo, audio‐visual-editing skills. Err.. does using Photoscape counts? Hope so because pictures are at best in their true, original form without much editing. 
  • Also a blogger who runs an active personal blog since 2007! Now that's a long time, don't you think?
  • And to top that, I want to challenge my physical strength & endurance, take pictures/videos, write and travel. And this golden opportunity can only be gained by being part of My Selangor Story 2011. Oh pick me please!
  • Last but not least, I'm above 18 years with valid travel documents. Send me anywhere and I'll thrive! =)
Now, going to specifics.... why me? Why must you vote me?

I'm a boring young woman who has seen much of the world except her own backyard. (Ok, pity me please!) But yes! Help me explore more of what my country has to offer since the trips I made to...

Expedition trip to Ho Chi Minh, a trip to be remembered.
......Ho Chi Minh, Vietnam.......

Taken aback by the handsome Korean lads. Lalala..
...and Seoul, Korea....

....has yet  to make me realize that Malaysia is just as BEAUTIFUL and TRIP WORTHY like the rest of the world. Maybe trips to wondrous Selangor might change my lack of insight? Ehhh???

Ehem...

...and here's a shy introductory of myself. *blushing.

Please do not laugh. *hides face behind a handkerchief.

video

Translation:

"Hi, my name is Jard, and please vote for me so that I can be a part of My Selangor Story 2011. 


Please!"

Hahaha.. ok.. actually I'll post another clip soon but hope this clip is accepted for the time being.

UPDATED: My embarrassing clip! haha


*hands clasped as sign of prayer.

SILA VOTE AKU kat sini ---- http://www.myselangorstory.com/why-i-want-to-be-a-part-of-my-selangor-story-2011/

Wednesday, September 7, 2011

#11 Wordless Wednesday

Rompakan di Restoran Subur Seksyen 15 Shah Alam ketika Bersahur

Sekumpulan lelaki bertopi keledar dan bersenjatakan PARANG telah merompak satu kedai mamak pada pukul 4 pagi, 28 Ogos 2011 yang lalu. Ketika itu ramai orang termasuk aku telah berada di kampung masing-masing bagi menyahut kedatangan Syawal.

Ini dah melampau neh beb.

Habis semua laptop yang customer bawa dibawa lari oleh perompak durjana ini.

Huhuhu... guna CCTV (close-circuit TV) pun tiada guna kalau takleh nak cam muka perompak. Apodaaa..



What has become of my dear country?

I fear for the future it helds.

=(

.

Tuesday, September 6, 2011

PETKNODE - Hotel neraka untuk kucing

Ya Allah! Bila ini berlaku?

I'm a cat lover. Keluarga aku menjaga dalam 6 kucing di rumah dan apabila membaca dan melihat kekejaman ini dari pelbagai blog dan page facebook... aku rasa sungguh sebak.

Difahamkan ramai pemilik kucing yang telah mengamanahkan Petknode untuk menjaga kucing mereka dengan suatu bayaran. Dan apa yang berlaku? 16 ekor kucing mati kebuluran dan yang lain (dalam 100 ekor) ditinggalkan dalam keadaan yang tersangat teruk.

Antara gambar menyayat hati dari pusat jagaan kucing yang macam cilaka itu.

Ibu dan anak yang dah mati. T_T

Kucing yang kebuluran. Nazak. huhu.
Tapi alhamdulillah, ada pihak yang sanggup pecah masuk pusat jagaan neraka itu untuk menyelamatkan kucing-kucing yang terbiar itu. Perkembangan dan foto-foto lain boleh diperolehi dari laman facebook "Kucing Terbiar & Anjing Jalanan" dan juga di laman blog ini --> http://www.myanimalcare.org/2011/09/cruelty-at-pet-boarding-service-in.html

Aku mengkagumi mereka yang banyak membantu dalam perkara ini. Terutamanya yang sanggup datang dan menjaga kucing yang terbiar sementara pemilik masih dicari. Syabas! May god less you all. Hati korang memang emas.

Dan harap orang yang bertanggungjawab ke atas kekejaman ini dibawa ke muka pengadilan!


Ps: aku mula merindui kucing kami di rumah. Huhu. kalaulah rumah sewa aku benarkan aku menjaga kucing di KL, dah lama aku bela dua-tiga...

Monday, September 5, 2011

Post Raya Blues

Aku sepatutnya memanjangkan lagi tempoh cuti raya aku. Tak berapa ada mood nak kerja rupanya. Semalam bukan main excited nak balik KL. But totally for the wrong reasons. =p

Semalam aku pergi memburu. Mencari benda yang rare di KL. Ada orang kata apa sahaja yang anda hajati, semuanya mungkin di bandar metropolitan ini dan bukan di tempat lain. I hold onto those words 100%. Hasrat di hati semalam adalah untuk memliliki buku paling laris di USA dan juga di kedai buku di Malaysia yang bertajuk "Game of Thrones" tulisan George R.R. Martin. Hasrat kedua, walaupun pada mulanya aku agak kecewa apabila ia tiada dijual di mana-mana kedai CD yang legitimate, ialah memiliki DVD Boxset "Game of Thrones" yang sedang ditayangkan di HBO Astro. Seem impossible, right? Fret not.

Oobsesi terbaru sejak Twillight. 

Obsesi inilah yang menyekat mood "Post Raya Blues" aku dari terus menguasai diri.

Adakah hasrat2 aku tertunai?

Hasrat pertama tertunai apabila membeli buku itu dengan harga RM36.90 dari kedai buku MPH, Midvalley. Girangnya hati, tuhan sajalah yang tahu.


Hasrat kedua, walaupun ada beberapa setbacks, berjaya jugak tertunai apabila aku memberanikan diri untuk menerokai satu kedai DVD terkenal di PJ yang menjual DVD tak original. Ya ampun... aku terdesak setelah mencari di beberapa kedai yang halal tapi tidak kejumpaan. Harga DVD boxset full season yang ku berjaya perolehi hanyalah RM30.00.

Girang? Semestinya. =)

It's good to know the resources when in need. Haha. *patting myself on the back.

So there goes my post raya blues... down the drain it goes. *shushhhh...

.

PS: loving the series! Darn!

Sunday, September 4, 2011

Sekembalinya di Kuala Lumpur...

...aku perlu set balik appointment dengan doktor gigi aku,
...renew my expired driving license...



...dan...

... my new obsession.....



............ cari buku dan DVD "Game of Thrones."

Love coming back to KL.

=p


Selamat Hari Raya semua... sorry lewat wish. Hehehehe..
.

Kontes sempena Garnier Deodorant `TAKE CARE' Campaign

STICKY POST UNTIL 16 SEPTEMBER 2011.

Rasanya sudah lama aku tak buat kontes di blog picisan ini. Jadi kali ini dengan tajaan hadiah menarik dari pihak Garnier sendiri yang berupa HAMPER Barangan Garnier bernilai RM100, maka satu kontes mudah akan diadakan di blog ini.

Barangan seperti di bawah boleh menjadi milik anda!

Boleh tahan setahun kot! Hik hik hik.
Jadi, marilah menyokong kempen untuk membantu gadis-gadis yang mempunyai masalah bau badan. Lihat video untuk mengetahui salah satu caranya.


Take care dirimu.
Take care orang tersayang.

Dan satu lagi cara ialah menyertai kontes gambar ini.

Syaratnya seperti di bawah:
  • Bergambar dengan deodorant Garnier sekreatif yang mungkin dan sertakan satu TAGLINE yang menarik.
Dapatkan deodorant ini!
  • Upload gambar itu pada album facebook anda dan tag kepada Page Garnier (http://www.facebook.com/GarnierMalaysia) dan Jardness.com (http://www.facebook.com/pages/JARDNESScom/). Perlu tag pada kedua-dua page.
  • Kontes ini akan berakhir pada 15hb September 2011. 
  • Dua pemilik gambar yang paling kreatif akan dipilih oleh pihak Garnier dan diri saya sendiri. Ini bukan kontes 'like' dan akan diadili sejujur mungkin. Pemenang akan diketahui pada 18hb September 2011.
*memandangkan aku berpeluang untuk memilih salah seorang pemenang, maka peserta yang siap buat entri lagi bagi mempromosi kontes ini akan dapat peluang menang yang lebih tinggi. =p

Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Hamper Garnier bernilai RM100 boleh menjadi milik anda.

Good luck!

XOXO!

Tabung lagik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...