Thursday, March 1, 2012

Royal Belum World Drum Festival 2012 @ MBI City Square

Ada lima siri pertunjukan untuk Festival Drum ini dan aku menghadiri hanya dua daripadanya. Perkara yang membezakan antara mini show dengan Gala Night adalah dari segi para jemputannya dan lokasi. Gala Night  dihadiri oleh VVIP yakni Menteri Besar Perak atau/dan Raja Muda Perak manakala show yang lain tiada VVIP.

Jadual Program Royal Belum World Drum Festival 2012: 
 - Pocket Show (Mini Show)-
21 Feb 2012 : Taiping Sentral Mall – 8pm
22 Feb 2012 : Dataran Putra, Lumut – 8.45pm
23 Feb 2012 : Laman Budaya, Kuala Kangsar – 4pm

 - Gala Night - 
25 Feb 2012 : MBI City Square – 8.45pm
26 Feb 2012 : Gerik Airstrip (Lapangan Terbang Gerik) – 8.45pm

Kemasukan adalah percuma. Pertunjukan di kedua-dua lokasi terakhir lebih kurang sama je. So jom layan gambar dari MBI City Square.

Pentas dipersiapkan untuk menyambut kedatangan Menteri Besar

Pertunjukan dimulakan dengan tarian tradisional dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKNN)

Para penari menggunakan pentas dengan sepenuhnya...

....dan rakan media lain akan berada tak jauh dari mereka. Haha.

Aksi menarik dari India. Kumpulan "Malwa Sabhyacharak Club".

Pemain drum yang comel-loteh dari Thailand. Kumpulan "Absolutely Thailand"

Performer dari Vietnam (Kumpulan Bonita) berjaya menyebabkan darah penonton lelaki berderau... 

....dan dicemburui wanita lain. Haha.
Ada beberapa masalah teknikal yang berlaku semasa pertunjukan ini. Antaranya :
- tempat duduk media tidak disediakan maka terpaksa duduk bersila kat depan pentas je. hehe. Mungkin sebab datang lewat kot jadi seat kami diambil orang awam. 
- cuaca yang kurang elok telah menyebabkan dua skrin besar di hadapan tidak dapat dinaikkan maka orang ramai tidak dapat menonton dari jauh.

Walaupun begitu... aku enjoy jeeee!!! Haha.

3 comments:

hazman aka species1980 said... [Reply]

sememangnya performer vietnam tu sungguh menarik perhatian saya.....hehehehe

Jard The Great said... [Reply]

@hazman... itu bermakna hang memang lelaki tulen la. hahaha..

Itsme blog said... [Reply]

Btul2.. sy pn sokong.. Apepn thanks sbb support Royal Belum World Drums Festival 2012